Showing posts with label Kelas Langsir dan Telekung Al Mujahid Trading. Show all posts
Showing posts with label Kelas Langsir dan Telekung Al Mujahid Trading. Show all posts

23.11.17

PELAJAR MASUK KOSMO

Kejayaan pelajar adalah kejayaan seorang guru.


ALHAMDULILLAH 


PERHATIAN

Suami yang mahu isteri bekerja dalam rumah dan mahu menambah pendapatan lumayan

BERGELAR seorang jurutera di sebuah syarikat swasta, Sofiah Kamaruzaman, 35, teruja apabila mendengar mengenai slot berhubung kelas jahitan langsir yang disiarkan di sebuah stesen radio tempatan.

Segmen tajaan di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim.fm) itu didengari ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja.

Walaupun dia langsung tidak mempunyai asas dalam bidang jahitan, namun entah mengapa hati wanita itu berkobar-kobar untuk menyertainya. Apatah lagi apabila ustazah yang berbicara dalam segmen itu meminta para pendengar melaksanakan solat istikharah sebelum mengikuti kelas jahitan langsir kendaliannya.

Kali pertama mendengar slot tersebut, hati saya seolah-olah ditarik untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kelas yang ditawarkan. Ia seperti magnet yang menarik besi. Selepas berbincang dengan suami dan mendapat keizinannya, saya terus mendaftarkan diri untuk kelas di Shah Alam, Selangor, kata Sofiah mengimbas semula mengenai pengalaman tujuh tahun lalu.

Tambahnya, dengan hanya mengikuti satu kelas jahitan langsir kendalian Ustazah Sahida Said dari Al Mujahid Trading pada 2010 menggunakan wang pemberian suaminya, dia berjaya memperoleh ilmu yang bermanfaat sekali gus berpeluang menambah pendapatan.

Alhamdulillah, hingga kini tempahan menjahit langsir sentiasa ada. Malah, saya mampu meraih pendapatan sehingga lima angka sebulan jika rajin mengambil tempahan.

Secara jujurnya, saya merasakan kelebihan ustazah kerana kita boleh nampak keikhlasannya sewaktu mengajar. Malah, tidak mustahil kejayaan anak-anak muridnya adalah disebabkan keberkatan ilmu yang diajar, tutur Sofiah, anak kelahiran Lubok Cina, Melaka.

Kelas Jahitan Langsir Al Mujahid diasaskan oleh Sahida, 48, bermula pada tahun 2000. Sebelum itu, Sahida banyak mengambil upah menjahit pakaian seperti baju kurung dan baju Melayu.

Bagaimanapun, disebabkan beberapa masalah yang dihadapi seperti sukar mengikut kehendak pelanggan dan mengambil masa yang lama untuk mendapatkan pelanggan selain upah jahit yang rendah, Sahida nekad mencuba sesuatu yang baharu.

Untuk itu, saya bermohon pada Allah agar memberi petunjuk bagaimana mendapatkan pendapatan lumayan dengan cara yang halal. Entah bagaimana Dia mengurniakan ilham untuk saya menjahit langsir. Masa yang digunakan singkat, namun upahnya sangat lumayan.

Formula sendiri

Alhamdulillah, dengan kemahiran menjahit yang dimiliki, saya berjaya mendapatkan pelanggan pertama. Dalam tempoh seminggu menyiapkan tempahan langsir, saya menerima bayaran RM2,800. Dari situ saya terus berazam menjadikan ia sebagai sumber pendapatan utama, ujar Sahida.

Bergelar ibu kepada lima cahaya mata yang terdiri daripada empat lelaki dan seorang perempuan, Sahida mengakui kebanyakan rekaan langsir dicipta dengan teknik dan formula tersendiri walaupun dia sendiri pernah mengikuti kursus jahitan langsir.

Boleh dikatakan hampir kesemua formula jahitan langsir diilhamkan ketika saya mengajar anak murid di dalam kelas dan bengkel yang dianjurkan. Ia satu kurniaan dari Allah. Saya mengajar bukan kerana hobi tetapi mahukan pelajar saya menjadi usahawan berjaya di dunia dan akhirat, katanya.

Justeru, sebelum menerima seseorang pelajar, Sahida akan menasihatkan mereka supaya melakukan solat istikharah.

Ketika mengajar, saya sering menekankan kepada pelajar agar sentiasa menjaga hak Allah seperti solat pada awal waktu, membaca al-Quran dan menghadiri majlis ilmu. Hidup tanpa berlandaskan agama, maka ia tiada makna buat kita sebagai hamba-Nya, lembut nada Sahida berbicara mengenai niatnya dalam mendidik pelajar.

Menurut Sahida, Kelas Jahitan Langsir Al Mujahid lebih menumpukan pada formula yang tepat dan teknik menjahit yang pantas. Malah, pelajar tidak perlu membawa kain atau peralatan menjahit kerana semuanya disediakan di dalam kelas.

Kuasai

Antara kaedah yang dipraktikkan ketika mengajar ialah teknik jahitan tanpa menggunakan jarum peniti yang ternyata lebih menjimatkan masa. Selain itu, Sahida turut mengajar kaedah menjahit menggunakan mesin dan tanpa mesin kepada para pelajar.

Semasa dalam kelas, saya akan mengajar mereka dengan sepenuh perhatian seperti cara mengira penggunaan kain bagi setiap paten langsir, cara menggunting dan menjahit dengan cepat.

Melalui kaedah ini, walaupun ada pelajar yang datang dengan sifar pengetahuan tentang jahitan, mereka pasti mampu menguasai kemahiran menjahit langsir dengan baik, katanya.

Pelajar yang datang menimba ilmu dengan Sahida bukan sahaja golongan wanita, bahkan lelaki juga menunjukkan minat. Mohd. Shaiful Bahari Mohamad Som, 45, misalnya, merupakan pesara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) selepas diajak oleh isterinya, Noor Sazaliza Mansur, 42, untuk belajar bersama.

Sebenarnya sebelum pencen, kami ada mengikuti kursus dalam bidang jahitan di Kolej Komuniti. Ia termasuklah menjahit langsir dan telekung. Justeru, apabila berguru pula dengan ustazah, kami sangat berpuas hati kerana ilmu yang dikongsi sedikit berbeza dengan apa yang telah dipelajari.

Selain itu, bahan-bahan untuk menjahit langsir semuanya ustazah sediakan dan ia berkualiti tinggi. Paling penting, ustazah menekankan bahawa jahitan perlu kemas, kata Mohd. Shaiful yang kini menetap di Seri Manjung, Perak dan mempunyai tempahan tetap menjahit langsir setiap bulan.

Sementara itu, eksekutif teknologi maklumat di sebuah syarikat swasta di ibu negara, Saliyani Mohd. Samsudin, 45, memberitahu, dia mula mengikuti kursus menjahit langsir bersama Sahida pada tahun 2012.

Memang mudah untuk belajar dengan formula dan teknik yang ustazah berikan. Mula-mula, saya hanya menjahit langsir untuk rumah sendiri, lama-kelamaan banyak pula tempahan diterima membuatkan saya teruja melakukan aktiviti itu sebagai cara menambah pendapatan sampingan, ujarnya.

Kini, hampir 17 tahun selepas penubuhan Al Mujahid Trading, Sahida mempunyai beribu-ribu pelajar yang datang berguru dengannya.

Salur dana

Kejayaan itu hakikatnya turut disusuli dengan matlamat Sahida membantu menyalurkan dana dalam pembinaan masjid-masjid dan madrasah-madrasah oleh tuan gurunya hasil daripada perniagaan yang dijalankan.

Dalam kalangan pelajarnya, kesemua mereka telah menetapkan sebanyak 20 peratus daripada nilai upah yang diterima dalam tempahan menjahit langsir, akan disalurkan bagi tujuan tersebut.

Sejujurnya, impian saya dalam bidang ini adalah untuk melahirkan usahawan yang mampu membantu fisabilillah dalam menegakkan syiar Islam kerana itulah matlamat utama saya ketika memulakan perniagaan ini.

Oleh itu, saya akan terus mengajar selagi ada jihad fisabilillah untuk dibantu. Apabila mengenangkan ulama tidak pernah berhenti berdakwah dalam mengajak manusia mengenal Allah, maka saya juga akan teruskan usaha mencari dana untuk membantu mereka, ungkapnya menutup bicara.

Artikel lengkap di Kosmo

24.2.17

Kehebatan Bersedeqah

Allahummoussolli a'la Saiyidaina Muhammad wa a"la aalihi wa sohbihi ajmainn.

Abu Hurairah r.an meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Allah berfirman kepada manusia, "Wahai anak cucu Adam! Berinfaklah niscaya Aku akan memberi ganti untuk mu".
( HR Muslim)

"Tidaklah suatu hari di mana seorang hamba berada di hari itu kecuali ada dua malaikat turun, salah satunya berdoa: 'Ya Allah, berilah ganti orang yang berinfak,' dan satu lagi berdoa: 'Ya Allah, berilah kerugian kepada orang yang kikir.'
(HR Bukhori)

Alhamdulillah Syawal masih ada dan telah menjadi tradisi sekarang 'Open House' merata2. Open House boleh mendapat pahala dan boleh menambah noda. Bergantung kepada pemahaman ilmu, iman  dan taqwa seseorang.
Keistimewaan 'Open House" adalah menjamu pelbagai juadah lazat. Ianya dikira bersedeqah jika Tuan Rumah memang berniat begitu tanpa merujuk kepada nak berlagak mewah dan sebgainya.



Bagaimana ianya menjadi suatu kebajikan dan mendapat rahmat bermula dari niat kita sebagai tuan rumah sewaktu menjemput tetamu. Jika niat kita ingin menambah eratkan silaturrohim @ menjalin hubungan yang terputus, maka ianya suatu jemputan yang mulia.

 Namun bagaimana majlis itu dimuliakan malaikat rahmat bergantung cara perlaksanaan majlis itu. Kadang2 kemuliaan itu dicemari dengan pergaulan bebas. Pergaulan bebas tidak terbatas setakat orang luar @ kawan2 sahaja tetapi merangkumi ipar duai. Kebiasaannya kita sering melihat kemesraan antara ipar duai @ biras hingga kemesraan itu melebihi had yang dibenarkan Allah. 

Saya faham dalam perhubungan sesama ahli keluarga kita selalunya saling bantu membantu apatah lagi menyediakan juadah untuk tetamu perlu dibantu. Sering kita alpa adalah bab aurat sesama ipar, sering dilupakan batasan bersentuhan kulit, langsung x ambil berat kala bersilatur. Ketawa mengekek bersama walau ketika itu tiada mahram bersama mengekek. Bagi sesetengah orang ianya biasa tetapi dalam Islam ianya tetap sumbang. Batasan tetap ada walau seakrab mana dan sekasih mana sebagai adik beradik.







23.2.17

Alhamdulillah kita dah di pertengahan Ramadhan yang penuh kemuliaan. Sewajarnya masa ni alQuran kita dah bertambah nipis juzuk nak dihabiskan. Zikir dan solawat kita dah beribu bilangannya.

Teringat sewaktu saya mengambl tempahan dulu, ketika ini, tempahan2 langsir dah pun siap dipasang. Baki akhir Ramadhan, saya dah dapat menguruskan ibadah dengan sempurna. Alhamdulillah.

pernah suatu masa tu, lagi 3 hari nak raya. Dan kebetulan saya terserempak dengan sepasang suami isteri yang termenung panjang di KAMDAR. Tiba tiba staff KAMDAR  sebut

"haa akak abang, cer tanya akak ni. Dia pakar langsir!"

11.5.16

Alhamdulillah a'la kulli nikmat

Sesungguhnya Allah SWT Maha Penyayang. Diberikan peluang untuk hamba hambaNya berkasih sayang. 

Barkah kasih sayang Sesama pelajar, kini mereka saling bantu membantu. Alhamdulillah kini 80% pelajar Kelas Telekung & Langsir AlMujahid bekerjasama menerima dan menjahit langsir. 

Mereka berjawatan tinggi di pejabat tetapi berkumpul bersama saya untuk mempraktikkan jahitan Langsir. 

Seronok melihat mereka berpuas hati setelah menjahit. Dan lucu juga dengan telatah mereka.
Mata kuyu tapi semangat nak menjahit tahap gaban!

Alhamdulillah 
Haza min fadli Robbi 


***
Jika ingin mengikuti Kelas Langsir dan Telekung Al Mujahid Trading sama ada secara hadir @ online, klik http://bit.ly/kelaslangsir

21.4.16

Isteri itu ladang suami walaupun sedang uzur

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kali ni saya nak tulis bab tugas kita sebagai ladang suami. 
Secara ringkas apabila kita bernikah tanpa ilmu,  maka kita banyak tak tahu hak suami ke atas isteri. 

Kita mengambil ilmu daripada mak, nenek dan kawan kawan.  Sedangkan ilmu itu jauh daripada hukum hakam Islam. Dan menyebabkan kerukunan rumahtangga terjejas.

Maaf . Ini bukan bicara lucah tetapi bicara agama yang wajib semua isteri tahu dan mentaatinya.  Ia bukan bicara haram bab suami isteri.

Umumnya kita bila HAID DAN NIFAS , layanan MESRA akan dijauhi, dengan alasan bimbang berlaku hubungan suami isteri. Malah sengaja tidak berhias untuk suami. Jika ketika berpantang,  bau badan dan bilik tidur hanya bau minyak angin!

Dilarang bersolek , dilarang berwangian kecuali haruman rempah ratus. Suami dilarang rapat.  Takut sangat suami tak tahan.

Tahukah puan, 
Kita wajib melayani nafsu suami walaupun sedang uzur.  Larangan hanya MEMASUKKAN ***** KE DAERAH TERPENCIL. BUKAN LARANGAN BERMAIN DAN BERLARI KELILING TAMAN.

Mazhab Syafe'ei mengharamkan permainan tanpa lapik di pintu masuk. Tapi bermain lah sepuas hati jika dilapisi walaupun kain nipis.

Mazhab lain boleh bermain gesel2, tanpa lapik asalkan tidak menceroboh taman terindah itu. 

Oleh itu wahai isteri, dengan peha mu, dengan bukit mu, dengan tangan mu,  puaskan nafsu suami mu. Gunakan skil picit memicit. Dan picit lah hingga si dia terkulai kepuasan.

Maaf, sila baca dengan pandangan ilmu bukan lucah!

Suami itu nafsunya satu. Berapa lama mampu menahan kegetiran.  Haram lelaki membuang money dengan tangan tapi pahala bagi isteri melepaskan money suaminya melalui tangannya. 

Oleh itu tiada isu 
Islam itu kejam ketika isteri uzur. Tiada juga isu berpantang 100 hari dan lain lain.

Maaf terpaksa menulis untuk memahamkan. Haram sesiapa yang membayangkan perhubungan suami isteri lain. Dan haram sesiapa bercerita teknik dan skil bersama pasangan.

****
Catatan berdasarkan pengajian bersama Buya Yahaya di Masjid alFalah USJ

Wallahu a'lam


18.4.16

Bayi menangis malam

اللهم صل وسلم على نبينا محمد وعلى آله وصحبه اجمعين

Alhamdulillah atas segala nikmat,  Alhamdulillah atas segala hal.
Betapa beruntungnya kita dikurniakan nikmat menjadi ibu. Dan betapa besarnya ganjaran sebagai seorang ibu!

Tadi ada seorang ibu berpantang mengadu hal bayinya yang baru 25hari.  Dan kisah Puan Ain mengingatkan saya dengan hal berpantang anak saya dulu.

Ada 5 anak dan 2 daripadanya sama ragamnya, yakni menangis tanpa henti mulai jam 10pm hingga 2am.  Setiap malam. Ya setiap malam bayi saya menangis tepat jam 10pm.  

Mulai minggu ketiga berpantang maka bayi saya masuk shift berjaga malam.  Berjaga tu tak pe, yang tidak sanggup adalah menangis bagai ada yang mencubit nya. 

Disusukan menangis. 
Didodoikan menangis. 
Dibaringkan menangis. 
Didukung menangis.

Akhirnya saya juga MENANGIS! 
Menangis kerana saya dah sakit belakang. 
Menangis kerana saya dah letih! 
Menangis kerana dah hilang sabar!!!!

Allahu Akbar! 
Sedih ingat masa itu. Ada ketika rasa nak menjerit sama. Ada masa rasa nak picit picit bayi. 

Alhamdulillah masih dihidayahkan Allah SWT sedikit sifat sabar dan redha.  Andai tiada mungkin saya dah meroyan lama @ dalam penjara kes penderaan bayi...

Berbalik kisah Pn Ain, saya dah cadangkan beliau menggunakan Krim Haruman KD SPEECHLESS SCENT dan AURA KD. 

Saya dah menangani banyak kes bayi dalam pantang menangis, tidak tidur lena, tidur dan terkejut jaga beberapa kali. Ada juga kes yang meragam siang. Menangis saja tak berhenti henti.

Alhamdulillah beribu ibu yang menggunakan produk KD speechless scent dan Aura KD dan memberikan hasil positif. Ramai dah memberikan testimoni yang berkesan selepas menggunakan KD Speechless Scent dan Aura KD,  Alhamdulillah a'large kalau nikmat.

Jika ada yang kes sama
Bayi menangis malam
Bayi sukar lena
Bayi meragam

Dan Ibu stress tak mampu mengawal emosi dengan baik, cuba guna produk KD Almujahid.  

Insya Allah puan puan akan nampak perubahan yang berbeza.

Sila baca pelbagai testimoni di http://bit.ly/testimonikd

Moga moga ada kebaikan untuk puan dan bayi.

BaarakAllahulakum 

16.4.16

Kelas mendidik jiwa

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمد لله على كل حال 

Dengan rahmat dan izinNya , hari ini kita bersua kembali. Dan mungkin ini pertemuan pertama kita @ pertemuan berulang dan mungkin pertemuan terakhir. 

Sesungguhnya hidup kita singkat dan alangkah ruginya hidup kita yang singkat dihabiskan untuk dunia semata-mata!  Kita sibuk mengejar dunia sama ada kita sedar atau tidak.  Yang nyata kita semua memang menzalimi diri sendiri dengan apa yang telah kita lakukan. 

Sedar tak sedar, lama dah saya mengajar menjahit. Dulu semasa muda bertenaga pelbagai ilmu saya ajari. Dari pakaian lelaki mahupun wanita. Mengajar kelas kraf, kelas jahitan langsir dan telekung.

Saya ada terfikir untuk berehat daripada dunia pengajaran kelas langsir dan telekung, tetapi saya sedar saya akan membiarkan pelajar lain hanyut dalam bisnes semata mata.

Menjadi guru jahitan langsir dan telekung bukanlah suatu bisnes semata-mata.  Menjadi guru adalah mendidik.  Bukan sekadar mendidik menjahit langsir dan telekung tetapi menjahit jiwa yang kosong . 

Betapa ramai pelajar saya yang kini mulai kembali ke pangkal jalan.  Secara logik aqal,  mereka datang menjahit tetapi kuasa Allah SWT  yang Maha Penyayang,  kini mereka adalah rakan sepengajian. Sama-sama duduk dengan para ulama'. Sama-sama menangis memohon pengampunan Nya. 

SubhanAllah Tuhan yang maha pengampun. Kasih sayang kami meliputi keseluruhan keluarga. Baik suami dan anak anak mereka juga saling duduk dalam majlis ilmu.

Oleh itu, saya akan cuba terus mengajar dan mendidik bakal pelajar menjadi usahawan bertakwa! . Biar mereka berjaya di akhirat kerana dunia pasti menghambakan dirinya.

****
Cek jadual modul 1 & 2.

Kelas sehari @ 2hari.
Menjahit @ belajar sahaja

WhatsApp ke HQ Almujahid Trading

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡
+60194301212
♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

26.11.15

MANJA KD


HEBAT DALAM KELEMBUTANMU

MANJA KD adalah herba yang diproses secara tradisional.
Manja KD mengandungi :
✔Manjakani
✔Akar serapat
✔Lada berekor
dll


Diluluskan pusat racun negara

Sesuai untuk:
👍Yang mahu suami senyum kepuasan
👍Yang mahu mengalami muda semula
👍Mengembalikan 'mood'
👍Yang mahu bertenaga
👍Keputihan
👍Haid tidak teratur
👍Kesukaran hamil
👍Kegatalan vagina








Nak baca testimoni pengguna kami
Klik http://bit.ly/testimonikd
BERMINAT???
WHATSAPP KE+60134400212

23.4.15

KD Speechless Scent - "Hanya yang mencalet mengetahui kelebihannya"




بسم الله الرحمن الرحيم

  اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحب
وسلم






Hari ni saya seronok melihat gambar seorang bayi iaitu anak sahabat saya di tahnikkan oleh ulamak Sheikh Nuruddin Marbu Al Banjari dan Al Habib Ahmad Hussein Aideed. Moga-moga Ahmad Aideed bakal wali Allah. Aameen.

Subhanallah... Maha Suci Allah , di mana apabila kita memandang bayi, tak kira bayi itu berbangsa apa sekalipun, berkulit apa sekalipun, berwajah apa sekalipun, pasti kita yang ada sifat RAHMAH di dalam diri, akan menyukai bayi itu.

Kita juga akan merasa seronok melayan bayi tidak kiralah berbangsa India, Cina, orang putih atau orang hitam, kita akan tetap seronok melihat wajah bayi. Dan bayi-bayi yang dilahirkan walaupun berbangsa apa sahaja, walaupun beragama apa sahaja, tetap adalah Ahli Syurga sehinggalah mereka baligh.

Dan bila kita melihat bayi, seperti saya seorang ibu yang anak-anak telah besar, pasti rasa teringin. Ingin semula untuk ada bayi, ingin semula menyusukan bayi, ingin semula mendodoikan bayi, dan ingin semula melakukan segala-galanya bersama dengan bayi.

Saya teringat kisah saya dengan kelima-lima anak saya di mana ada satu sindrom iaitu bayi yang masih di dalam pantang. Mereka menangis setiap malam. Saya sendiri tidak tahu mengapa, ketika dalam tempoh berpantang pada setiap jam 10.00 malam, mereka akan mula menangis. Dan yang peliknya, mereka menangis bukan seperti biasa-biasa. Tetapi mereka menangis seperti dalam keadaan sedang dalam kesakitan, seperti sedang dicubit-cubit, sedang dikeronyok badan mereka. Bayangkan setiap malam, tepat jam 10 anak saya akan mula menangis melalak.

Biasanya suami akan membacakan ayat-ayat Al Quran dan melaungkan azan, menyapu minyak urut dan sebagainya, namun bayi kami tetap akan menangis. Sindrom menangis malam bagi bayi saya dulu, biasanya berlaku setelah mereka berusia 20 hari dan ke atas. Keadaan ini menyebabkan saya menjadi fobia menanti detik 10.00 malam. Setelah diazankan mereka akan berhenti menangis seketika tetapi kemudian akan terus menangis dan yang peliknya setelah jam menunjukkan pukul 2.00 pagi,mereka akan berhenti menangis.

Setiap malam berlaku perkara yang sama menyebabkan saya menjadi seorang ibu yang stress ketika di dalam tempoh berpantang. Yang rasa ingin menangis dan menjerit bersama-sama dengan bayi itu ketika mereka menangis bersungguh-sungguh. Dan kita dalam keadaan berpantang tidak dapat duduk lama untuk mendodoikan, untuk menyusukan dan sebagainya, menyebabkan kita turut sama hendak menangis seperti bayi yang sedang menangis.



Sewaktu anak saya masih kecil, saya pernah berdoa kepada Allah SWT, "Ya Allah Ya Tuhanku, apakah yang perlu aku lakukan Ya Allah setiap malam mereka menangis. Berikanlah ilham kepadaku, bagaimanakah harus aku lakukan untuk merawat anakku.."

MasyaAllah Tabarakallah. Rupa-rupanya maqbul doa saya itu. Bukan untuk anak-anak saya tetapi untuk anak-anak orang lain.

Alhamdulillah.

Allah telah pinjamkan KD Speechless Scent di mana apabila menggunakan KD Speechless Scent keluaran Al Mujahid Trading, ianya telah dapat membantu mengurangkan kes sindrom bayi menangis malam.

Ramai ibu-ibu di dalam pantang telah mengucapkan rasa terima kasih mereka kepada Al Mujahid Trading kerana telah mengeluarkan produk haruman KD Speechless Scent yang dapat membantu mereka untuk memastikan bayi mereka tidur lena setiap malam.

Alhamdulillah.

Beberapa testimoni berikut menunjukkan anak-anak yang sukar tidur malam, setelah dicalet KD Speechless Scent di kening mereka, mereka akan cepat tidur lena dan tidur yang berkualiti.
Juga jika haruman KD Speechless Scent dititikkan di dalam air dan dijadikan bilasan mandian bayi itu, dia akan merasa tenang kemudian dibedung dan ditidurkan. Subhanallah bayi itu akan tidur dengan nyenyak.




الحمدالله على كل نعمة


****************************************************************
Apa itu KD Speechless Scent?

KD Speechless Scent adalah sejenis haruman yang berasal daripada ekstrak tumbuh-tumbuhan alam yang mana ia secara dasarnya sekadar haruman biasa dan bukan ubat.
Produk haruman ini pada asalnya telah diberikan nama "Haruman KD" namun setelah mendapat maklumbalas daripada pengguna, namanya telah ditukarkan kepada KD Speechless Scent.

KD Speechless Scent mendapat namanya "Speechless" daripada para pengguna setianya yang menggambarkan ianya satu produk haruman unik yang lain daripada lain.
"Speechless" adalah perkataan daripada Bahasa Inggeris yang membawa maksud; Kelu, Bungkam, Tiada kata-kata yang dapat digambarkab. Itulah respon awal yang diterima daripada setiap orang yang pernah dicalet haruman KD Speechless Scent ini. Ianya berbau harum semerbak tetapi lembut dan tidak menyengat, memberikan rasa kedamaian dan ketenangan kepada pemakainya malah fungsinya melebihi daripada sekadar haruman biasa. Hebat anugerah Allah ini.

KD Speechless Scent adalah krim pekat berwarna putih yang harum dan berbeza dengan haruman-haruman lain yang berada di pasaran yang kebiasaannya bersifat cecair.

KD Speechless Scent adalah haruman yang dapat membantu dan menangani masalah seperti berikut :
1. Menangani masalah bayi atau kanak-kanak sukar tidur.
2. Menenangkan bayi atau kanak-kanak yang menangis.
3. Membantu anak-anak mudah lena dan mendapatkan tidur yang berkualiti.

Bagaimana ramai pengguna menyakini KD Speechless Scent?

Jawapan terbaik adalah...

"Hanya yang mencalet mengetahui kelebihannya"