Showing posts with label jeragat. Show all posts
Showing posts with label jeragat. Show all posts

28.12.17

KENALI JENIS JERAGAT

1) EPIDERMAL
Jenis ini hanya melibatkan kawasan kulit luar. Ia boleh diatasi dengan produk penjagaan kulit wajah yang semulajadi. Jenis ini juga menunjukkan jeragat yuang berwarna coklat cair dan kelihatan gelap di bawah lampu.
2) DERMAL
Jeragat jenis ini terjadi di bawah lapisan kulit. Bagi mereka yang mengalami masalah jeragat jenis ini perlu perhatian lebih dari aspek pemakanan dan penjagaan kulit wajah. Ia kelihatan seperti warna perang dan tidak kelihatan gelap di bawah cahay lampu.
3) CAMPURAN
Maksudnya, wajah memiliki kedua-dua jenis jeragat iaitu dermal dan epidermal. Jenis ini memerlukan penjagaan rapi bagi mengelakkan ia terus merebak ke seluruh wajah dan menyebabkan kulit menjadi kusam.
Antara punca MASALAH KULIT SEPERTI JERAGAT, JERAWAT, WHITE HEAD, BLACK HEAD adalah salah penggunaan produk .
Kita telah lama didedahkan dengan produk ada kimia. Kita terlalu suka jenis sabun, foam, gel @ krim.
Ingat tak dulu pakat suka PAIR & LUBLI . Dari remaja dah guna. Alhamdulillah sekali pun saya tak pernah guna sebab saya sedar saya sampai mati tak boleh Fair.
Kemudian kita didedahkan bahawa kena pakai produk ada SPF. Juga ramai yang guna. Masalahnya guna tanpa nasihat pakar kulit.
Saya pernah buat pemeriksaan kulit dengan seorang doktor perempuan berbangsa Cina.
Sebaik dia SCAN kulit wajah saya , dia terkejut dan berkata
" Wow! Muka kamu bersih. Hanya ada kesan di kawasan mata. Apa kamu guna?"
Saya tersenyum dan tunjukkan sehelai niqab pakaian sunnah.
Then she said " wonder lah kulit u bersih "
Tapi kenapa ramai wanita berpurdah yang KULIT WAJAHNYA KUSAM, BERJERAGAT, BERMINYAK MALAH BERJERAWAT?
Hanya kerana mereka juga memakai produk2 kimia yang MEROSAKKAN kulit.
Ada pengguna bertanya
KENAPA PRODUK BEAUTY KD AL MUJAHID BUKAN BENTUK SABUN?
Sepanjang saya mengkaji dan bertanya pakar berkaitan pembuatan produk. Jika nak kekalkan KEASLIAN produk, TIADA CARA LAIN MELAINKAN KEKAL SERBUK DAUN.
JIKA DIJADIKAN SABUN TETAP ADA KIMIA YANG PERLU DICAMPUR. NAK BAGI KERAS JIKA TIADA CAMPURAN KIMIA , berbulan bulan tak keras keras.
Saya akan cuba kekalkan produk BEAUTY KD dalam bentuk alami 100%. Agar pengguna mempunyai kulit yang sihat dan dijauhkan kanser.
Saya menjual untuk membina masjid dan madrasah. Saya tidak mahu ada sebesar zarah pun hasil yang boleh memudaratkan sesiapa khasnya umat Islam.
KEBERKATAN LEBIH UTAMA.
WALLAHU A'LAM .
Siapa nak kulit awet muda ?
Wasap HQ AL MUJAHID ya

Baca testimoni berkaitan jeragat di SINI



















27.12.17

BUAT ISTERI YANG ADA MAK MERTUA

JIKA BENAR MENYINTAI SUAMI MU, INGATLAH ADA IBU YANG REDHO NYA AKAN MEMASUKKAN SUAMI MU KE SYURGA @ NERAKA.
BUAT MERTUA YANG BERMENANTU LELAKI, INGAT MENANTU MU ITU ADA IBU YANG MENDIDIKNYA MENJADI SUAMI SOLEH.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kisah Pemuda Alim Yang Menderita Sakaratul Maut Kerana Mengutamakan Isteri Lebih Dari Ibunya
Di zaman RASULLULLAH s.a.w. ada seorang pemuda yang bernama Alqomah. Dia rajin beribadat.
Suatu hari tiba-tiba dia jatuh sakit yang sangat kuat, maka isterinya menyuruh orang memanggil RASULLULLAH saw dan mengatakan suaminya sakit kuat, dan dalam nazak sakaratul maut.
Apabila berita ini sampai pada RASULLULLAH saw , maka RASULLULLAH saw menyuruh BiIal.r.a., AIi.r.a, Salama.r.a. dan Ammar.r.a supaya pergi melihat keadaan Alqomah.
Apabila mereka sampai di rumah Alqomah, sambil membantunya membacakan kalimah لا إله إلا الله tetapi Iidah Alqomah tidak dapat menyebutnya.
Ketika para sahabat mendapati bahawa Alqomah pasti akan mati, maka mereka menyuruh BiIaI.r.a supaya memberitahu RASULLULLAH saw tentang Alqomah.
Apabila Bilal sampai di rumah RASULLULLAH saw , maka Bilal menceritakan segala hal yang berlaku di rumah Alqomah.
LaIu Rasullullah bertanya kepada Bilal,
"Wahai Bilal apakah ayah Alqomah masih hidup?"
jawab BiIaI.r.a.; "Tidak, ayahnya sudah meninggal, tetapi ibunya masih hidup dan sangat tua usianya".
Kemudian RASULLULLAH s.a.w berkata kepada Bilal;
"Pergilah kamu kepada ibunya dan sampaikan salamku, dan katakan padanya kalau dia dapat berjalan, suruh dia datang berjumpaku, kalau dia tidak dapat berjalan katakan aku akan ke rumahnya".
Maka apabila Bilal sampai di rumah Ibu Alqomah, IaIu ia berkata seperti yang Rasullullah kata kepadanya, maka berkata Ibu Alqomah; "Aku Iebih patut berjumpa RASULLULLAH saw ".
LaIu ibu Alqomah mengambil tongkat dan terus berjalan menuju ke rumah RASULLULLAH saw , sampal di rumah RASULLULLAH saw, laIu dia memberi salam dan terus masuk dan duduk di hadapan RASULLULLAH saw .
Maka bertanya NABI s.a.w. kepada ibu Alqomah,
"Terangkan kepadaku perkara yang sebenar tentang Alqomah, jika kamu berdusta nescaya akan turun wahyu kepadaku".
Berkata NABI SAW lagi:
"Bagaimana keadaan Alqomah?"
jawab ibunya:
"Alqomah sangat rajin beribadat, sembahyang, berpuasa dan sangat suka bersedekah sebanyak-banyaknya sehingga tidak diketahui banyaknya".
Bertanya RASULLULLAH saw
"Bagaimana hubungan kamu dengan dia?"
jawab ibunya,
"aku murka kepadanya"
IaIu Rasullullah bertanya:
"Mengapa"
jawab ibunya:
"Kerana ia Iebih mengutamakan isterinya dari aku dan menurut kata-kata isterinya sehingga dia menentangku".
Maka berkata RASULLULLAH saw :
"Murka kamu itulah yang telah mengunci Iidahnya dari mengucap لا إله إلا الله
kemudian NABI s.a.w. menyuruh Bilal mencari kayu api utuk membakar Alqomah. Apabila ibu Alqomah mendengar perintah Rasullullah lalu ia bertanya:
"Wahai Rasullullah kamu hendak membakar putraku di depan mataku? Bagaimana hatiku dapat menerimanya".
Kemudian berkata RASULLULLAH s.a.w.:
"Wahai ibu Alqomah, siksa ALLAH itu lebih berat dan kekal, oleh itu jika kamu mahu ALLAH ampunkan dosa anakmu itu, maka hendaklah kamu mengampuninya, demi ALLAH yang jiwaku di tangannya, tidak akan berguna sembahyangnya, sedekahnya, selagi kamu murka kepadanya".
Maka berkata ibu Alqomah sambil mengangkat kedua tangannya; "Ya RASULLULLAH, aku persaksikan kepada ALLAH di langit dan kau ya RASULLULLAH dan mereka-mereka yang hadir di sini bahawa aku redha pada anakku Alqomah".
Maka RASULLULLAH saw mengarahkan Bilal pergi melihat Alqomah sambil berkata:
"Pergilah kamu wahai Bilal, lihat sama ada Alqomah dapat mengucap لآ إله إلا الله atau tidak".
Berkata RASULLULLAH saw lagi kepada Bilal:
"Aku khuatir, kalau-kalau ibu Alqomah mengucapkan itu semata-mata kerana pada aku dan bukan dan hatinya".
Maka apabila Bilal sampai di rumah Alqomah tiba-tiba terdengar suara Alqomah menyebut; "لآ إله إلا الله .
Lalu Bilal masuk sambil berkata:
"Wahai semua orang yang berada di sini, ketahuilah sesungguhnya murka ibunya telah menghalang Alqomah dan dapat mengucapkan kalimah لآ إله إلا الله , kerana redha ibunyalah maka Alqomah dapat menyebut kalimah syahadat".
Maka matilah Alqomah pada waktu sebaik sahaja dia mengucap.
Maka RASULLULLAH s.a.w. pun sampal di rumah Alqomah sambil berkata:
"Segeralah mandi dan kafankan lalu disembahyangkan oleh NABI s.a.w. dan sesudah dikuburkan maka berkata NABI s.a.w. sambil berdiri dekat kubur:
"Hai sahabat Muhajirin dan Ansar, barangsiapa yang mengutamakan isterinya daripada ibunya maka Ia adalah dilaknat oleh ALLAH s.w.t., dan tidak diterima daripadanya ibadat fardu dan sunatnya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sesungguhnya KESILAPAN seorang ibu adalah menuruti kehendak anaknya memilih jodoh sendiri.
Ibu lebih rela anaknya bahagia dengan pasangannya. Lalu bila pasangan itu tidak menepati ciri selayaknya pun ibu akan terima demi kebahagiaan anaknya.
Inilah kesilapan terbesar seorang ibu. Semasa kecil ibu menyediakan semua yang terbaik untuk anak nya namun bila soal pasangan hidup ibu sanggup menerima sesiapa saja demi kebahagiaan anaknya.
Akibatnya ibu akan dibuang dari kamus ketaatan seorang anak.
Moga moga ibu2 yang mendapat menantu yang menguasai anak akan tetap MEREDHOI anak mereka. Ingatlah anak itu kita didik kerana nak dia masuk Syurga
REDHO lah duhai ibu.
Oops jangan menantu STRESS ya. Sekadar berkongsi kisah menantu dan besan sahabat saya.
Jangan marah ya. Nanti stress keluar JERAWAT. Tapi jika muka selalu ada jerawat nak nak masa uzur, pakai je SKIN WASH.. 100% ASLI ...DAUN HERBA YANG DIADUN UNTUK MENGURANGKAN JERAWAT.
Biar kekal cantik di mata suami..
Produk yang tiada setitik darah pun bahan kimia



24.12.17

CANTIK SEMASA REMAJA TIDAK MENJAMIN HINGGA KE MASA BELIA.

Cuba lihat foto semasa alam remaja. Wah! Cantiknya kulit! Bersih dan putih.

Walaupun mungkin wajah biasa-biasa tetapi kehalusan kulit tanpa noda memang merasa bertuah.

Itu semasa remaja. Masa kahwin masih kelihatan cantik. Malah antara pengantin yang dipuji wajah mulus tanpa noda.

Tapi kenapa baru nak masuk 40-an. Kulit dah bertompok JERAGAT?

Dah nampak macam PETA? Walaupun SAPU tebal bedak dan make-up, tetap kelihatan peta di muka!!!

Puncanya kerana salah guna PRODUK.

Ya kita tak didedahkan dengan kesan jangka panjang penggunaan produk ada paraben, MERKURI dan lain-lain.

Kita terpengaruh dengan pelbagai iklan kecantikan yang menggunakan model cantik jelita.


Kita rasa kita mungkin akan sejelitanya dan kita menggunakan pelbagai jenama dari yang pasar malam hingga ke butik antarabangsa.

Cuma kenapa membiarkan kulit kita dirosakkan bahan kimia?

Saya ada membaca satu status. Beliau mempunyai ilmu kimia.

Dia memberitahu semua produk kena masukkan sejenis bahan untuk memberikan kesan putih.

Maaf saya lupa bahan itu. Bahan itu ada dalam kuih pau, roti dan seumpamanya.

Walaupun komen dia di status tu macam tiada rasa bersalah tetapi saya rasa amat kasihan.

Sebab...
Pengguna produknya walaupun dia bagitahu ada bubuh bahan pemutih yang bahaya jika berlebihan, tetap memuji produknya.

Entah lah. Masing-masing yang perlu menjaga diri masing-masing.


ALLAH TAALA dah bagi bahan alami sebagai sebaik-baik rawatan.


Sama ada untuk makan atau sapuan di kulit. Tapi kita rasa bahan alami ni macam bahan kampung je kan?

Sebab tu bila tengok set BEAUTY KD rasa macam leceh dan renyah.


Ialah kan..contoh SKIN WASH, ramai terkejut ia 100% serbuk daun.


Yang lucu ramai ingat serbuk Inai. Jika inai pasti merah kulit muka🤣


Tapi mana sangka kan? Produk SKIN WASH dan KD SCRUB telah berjaya MENIPISKAN JERAGAT malah kulit bersih tanpa BLACK HEAD.

Bila dilumur dengan SKIN OIL, MasyaAllah rasa lembutnya pipi seperti bayi.

Dan mesti terkejut bila selfie, JERAGAT SEMAKIN PUDAR. Mula berangan nak kulit muda semula ...


Jangan risau

InsyaAllah dengan BEAUTY KD DIRI MU BERHAK JELITA

Nak tau lagi klik www.wasap.my/+60134400212/beautykd


23.2.17

Kelas Langsir  & Telekung  alMujahid diam tak diam telah bertahan di Msia selama.hampir 14++ tahun.

Suatu masa yang terasa singkat namun melihat anak yang saya kandung dulu sewaktu mula mengajar telah membesar maka saya tersedar 
"Lama dah alMujahid mengajar dan ribuan pelajar telah berjaya dan ada juga gagal."

Kelas yang sinonim dengan gelaran yuran yang mahal, tanpa mesin jahit ketika belajar, hanya waktu singkat


Tapi itulah hakikatnya.
jika dulu 1 hari untuk sesi pagi saja.
kemudian sesi petang sambung hari lain.

Kemudian kelas langsir pagi petang 1 hari saja dan kelas telekung hari lain.
بسم الله الرحمن الرحيم
 اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه 
وسلم

Harini saya seronok melihat gambar seorang bayi iaitu anak sahabat saya di tahnikkan oleh ulamak Sheikh Nuruddin Marbu al Banjari.

Subhanallah Maha Suci Allah , di mana
apabila kita memandang bayi, tak kira  bayi itu berbangsa apa sekalipun, berkulit apa sekalipun, berwajah apa sekalipun, pasti kita yang ada sifat RAHMAH di dalam diri, akan menyukai bayi itu.    
Kita juga akan merasa seronok melayan bayi tidak kiralah berbangsa  India, Cina, orang putih atau orang hitam, kita akan tetap seronok melihat wajah bayi. 

Dan bayi-bayi yang dilahirkan walaupun berbangsa apa sahaja, walaupun beragama apa sahaja, tetap adalah Ahli Syurga sehinggalah mereka baligh.  

Dan bila kita melihat bayi, seperti saya seorang ibu yang anak-anak telah besar, pasti rasa teringin. Ingin semula untuk ada bayi, ingin semula menyusukan bayi, ingin semula mendodoikan bayi, dan ingin semula melakukan segala-galanya bersama dengan bayi.  

Saya teringat kisah saya dengan kelima-lima anak saya di mana ada satu sindrom iaitu bayi yang masih di dalam pantang. Mereka menangis setiap malam.

 Saya sendiri tidak tahu mengapa,  ketika  dalam tempoh berpantang pada setiap jam 10.00 malam, mereka akan mula menangis.

 Dan yang peliknya, mereka menangis bukan seperti biasa-biasa. Tetapi mereka menangis seperti dalam keadaan sedang dalam kesakitan, seperti sedang dicubit-cubit, sedang dikeronyok badan mereka. 

Bayangkan setiap malam, tepat jam 10 anak saya akan mula menangis melalak.

Biasanya suami akan membacakan ayat-ayat Al Quran dan melaungkan azan, menyapu minyak urut dan sebagainya, namun bayi kami tetap akan menangis. 

Sindrom menangis malam bagi bayi saya dulu, biasanya berlaku setelah mereka berusia 20 hari dan ke atas. Keadaan ini menyebabkan saya menjadi fobia menanti detik 10.00 malam. 

Setelah diazankan mereka akan berhenti menangis seketika tetapi kemudian akan terus menangis dan yang peliknya setelah jam menunjukkan pukul 2.00pagi,mereka akan berhenti menangis.

Setiap malam berlaku perkara yang sama menyebabkan saya menjadi seorang ibu yang stress ketika di dalam tempoh berpantang. Yang rasa ingin menangis dan menjerit bersama-sama dengan bayi itu ketika mereka menangis bersungguh-sungguh.

Dan kita dalam keadaan berpantang tidak dapat duduk lama untuk mendodoikan,untuk menyusukan dan sebagainya, menyebabkan kita turut sama hendak menangis seperti bayi yang sedang menangis.

Sewaktu anak saya masih kecil, saya pernah berdoa kepada Allah SWT, "Ya Allah Ya Tuhanku, apakah yang perlu aku lakukan Ya Allah setiap malam mereka menangis. Berikanlah ilham kepadaku, bagaimanakah harus aku lakukan untuk merawat anakku.." 

MasyaAllah Tabarakallah.Rupa-rupanya maqbul doa saya itu. Bukan untuk anak-anak saya tetapi untuk anak-anak orang lain.

Alhamdulillah. Allah telah pinjamkan KD Speechless Scent di mana apabila menggunakan KD Speechless Scent keluaran Al Mujahid Trading. Ianya telah dapat membantu mengurangkan kes sindrom bayi menangis malam. 

Ramai ibu-ibu di dalam pantang telah mengucapkan rasa terima kasih mereka kepada Al Mujahid Trading kerana telah mengeluarkan produk haruman KD Speechless Scent yang dapat membantu mereka untuk memastikan bayi mereka tidur lena setiap malam.
Alhamdulillah.

Beberapa testimoni berikut menunjukkan anak-anak yang sukar tidur malam, setelah dicalet KD Speechless Scent di kening mereka, mereka akan cepat tidur lena dan tidur yang berkualiti. 

Juga jika haruman KD Speechless Scent dititikkan di dalam air dan dijadikan bilasan mandian bayi itu, dia akan merasa tenang kemudian dibedung dan ditidurkan. Subhanallah bayi itu akan tidur dengan nyenyak.

الحمدالله على كل نعمة


*****
Apa itu KD Speechless Scent?

KD Speechless Scent adalah sejenis haruman yang berasal daripada ekstrak tumbuh-tumbuhan alam yang mana ia secara dasarnya sekadar haruman biasa dan bukan ubat.

Produk haruman ini pada asalnya telah diberikan nama "Haruman KD" namun setelah mendapat maklumbalas daripada pengguna, namanya telah ditukarkan kepada KD Speechless Scent.

KD Speechless Scent mendapat namanya "Speechless" daripada para pengguna setianya yang menggambarkan ianya satu produk haruman unik yang lain daripada lain.

"Speechless" adalah perkataan daripada Bahasa Inggeris yang membawa maksud; Kelu, Bungkam, Tiada kata-kata yang dapat digambarkab. Itulah respon awal yang diterima daripada setiap orang yang pernah dicalet haruman KD Speechless Scent ini. Ianya berbau harum semerbak tetapi lembut dan tidak menyengat, memberikan rasa kedamaian dan ketenangan kepada pemakainya malah fungsinya melebihi daripada sekadar haruman biasa. Hebat anugerah Allah ini.

KD Speechless Scent adalah krim pekat berwarna putih yang harum dan berbeza dengan haruman-haruman lain yang berada di pasaran yang kebiasaannya bersifat cecair. 

KD Speechless Scent adalah haruman yang dapat membantu dan menangani masalah seperti berikut :

1. Menangani masalah bayi atau kanak-kanak sukar tidur.

2. Menenangkan bayi atau kanak-kanak yang menangis.

3. Membantu anak-anak mudah lena dan mendapatkan tidur yang berkualiti.

Bagaimana ramai pengguna menyakini KD Speechless Scent?

Jawapan terbaik adalah
"Hanya yang mencalet mengetahui kelebihannya"

www.kdscent.com
iKemudian dan langsir hanya 1 hari

6.1.16

MINYAK ZB3



🌸Ianya campuran minyak Zaitun & pati herba.

🌸Kegunaan untuk sapuan luaran 
✔Tanpa bau seperti minyak angin.
✔Tanpa panas @ sejuk.

Dikatakan boleh MEMBANTU:
✔Mengurangkan BATUK Berkahak
✔Melegakan Asma
✔Merawat Senggugut
✔Kembung perut
✔Ezcema
✔Mengecutkan Buasir

Siapa yang kata?

Pengguna yang memberitahu setelah menggunakannya. Boleh baca di http://bit.ly/testimonialmujahid.

Whatsapp +60134400212 jika berminat

26.11.15

MANJA KD


HEBAT DALAM KELEMBUTANMU

MANJA KD adalah herba yang diproses secara tradisional.
Manja KD mengandungi :
✔Manjakani
✔Akar serapat
✔Lada berekor
dll


Diluluskan pusat racun negara

Sesuai untuk:
👍Yang mahu suami senyum kepuasan
👍Yang mahu mengalami muda semula
👍Mengembalikan 'mood'
👍Yang mahu bertenaga
👍Keputihan
👍Haid tidak teratur
👍Kesukaran hamil
👍Kegatalan vagina








Nak baca testimoni pengguna kami
Klik http://bit.ly/testimonikd
BERMINAT???
WHATSAPP KE+60134400212

22.10.15

ANAK ASYIK MENANGIS?? SUSAH NAK LENA MALAM??

Ramai yang mengadu kes sebegini. Terutama dari 2 bulan ke atas. memang benar kan puan , kita teramat Stress. Mungkin orang tua2 dulu selalu sebut Meroyan sebab anak menangis .

Haish mana tak meroyan. Jika anak sekejap je lena dan bangun menangis!!! Nak kata kembung perut, jenuh lumur minyak telon dah.

Nak kata sakit ke, apa ke, takkan lah setiap hari sama saja. macam masuk kerja SHIFT. Ada masa menangis dan ada masa lena berdesir waktu siang.


Bab bayi menangis ni bukan semua mampu sabar. Dalam pantang bukan semua bernasib baik ada pembantu. Ramai yang dah duduk sendiri, sendirilah mengharungi kehidupan. nak layan bayi, nak layan anak lain, nak layan suami, dan siapa nak layan ibu beranak kecil ni??

Jika hilang sabar memang ramai akan mencubit , menampar bayi yang belum tahu apa itu. Hilang sabar tau dengan tangisan anak ni.

Saya sendiri pun memang masa anak kecil menangis akan menangis sekali. Sakit pinggang saya mendodoikannya. Tambahan bilatangisan nyaringnya di tengah malam, memang STRESS tahap hampir gila.
Fuh, jika ingat balik, memang tak sanggup berpatah balik. Tiap malam kerja shift dari jam 10pm hingga 2pm. nangis dan nagis sampai hilang suara. Dan saya menangis tersedu sedu juga sebab buntu dan mati akal.

Tapi membaca komen Pn Napsiah Mohd Noordin di http;bit.ly/testimonikd, amat menggembirakan saya.

Pn Napsiah yang baru bersalin secara pembedahan memberi komen tentang KD Speechless Scent dan Kd Spray,

"Macam saya berpantang sendiri , operate pulak, kalau tak sertakan ZIKIR dan CALITAN KD, silap silap boleh gila meroyan. bukan hanya calit pada anak tapi diri kita jugak. Alhamdulillah"


Adakah puan tak mahu mencuba KD Speechless Scent untuk meredakan tangisan anak?
Anak yang mengamuk.
Anak yang meragam,

Mandikan dan calitkan dengan KD Scent. Dan Gunakan KD Spray untuk mempositifkan aura negatif mereka.Cuba dulu dan puan pasti gembira menikmati KETENANGAN TANPA TANGISAN.


APA ITU KD???

Puan whatsApp ke +60134400212
Staff Al Mujahid Trading bersedia membantu puan mengatasi masalah Sawan Tangis, Anak sukar lena dan lain2.

WhatsApp saja ke +60134400212
mana tahu kan Allah SWT mengizinkan puan juga TENANG SEPERTI PN NAPSIAH.

12.2.12

Jemputan Ilahi

Alhamdulillah...
Langkah pertama...ikhlas ikuti kursus langsir almujahid.

Langkah kedua...mempraktikkan ilmu.


Langkah ketiga...doa d dua pertiga malam untuk menjadi tetamu Allah.

Langkah terkini...sudah menerima tawaran umrah sponsor by almuhahid travel & tours...


Langkah bermula sekarang...banyakkan solawat n salam kpd Rasulullah SAW

Barakallahufikum

5.12.11

apakah yang di cari

ALLHAMDULILLAH

Dengan rahmatNya misi mengajar telah terlaksana... Dengan kasih sayangNya..segalanya dimudahkan...Dengan arRohimNya...moga kalian pelajar2 ku..dirahmati. Moga kalian dapat apa yang dicari..moga kalian berjaya menjadi insan beriman. Aaminn ya Robb.

Sementara berehat sebentar 2 minggu ni moga Allah memberi kefahaman agama. Mengapa kefahaman agama? Apakah selama ini masih x cukup. Wahai sahabat dan pelajar kelas langsir almujahid..Apaklah yang kita cari. Dalam kelas langsir almujahid telah dimaklumkan pakah tujuan kita belajar..hanya saya sebagai guru mengharapkan kalian faham.
Kalian melihat sendiri dan sebahagiannya memasang angan2 ingin menjadi guru seperti saya..kononnya dengan cara itu kalian akan kaya...seperkara saya nak ingatkan ...sentiasa ingat akan firmanNya dalam surah arRahman.."maka nikmat apakah yang kalian dustakan"?

JANGAN JUGA KALIAN LUPA BAHAWA BAIK APA SAJA MILIK KALIAN AKAN DITINGGALKAN.  Maka janganlah sia2kan milik "masa" yang kalain ada. Peruntukkan hanya seminit sehari untuk membuka tafsir alQuran..hanya seminit. Agar dengan seminit sehari yakni sebaris ayat cuma..maka 6666 ayat akan tamat ditafsir, difahami dan diamalkan..dan moga dapat disampaikan..yakni menyambung tugas para Nabi...
Wahai pelajar kelas langsir almujahid,
jagalah amal kerana hanya amal dan taqwa membezakan kalian dengan pelajar kelas langsir yang lain. Ingatlah bahawa kasih sayang kita kerana Allah dan tembok pemisah antara kita juga kerana Allah..
Salam doa 10 Muharam...berpuasalah kerana Allah.

26.6.11

perlukah di ajar semua?

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, hari ini kita diberi kesempatan untuk menghirup udara..suatu nikmat yang kita jarang menghargai. Sememangnya kita memang jarang menghargai dan hanya menghargai apabila ianya telah berlalu.

Menyentuh bab menghargai, sekeliling kita adalah manusia yang susah untuk menghargai.Hatta diri kita sendiri kadang2 tidak menghargai diri sendiri, suami, anak2, jiran dan semua yang mengenali. Sebagai guru pula, saya kadang2 terkesan dengan sikap pelajar. Dari ribuan pelajar kelas langsir yang saya ajar, adalah sekadar beberapa puluh yang menghargai ilmu yang di ajar di kelas langsir. Ianya akan jelas dan nyata bilamana musim perayaan, maka mereka akan mengirim salam terima kasih atas ilmu di kelas langsir yang saya uruskan.

Teringat juga betapa ada segelintir bekas pelajar kelas langsir saya yang begitu takut mengaku saya adalah guru langsir mereka. Kadang2 gelihati juga bilamana tidak mengaku saya guru langsir @ pernah mengenali saya tetapi teknik dan kaedah pengajaran sewaktu kelas langsir saya, mereka akan praktikkan. Alhamdulillah, penafian Naiz@ Azlina, Pn Omm, Pn Noraini, Cik Siti dan beberapa nama lagi, semakin membuktikan betapa gerunnya mereka dengan guru mereka. Terfikir juga betapa dangkalnya ilmu usahawan mereka ( saya sedar mereka membaca coretan ini) takut dengan bayang2 sendiri. 


Mengapa saya mengatakan begitu? Sebagai seorang pelajar, sewajarnya kita berterima kasih dengan ilmu yang diterima. Orang yang mendoakan gurunya akan dirahmatiNya. Saya sendiri secara peribadi amat menghargai dan selalu mendoakan guru tadika dan tok guru yang mengajar saya mengenal Al Quran. Walau sekarang ilmu saya dan tahap pencapaian saya lebih  sedikit daripada mereka, namun merekalah yang wajar menerima doa daripada saya. Moga doa buat mereka akan menambahkan lagi rahmatNya buat saya.


Di setiap kelas @ kursus langsir saya, mahu @ tidak, pelajar terpaksa mendengar omelan saya dan pastinya ianya bukan kerana wang. Saya hendak semua pelajar kelas langsir saya bukan menghadiri kursus langsir semata-mata kerana mahu kekayaan. 
Perbezaan yang jelas antara saya dan guru2 kelas langsir adalah, saya satu2nya guru yang pakar jahitan langsir tetapi tidak mengambil tempahan langsir. Kebiasaanya guru jahitan langsir pasti ada kedai langsir, menjual kain langsir dan lain2 tetapi Alhamdulillah saya tidak perlu berbuat demikian. Ianya kerana, dulu sewaktu sambil mengajar jahitan , dalam hati terpaksa berlawan antara nafsu. Nafsu memaksa jangan diturunkan semua ilmu di dada, akal menghalang dan hati mengingatkan tentang keberkatan. Saat berlawan sambil mengajar aadalah memeritkan. Mungkin bagi guru lain akan mengatakan , ada yang perlu disimpan kerana jika mengajar semua lingkuplah bisnes. Di sebaliknya, jika sebagai guru, kena mengajar semua agar pelajar berjaya. Apakah nilai yang paling bernilai bagi insan bergelar guru selain daripada kejayaan pelajar. 
Hari ini, saya mampu mengunjungi kedai2 langsir pelajar saya, kadang2 menjadi rakan sembang di blog mereka malah ada yang seakrab saudara...Alhamdulillah berdirinya saya sebagai guru jahitan langsir telah mampu mendidik ramai wanita menjadi usahawan walaupun mereka belum ada lagi yang dapat mengatasi saya namun pasti suatu hari mereka akan berjaya.

Apa pun semoga pelajar2 kelas jahitan langsir saya tidak memfokuskan wang adalah segalannya.Tidak dinafikan wang adalah segalanya namun ianya bagi mereka yang kurang beramal dengan alQuran dan sunnah. Bagi saya , wang hanya suatu dari keperluan namun tanpa wang tidak bermakna hidup musnah dan adanya tidak semestinya semua boleh dapat. Memang kita perlu mencari wang dan setiap hari berlingkar dengan wang, tetapi hakikat kehidupan tidak semestinya tanpa wang kita tidak bahagia.


Sesungguhnya nikmat Iman adalah nikmat terhebat, andainya kalian yang membaca ini dalah bekas @ bakal pelajar kelas jahitan langsir saya, ingatlah pesanan saya,  hargailah nikmat Iman. Berimanlah kepada Allah dengan sebenar2 Iman. Jangan sekadar menghafaz rukun Iman. Belajarlah menghargai nikmat Iman..


9.1.10

NIKMAT HIDUP

SOLLAWALLAHU A'LA MUHAMMAD...
SOLLAWALLAHU A'LAIHI WASALLAM...

ALHAMDULILLAH...
UNTUK KESEKIAN KALINYA SAYA DAN PELAJAR DAPAT MENUNAIKAN UMRAH...
TIADA NIKMAT YANG MELEBIHI NIKMAT MENATAP BAITULLAH...
DOA SAYA PELAJAR YANG LAIN JUGA BAKAL MENYUSUL ROMBONGAN UMRAH AKAN DATANG.
TERKENANG SAYA WAKTU MULA MENJADI USAHAWAN, TAK TERCAPAI AKAL SAYA AKAN BERJAYA SEPERTI SEKARANG...BETAPA ALLAH MAHA MENDENGAR DAN MENYAYANGI HAMBANYA...MEMAKBULKAN DOA SAYA YANG SERBA KEKURANGAN...
INSYAALLAH SAYA AKAN MENERUSKAN USAHA MENDIDIK RAMAI LAGI PELAJAR MENJADI SEPERTI SAYA, MALAH MOGA MELEBIHI SAYA..
PELAJAR YANG SERING BERTANYA DARI SELURUH NAGARA, SILA TEL@SMS SAYA UNTUK MAKLUMAT TERKINI KURSUS LANGSIR DI TEMPAT ANDA.