Ramai teringin nak umrah bersama bayi kan? Apalagi jika umrah bersama famili.
Saya membawa Muhammad Abdullah MUJAHID melakukan umrah sejak dari umurnya 5 bulan.
Sebelum saya membawanya, saya perbetulkan niat terlebih dahulu. Bukan niat nak berbangga membawa anak atau nak tunjuk kita mampu.
Niat yang baik. Agar anak mendapat BARKAH MENZIARAHI RASULULLAH SAW DAN KAABAH. Agar anak mendapat tempias doa alim ulama' dan para solihin yang sama-sama berada di Haramain. Niat agar anak menjadi soleh dan menyintai bumi RASULULLAH SAW.
Langkah pertama saya SUNAT/ Khitan bayi semasa dalam pantang. Dan kesemua anak lelaki saya memang bersunat ketika dalam pantang. ALHAMDULILLAH.
Kedua.
Saya menyediakan peralatan BERSUCI yakni TISU KERING. Bukan wet tissue . Tisu kering adalah alat bersuci menggantikan air.
Bila ke Masjid saya membawa beg yang ada banyak lampin pakai buang, tisu kering, spray air, pelapik lantai.
Saya akan duduk di hujung sof agar solat jemaah tidak putus sof gara-gara ada bayi di tengah. Kesian kan jemaah lain datang nak dapat pahala jemaah tetapi kita sengaja memutuskannya.
Jadi bila masuk waktu, MUJAHID yang baru berusia 5 bulan akan berbaring di hujung SOF dan saya selesa solat berjemaah.
Tapi saya sering menunaikan umrah. Masa MUJAHID bayi kebiasaannya selang 2 3 bulan saya ke sana. Jadi dia mulai merangkak ketika jemaah solat.
Bagi mengelakkan MUJAHID duduk di atas saya ketika solat, sebaik saja azan berkumandang, saya akan melakukan pemeriksaan KESUCIAN 🤣
Firstly
Periksa najis. Basah ke buang air besar ke
Dibaringkan atas pelapik khas.
Ambil tisu kering dan lap kawasan keseluruhan depan belakang.
Ingat! Tisu tu sekali lalu, jangan sekali SAPU habis merata. Nanti merebak najis!
Walaupun baru sekali dia kencing, lampin itu wajib disalin. Dah nama pun lampin pakai buang. Buang je lah.
Jika dia melepas. Bersihkan najis. Saya spray dengan air. Dan lap dengan tisu kering. Saya tak guna wet tissue sebab ia bukan sah bersuci.
Setelah suci dari najis, saya asingkan semua yang kotor dalam plastik khas dan ketepikan.
So bila Imam mula solat, MUJAHID sudah suci dan saya boleh solat tanpa risau dia membatalkan solat saya atau jemaah lain.
Saya lihat bab ini ramai tidak ambil kesah. Membawa anak kecil tetapi tidak memastikan anak itu suci dari najis.
Jika bayi itu pakai lampin dan telah bernajis sebelum kita solat, kita tidak istinjak kan dia dan bila solat dia pegang lama atau duduk di sisi kita dan kena pada badan kita maka SOLAT kita BATAL. BATAL KERANA KITA MENANGGUNG NAJIS.
Jika anak lelaki yang belum bersunat, dan tidak dibersihkan dengan menarik kulit zakarnya, dia juga menanggung najis! Tak kira lah bayi itu kencing atau tidak!
Sebab tu kanak-kanak lelaki yang belum bersunat, tidak dibenarkan sebaris dengan jemaah dewasa. Sebab jika dia tidak membersihkan kulit zakarnya, ada sedikit air kencing menyebabkan jika dia solat dan mengenai badan jemaah lain walaupun bapanya, maka BATAL solat.
Sama juga ketika TAWAF. Ramai mendukung bayi tanpa periksa dulu suci atau tidak. Kemudian tawaf bersama dan Tawaf itu tidak sah. Kecuali disucikan terlebih dahulu.
Bagi saya , walaupun sentiasa ulang alik ke HARAMAIN, SETIAP IBADAH WAJIB SEMPURNA. Kita beribadah untuk kita bukan untuk menunjuk kepada orang lain, anak aku dah umrah walaupun belum cukup syarat!
Dan jika bayi atau anak MENANGIS atau MERAGAM, calitkan KD SPEECHLESS SCENT dan SPRAY AURA KD. Apalagi jika asyik bergaduh bila ramai sebilik. Bapa pun patut guna KD SPEECHLESS SCENT dan AURA KD agar tidak STRESS
Nanti saya tulis tip masuk Hijr Ismail dengan mudah ya ..insyaAllah.
Jika nak tahu tip saya boleh ulang alik ke Haramain, bacalah Ebook RAHSIA KEBERKATAN JUALAN USTAZAH SAHIDA SAID. Boleh wasap
www.wasap.my/+60134400212/ebook
Ikutlah apa saya buat. Insya ALLAH selalu ke sini.