Showing posts with label sakit kepala. Show all posts
Showing posts with label sakit kepala. Show all posts

10.3.17

HONEY LEMON WITH CHIA SEED 


CHIA HONEY LEMON JUICE
Panas panas ni kita minum BIJIRIN CHIA YANG DIRENDAM DAN CAMPURKAN MADU + PERAHAN LEMON.
INSYA ALLAH membantu memecahkan lemak degil dan dengan bantuan KD SLIM, LEMAK MUNGKIN CEPAT MENCAIR!!!
Ramai masih merayu KD SLIM FREE 1 SLIMMING SOAP.
Alahai...
Jika niat memang nak kurus dan ringan badan kerana ALLAH SWT, HQ boleh less kan insya Allah.
WhatsApp ke HQ untuk dipertimbangkan.
+60134400212

-----------------------------------------------------------------

10 kelebihan minum air Lemon dengan Biji Chia :

1) Lemon mengandungi antioksida yang tinggi
2) Lemon penuh dengan detokfikasi
3) Lemon bantu dalam menurunkan berat badan
4) Lemon bantu dalam keseimbangan ph
5)Lemon bantu untuk kelihatan lebih muda
6)Biji Chia kaya dengan nutrient yang penting
7)Biji Chia kaya dengan serat yang diperlukan untuk jantung
8)Biji Chia mengurangkan penghalang kepada insulin
9) Biji Chia membantu dalam menangani lemak perut yang degil
10) Biji Chia boleh menghalang dari penyakit kanser



6.1.16

Hanya Allah Maha Penyembuh 

Ramai bertanya tentang PATI B3.

Sebenarnya saya pun tak tahu keberkesanannya.  Ianya produk tanpa KKM.

Saya hanya tahu 1 saja.
Saya solat istikharah sebelum memaparkannya dan setakat hari ini pelanggan kerap mengulang pembelian.

Kecil saja
Pekat melekat

Ekstrak akar dan pohon B3.
Dan limited stok

Whatsapp ke HQ AlMujahid +60134400212


AURA KD



🌸Aura KD  adalah semburan yang digunakan untuk memberi aura positif pada diri dan kawasan sekitar

🌸Digunakan ketika mood negatif,demam panas, baran,gugup, stress, ketakutan dll

Pn/tn boleh membaca lebih banyak testimoni di http://bit.ly/testimonikd

Whatsapp +60134400212 jika berminat.

26.11.15

Apa kah MINYAK ZB3 ???


Ianya campuran minyak Zaitun & pati herba.

Kegunaan untuk sapuan luaran
✔Tanpa bau seperti minyak angin.
✔Tanpa panas @ sejuk.


Dikatakan boleh MEMBANTU:
✔Mengurangkan Batuk Berkahak
✔Melegakan Asma
✔Merawat Senggugut
✔Kembung perut
✔Ezcema
✔Mengecutkan Buasir







Siapa yang kata?
Pengguna yang memberitahu setelah menggunakannya. Boleh baca di http://bit.ly/testimonialmujahid
BERMINAT???
WHATSAPP +60134400212

APA ITU AURA KD?


Aura KD Spray adalah semburan yang digunakan untuk memberi aura positif pada diri dan kawasan sekitar.

Digunakan ketika

✔mood negatif
✔demam panas
✔baran
✔gugup
✔stress
✔ketakutan dll






Klik ke http://bit.ly/testimonikd untuk lihat dan baca sendiri testimoni pengguna kami.
BERMINAT???
WHATSAPP KE +60134400212

12.2.12

Jemputan Ilahi

Alhamdulillah...
Langkah pertama...ikhlas ikuti kursus langsir almujahid.

Langkah kedua...mempraktikkan ilmu.


Langkah ketiga...doa d dua pertiga malam untuk menjadi tetamu Allah.

Langkah terkini...sudah menerima tawaran umrah sponsor by almuhahid travel & tours...


Langkah bermula sekarang...banyakkan solawat n salam kpd Rasulullah SAW

Barakallahufikum

2.2.12

Siapakah calon terpilih...antara ribuan

اللهم صل على محمد اللهم صل عليه وسلم.رضينا بالله ربا وبالاسلام دينا وبمحمد صلى الله عليه وسلم نبيا ورسولا.اللهم صل صلاة كاملة, وسلم سلاما تاما, على سيدنا محمد الذي تنحل به العقد, وتنفرج به الكرب, وتقضى به الحواءج, وتنال به الرغاءب, وحسن الخواتم, ويستسقى الغمام بوجهه الكريم, وعلى اله وصحبه فى كل لمحة ونفس بعدد كل معلوم لك.

Alhamdulillah...hari ini masih menyintai Rasulullah SAW...masih merindui Baginda dan masih terasa nikmat iman. Ya Allah Engkau tingkatkan darjat Rasulullah SAW dan ahli keluarganya serta para pejuang agamaMu. 
Engkau terimalah juga kami sebagai pejuang agamaMu Ya Allah...kami juga ingin syahid jalanMu. pilihlah kami...Aminn

Alhamdulillah wahai para pelajar kelas langsir alMujahid. Dengan izinNya..saat ini bermula pemilihan calon terakhir untuk menunaikan umrah PERCUMA. Calonnya telah ada cuma pelajar2 kursus langsir almujahid...berdoalah agar kalian terpilih. Siapakah yang bakal terpilih..suspen gak..saya dah minta juri memilih & ketua juri akan mebuat keputusan. Jangan x tau...pemilihan ini telus...

Saya akan menghantar nama yang top 5 dan Yang Dihormati Ustaz Aminuddin Abd Rahim akan memilih berdasarkan istikharah. Semua pelajar tahu bagaimana sikap dan pendirian saya maka tentulah yang nak sertai serta mendapat jemputanNya yang sesuai dengan pendirian saya.

Maka nantikanlah panggilan hangat saya..ingat bukan panggilan hangit tau...Mungkin juga ada yang dapat umrah percuma dan ada yang saya kongsi separuh. Niat saya satu je..jika yang terpilih boleh membawa kebaikan untuk agama...maka beliaulah yang mendapat panggilan saya...nantikan ya...jemputan umrah almujahid travel.


Di kesempatan ini juga saya mengharapkan pelajar semua mencuri masa untuk menghadiri majlis di masjid2 untuk bersolawat dan salam kepada Rasulullah SAW. Yakinlah bahawa  baginda pernah hidup..yakinlah bahawa Baginda pernah di baling batu di Thoif kerana Agama Islam..dan yakinlah Baginda SAW menyintai kita..umatnya....Wahai pelajar langsirku...jangan berhenti bersolawat dan salam kepada Baginda SAW...Semoga kita mati sebagai umat Muhammad SAW

21.1.12

Apakah Bisnes Hebat Luar Biasa

لا اله الا انت سبحانك انى كنت من الظالمين

Alhamdulillah masih diberi nikmat terhebat yakni nikmat Iman...andai semalam dicabut nikmat Iman..Ya Robb tidak dapat dibayangkan betapa hancur luluh jiwa ini. Iman menyebabkan kita bisa sujud kepadaNYa..Malikinnass....Iman menyebabkan kita takut melakukan mungkar dan Iman menghalang kita dari kufur dan syirik.

Sabda Rasulullah SAW:" Sekiranya kamu mengetahui apa yang kamu ketahui, nescaya kamu akan sedikit ketawa dan banyak menanggis". Para sahabat pun menutupi muka mereka lalu menanggis keharuan.
( Riwayat al-Bukhari no 4621 dan Muslim no 134)

Wahai pelaajar Kelas langsir alMujahid... sesaat ini fikirkan betapa banyak kita menanggis kerana Takut Azab Sakratul maut. tidak perlu berfikir tentang azab lain.fikirkan azab yang bakal tiba@ datang...entah selepas ini@ sebentar lagi...


kali ni saya ingin menyentuh tentang perkataan "kehebatan luar biasa"..ada yang bertanya "bagaimana ingin menjadikan perniagaan jahitan langsir yang luar biasa hebat"...mesti pelajar pernah dengar @ dah terlalu biasa dengan "luar biasa hebat". Saya tidak mahu menyebut @ menyentuh individu terbabit...dan jauh sekali untuk menyanjungi keluarbiasaannya. maaf.


Saya terlalu faham betapa kalian sama ada bekas @ bakal pelajar Kursus Langsir almujahid terlalu ingin berjaya. Paling tidak berjaya sikit daripada saya. Sinar mata kalian sewaktu dalam kelas telah membuktikan sangkaan itu. Cuma segelintir bekas peserta tarikh lahir pula ingin menjadi luar biasa hebat...itu juga dapat dilihat dari sinar mata dan kata-kata. Ingin menguasai bisnes dan luar biasa hebat.

Berbalik kepada topik hari ni..ingin saya menyentuh berdasarkan ilmu yang cetek. Saya bukan ilmuan @ pemikir maka jawapan saya juga jawapan yang kurang ilmu @ JAHIL. 
Sebagai hambaAllah yang dianugerahkan sesuatu ilmu...kita x boleh merasa hebat. Apakah kehebatan yang ingin dibanggakan? Sebagai hamba Allah yang telah mencemburi jahitan langsir selama berbelas tahun adakah saya telah merasai kehebatan itu? Ya saya telah menikmati kehebatan itu...adakah luar biasa hebat...Ya luar biasa hebat. Manakah buktinya? Jawapannya ada dalam diri saya dan keluarga...


Wahai pelajar..Apakah kalian fikir kekayaan itu lambang kehebatan  dan kejayaan itu lambang kehebatan luarbiasa? Maaf sehingga hari ini belum ada manusia yang memiliki kehebatan luar biasa kecuali Para Rasul , Nabi dan sahabat Rasulullah SAW serta mereka yang mengorbankan segalanya untuk ISLAM AGAMA YANG LUAR BIASA HEBAT.


Maaf..saya tidak pernah takjub kepada manusia yang di lahirkan dari setitis mani. Membesar dan dewasa kemudian menakluki dunia itu hebat. Tiada dalam kamus @ minda untuk mengenali @ menjadikan mereka idola dalam hidup. Apa hebatnya mereka jika bisnes yang gah itu diranapkan Allah SWT dalam masa sekelip mata? Apa hebatnya mereka jika dalam sesaat jatuh rebah dan terbaring lunyai hatta hendak tersenyum pun x boleh akibat kesakitan yang x terhingga. Tetapi para anbiya' dan sahabat dan pejuang agama Allah hingga syahid merekalah manusia hebat .


Bagaimana pula saya mengatakan bisnes langsir saya itu luar biasa hebat? Itu biarlah rahsia saya kerana cukuplah sahabat saya mengetahui dan tidak perlu dicanangkan kerana jika dicanangkan saya akan menjadi MUFLIS...di akhirat. Cukuplah Allah sebagai TuhanKU.. 


Wahai pelajar,
Singkirkan dalam pemikiran kalian ingin menjadi kaya dunia...singkirkan impian tentang rumah besar, kereta besar dan segala yang kalian rasakan hebat. Memang apabila menerima tender berpuluh ribu untuk tempahan langsir ..kita rasa happppppppppppyyy...tapi akan lebih bahagia andai setengahnya kita nafkah ke sabilillah.


Allah SWT berfirman: 

"Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertaqwa (mengerjakan suruhan Allah) dan bertaqwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya) serta dia membenarkan adanya pahala yang terbaik(syurga), maka sesungguhnya kami akan menyediakan baginya jalan yang mudah(syurga).

Surah alLail 92: 5-7


saya suka sangat dengan firman ini dan masih belum dapat target untuk seperti ayat ini...aim bertahun pun belum dapa ..yakni


Firman Allah SWT:


"Kamu tidak sekali-kali sampai kepada kebajikan (yang sempurna) sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai dan apa pun yang kamu  infakkan, tentang hal itu, sungguh Allah MAha Mengetahui"


( surah alimran 3: 92)


Maka apabila kita balik kepada ayat-ayat Allah adakah kita tegar membiarkan begitu saja demi menampakkan kita luar biasa hebat? Ingat wahai pelajar segalanya milik DIA, kereta besar akan rosak..rumah akan runtuh..tiada yang kekal. Kita tahu dan sedar tapi masih cintakan dunia. 


Bagi yang bertanya soalan untuk menjadikan jahitan langsir luar biasa hebat...saya sukar menafsirkan soalan kerana kehebatan itu belum saya ketemu pada kekayaan dunia. Kehebatan itu saya nampak apabila sanggup menghambakan diri kepada Robb Tuhan Penguasa Alam..sanggup berjuang demiNya sanggup menyintai Rasulullah SAW melebihi diri sendiri. Jadikan sirah Sahabat dan Sohabiah sebagai aim untuk mendapat luar biasa hebat. Apa lah hebatnya jadi businessman jika akhirnya masuk NERAKA. 


Seperkara saya nak sentuh janganlah percaya kepada teknik tarikh lahir dan penomboran. Tidak perlulah mengikuti kursus saya kerana percaya boleh berjaya dengan jahitan dan x perlu SYIRIK dengan melihat tarikh yang sesuai untuk melakukan sesuatu tetapi hadirilah kursus @ kelas langsir almujahid dan membuka perniagaan setelah SOLAT ISTIKHARAH.


Sabda Rasulullah SAW:


Perbandingan antara dunia dan akhirat tidak lain hanyalah seperti seseorang daripada kamu yang mencelupkan jarinya ke dalam laut. Cubalah dia melihat seberapa banyak air yang masih ada di jarinya saat dia mengeluarkannya dari laut."


( Muslim no 2858)

11.1.12

Nikmat penuh rahmat

Firman Allah SWT:
" Sesungguhnya Allah & para malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Wahai orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadaNya."
(surah al ahzab 33:56)

Wahai pelajarku...
Alhamdulillah jari ini masih bisa menekan kekunci...masih lembut digerakkan ke kanan kiri. 
Alhamdulillah 
Alhamdulillah
Alhamdulillah


Pelajar kelas langsir almujahid...
Alhamdulillah hasil yuran kalian telah diinfakkan ke jalan Allah. Alhamdulillah rezeqi itu dapat dimanfaatkan. Sewaktu sujud di Hijr Ismail Dis lalu, saya teringat seperkara saja..yakni kiriman doa para pelajar. Ada yang saya ingat wajah mereka dan ada yang pesanan saja terngiang. Moga Allah maqbulkan doa saya..semua yang ikhlas belajar kerana Allah akan segera sujud d Hijr Ismail.  MasyaAllah Tabarakallah...pulang ke Malaysia siap menunggu pelajar dan keluarganya. Mereka mengatakan " tiba2 je hati terlalu rindu Rasulullah SAW dan Baitullah. InsyaAllah Mac ini mereka berangkat menunaikan umrah bersama alMujahid travel & tours.
Inilah nikmat penuh rahmat bagi diri ini yang bergelar guru...


Sebelum berangkat umrah saya sempat menyiapkan tempahan langsir pemandu sambilan saya. Dulu mungkin kita x terfikir seorang 'driver' mampu hidup selesa tetapi keberkatan rezeqi mengubah persepsi kuno. Jangan pandang sebelah mata kepada kerjaya 'driver'. Asal tahu bersyukur atas nikmat maka rahmatNya melebihi segalanya.
Kos keseluruhan RM6000. Tempoh menjahit singkat saja bagi saya tetapi pelajar yang menjahit maka 2 minggu.
Yang mahu saya highlight adalah pelanggan langsir tidak lokek menempah jika kita ada ilmu. Selalu pelajar bertanya saya bagaimana cara menarik pelanggan dan menerima tempahan.Jawapan terbaik adalah mesti berilmu. Berilmu kena ikhlas kerana Allah. Sama ada guru @ pelajar masing2 kena ikhlas. Dalam konsep mencari dan memberi ilmu semuanya bergantung kepada niat. maka betulkan niat kerana Allah.
Kedua..bila sudah belajar praktikkan ilmu. masalahnya ramai suka memeram bertahun2. Ketiga...JANGAN MALU. Promosikan jer walau orang x tanya...(tapi kan saya pun malu nak promote diri). Laaa abih tu guano? Jawapan paling tepat adalah dalam apa saja kehidupan kita fikirkan nak bantu agama Allah.Bila kita korban untuk agama Allah segalanya mudah. Jangan berkira dengan Allah kerana semuanya Allah Punya.

Ini paten yang dijahit untuk pemandu saya. Lain kali anaknya nak ikuti kursus langsir almujahid sebab paten di bawah semua hanya 1 hari dan RM800...memang berbaloi jika mengambil tempahan...




s

19.11.11

Indahnya Hidup dalam Iman

Alhamdulillah pagi ini masih diberi kesempatan menghirup segarnya udara Malaysia..walau ada pelbagai anasir yang akan menambah penyakit...
Alhamdulillah malam tadi Allah memberi kesempatan buat kita semua untuk merayu dan mengadu kepadaNya..
Sesungguhnya..x dapat dibayangkan andai tiada hidayah dan nur Iman buat kita...pasti kita terusan dalam kejahilan dan kemungkaran..Indahnya hidup bersandarkan Iman dalam diri..

Pagi ini saya terfikir nak berehat semula dari mengajar...letihnya mengamuk dari Julai hingga kini..Cuma pelajar2 pula dok kata " cikgu jangan lah berhenti...kami x mau orang lain"..ada yang kata" laaa nanti kami x tau"...

Yang paling power pelajar yang menjadi kawan rapat kini " Akak..kan akak dah kata..jika buat comeback n pelajar melebihi kelas pelajar (ada pelajar buka kelas), it means akak memang kena mengajar...

Memang itulah kata2 saya kepadanya waktu dia 'menghasut' buka kelas semula...dan Allah telah menunjukkan jawapan kerana kelas langsir saya telah melebihi sasaran. Alahai kena teruskan lagi...tapi penat..cuma bila bermunajat 1 je saya teringat...kadang2 terbayang semula momen itu...yakni saat pelajar mendakap, mencium tangan dan merenung mata saya..dan berkata " ustazah..doakan saya dalam doa ustazah"..Allahu Robbi...harapan mereka terlalu besar...yakni ingin berjaya dan diberkati sebagaimana Allah telah memberkati usaha saya.
Jujurnya saat menaip kata2 ini sebak perasaan ini dan dalam hati ini juga mengharapkan Allah maqbulkan doa saya untuk mereka...Ya Allah Engkau rahmatilah para pelajarku yang mendoakan ku dan Engkau berilah hidayah kepada pelajarku yang menipu, yang menfitnah dan yang x mengaku mengenaliku..Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...Amiinn


Jika ada rezeqi dalam 2 minggu lagi saya akan menemui Kekasih hati yang dah lama x diziarahi..jiwa dah meronta untuk menemuinya..hati dah tersiat2 merinduinya...airmata dah berjurai saat membayangkannya...Ya Allah Engkau berilah kesempatan untuk daku, suamiku, bayiku dan Ustaz Aminuddin menemuinya..kekasih hati...MUHAMMAD SAW.


Wahai pembaca dan pelajar..jika ada kesempatan marilah bersama menghadiri Seminar Hidupkan Sunnah SAW pada 4 Dis d KL. RM150 dan seluruh kutipan untuk dana Maahad Tahfiz Tambun 8 di Ipoh. Ahli panel Ustaz Aminuddin Abdul Rahim, Ustaz Hakim alhafiz..biiznillah...semoga semua kita dapat mengamalkan sunnah dan mengajarkannya..agar selepas ini pelajar2 x lagi makan tangan kiri minum berdiri..x lagi masuk tandas kaki kanan keluar kaki kiri tapi yang lebih dari itu x lagi bermimpi dunia tetapi Rasulullah SAW datang dalam mimpi dan berkata " Akulah Rasulullah SAW"..saat terindah dalam hidup yang sewajarnya direbut kerana x semua orang diziarahi Rasulullah SAW...moga kalian diziarahi Baginda...Allahhummous solli a'la Saiyidina Muhammad wa a';a a'lihi wa sohbihi ajmaa'iin...

1.10.11

Peserta lelaki tunjuk taring





Alhamdulillah..kelas langsir alMujahid (mam smart ) masih berjaya menurunkan ilmu jahitan langsir kaedah mudah dan tepat. .Dalam kelas kali ini peserta lelaki lagi cepat memahami dan bijak serta kreatif..kaum lelaki dah tunjuk taring beb! 
Selain tu ada yang dah mula dapat tempahan.ALHAMDULILLAH.
.Sebagai contoh, salah seorang peserta langsir di Shah Alam 17 Sept lalu, sanggup datang dari pendalaman Pahang( maaf terlupa nama dan tempat sebab ramai sangat)....singgah sebentar ke rumah saudara di Kajang dan memberitahu saya akan mengikuti kursus lanjutan sebab sudah menerima tempahan. Alhamdulillah...berkat ketaqwaan dan keyakinan serta keikhlasannya belajar dengan saya..wang pelaburan kelas RM480 berjaya diperolehi...
Moga yang lain juga akan berjaya seperti mana doa kita bersama dan amalan yang saya dah turunkan. Pelajar tinggal mengamalkan dan istiqamah dengan apa saja petua dan amalan saya. Jika saya boleh berjaya kenapa kalian tidak..Moga ada yang bakal terpilih mengikuti umrrah percuma bersama alMujahid Travel..ikut hati nak bawa semua ...

Barakallahulakum

21.6.11

Harapan pelajar

Alhamdulillah tanggal 19 Jun lalu, di Intekma Resort & Convention Centre telah berlangsung Kelas Langsir dari jam 9-1pm dan 2-6pm. 


Sebenarnya jauh di sudut hati saya, sewaktu mendaftar pelajar terselit suatu rasa dan suatu harapan yakni agar pelajar saya lebih berjaya daripada saya. Melihat sinar mata pelajar tergambar suatu harapan, menggenggam jemari mereka saya dapat rasakan suatu harapan ingin kejayaan seperti saya.


InsyaAllah dalam setiap kelas langsir Mam Smart Ent menjadi kewajipan kepada saya untuk memberi sedikit tazkirah kerana hingga saat ini saya hanya percaya dan yakin dengana amalan saya.
Amalan harian kena istiqamah malah jika boleh ditambah lagi amalan sunat. 


Salah seorang peserta kelas langsir ini adalah seorang lelaki. Saya tabik kesungguhannya untuk mencuba walaupun hakikatnya beliau tiada mesin jahit dan TIDAK TAHU MENJAHIT. Namun kesungguhannya insyaAllah akan membuahkan hasil.
Ya Allah Ya Rohim..Engkau permudahkanlah rezeqi para pelajar kelas langsirku agar mereka beroleh keberkatan dan berkesempatan menunaikan umrah dan haji melalui rezeqi jahitan langsir yang ku ajarkan...Aamiiinnn





15.6.11

Paten Langsir







                                                   Paten sesi pagi

Paten pagi 8.30-1pm:


1. French Pleat
2. Body 
3. Multy Layer
4. Goblet
5. Pinch 
6. Triple 
7. Collar
8. Inverted Box Pleat
9. Mini Diamond
10. Skies
11. Singapore Pleat
12. Butterfly

Sesi petang:

1. Simply Roman Blind
2. Roman Blind
3. Hiding Blind
4. Eyelet
5.Tabloop
6. Smocking Pleat
7. Pencil Pleat
8. Sweet Puff



 Sesi pagi Rm480...Istimewa jika ambil pagi-petang, 20 paten Rm800...

13.6.11

Permintaan Pelajar

Alhamdulillah selesai sudah ibadat Umrah Jun 11. Alhamdulillah saya berjaya menguruskan pelbagai kerenah jemaah alMujahid Travel & Tours. Berkat doa bersama jemaah umrah alMujahid segalanya lancar.

Saat bersendirian di Makkah, syukur yang teramat tiada dapat diceritakan. Mengenang betapa mudahnya Allah menyusun atur perjalanan hidup bagaikan x percaya. Sewaktu sekolah dulu x pernah terbayang saya boleh meneroka pelbagai bisnes dan dalam usia yang belum lanjut(perasan muda...sorry) saya mula ada jenama tersendiri...Belajar Langsir- sekali belajar terus pandai. Kini jenama -konvoi ke taman syurga bersama almujahid travel. Alhamdulillah...ooppps terlupa pula, dah 3 tahun jenama - pembantu rumah Islam diterokai.

Sewaktu hendak ke KLIA menunaikan umrah saya sempat berbicara di IKIMfm. Kemudian kelam kabut menaiki kereta untuk check in di sana,Mudahnya Allah aturkan perjalanan menuju ke Madinah tanpa sedikit pun kepayahan. Dalam penerbangan letih tangan menyalin no2 tel bakal peserta kursus langsir dan umrah. 

Di kesempatan ini juga saya merakamkan jutaan Terima Kasih atas doa para pendengar IKIMfm. Saya percaya doa kalianlah yang dimaqbulkanNya. Doa orang lain ke atas kita lebih cepat dimaqbulkan..maka selalulah minta para alim ulama mendoakan kita.

InsyaAllah 19Jun saya akan menganjurkan kursus@kelas langsir  di Intekma ConventionCentre Shah Alam. Sudah lama menangguhkan tetapi mengenangkan para pelajar perlu dididik dengan ilmu yang betul, maka saya akan cuba mengajar sedaya mampu.

Jadual asal saya nak mengajar langsir "love boat' tetapi ada yang memohon di ajar jenis2 Goblet, pinch pleated, singapore pleated . Maka insyaAllah saya akan mengajar 12jenis Pleated bermula 9-1pm.

Soalan cepumas kini di tanya semula, 'boleh dapatke ustazah?' 'singkatnya' dan lain2. Jawapan saya mudah, 11 tahun saya sudah mengajar teknik yang sama dan kini ditiru oleh beberapa bekas pelajar saya. Terbuktilah ilmu saya ni boleh dipraktikkan tetapi tidak boleh saya mengatakan ilmu saya ni pasti boleh kerana segala ilmu milikNya. Yang memahamkan juga adalah Dia.

Bagi bakal2 peserta langsir di seluruh M'sia, saya akan cuba mencuri sedikit ruang untuk ke tempat kalian. Moga pertemuan kita bukan sekadar pertemuan biasa tetapi lebih kepada mencari rahmatNya.

Berbicara tentang RahmatNya, beberapa permintaan pelajar@ pendengar IKIMfm agar saya berkongsi kenapa Saya Berjaya tetapi mereka tidak? Terkejut juga dengan persoalan sebegitu, seolah2 mereka tidak dirahmati. Wahai saudara seIslam ,memang saya berjaya sebagai usahawan namun pasti kalian juga berjaya walau mungkin tidak sebagai usahawan. MUNGKIN juga berkat amalan dan doa yang memBerjayakan saya. Ada yang bertanya, 'Bagaimana Ustazah boleh mendapat tempahan langsir beribu RM? Mmmmm jawapannya bukan susah nak cari wang cuma kena jaga amal hablumminnallah dan hablummminannass. Lain2 serahkan kepadaNya.


Apa pun kita hari ini belajarlah bersyukur. Bersyukur kerana diberi nikmat Iman. Nikmat terhebat yang menjanjikan syurga. Pernahkah kalian sujud syukur kerana hidup dalam Iman? Jika belum sujud syukurlah. Jangan bersyukur atas keduniaan semata2.


Akhir ayat, jika ingin menambah pendapatan ribuan RM@SR@Rupee, ikutilah kelas langsir MAM Smart Ent dan jika ada rezeqi dan masa, ikutlah group jemaah umrah alMujahid bersama konnvoi ke taman syurga Ramadhan ini.


Salam Ukhwah

10.5.11

berjayakah kita?

بسم الله الرحمن الرحيم.

الحمدلله kita masih ada kesempatan, kesempatan untuk muhasabah diri, kesempatan untuk mencari jika ada yang tertinggal dan kesempatan untuk menambah apa yang terkurang.

Saban hari saya di tanya, bila lagi nak adakan kursus langsir? Kadang2 di tanya pula bila nak adakan lagi bengkel muhasabah (motivasi)...Nak berjanji bukan mudah bilamana virus malas dah menyerang. Saya kebelakangan ini ( dah lebih 2 tahun) memang malas nak bergerak sana sini macam dulu tapi bergerak terus ke Makkah dan Madinah saya x malas. InsyaAllah 25 mei ni saya berangkat untuk umrah lagi.

Maka bilalah kursus langsir ni..Ustazah oooi" anak murid saya mengeluh...baru balik p lagi. Habis den nak buek camno..dah dijemput jadi tetamu Allah, den poei lah laei..

InsyaAllah akhir Jun saya mengamuk kembali. Jadi para peminat yang menunggu harap stand by. Moga berkat aura umrah kalian yang bakal belajar kena tempiasnya sekali.

Tanpa saya sedari, rupa2nya ramai juga yang nak berjaya macam saya. Nak hidup penuh keberkatan dan rahmatNya. Alhamdulillah. Baru2 ni saya menerima permintaan dari seorang ibu yang berkerjaya dan gaji puluhan ribu ringgit. Beliau ingin meletak jawatan, mengikuti kursus saya dan mengendalikan bisnes dalam rumah. Syabas! Saya memang suka wanita berkerjaya dalam rumah sahaja. Terlalu banyak faedahnya dan yang utama anak2 terpelihara dalam didikan ibu sendiri.

Malangnya sekarang ramai pula wanita yang berkerjaya @ kerja dalam rumah, mulai melupakan tanggung jawab sebagai ibu. Memang mereka terlalu sayangkan anak2 tapi kasih sayang mereka kosong. Kosong ilmu agama. Penuh ilmu duniawi depan TV @ laptop. Terlalu rugi jika kalian juga bersikap demikian.

Jika kita ingin berjaya sekalipun, x kiralah sebagai tukang jahit langsir, gantung langsir, hiasan dalaman dan sebagainya, jangan sekali2 mengabaikan ilmu akhirat untuk anak2. Percayalah jika kalian taksub dengan mencari wang semata2, kalian akan menyesal. Bilakah kerugian itu? Fikir sejenak saja, Jika esok kita nak dimandikan? Tahukah anak2 cara memandikan? Jika esok nak disembahyangkan , tahukah anak2 cara solat jenazah? Jawapannya ada pada diri kalian? Cuma fikir dan jawablah.

Tidak dinafikan jahitan langsir menambah pendapatan berlipat kali ganda dari makan gaji, namun jangan kerana wang itu kalian leka. Sekarang nak datang kembali Ramadhan, Bulan kemewahan penjahit langsir, baju, penjual biskut. Jika kalian bijak, Ramadhan ini bulan kejayaan menambah pahala.

Maaflah saya sudah melalut. Sekali lagi bagi peminat2 saya, nantikan kursus langsir saya Jun- Julai ni, bagi yang ingin menjimatkan wang dan testing ada bakat @ x jadi penjahit langsir, tel saya untuk booking kursus.

Cuma kalian kena ingat, kursus ini bukan sekadar kursus menjahit langsir, tapi kursus mencari diri agar kalian akan berjaya dunia akhirat. Lihat keliling kalian betapa ramai yang berjaya dunia tapi tidak bahagia. Tanda2 orang x bahagia walau kaya..ialah nak solat awal waktu pun kurang masa apatah lagi nak solat berjemaah di masjid. Namun adakah kalian pun nak macam tu? Janji ada duit? Jika Ya, jangan hadiri kursus langsir saya kerana kalian pasti akan menyampah dengan ceramah saya.

Nilai kejayaan bagi saya ialah hidup teratur dan bahagia. Saat bahagia bagi saya ialah saat bersujud padaNya. Jika kita sibuk sangat dengan pelbagai jadual kehidupan, nak sujud pun macam ayam patuk padi. Berazamlah kalian, menjadi seorang yang tawaduk padaNya. Tidak akan kalian rugi menjadi hambaNya yang bertaqwa. Dan kalian juga tidak akan miskin hanya kerana menjadi hamba yang bertaqwa.

Akhir kalam, moga kita semua akan hidup dan mati dalam Iman. Aminn

22.12.10

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar...
Saat ini dipinjamkan lagi umur.
Diringankan jari untuk menaip,
andai...
ya andai kesempatan itu terhenti lalu pergi..Allau Akbar..apa yang ada untuk disisakan.
ya lah..tiap hari menabur dosa..sikit sangat menambah pahala.

Teringat saya sewaktu sibuk menyiapkan jahitan...
banyak yang terkurang dengan suami...
banyak yang suami kena membantu...
Subhanallah
tanpa bantuan suami..saya x akan berjaya
tanpa doa suami , saya mungkin tetap mencari2.

Tahun 04 saya berjanji dengan suami, jika berjaya kelas langsir yang dianjurkan saya nak bawa beliau pergi Umrah. Saat itu mana boleh membayangkan sekadar menanam cita2. Kuasa Allah pada 10hb Jun 06, suami saya diraikan ulang tahun kelahiran di Makkah..Allahu Akbar Allah menqabulkan azam saya dan insyaAllah dalam waktu terdekat kami sekeluarga akan tawaf bersama.

Kenapa saya bercerita tentang azam?
Alaaa biasalah Tahun Masihi ramai berazam. Tahun Hijrah jika x cuti , sorry nak terperasan..
So wahai para pelajar...
berazamlah ke arah kebaikan.
Berazamlah walau menjahit langsir..solat di awal waktu
kenapalah sibuk sangat..terlupakah masa tiap detik mencatat dosa dan pahala.
Berazamlah khatam alQuran..mana tau esok mati..boleh berkawan dengan alQuran..berazamlah membaca tafsir...
masalahnya berazam nak dunia je..
dunia ni x de yang indah..duit memang perlu tapi jangan sampai terkejar duit..
Percayalah..( camlagu CT lak)
Duit x boleh menjadi tuan..tapi kita yang jadi tuan duit..
macamana nak jadi tuan duit???
mmmm nanti ikuti kursus motivasi saya..nak cerita panjang..jari dah lenguh..so sebelum kita jadi tuan duit...

banyakkan baca alQuran, berdoalah hidup dan mati dalam iman...
ada rezeqi ikut saya g umrah...
ada waktu ikut kelas langsir saya...insyaAllah balik umrah Jan ni saya on kelas...jika rajin..

Salam Ukhwah

25.5.10

Tujuan kelas langsir

Salam para pelajar...

Tiap hari penat juga melayan panggilan telefon, kadang2 kasihan pula dengan pelajar yang tertunggu jadual saya di tempat kalian.
InsyaAllah kelas langsir sentiasa dan akan diteruskan walaupun saya agak selesa dengan bisnes lain. Ianya kerana saya masih ingat janji saya iaitu melahirkan ramai usahawan langsir bertaqwa.
Hanya bekas peserta kelas langsir saya faham apa maksud usahawan langsir bertaqwa. Alhamdulillah ramai bekas peserta kursus langsir saya berjaya dalam erti kata sebagai hamba Allah. Teringat saya pada Kak Rahah dari Kulai, Johor. Sewaktu ikuti kelas langsir saya di JB, beliau membisu seribu bahasa..sepatah di tanya sepatah di jawab..Suspen juga saya, adakah beliau x faham apa yang saya ajar.
3 hari setelah kelas langsir, beliau tel dan memang saya suspen, ialah dalam kelas seramai 40 orang tu, hanya beliau tel. Ingat lagi kata2nya"Cikgu, saya dah ikut apa yang cikgu suruh buat dengan Allah dan makhluk, Alhamdulillah saya dapat tempahan 1 sekolah." Masya Allah, pelajar pendiam saya dan umur dah hampir 60 tahun, setelah ikuti kelas langsir saya dapat tempahan 1 sekolah...mmm bayangkan pelaburan rm500 berbalao berkali ganda.
Jika ikut keselesaan sekarang, memang x perlu lagi saya turun menganjurkan kelas langsir tetapi bila melihat bekas2 pelajar yang mengajar lebih kepada nak cari duit semata, terpaksalah meneruskan lagi kelas langsir.
Memang saya x tau nak kata apa, bila ada yang ym tanya kenapa bekas pelajar blog kelas langsirnya sama seperti saya dan bila mereka tanya pelajar itu menafikan pula mengikut teknil saya.
Prinsip saya senang saja, buatlah apa pun selagi ianya bukan dusta...kejayaan akan bersama kita. Lucu juga ramai teruja nak senang macam saya..Ya memang saya dipinjamkan Allah kesenangan mencari rezeqi dan kemudahan kehidupan. Nak cerita panjang lebar, jika berkesempatan ikut kelas langsir saya, insyaAllah saya turunkan ilmu, amalan dan doa untuk menikmati hidup. x pun tunggu kelahiran buku saya yang memberikan pelbagai tips kejayaaan.

18.1.10

JADUAL TERKINI Kelas Jahitan Langsir MAM Smart ENT 2011

IPOH 2 JULAI

JOHOR BHARU 10JUL

ALOR STAR 16 JULAI

SEREMBAN 17JULAI

SHAH ALAM 19 JUN

PENANG 26 JUN


AYER KROH, MELAKA 9JULAI

KOTA BHARU 30 JULAI

KUANTAN 3 JULAI

KUALA TERENGGANU 23 JULAI

KUCHING 16 JULAI

KOTA KINABALU 31 JULAI

9.1.10

TEKNIK JAHITAN

SAYA MEMBACA BLOG BEKAS PELAJAR SAYA TENTANG TEKNIK JAHITAN AGAR RAPI...SAYANGNYA MAKLUMAT DIBERIKAN TIDAK TEPAT.
UNTUK MEMASTIKAN JAHITAN RAPI SEBENARNYA TIDAK PERLU MENGGUNAKAN PENITI LANGSUNG..ADALAH MEMBUANG MASA DAN MEREMEHKAN JIKA KAIN PERLU DIPENITI...
TEKNIKNYA CUKUP MUDAH, PASTIKAN SEWAKTU MEMEGANG KAIN JANGAN MENARIK@MEREGANG KAIN TERSEBUT TETAPI SEKADAR MELETAKKAN TANGAN.
SEWAKTU MENJAHIT TANGAN KANAN DAN KIRI SALING BERGERAK MENGIKUT JAHITAN...SEOLAH2 SEPERTI TANGAN BERJALAN.
SUKA SAYA MENASIHATKAN SESIAPA SAJA YANG INGIN MEMBERIKAN ILMU JAHITAN...JANGAN MENYUSAHKAN @ MELAMBATKAN.
BILA KITA MAMPU MEMBERI ILMU KITA MESTI PAKAR TENTANG ILMU ITU....JIKA NAK AMBIL TEMPAHAN DAN MEMBUANG MASA DENGAN PENITI, MAKA BERAPA LAMA NAK KUMPUL DUIT???
SEWAKTU MENGAJAR SAYA SELALU MENASIHATKAN JANGAN MENGGUNAKAN PENITI, SEPERTI MENJAHIT SCALLOP SAYA MENGAJAR TANPA MENGGUNAKAN JARUM HATTA SEBATANG..BUKTINYA PELAJAR JAHIT DENGAN MUDAH.
BAGI YANG INGIN MENGIKUTI KURSUS JAHITAN LANGSIR, SILA TEL 0124586938