Showing posts with label video cara jahitan telekung by Al-Mujahid. Show all posts
Showing posts with label video cara jahitan telekung by Al-Mujahid. Show all posts

20.4.16

APA yang penting kerjasama

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 
Alhamdulillah. Walaupun dulu isteri yang belajar Telekung dan Langsir, namun kini suami juga belajar bersama. 
Kini sama sama mengukur, mengira, menggunting kain.

Sama sama menjahit dan sama-sama menggantung hasil jahitan. 

Alhamdulillah. Sang isteri yang Tangan Kayu kini dah semakin cekap menjahit langsir. Dulu sewaktu berkursus sehari, Pn Sazaliza memang buta jahit. Tahu bawa gunting dan jarum sahaja. Kini bukan saja jarum, tapak jahit pun dah kenal. SubhanAllah.  

Kuasa Allah.  Maha Kaya Maha Penyayang.  Bermula kelas sehari , kini mereka mengikuti kelas lanjutan jahitan Langsir.

Kini mereka mengorak langkah menuju usahawan langsir yang bertaqwa. InsyaAllah mereka akan menjadi usahawan yang mencari keredhoan Nya bukan kekayaan  dan kejayaan semata-mata. 

Lihat jadual terkini di http://bit.ly/kelaslangsir






3.2.16

Ebook sebagai ladang pahala.


Alhamdulillah dengan izinNya, akhirnya sedikit daripada impian sekian lama telah berjaya di realisasikan. InsyaAllah moga moga impian seterusnya untuk menghasilkan paten paten langsir untuk pelajar akan berjaya.

Sejak tahun 2011 telah bermunajat kepada Allah SWT agar menunjukkan  jalan @ memberikan ilham yang baik untuk penghasilan paten langsir. Saya mahu pelanggan pelajar2 langsir ada konfiden sewaktu menempah. Saya tahu bagaimana situasi pelajar sewaktu berdepan dengan pelanggan yang kadang kadang cerewet .

Dan Alhamdulillah pada tahun 2011 saya transit sebentar ke Dubai. keesokannya kami yang seramai 9 orang akan ke yaman untuk menziarahi para ulama'. Dan sewaktu dalam bilik hotel, jam 12.30am pintu bilik diketuk dan seorang lelaki dari bahagian housekeeping memberikan sebuah buku tebal.

SubhanAllah, bila dibuka rupanya ianya BUKU LANGSIR yang penuh gambar sepertimana gambaran dalam kepala saya yang belum dicetak. MasyaAllah memang saya dan suami terkejut. Dan jenuh memikirkan kenapa dan siapa menghantar buku itu. Hotel yang kami singgah beberapa jam pun, kami tak tahu namanya sebelum sampai. masakan ada yang tahu kedatangan kami dan apa keistimewaan saya hingga dihadiahkan buku langsir.

Disebabkan keletihan perjalanan jauh dan dah larut malam, saya tidur tanpa membelek buku itu keseluruhannya dan tidak lama dalam 30min, sekali lagi lelaki itu muncul dan meminta semula buku langsir itu dan mengatakan Sorry wrong room!!!

la haw la wa la quuwata illa biLLAH!!!
siapakah dia??? Misteri hingga kini.

Maka sejak itu saya yakin, ilham yang dipinjamkan Allah SWT ke dalam kepala saya mesti direalisasikan. Moga moga membantu pelajar Kelas langsir AlMujahid menerima tempahan. memang banyak di pasaran tetapi ianya ciptaan saya dan saya yakin LELAKI ITU TIDAK SALAH HANTAR sebab keesokannya bila saya bertanya kaunter Hotel, Tiada siapa mengenali @ mengetahui hal buku langsir!!!

Oleh itu, jika kalian merasakan buku ini boleh membantu kalian mendapat tempahan, kalian boleh Whatsapp ke HQ Al Mujahid di talian 0194301212 @ 0134400212

insyaAllah dijual ebook dulu supaya senang berjumpa pelanggan di mana saja just buka hp. Buku bercetak akan menyusul insyaAllah

Sama juga Ebook RAHSIA KEBERKATAN JUALAN.

Alhamdulillah melaluinya saya mendidik bagaimana dan apa saya lakukan hingga berpuluh tahun saya bisnes sehingga ke hari ini BELUM SEKALI KERUGIAN. Dan ada sedikit perkongsian bagaimana saya HIDUP TANPA HUTANG. 

Harapan saya, pembaca yang ikhlas akan mengikuti amalan saya walaupun hanya 0.001% saja. At least ilmu disampaikan dan dipelajari akan memberikan manfaatnya.

Sesungguhnya hidup ini mudah apabila kita memandang segalanya mudah dan memecahkan kebuntuan yang bersarang. Yang menyebabkan kegagalan adalah diri sendiri. bila kita memandang dunia ini penuh penderitaan maka pengakhirannya kita kecewa. namun bilamana kita memandang dunia ini ladang pahala, kita menghitung hitung pahala yang masih banyak kita cicirkan.

Alhamdulillah Ebook Rahsia Keberkatan Jualan telah menjadi ladang pembelinya. Telah pun menjadi tanah yang ditambak untuk  Masjid Nurul Hidayah yang sedang dalam proses pembinaan di Guar Chempedak Kedah.

Alhamdulillah moga moga bermanfaat buat semua.
BaarakAllahulakum

27.2.15

Menangani anak MENANGIS

                                                               السلام عليكم ورحمة الله وبركاته   


Moga moga hari ini, puan puan semua dalam rahmatNya dan dalam penuh ketenangan. Dan moga moga anak anak puan juga dalam mood yang tenang dan gembira. Suatu kenikmatan yang bukan semua keluarga menikmatinya adalah KEBAHAGIAAN. 


Kebahagiaan ini adalah suatu nikmatNya. Kita akan merasa ingin segera pulang dan bersama anak anak. Kita akan ternanti nanti masa untuk bersama anak anak. Kita ingin segera mendakap anak anak. 


Akan tetapi, tuntutan kerjaya telah menghilangkan nikmat itu secara tidak disedari. Kita sibuk dengan kerjaya . Sibuk dengan bisnes dan sibuk mengejar cita cita. Dan kita lupa betapa KEBAHAGIAAN iut mulai pergi meninggalkan rumah tangga kita.


Saya melihat banyak kepincangan dalam rumahtangga bermula daripada kesilapan semasa anak anak berumur 2 ke 6 tahun. Dan kita sering mengambil mudah tentang PERASAAN ANAK ANAK.  Saya sendiri juga banyak melakukan kesilapan lalu sewaktu membesarkan anak anak. Alhamdulillah, mereka dipeliharaNya, diberikan hidayah berterusan untuk menjadi anak anak yang menyejukkan hati. Namun cabaran masa depan, belum diketahui pengakhirannya dan moga moga hidayah ALLAH SWT berterusan buat saya sekeluarga dan semua keluarga. AAmeen


Suatu yang kita lupakan adalah anak anak juga mempunyai perasaan. Ada ketika mereka juga tertekan. Mereka tertekan emosi bilamana kita seolah olah membiarkan mereka dan terlalu sibuk dengan urusan kerja. Bila di rumah , kita sibuk dengan kerja di dapur. Sibuk dengan urusan pakaian dan lain2. 

Saya tidak nafikan, keluarga yang beranak kecil ramai, dan tiada pembantu rumah akan STRESS dengan urusan rumahtangga. Tambahan jika ibu bekerja di luar @ di rumah pun akan ada bebanan kerja. Jika ada pula menjaga ibubapa @ anak anak yang sakit, kesemuanya akan STRESS dan sukar untuk melayan perasaan anak anak kecil.

Lalu, anak anak akan mengamuk untuk menarik perhatian dan sayangnya amukan mereka , kita kan balas dengan herdikan @ cubitan @ mungkin kita mengurungkan mereka. Suasana tegang dalam rumah akan mempengaruhi jiwa semua ahli keluarga. Dan sesuatu yang kita lupa adalah SYAITAN bersorak dengan situasi itu.

Mahu tidak mahu, sebagai ibubapa, salah seorang wajib memberikan perhatian kepada  anak anak yang mengamuk. Kena didekati dan dipujuk dengan kelembutan. Kena dibelai dan oles wajah dan tubuh mereka. Kena mendakap mereka. 


Anak anak kecil suka berdampingan dengan kita disebabkan ketiadaan keyakinan diri. Mereka akan mulai menanggis walaupun kita hanya ke tandas. Cara untuk menangganinya, puan puan boleh membiasakan main Aci Menyorok dengan mereka. Biasakan selalu menyorok dan mereka mencari dan lama kelamaan mereka akan biasa ditinggalkan sebentar. Ini akan melatih mereka untuk bermain sendirian.

Biasakan melihat anak anak melalak bila mak mereka ke tandas..dan ada juga yang terpaksa main cak cak sewatu dalam tandas. Dan kes paling sadis terpaksa membawa anak masuk ke tandas sekali. Semuanya gara gara si kecil melalak bagai dunia nak kiamat. 

Kisah membesarkan anak anak bukan kisah biasa biasa. Kesan didikan sekarang mmepengaruhi akhlak anak anak ketika besar. Elakkan menengking anak @ sengaja membiarkan anak menanggis tanpa di pujuk.

Banyakkan berdoa dan solat hajat khusus untuk anak anak. Lazimi membaca alQuran dan zikiruLLAH. banyakkan solat di depan mereka. Sediakan sejadah buat mereka. Ajari adab adab solat dan lain lain. 

Beri pujian kepada mereka sebaik saja mereka menyebut nama Allah dan kebesaranNya. Sebut dan ulangi tentang Saiyiduna RASULULLAH SAW. Biar anak mengenali penghulu alam sebelum mengenali hal yang lain. 

 Biasakan juga meminta maaf kepada  anak walaupun mereka masih kecil. InsyaAllah nanti mereka akan biasa menyebut
"Maafkan adik!!" Dan puan puan akan merasai apa itu BAHAGIA MEMILIKKI ANUGERAH ANAK.



Saya masih beranak kecil berumur 4 tahun ++. Alhamdulillah dipinjamkan ALLAH SWT suatu anugerah untuk saya BERSABAR DAN TENANG MENANGANI AMUKAN ANAK KECIL. Alhamdulillah HARUMAN KD SPEECHLESS SCENT membantu saya untuk menenangkan diri dan anak.

Demi Allah, saya sendiri TIADA KATA KATA untuk diucapkan bilamana sebaik dicalet KD di nadi anak ketika dia menanggis , tidak sampai beberapa minit, dia kan COOL. MasyaAllah TabarakALLAH. Hanya dengan caletan sambil solawat, tanggisan nya berhenti.

Teringat dulu semasa membesarkan abang abangnya, saya kadang kadang terpaksa menggunakan sehabis mungkin VOCAL HIGH PITCHING. Kalah rockers Amy Search menjerit. Buktinya dinding rumah saya merekah akibat gegaran suara seorang ibu yang cuba mendiamkan anak anak menanggis dan bergaduh.

Dan saya nampak perubahan nyata. Bila anak saya cepat diam dan tenang, saya dengan mudah juga merasa TENANG DAN BAHAGIA. Bahagia kerana tidak mencalari jiwa anak kecil yang belum tahu makna Ummi sibuk banyak kerja. Ayah juga sibuk. 

Alhamdulillah a'la kulli hal. 

17.2.15

HANYA YANG MENCALET MENGETAHU KELEBIHAN KD

APA ITU KD SPEECHLESS SCENT?

KD SPEECHLESS SCENT adalah HARUMAN yang diasaskan daripada tumbuhan dan ekstrak alami. Ianya dihasilkan sebagai alternatif untuk kaum muslimah memakai haruman yang tidak semerbak.


ADAKAH KD HARUM?

Ya. Kd mengeluarkan aroma harum tetapi tidak semerbak kerana ianya tiada alkohol dan menjadi TERAPI UNTUK STRESS.


ADAKAH KD BERSIFAT CECAIR ?

KD diciptakan dalam bentuk cecair pekat. Ia lebih ke arah PATI ekstrak tumbuhan.



APAKAH KELEBIHAN KD SELAIN DARIPADA SEBAGAI HARUMAN?

KD digunakan ramai ibubapa untuk mengurangkan @ meredakan TANGGISAN BAYI @ ANAK ANAK. 
Kebiasaannya anak anak kecil yang menanggis @ meragam, akan reda tanggisan dan kembali normal setelah 3 ke 5 minit dicalit KD. insyaAllah. Hanya perlu calet di nadi nadi sambil solawat.


ANAK SAYA SUKAR TIDUR AWAL!

Dicadangkan calet KD di kening anak2 @ siapa saja yang sukar tidur. InsyaAllah sekejap saja mereka akan lena.


BENARKAH KES BAYI KUNING SESUAI?

KD juga digunakan untuk merawat DEMAM KUNING BAYI BARU LAHIR. KD perlu dicampurkan dalam air manidan dan diramas agar sebati dan dijadikan mandian bayi kuning.  Ianya dapat menurunkan bacaan kekuningan bayi. InsyaAllah.


ANAK SAYA SELALU SELSEMA tapi susah mahu makan ubat.

KD pengganti ubat selsema @ apa saja minyak urutan. Caletkan KD di hidung dan dada depan dan belakang anak anak yang SELSEMA. insyaAllah mereka akan cepat sembuh. Dan jika BATUK, kegatalan akan hilang bila disapu di dada dan leher.


 JIKA ANAK DEGIL BAGAIMANA?

KD digunakan kepada anak anak yang DEGIL @ MELAWAN CAKAP IBUBAPA DAN GURU. ALHAMDULILLAH, hanya dengan caletan KD di mana2 bahagian tubuh @ pakaian, tindakbalas mereka berubah dan dapat dikawal dan dinasihati. 
Jika anak anak itu mengamalkan pemakaian KD dan menghidu KD bila perasaan mereka mulai terganggu, insyaAllah mereka dapat mengawal emosi amarah.


MAAF, KD SESUAI UNTUK KANAK KANAK SAJA KAH?

KD bukan sekadar untuk anak anak @ bayi. Ramai isteri yang mencalet ke tubuh suami yang baran. Dan ada juga Suami yang mencalet ke tubuh isteri untuk mengawal sikap baran sesama mereka.
Dan ada kes digunakan sebagai pelincir sewaktu hubungan kelamin. Dan ianya amat berbeza jika tidak menggunakan KD. 


SUAMI SAYA KUAT BERDENGKUR!

Untuk kes dengkuran, masukkan KD ke dalam rongga hidung, insyaAllah menurunkan kadar bunyi dengkur.



BOLEHKAH DIPAKAI UNTUK KEYAKINAN DIRI?

Kebanyakan pelajar yang selalu LEMAH dan KURANG MINAT BELAJAR, akan bertambah positif setelah menggunakan KD sebagai pewangi harian.

KD juga sering digunakan oleh mereka yang sering berurusan dengan orang ramai agar MEMBERI KEYAKINAN & situasi tegang dapat dipositifkan. Kadang kadang suasana tegang di pejabat menyebabkan perbalahan dan sebagainya. InsyaAllah dengan caletan KD speechless scent, suasana kembali tenang.


ADAKAH SESUAI SEBAGAI SAPUAN BILA SAKIT @ BENGKAK AKIBAT JATUH?

KD digunakan sebagai sapuan kes BENGKAK AKIBAT JATUH, TYROID,BENGKAK GUSI dan sebagai pengganti PARACETAMOL, juga sebagai MINYAK ANGIN untuk melegakan kesakitan perut, sakit gigi dan sebagainya.


ADAKAH KD BOLEH MERAWAT SIHIR?

KD juga tanpa disedari telah membantu kes GANGGUAN SIHIR & SAKA dan KD bukan merawat 100%, cuma membantu sedikit gangguan yang ada.Ada juga kes peniaga disihir. Di mana, peniaga peniaga yang memakai KD insyaAllah perniagaan mereka kembali pulih. Ada juga menggunakan di rumah dan menggunakan KD Spray untuk menyembur kawasan sekeliling. KD Spray ada ketika harum dan ada ketika bertukar bau. Wallahu a'lam.



CADANGAN PENGGUNAAN KD?

AMBIL BEBERAPA TITIK KD DAN CALET DI NADI TANGAN, TELINGA, UBUN UBUN.
BOLEH DICAMPUR BEBERPA TITIK KE DALAM AIR MANDIAN DAN BILASLAH BADAN TANPA PERLU MENGELAP KERING. 
IRINGI DENGAN SOLAWAT SALAM.



Bagaimana cara membeli KD speechless scent?
Sila klik  www.kdscent.com. Arahan lanjut akan diberikan. 

Berapakah  isi kandungannya?
1 tiub 4ml. Ia bersifat cecair pekat @ pati dan perlu dipicit keseluruhan tiub untuk melekangkan cecair yang melekat di didinding tiub.

Di mana boleh membaca pelbagai testimoni?

SOALAN CEPUMAS!
BAGAIMANA KD SPEECHLESS SCENT boleh bertukar kelebihannya?

Jawapan terbaik adalah ianya ANUGERAH DARIPADA ILAHI. TUHAN PEMILIK ALAM. DIPINJAMKAN KEPADA AL MUJAHID TRADING SEBAGAI SATU CARA MENJANA EKONOMI UNTUK MENERUSKAN DAKWAH SAIYIDUNA RASULULLAH SAW. 

BARKAH DOA PARA ULAMA' MAKA PENGGUNA KD MENDAPAT KEBAIKANNYA.

Oleh itu 'HANYA YANG MENCALET MENGETAHUI KELEBIHANNYA'

BARAAKALLAHULAKUM



10.10.14

Pelbagai Paten langsir dalam sehari.

Antara paten paten dipelajari dalam Kelas Langsir.


SOALAN BIASA


BOLEHKAH PANDAI DALAM 1 HARI SAJA.

~JAWAPANNYA
TIDAK KECUALI ALLAH SWT MEMBERIKAN KEBARKATAN ILMU.


JIKA TIDAK BOLEH PANDAI, KENAPA MASIH MENGAJAR?

~SEBAB RAMAI YANG PANDAI SETELAH BERUSAHA MEMAHIRKAN DIRI. PERGILAH BELAJAR PULUHAN TAHUN TETAPI JIKA PEMALAS, IANYA TIADA GUNA.


PELIKLAH MENGAJAR TANPA MESIN JAHIT!

~YUP MEMANG PELIK. MACAM SEKARANGLAH, DENGAN FB BOLEH MENGATA SATU DUNIA..TAK PERLU BERDEPAN, SIAP BOLEH KEJI DAN PUJI.

BOLEH BERJAYA KE DAN BERBALOIKE?

~MUNGKIN YA MUNGKIN TIDAK.
JAWAPAN TERBAIK, SOLAT ISTIKHARAH DAN BERDOALAH. ADA KEBAIKAN AKAN BERTEMU..
YANG BAGI PANDAI HANYA ALLAH SWT, SESIAPA TIDAK BOLEH MEMASTIKAN SIAPA AKAN BERJAYA..

BELAJAR MUNGKIN MENGUNTUNGKAN @ MERUGIKAN...NAMUN YANG BELAJAR PASTI BERILMU JIKA IKHLAS KERANA ALLAH SWT.
















28.8.14

IMPIAN YANG SATU

Alhamdulillah dengan rahmatNya. Dan kita wajib bersyukur dengan segalaNya. Sesungguhnya apabila kita bersyukur Allah SWT berjanji akan menambahkan nikmatNya buat kita, bukan satu malahan berlipat kali ganjaran.

Sebagai manusia  BIASA  kita mempunyai pelbagai impain. Cuma impian kita berbeza dan ada yang telah dicapai dan ada yang masih di ruang impian. Dan impian kita tidak akan berhenti sehingga kita mati!!!

Oleh itu, sewajarnya kita MEMASANG IMPIAN YANG AKAN MEMBAWA KITA KE SYURGA!!! BUKAN IMPIAN SEKADAR DI DUNIA SAHAJA!!!

Saya sering bersama dan rapat dengan beberapa orang ulama' dan mereka secara langsung @ tidak, telah mendidik saya untuk membina impian indah. Impian yang sukar dilihat mata kasar namun dinikmati di mata hati. 

Maka saya kini sedang mencuba memanjangkan impian di kalangan para pelajar Kelas Langsir & Telekung Al Mujahid. impian mendaulatkan Islam di muka bumi. Impian meyambung perjuangan Rasulullah SAW dalam menyampaikan keindahan Islam. Impian agar asbab belajar untuk dunia namun sahamnya di akhirat.

Hari ini saya bangun dengan satu impian, yakni mahu meneruskan dakwah melalui ulama' Habib Kazeem Asseggaf. Seorang insan berakhlak mulia dan berilmu tinggi. Seorang umat yang sering bermimpi Rasulullah SAW dan memilikki jiwa pejuang.

Pada Nov 2011, saya dan beliau dalam pesawat Yemenia dari Seiyun ke Sana'a Yaman. kami berpisah ke haluan berbeza. Saya ke mesir dan Habib Kazeem ke UK. Dengan impian berbeza dan tujuan berbeza. 

Saya meneruskan impian menziarahi ulama' yang hidup dan telah tiada, manaala Habib kazeem ingin menyebarkan Islam. Seminggu di Mesir, saya masih mencari dan mmburu iman, namun Habib Kazeem telah menambah keimannan. Beliau telah mengISLAMkan hamba Allah SWT di UK!!!

Jika lah kami dimatikan dalam tempoh dan detik yang sama, pasti di Mahsyar jarak kami berbeza. Malahan pasti, beliau dulu menghirup air di tangan Rasulullah SAW. Pasti beliau dulu dijemput memasukki Syurga sedasngkan saya akan terpisah jauh dan jauh walaupun di dunia kami menghirup udara yang sama. 

Allahu Akbar, inilah impian saya kini. Mendekatkan jarak pelajar pelajar dengan barisan ulama' di Mahsyar. Bagaimana?
InsyaAllah di dalam kelas saya akan maklumkan. Saya tidak mahu menjadikan ini punca untuk menghasut bakal pelajar baru belajar di Al Mujahid Training. BIAR SESEIAPA YANG MAHU DAN AKAN BELAJAR ADALAH MEREKA YANG TERPILIH DAN DIPILIH ALLAH SWT UNTUK MENGEJAR IMPIAN YANG SATU YAKNI 'HUSNUL KHOTIMAH'.

Insya ALLAH ada kebaikan, baik sukar baik mudah, baik mampu @ tiada. Allah Taala akan mempertemukan di 

KELAS TELEKUNG DAN LANGSIR & KELAS TUDUNG & MINUMAN

( kelas TANPA MESIN JAHIT, BILA BELAJAR MUNGKIN PANDAI MUNGKIN TIDAK)

http://bit.ly/kelaslangsir

Baarakallahulakum













5.6.14

KD SPEECHLESS SCENT UNTUK STRESS

KD SPEECHLESS SCENT.

ADAKAH IANYA HARUMAN SEPERTI MINYAK WANGI LAIN?

Permulaannya memang saya ingat ianya sekadar minyak wangi yang harum lembut. Namun hari demi hari saya sendiri kehairanan. Ianya BUKAN SEKADAR HARUMAN!!!

KD SPEECHLESS SCENT  lebih kepada membantu menyelesaikan kes gangguan emosi seperti STRESS. RAMAI YANG STRESS. 

SUAMI ISTERI SERING BERGADUH WALAUPUN SOAL KECILAN.
ANAK ANAK MENJADI MANGSA STRESS IBU IBU YANG STRESS DI TEMPAT KERJA.
MENANTU DAN MERTUA YANG STRESS!!

dan kes yang lucu pula dalam rumah tangga, 
Ramai suami yang BARAN, MOODY, MASAM JER.. sehingga hilang keceriaan dalam rumahtangga!

ada kes yang suami isteri hilang nafsu memandang pasangan masing masing. Allahu..apakah nilai yang masih ada dalam rumah tangga itu, jika masing masing tiada perasaan cinta. Sesungguhnya rumahtangga perlu ada jiwa dan perlu ada persefahaman..

seorang isteri di IPOH, mencuba mencalet sedikit KD di bantal suaminya.
dan keesokannya beliau memberitahu deler saya

"Alhamdulillah! Suami saya bangun pagi dan terus menyapa"Morning Sayang!"

Terasa dunia ini milikku!!!"

Alhamdulillah dengan caletan sahaja Allah mengizinkan GANGGUAN STRESS berlalu pergi. 

SESUNGGUHNYA KD SPEECHLESS SCENT HANYA ASBAB DAN YANG MENGIZINKAN PENYEMBUHAN HANYA ALLAH SWT TUHAN MAHA PENYEMBUH.


Sila baca pelbagai TESTIMONI IKHLAS di

http://bit.ly/testimonikd

30.4.13

JADILAH PENGENDALI BUKAN PEMILIK

Antara produk Kelas Langsir alMujahid & Umrah alMujahid Travel

 Mesin Jahit sesuai untuk langsir , baju dan lain2. Di pasaran banyak yang klon tetapi saya hanya menyediakan yang original. Harga original RM2200 ke RM2300 dan untuk pelajar Kelas Langsir alMujahid RM1900. Yang klon RM1600 ke bawah.
 Kitab Pendinding diri yang diijazahkan Habib Hussin alHaddad sewaktu saya disihir. Alhamdulillah kitab ini berjaya membantu menyingkirkan sihir, menambahkan rezeqi kesihatan dan lain2. RM30 dan hasil kutipan untuk hadiah semula kepada Habib Hussin. Beliau keturunan Rasulullah SAW dan tidak layak menerima sedeqah. 
Mengandungi semua ayat2 alQuran yang sesuai berkaitan sihir dan rezeqi. Sesungguhnya alQuran adalah mukjizat. Yang memudahkan segalanya HANYA ALLAH AZZAWAJALLA.
 Mesin Sulaman khusus untuk mereka yang indin serius dalam biz sulaman. Sesiapa yang ingin menceburi bidang ini akan diberikan kursus percuma untuk software design dan berkaitan. Sesuai untuk  bisnes dalam rumah. Amat praktikal. Menjana pendapatan lumayan. Sebab itu bangsa asing ramai buat duit dalam industri ini.
Menyulam pelbagai bentuk logo, nametag, lencana, tuala, cadar, telekung, baju, tudung dan lain2. Dan menjana wang melalui design.
 antara sulaman di telekung. Saya akan upload gambar telekung yang mendapat sambutan dari pelanggan tetap dan baru. 

Madu Sidrr dari Hadramawt Yaman. Dalam saiz 225+-gm sebotol. 
Ada gred A+ RM200, A1 RM150 & A3 RM130.
Perbezaan gred berdasarkan tapisan dan kualiti. 
Syarikat saya hanya membekalkan madu gred tinggi dan TIDAk membekalkan madu sidrr gred bawahan. Maka harganya tinggi jika dibandingkan di pasaran.
Ramai yang telah membeli dan mereka membeli gred A+ & A1. Hanya yang telah meminumnya akan sedar kelainan dan khasiatnya.
Bagi yang ragu solat istikhorah.


2.2.12

Siapakah calon terpilih...antara ribuan

اللهم صل على محمد اللهم صل عليه وسلم.رضينا بالله ربا وبالاسلام دينا وبمحمد صلى الله عليه وسلم نبيا ورسولا.اللهم صل صلاة كاملة, وسلم سلاما تاما, على سيدنا محمد الذي تنحل به العقد, وتنفرج به الكرب, وتقضى به الحواءج, وتنال به الرغاءب, وحسن الخواتم, ويستسقى الغمام بوجهه الكريم, وعلى اله وصحبه فى كل لمحة ونفس بعدد كل معلوم لك.

Alhamdulillah...hari ini masih menyintai Rasulullah SAW...masih merindui Baginda dan masih terasa nikmat iman. Ya Allah Engkau tingkatkan darjat Rasulullah SAW dan ahli keluarganya serta para pejuang agamaMu. 
Engkau terimalah juga kami sebagai pejuang agamaMu Ya Allah...kami juga ingin syahid jalanMu. pilihlah kami...Aminn

Alhamdulillah wahai para pelajar kelas langsir alMujahid. Dengan izinNya..saat ini bermula pemilihan calon terakhir untuk menunaikan umrah PERCUMA. Calonnya telah ada cuma pelajar2 kursus langsir almujahid...berdoalah agar kalian terpilih. Siapakah yang bakal terpilih..suspen gak..saya dah minta juri memilih & ketua juri akan mebuat keputusan. Jangan x tau...pemilihan ini telus...

Saya akan menghantar nama yang top 5 dan Yang Dihormati Ustaz Aminuddin Abd Rahim akan memilih berdasarkan istikharah. Semua pelajar tahu bagaimana sikap dan pendirian saya maka tentulah yang nak sertai serta mendapat jemputanNya yang sesuai dengan pendirian saya.

Maka nantikanlah panggilan hangat saya..ingat bukan panggilan hangit tau...Mungkin juga ada yang dapat umrah percuma dan ada yang saya kongsi separuh. Niat saya satu je..jika yang terpilih boleh membawa kebaikan untuk agama...maka beliaulah yang mendapat panggilan saya...nantikan ya...jemputan umrah almujahid travel.


Di kesempatan ini juga saya mengharapkan pelajar semua mencuri masa untuk menghadiri majlis di masjid2 untuk bersolawat dan salam kepada Rasulullah SAW. Yakinlah bahawa  baginda pernah hidup..yakinlah bahawa Baginda pernah di baling batu di Thoif kerana Agama Islam..dan yakinlah Baginda SAW menyintai kita..umatnya....Wahai pelajar langsirku...jangan berhenti bersolawat dan salam kepada Baginda SAW...Semoga kita mati sebagai umat Muhammad SAW

14.9.11

Kaedah pengajaran

Alhamdulillah...Alhamdulillah..Alhamdulillah...Ramadhan telah berjaya dilalui dan inilah Ramadhan terhebat yang saya mampu jalani...Indahnya Ramadhan kali ini kerana berjaya menemui tanda2 Lailatul Qadr...Indahnya sukar dilafazkan..sukar diterjemahkan.

Dengan izinnya  Dan berkat doa para jemaah alMujahid Travel serta doa para pelajar Kelas Langsir alMujahid..saya dan keluarga meraikan kenikmatan Ramadhan di Makkatul Mukarramah. Sesungguhnya masih terngiang2..doa qunut Imam Makkah Sheikh Rahman @ Sudaiss. Hebatnya gema Amin bersulam tangisan hanya yang berada di sana merasa getarannya. Kuatnya tangisan sayu hanya yang menyesal merasa ketakutannya. Allahu Akbar...moga doa saya semua yang mengenali saya berkesempatan untuk merasai nikmatnya saat itu tahun depan. insyaAllah pengalaman di sana akan saya ceritakan di konvoi ke taman syurga almujahid travel.

Hari ini 14 Sept,insyaAllah jam 6.15pm, saya akan ke udara Ikimfm. Mungkin akan berkongsi rahsia, berkongsi rasa nikmat. Seperti biasa akan membicarakan tentang kursus jahitan seluruh negara. Alhamdulillah walau sudah lama mengajar masih lagi ramai yang menunggu untuk belajar. SEPERTI BIASA JUGA SAYA MASIH TERKENAL DENGAN KELAS LANGSIR TERMAHAL DI MALAYSIA. Moga award ini hak milik kekal. Bukan senang nak kekal award...
Alhamdulillah di sebalik mahalnya kelas langsir almujahid (mam Smart Ent)..rezeqi masih mencurah..dan moga begitu juga rezeqi para pelajar saya.


Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Tahniah kepada Puaan Aini di Tapah, Cik Ayu di Putrajaya, Puan Halaila di Kl, Puan Hendon dan ramai lagi yang telah berjaya dalam bidang jahitan Langsir. Balik je dari Makkah, sudaah ramai para pelajar yang ikuti kursus Goblet mahu menyambung kelas lanjutan. Antara kata2 mereka: " Saya nak berjaya macam cikgu...so kena tambah ilmu". " cikgu, orang kata saya jahit mahal..tapi orait juga ..banyak Rm saya dapat"


Alhamdulillah, walau ada antara pelajar pernah berguru dengan orang lain, tapi apabila dah ikuti kelas langsir almujahid dah tahu mana perlu di dahulukan dan mana perlu dikemudiankan. Ramai juga yang masih tertanya bagaimana kaedah saya mengajar. 
Kaedah pengajaran saya, yang pertama sentiasa membetulkan niat agar ilmu di beri memberi keberkatan. Kedua, formula kena tepat..jangan sesekali menipu. Ketiga , pelajar perlu ditunjukkkan teknik pemotongan yang tepat dan akhir sekali teknik menjahit yang cepat.


Tujuan belajar kena diperbetulkan...mencari ilmu kerana Allah dan mencari rezeqi untuk fi sabillillah....
InsyaAllah jumpa di corong Ikimfm 6.15 pm 14 sept.

10.5.11

berjayakah kita?

بسم الله الرحمن الرحيم.

الحمدلله kita masih ada kesempatan, kesempatan untuk muhasabah diri, kesempatan untuk mencari jika ada yang tertinggal dan kesempatan untuk menambah apa yang terkurang.

Saban hari saya di tanya, bila lagi nak adakan kursus langsir? Kadang2 di tanya pula bila nak adakan lagi bengkel muhasabah (motivasi)...Nak berjanji bukan mudah bilamana virus malas dah menyerang. Saya kebelakangan ini ( dah lebih 2 tahun) memang malas nak bergerak sana sini macam dulu tapi bergerak terus ke Makkah dan Madinah saya x malas. InsyaAllah 25 mei ni saya berangkat untuk umrah lagi.

Maka bilalah kursus langsir ni..Ustazah oooi" anak murid saya mengeluh...baru balik p lagi. Habis den nak buek camno..dah dijemput jadi tetamu Allah, den poei lah laei..

InsyaAllah akhir Jun saya mengamuk kembali. Jadi para peminat yang menunggu harap stand by. Moga berkat aura umrah kalian yang bakal belajar kena tempiasnya sekali.

Tanpa saya sedari, rupa2nya ramai juga yang nak berjaya macam saya. Nak hidup penuh keberkatan dan rahmatNya. Alhamdulillah. Baru2 ni saya menerima permintaan dari seorang ibu yang berkerjaya dan gaji puluhan ribu ringgit. Beliau ingin meletak jawatan, mengikuti kursus saya dan mengendalikan bisnes dalam rumah. Syabas! Saya memang suka wanita berkerjaya dalam rumah sahaja. Terlalu banyak faedahnya dan yang utama anak2 terpelihara dalam didikan ibu sendiri.

Malangnya sekarang ramai pula wanita yang berkerjaya @ kerja dalam rumah, mulai melupakan tanggung jawab sebagai ibu. Memang mereka terlalu sayangkan anak2 tapi kasih sayang mereka kosong. Kosong ilmu agama. Penuh ilmu duniawi depan TV @ laptop. Terlalu rugi jika kalian juga bersikap demikian.

Jika kita ingin berjaya sekalipun, x kiralah sebagai tukang jahit langsir, gantung langsir, hiasan dalaman dan sebagainya, jangan sekali2 mengabaikan ilmu akhirat untuk anak2. Percayalah jika kalian taksub dengan mencari wang semata2, kalian akan menyesal. Bilakah kerugian itu? Fikir sejenak saja, Jika esok kita nak dimandikan? Tahukah anak2 cara memandikan? Jika esok nak disembahyangkan , tahukah anak2 cara solat jenazah? Jawapannya ada pada diri kalian? Cuma fikir dan jawablah.

Tidak dinafikan jahitan langsir menambah pendapatan berlipat kali ganda dari makan gaji, namun jangan kerana wang itu kalian leka. Sekarang nak datang kembali Ramadhan, Bulan kemewahan penjahit langsir, baju, penjual biskut. Jika kalian bijak, Ramadhan ini bulan kejayaan menambah pahala.

Maaflah saya sudah melalut. Sekali lagi bagi peminat2 saya, nantikan kursus langsir saya Jun- Julai ni, bagi yang ingin menjimatkan wang dan testing ada bakat @ x jadi penjahit langsir, tel saya untuk booking kursus.

Cuma kalian kena ingat, kursus ini bukan sekadar kursus menjahit langsir, tapi kursus mencari diri agar kalian akan berjaya dunia akhirat. Lihat keliling kalian betapa ramai yang berjaya dunia tapi tidak bahagia. Tanda2 orang x bahagia walau kaya..ialah nak solat awal waktu pun kurang masa apatah lagi nak solat berjemaah di masjid. Namun adakah kalian pun nak macam tu? Janji ada duit? Jika Ya, jangan hadiri kursus langsir saya kerana kalian pasti akan menyampah dengan ceramah saya.

Nilai kejayaan bagi saya ialah hidup teratur dan bahagia. Saat bahagia bagi saya ialah saat bersujud padaNya. Jika kita sibuk sangat dengan pelbagai jadual kehidupan, nak sujud pun macam ayam patuk padi. Berazamlah kalian, menjadi seorang yang tawaduk padaNya. Tidak akan kalian rugi menjadi hambaNya yang bertaqwa. Dan kalian juga tidak akan miskin hanya kerana menjadi hamba yang bertaqwa.

Akhir kalam, moga kita semua akan hidup dan mati dalam Iman. Aminn

9.1.10

TEKNIK JAHITAN

SAYA MEMBACA BLOG BEKAS PELAJAR SAYA TENTANG TEKNIK JAHITAN AGAR RAPI...SAYANGNYA MAKLUMAT DIBERIKAN TIDAK TEPAT.
UNTUK MEMASTIKAN JAHITAN RAPI SEBENARNYA TIDAK PERLU MENGGUNAKAN PENITI LANGSUNG..ADALAH MEMBUANG MASA DAN MEREMEHKAN JIKA KAIN PERLU DIPENITI...
TEKNIKNYA CUKUP MUDAH, PASTIKAN SEWAKTU MEMEGANG KAIN JANGAN MENARIK@MEREGANG KAIN TERSEBUT TETAPI SEKADAR MELETAKKAN TANGAN.
SEWAKTU MENJAHIT TANGAN KANAN DAN KIRI SALING BERGERAK MENGIKUT JAHITAN...SEOLAH2 SEPERTI TANGAN BERJALAN.
SUKA SAYA MENASIHATKAN SESIAPA SAJA YANG INGIN MEMBERIKAN ILMU JAHITAN...JANGAN MENYUSAHKAN @ MELAMBATKAN.
BILA KITA MAMPU MEMBERI ILMU KITA MESTI PAKAR TENTANG ILMU ITU....JIKA NAK AMBIL TEMPAHAN DAN MEMBUANG MASA DENGAN PENITI, MAKA BERAPA LAMA NAK KUMPUL DUIT???
SEWAKTU MENGAJAR SAYA SELALU MENASIHATKAN JANGAN MENGGUNAKAN PENITI, SEPERTI MENJAHIT SCALLOP SAYA MENGAJAR TANPA MENGGUNAKAN JARUM HATTA SEBATANG..BUKTINYA PELAJAR JAHIT DENGAN MUDAH.
BAGI YANG INGIN MENGIKUTI KURSUS JAHITAN LANGSIR, SILA TEL 0124586938

1.9.09

sekadar merenung

Solawat dan salam buat Rasulullah SAW dan ahli keluarganya.
Salam sayang buat para pelajar,
Ramadhan dah hampir pertengahan, tentu kalian teramat kelam kabut. Bila jenguk ke bilik tidur, kadang2 tilam pun jarang jumpa cik puannya. Singgah kaat sinki...mmmmm boleh tahan pinggan x berbasuh. Jenguk bilik anak, alahai kain bertimbun x berlipat....Adussss tensionnya..tapi demi duit raya, biarkan je.
Saya teringat seorang pelajar, apabila Ramadhan, segala urusan melibatkan rumahtangga termasuk suami dan anak2 dibekukan. Sayangnya apabila anugerah Allah nikmat menambah pahala dilepaskan.
Ramai pelajar saya ingin menjadi seperti saya, mereka selalu berkata, cikgu kerja x banyak tapi income ok. Cikgu boleh ada itu ini...bla..bla. Ada yang dah ngajar kelas langsir, buka kedai dan lain2, pokoknya mereka mahu dapat pendapatan seperti saya.. Sebagai guru saya berbangga jika pelajar berjaya dan sebagai hamba Allah saya bersimpati kerana pelajar silap tafsir.
Jika luaran yang diikut, susah mereka nak berjaya tapi jika usaha dalaman juga diikuti, InsyaAllah mereka boleh berjaya lebih daripada saya. Bukankah rezeqi kita di bawah kekuasaanNYA. Kenapa apabila saya menurunkan petua kejayaan saya, beberapa kerat je yang ikut.
Percayalah dan yakinlah hanya dengan mengikuti dan mengamalkan sunnah dan alQuran, dunia ini mengikut kita. Ruginya menjadi manusia yang mengikut dunia. Apalah ada pada kehebatan kita andai dalam kubur dok sorang2. Saat dunia ditinggalkan, penyesalan x berguna lagi. Saat alQuran menjadi teman di kubur, kita ketakutan dan kesakitan tanpa teman..
Ramadhan pesta pahala, kenapa membodohkan diri dengan Syawal yang pahala x berganda. Sementara kesempatan masih ada, cepatlah membaca alQuran, berdoa minta Syurga dan istiqfar..sementara masih ada...ya sementara masih ada.....