Showing posts with label Kelas langsir dan telekung Al-Mujahid Trading. Show all posts
Showing posts with label Kelas langsir dan telekung Al-Mujahid Trading. Show all posts

23.11.17

PELAJAR MASUK KOSMO

Kejayaan pelajar adalah kejayaan seorang guru.


ALHAMDULILLAH 


PERHATIAN

Suami yang mahu isteri bekerja dalam rumah dan mahu menambah pendapatan lumayan

BERGELAR seorang jurutera di sebuah syarikat swasta, Sofiah Kamaruzaman, 35, teruja apabila mendengar mengenai slot berhubung kelas jahitan langsir yang disiarkan di sebuah stesen radio tempatan.

Segmen tajaan di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim.fm) itu didengari ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja.

Walaupun dia langsung tidak mempunyai asas dalam bidang jahitan, namun entah mengapa hati wanita itu berkobar-kobar untuk menyertainya. Apatah lagi apabila ustazah yang berbicara dalam segmen itu meminta para pendengar melaksanakan solat istikharah sebelum mengikuti kelas jahitan langsir kendaliannya.

Kali pertama mendengar slot tersebut, hati saya seolah-olah ditarik untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kelas yang ditawarkan. Ia seperti magnet yang menarik besi. Selepas berbincang dengan suami dan mendapat keizinannya, saya terus mendaftarkan diri untuk kelas di Shah Alam, Selangor, kata Sofiah mengimbas semula mengenai pengalaman tujuh tahun lalu.

Tambahnya, dengan hanya mengikuti satu kelas jahitan langsir kendalian Ustazah Sahida Said dari Al Mujahid Trading pada 2010 menggunakan wang pemberian suaminya, dia berjaya memperoleh ilmu yang bermanfaat sekali gus berpeluang menambah pendapatan.

Alhamdulillah, hingga kini tempahan menjahit langsir sentiasa ada. Malah, saya mampu meraih pendapatan sehingga lima angka sebulan jika rajin mengambil tempahan.

Secara jujurnya, saya merasakan kelebihan ustazah kerana kita boleh nampak keikhlasannya sewaktu mengajar. Malah, tidak mustahil kejayaan anak-anak muridnya adalah disebabkan keberkatan ilmu yang diajar, tutur Sofiah, anak kelahiran Lubok Cina, Melaka.

Kelas Jahitan Langsir Al Mujahid diasaskan oleh Sahida, 48, bermula pada tahun 2000. Sebelum itu, Sahida banyak mengambil upah menjahit pakaian seperti baju kurung dan baju Melayu.

Bagaimanapun, disebabkan beberapa masalah yang dihadapi seperti sukar mengikut kehendak pelanggan dan mengambil masa yang lama untuk mendapatkan pelanggan selain upah jahit yang rendah, Sahida nekad mencuba sesuatu yang baharu.

Untuk itu, saya bermohon pada Allah agar memberi petunjuk bagaimana mendapatkan pendapatan lumayan dengan cara yang halal. Entah bagaimana Dia mengurniakan ilham untuk saya menjahit langsir. Masa yang digunakan singkat, namun upahnya sangat lumayan.

Formula sendiri

Alhamdulillah, dengan kemahiran menjahit yang dimiliki, saya berjaya mendapatkan pelanggan pertama. Dalam tempoh seminggu menyiapkan tempahan langsir, saya menerima bayaran RM2,800. Dari situ saya terus berazam menjadikan ia sebagai sumber pendapatan utama, ujar Sahida.

Bergelar ibu kepada lima cahaya mata yang terdiri daripada empat lelaki dan seorang perempuan, Sahida mengakui kebanyakan rekaan langsir dicipta dengan teknik dan formula tersendiri walaupun dia sendiri pernah mengikuti kursus jahitan langsir.

Boleh dikatakan hampir kesemua formula jahitan langsir diilhamkan ketika saya mengajar anak murid di dalam kelas dan bengkel yang dianjurkan. Ia satu kurniaan dari Allah. Saya mengajar bukan kerana hobi tetapi mahukan pelajar saya menjadi usahawan berjaya di dunia dan akhirat, katanya.

Justeru, sebelum menerima seseorang pelajar, Sahida akan menasihatkan mereka supaya melakukan solat istikharah.

Ketika mengajar, saya sering menekankan kepada pelajar agar sentiasa menjaga hak Allah seperti solat pada awal waktu, membaca al-Quran dan menghadiri majlis ilmu. Hidup tanpa berlandaskan agama, maka ia tiada makna buat kita sebagai hamba-Nya, lembut nada Sahida berbicara mengenai niatnya dalam mendidik pelajar.

Menurut Sahida, Kelas Jahitan Langsir Al Mujahid lebih menumpukan pada formula yang tepat dan teknik menjahit yang pantas. Malah, pelajar tidak perlu membawa kain atau peralatan menjahit kerana semuanya disediakan di dalam kelas.

Kuasai

Antara kaedah yang dipraktikkan ketika mengajar ialah teknik jahitan tanpa menggunakan jarum peniti yang ternyata lebih menjimatkan masa. Selain itu, Sahida turut mengajar kaedah menjahit menggunakan mesin dan tanpa mesin kepada para pelajar.

Semasa dalam kelas, saya akan mengajar mereka dengan sepenuh perhatian seperti cara mengira penggunaan kain bagi setiap paten langsir, cara menggunting dan menjahit dengan cepat.

Melalui kaedah ini, walaupun ada pelajar yang datang dengan sifar pengetahuan tentang jahitan, mereka pasti mampu menguasai kemahiran menjahit langsir dengan baik, katanya.

Pelajar yang datang menimba ilmu dengan Sahida bukan sahaja golongan wanita, bahkan lelaki juga menunjukkan minat. Mohd. Shaiful Bahari Mohamad Som, 45, misalnya, merupakan pesara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) selepas diajak oleh isterinya, Noor Sazaliza Mansur, 42, untuk belajar bersama.

Sebenarnya sebelum pencen, kami ada mengikuti kursus dalam bidang jahitan di Kolej Komuniti. Ia termasuklah menjahit langsir dan telekung. Justeru, apabila berguru pula dengan ustazah, kami sangat berpuas hati kerana ilmu yang dikongsi sedikit berbeza dengan apa yang telah dipelajari.

Selain itu, bahan-bahan untuk menjahit langsir semuanya ustazah sediakan dan ia berkualiti tinggi. Paling penting, ustazah menekankan bahawa jahitan perlu kemas, kata Mohd. Shaiful yang kini menetap di Seri Manjung, Perak dan mempunyai tempahan tetap menjahit langsir setiap bulan.

Sementara itu, eksekutif teknologi maklumat di sebuah syarikat swasta di ibu negara, Saliyani Mohd. Samsudin, 45, memberitahu, dia mula mengikuti kursus menjahit langsir bersama Sahida pada tahun 2012.

Memang mudah untuk belajar dengan formula dan teknik yang ustazah berikan. Mula-mula, saya hanya menjahit langsir untuk rumah sendiri, lama-kelamaan banyak pula tempahan diterima membuatkan saya teruja melakukan aktiviti itu sebagai cara menambah pendapatan sampingan, ujarnya.

Kini, hampir 17 tahun selepas penubuhan Al Mujahid Trading, Sahida mempunyai beribu-ribu pelajar yang datang berguru dengannya.

Salur dana

Kejayaan itu hakikatnya turut disusuli dengan matlamat Sahida membantu menyalurkan dana dalam pembinaan masjid-masjid dan madrasah-madrasah oleh tuan gurunya hasil daripada perniagaan yang dijalankan.

Dalam kalangan pelajarnya, kesemua mereka telah menetapkan sebanyak 20 peratus daripada nilai upah yang diterima dalam tempahan menjahit langsir, akan disalurkan bagi tujuan tersebut.

Sejujurnya, impian saya dalam bidang ini adalah untuk melahirkan usahawan yang mampu membantu fisabilillah dalam menegakkan syiar Islam kerana itulah matlamat utama saya ketika memulakan perniagaan ini.

Oleh itu, saya akan terus mengajar selagi ada jihad fisabilillah untuk dibantu. Apabila mengenangkan ulama tidak pernah berhenti berdakwah dalam mengajak manusia mengenal Allah, maka saya juga akan teruskan usaha mencari dana untuk membantu mereka, ungkapnya menutup bicara.

Artikel lengkap di Kosmo

23.2.17

Alhamdulillah kita dah di pertengahan Ramadhan yang penuh kemuliaan. Sewajarnya masa ni alQuran kita dah bertambah nipis juzuk nak dihabiskan. Zikir dan solawat kita dah beribu bilangannya.

Teringat sewaktu saya mengambl tempahan dulu, ketika ini, tempahan2 langsir dah pun siap dipasang. Baki akhir Ramadhan, saya dah dapat menguruskan ibadah dengan sempurna. Alhamdulillah.

pernah suatu masa tu, lagi 3 hari nak raya. Dan kebetulan saya terserempak dengan sepasang suami isteri yang termenung panjang di KAMDAR. Tiba tiba staff KAMDAR  sebut

"haa akak abang, cer tanya akak ni. Dia pakar langsir!"

21.6.16

Dana Ribath Annur Hami Hadramawt Yaman

🔊🔊 DANA RIBATH ANNUR HAMI 🕪🕪🕪

Alhamdulillah, Ramadhan ni sekali lagi Allah SWT memberikan peluang kepada para pengguna setia products KD by Al Mujahid Trading.

Saya memang tergerak hati nak bertanya kepada Habib Ahmad Hussain Aideed kot2 ada keperluan yang Al Mujahid boleh bantu ramadhan ni. Dan untuk kos lain seperti perbelanjaan kos pengajian memang dah ada dana khas, cuma nak XTRA RAMADHAN.

Saya suka para pengguna juga menikmati saham akhirat disamping mendapat kebaikan produk. Alhamdulillah kedua pihak mendapat kebaikan dunia akhirat insyaAllah.

Oleh itu saya dengan ini memberikan Harga RUNTUH untuk produk2 sehingga dana mencukupi.

PERCUMA DENGAN PEMBELIAN😍😍😍  

☆ 5 BOTOL AL KAUTHAR FREE 1 BOTOL 
RM400 JIMAT RM80 

☆ 5 BOTOL MANJA KD  FREE 1 BOTOL 
RM400 JIMAT RM80

☆ 5 BOTOL AURA KD  FREE 1 KD SCENT 
RM450 JIMAT RM100

☆ 5 TIUB KD SPEECHLESS SCENT  FREE 2 BOTOL AURA KD 
RM500 JIMAT  RM180

☆ 5 BOTOL MINYAK ZB3 30ML  FREE 1 BOTOL
RM400 JIMAT RM80

☆ 2 BOTOL HAIR TONIC FREE 1 BOTOL HAIR TONIC 
RM240 JIMAT RM120

☆ 2 BOTOL SKIN OIL  FREE 1 BOTOL SKIN OIL 
RM220 JIMAT RM110

☆ 1 SET KD BEAUTY  ( 1 BOTOL SKIN OIL, 1 BOTOL HAIR TONIC DAN 1 BOTOL KD SCRUB)
RM280 JIMAT RM40

PERHATIAN!!!

HQ ALMUJAHID TRADING TIDAK MEMINTA DERMA .

Jika berminat mendapat set2 Offer sila WHATSAPP ke HQ AlMujahid. 

📣📣📣

+60134400212
+60134400212

Offer TERHAD KEPADA STOK SEMASA. 

Boleh baca apa kata pengguna di http://bit.ly/testimonikd http://bit.ly/testimonialmujahid,  

BaarakAllahulakum

23.4.16

Haram menipu kiraan

《《《  REZEQI HARAM TANPA DISEDARI》》》

"Saya tahu menjahit Tanpa belajar"

Wah!!!

Sali memang terkejut bila Kak Aina mengambil tempahan langsir tanpa belajar dengan guru. 

Tapi dia pelik.

"Akak, kenapa potong buang pula Goblet ni?"

Kak Aina memotong kain langsir yang dah siap berjahit. Sedangkan Sali datang ke rumahnya nak mengambil langsir tempahan nya itu.

"Maaf akak. Ni kain saya kan. Kenapa banyak lebih!"

Berubah muka Kak Aina. 

"Oh!
Akak ingat 20 meter. Rupa-rupanya lebih 7 meter.
Sali tak boleh ambil hari ini.
Tingkap belakang pun akak belum siap buang ukuran."

Sali terus hilang mood. 

"Akak, mati mati saya ingat akak ada ilmu menjahit. Akak kata tak belajar pun boleh jahit.
Tapi
Akak kira formula kain pun tak tahu.
Pastu kain dah siap akak ukur berlebihan rel lah..kurang rel lah.
Jahanam kain saya asyik jahit buka jahit buka.

Maaflah kak
This 1st and last!

Rugi tau. 7 meter tu beratus RM saya. Yang akak buang tu pun duit saya.

Haram tau kak.
Menipu macam ni!"

Kak Aina terus menjawab
"Memang akak silap.  Akak memang tiada ilmu. Nak belajar mahal.  Rugi."

"So akak lebih suka MENIPU DARIPADA BAYAR YURAN?

Haram kak ooi 
Saya nak halalkan pun x ikhlas.

Camni lah kak.
Akak bayar kos kain saya yang lebih.
Betullah kata Ustazah Sahida Said. 
Ramai kedekut bayar yuran tapi sanggup menipu dalam diam.

Pergi belajarlah kak.

●Tahu formula kiraan. 
●Tahu cara nak gunting tepat.
●Tahu cara menjahit cepat.
●Tahu kaedah yang betul.

Hadiri Kelas Langsir dan Telekung Al Mujahid
InsyaAllah barkah ilmu dipelajari. 

Tiada lagi

● Salah kiraan kain
● Silap gunting kain
● Menjimatkan masa jahit buka
● Tiada lagi menipu pelanggan

Whatsapp ke HQ AlMujahid 

****************

+60134400212
+60134400212

****************

Klik http://kelaskursuslangsir.blogspot.com

18.4.16

Pelbagai modul langsir

Kelas jahitan Al Mujahid Trading menawarkan beberapa modul pilihan untuk pelajar yang mahir dan tiada kemahiran langsung.

Berdasarkan pengalaman saya selama 30++ tahun dalam bidang jahitan,  ada pelajar yang tiada ilmu langsung tetap berjaya malahan lebih berjaya daripada mereka yang telah mahir menjahit.

Oleh itu, saya memberikan peluang kepada pelajar yang tidak pernah menjahit memilih modul 1, yakni belajar mengira, mengukur, menggunting dan menjahit TANPA MENGGUNAKAN MESIN JAHIT.

Mereka bebas memilih mahu menjadi tukang jahit  @ usahawan selepas belajar modul 1.

Dan saya memberikan peluang kepada mereka yang tidak pernah menjahit mengikuti kelas praktikal jahitan. Mereka perlu menjahit paten dipelajari pada hari pertama dan kedua. Mereka perlu berkampung 2 hari di kelas. 

Dan kebiasaannya mereka lebih berkeyakinan untuk mengambil tempahan. Namun kelas 2 hari adalah pilihan pelajar. Ada mahu memahirkan jahitan di rumah dan ada yang mahu di kelas.

Modul 1 merangkumi Kelas Langsir. Peserta kursus jahitan langsir Al Mujahid Trading akan belajar 20 paten langsir moden. Paten yang menjadi kegilaan pelanggan sekarang.

Belajar formula yang tepat, menggunting yang betul , cara menjahit yang cepat. Semuanya melalui sidang video. Tanpa praktikal. Insya Allah boleh tahu dan memulakan bisnes langsir. Kos yuran RM800 dan dari jam 10.30 am - 2pm.

Modul 2 bermula selepas solat Zohor hingga 6.30pm. Dan sambung keesokan hari hingga jam 6pm.
Kos modul 2 merangkumi semua modul 1 dan praktikal menjahit sample. Kain disediakan. Kos yuran RM1300.

Modul 3 adalah pilihan ramai.
Belajar modul 1 &a 2 serta menjahit telekung sepasang telekung. 
Kos yuran RM1700.
Kain disediakan juga.

Kelas modul 2 & 3, pelajar terhad kepada 6 orang saja. Kecuali ada yang membawa mesin jahit sendiri. Dan semua pelajar ada kerja rumah wajib disiapkan.  Ianya agar pelajar tahu di mana kekuatan dan kelemahan masing masing. 

Insya Allah 
Jika beribu pelajar telah berjaya menjadi usahawan,  takkanlah mahu mengikut beberapa pelajar yang kurang berusaha. 

Kita tahu setiap yang berusaha tetap akan berjaya. Dan dengan formula dan teknik diajar hanya memerlukan sifat rajin untuk berjaya seperti saya dan lain lain.

Insya Allah 
Sesungguhnya Allah SWT sebaik baik tempat memohon.  Maka berdoa kepada Tuhan yang Maha Mengetahui untuk mendapat keberkatan ilmu jahitan langsir. 

BaarakAllahulakum.



MODUL YANG DITAWARKAN :

MODUL 1

KELAS TELEKUNG TANPA PRATIKAL MENJAHIT

KELAS LANGSIR TANPA PRATIKAL MENJAHIT

--------------------------------------------------------------------------

KELAS TELEKUNG DENGAN LATIHAN PRATIKAL MENJAHIT

----------------------------------------------------------------------------------------------

MODUL 2

KELAS LANGSIR DENGAN LATIHAN PRATIKAL MENJAHIT

----------------------------------------------------------------------------------------------

MODUL 3

KELAS TELEKUNG & LANGSIR DENGAN LATIHAN PRAKTIKAL MENJAHIT.
TERHAD 6 ORANG SAHAJA SATU KELAS.








3.2.16

Berani ke takut??

Alhamdulillah dengan nikmatNya yang terlalu banyak. Tidak mampu terhitung setiap saat pelbagai nikmat.

nikmat Sihat
nikmat Bernafas tanpa racun
nikmat tak panas tak sejuk
nikmat ada makan minum hingga membazir
MasyaAllah TabarakAllah, tak mampu nak hurai dan hitung.

AllahuAkbar!!!

Antara salah satu nikmat adalah nikmat berani dan nikmat takut. Kedua duanya perlu ada. Sayangnya tersilap letak arah kenikmatan itu.

Contohnya, 
Kita ingin menikmati kekayaan melalui perniagaan Langsir. mendengar cerita ramai yang berjaya. Tapi kita TAKUT melabur mencari ilmu tetapi BERANI pulak mengambil tempahan. DISEBABKAN KETAKUTAN KERUGIAN BELAJAR MAKA KITA MENGHADAPAI RISIKO KEHILANGAN PELAJAR SELAMANYA.



contoh kedua;

Kita ingin kejayaan dalam hidup. Memperolehi pelbagai kekayaan tetapi kita BERANI MELAKUKAN PERKARA SYUBHAH DAN HARAM. Kita BERANI MENEMPAH NERAKA!!! Dan kita lebih takut kerugian daripada amaran NERAKA. 

Berapa ramai yang sebegini?? 
Belajar jahit langsir dan buat pelamin walaupun tahu pasangan pengantin bersanding untuk tabaruj dan riyak. malahan kita tumpang hias agar lebih menyerlah sifat jelik itu.

Jika jahit Telekung, kita sanggup menjahit menggunakan kain LYCRA walaupun kita tahu dan telah diberitahu HARAM MEMAKAI TELEKUNG LYCRA DI DEPAN LELAKI BUKAN AJNABI.  Sedikit pun tiada ketakutan kepada ancaman Neraka.


Ketakutan dan Keberanian sesuatu perkara itu biar bertempat. Moga moga kalian menjadi hamba yang BERANI KERANA BENAR. BERKATA BENARLAH  WALAUPUN PAHIT.





26.11.15

OFFER!!!


Berkuatkuasa sekarang!!!

💖SET MULTAZAM 💖
=>>RM 500
✔2 TIUB KD 4ML
✔3 AURA KD 30ML+-
✔1 MANJA KD 35 KAPSUL
✔1 ZB3 30ML+-




💖 SET RAWDAH 💖
=>>RM 330
✔2 TIUB KD 4ML
✔2 AURA KD 30ML+-
✔1 MINI ZB3 5+-



💖MANJA SUPERB💖
=>>RM 190
✔3 MANJA KD (35 KAPSUL)
✔1 MINI AURA KD

==>>RM140
✔2 MANJA KD
✔1 MINI AURA KD



💖SET ZB3💖
==>>RM140
✔ 2 BOTOL ZB3 30ML+-



BERMINAT!!!
Whatsapp ke +60134400212

21.8.15

Apa yang perlu diketahui sebelum membeli kain langsir?

Ramai di kalangan kita, sering membeli material untuk menjahit langsir tanpa ILMU. Sikap sedemikian menyebabkan berlaku beberapa perkara yang merugikan .

Kerugian dari segi lebihan kain.
Kerugian dari segi terpaksa membuka jahitan semuala.
DAN YANG PALING KERUGIAN ADALAH MASA. 

Manusia yang bijak TIDAK AKAN MEMBAZIRKAN MASA HANYA UNTUK SESUATU YANG DIA TIDAK KETAHUI.

Allah SWT berfirman:
"Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian kecuali yang berpesan pesan kepada kebenaran dan berpesan pesan kepada kesabaran"

Oleh itu sebelum kita kerugian masa yang boleh dimanfaatkan untuk ibadah berfaedah, sebaiknya kita mengetahui beberapa perkara berkaitan.

~  FORMULA Paten langsir
~ ukuran tingkap @ pintu
~ lebar kain

Ianya 3 perkara WAJIB perlu diketahui sebelum membeli material berkaitan langsir yang mahu dijahit. Sayangnya ramai ke kedai langsir dan memilih kain langsir dan meminta pembantu kedai memotong kain tanpa mengira 3 perkara di atas.

Akibatnya bila memotong kain akan berlaku ketidak tepatan ukuran. Dan bila siap digantung akan kelihatan pelbagai kecacatan terutamanya KAIN TIDAK MEMENUHI UKURAN REL, SINGKAT, BERLEBIHAN DAN PELBAGAI LAGI.

Dan lebih malang jika terpaksa membuka dan membuang lebihan kain sedangkan kes sebegitu jika tahu FORMULA PATEN LANGSIR pasti tidak akan beraku.

contoh mudah, 

Ingin menjahit langsir Eyelet tetapi tiada anggaran tepat, maka sewaktu melubangkan ring eyelet, keliharan CACAT. Apa lagi jika dalam ruangan itu ada beberapa tingkap dan antara satu tingkap dengan satu tingkap tiada ukuran TEPAT, akhirnya merosakkan KAIN DAN PALING MEMALUKAN JIKA KESILAPAN KE ATAS KAIN PELANGGAN.

Saya sering melihat juga LANGSIR PINCH PLEAT yang jarak antara satu pleat dan pleat kelihatan JANGGAL. malahan di hujung lipatan jelas kecacatan .

Maka jawapan terbaik adalah BELAJARLAH kerana dengan ilmu darjat akan diangkat. Berdoalah agar memperolehi ILMU YANG BARKAH. HANYA ILMU YANG BARKAH KITA BUKAN SAJA BERJAYA DI DUNIA MALAHAN DI AKHIRAT.

Sila lihat jadual kelas akan datang .

http://bit.ly/kelaslangsir

14.1.15

Ya rasulullah UNZURNA



اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله و صحبه وسلم



Alhamdulillah kini kita telah di bulan penuh kemuliaan Rabiul Awal. Bulan penuh puja puji. bulan penuh kebahagiaan.

Sesungguhnya nikmat terindah adalah nikmat kelahiran Saiyidina rasulullah SAW. Tanpa kelahiran Baginda SAW kita semua pasti dalam kekeliruan, dalam kemaksiatan, dalam kehinaan. RahmatNya mengizinkan baginda SAW sebagai pemimpimn adalah nikmat terbesar yang wajib kita syukuri.

Saya amat mensyukuri nikmat bernabikan Baginda SAW kerana keindahan hidup ini kala suka dan duka tetap indah kala menyebut nama Baginda SAW. Tetap bahagia bila namanya dilagukan dihati. Ya Rasulullah UNZURNA.


Dan saya bersyukur ke Hadrat Ilahi, alMujahid dipinjamkan Haruman yang dapat membantu ramai umat Muhammad SAW. Dan yang utama KD adalah sunnah baginda SAW. Baginda SAW menyintai HARUMAN. Dan sesiapa yang memakai KD perlu berniat mengikuti Sunnah agar mendapat pahala.

Apakah itu KD speechless scent yang kian menjadi sebutan ramai?





SEMBURAN & PATI KD SPEECHLESS SCENT




10.10.14

Pelbagai Paten langsir dalam sehari.

Antara paten paten dipelajari dalam Kelas Langsir.


SOALAN BIASA


BOLEHKAH PANDAI DALAM 1 HARI SAJA.

~JAWAPANNYA
TIDAK KECUALI ALLAH SWT MEMBERIKAN KEBARKATAN ILMU.


JIKA TIDAK BOLEH PANDAI, KENAPA MASIH MENGAJAR?

~SEBAB RAMAI YANG PANDAI SETELAH BERUSAHA MEMAHIRKAN DIRI. PERGILAH BELAJAR PULUHAN TAHUN TETAPI JIKA PEMALAS, IANYA TIADA GUNA.


PELIKLAH MENGAJAR TANPA MESIN JAHIT!

~YUP MEMANG PELIK. MACAM SEKARANGLAH, DENGAN FB BOLEH MENGATA SATU DUNIA..TAK PERLU BERDEPAN, SIAP BOLEH KEJI DAN PUJI.

BOLEH BERJAYA KE DAN BERBALOIKE?

~MUNGKIN YA MUNGKIN TIDAK.
JAWAPAN TERBAIK, SOLAT ISTIKHARAH DAN BERDOALAH. ADA KEBAIKAN AKAN BERTEMU..
YANG BAGI PANDAI HANYA ALLAH SWT, SESIAPA TIDAK BOLEH MEMASTIKAN SIAPA AKAN BERJAYA..

BELAJAR MUNGKIN MENGUNTUNGKAN @ MERUGIKAN...NAMUN YANG BELAJAR PASTI BERILMU JIKA IKHLAS KERANA ALLAH SWT.
















28.8.14

IMPIAN YANG SATU

Alhamdulillah dengan rahmatNya. Dan kita wajib bersyukur dengan segalaNya. Sesungguhnya apabila kita bersyukur Allah SWT berjanji akan menambahkan nikmatNya buat kita, bukan satu malahan berlipat kali ganjaran.

Sebagai manusia  BIASA  kita mempunyai pelbagai impain. Cuma impian kita berbeza dan ada yang telah dicapai dan ada yang masih di ruang impian. Dan impian kita tidak akan berhenti sehingga kita mati!!!

Oleh itu, sewajarnya kita MEMASANG IMPIAN YANG AKAN MEMBAWA KITA KE SYURGA!!! BUKAN IMPIAN SEKADAR DI DUNIA SAHAJA!!!

Saya sering bersama dan rapat dengan beberapa orang ulama' dan mereka secara langsung @ tidak, telah mendidik saya untuk membina impian indah. Impian yang sukar dilihat mata kasar namun dinikmati di mata hati. 

Maka saya kini sedang mencuba memanjangkan impian di kalangan para pelajar Kelas Langsir & Telekung Al Mujahid. impian mendaulatkan Islam di muka bumi. Impian meyambung perjuangan Rasulullah SAW dalam menyampaikan keindahan Islam. Impian agar asbab belajar untuk dunia namun sahamnya di akhirat.

Hari ini saya bangun dengan satu impian, yakni mahu meneruskan dakwah melalui ulama' Habib Kazeem Asseggaf. Seorang insan berakhlak mulia dan berilmu tinggi. Seorang umat yang sering bermimpi Rasulullah SAW dan memilikki jiwa pejuang.

Pada Nov 2011, saya dan beliau dalam pesawat Yemenia dari Seiyun ke Sana'a Yaman. kami berpisah ke haluan berbeza. Saya ke mesir dan Habib Kazeem ke UK. Dengan impian berbeza dan tujuan berbeza. 

Saya meneruskan impian menziarahi ulama' yang hidup dan telah tiada, manaala Habib kazeem ingin menyebarkan Islam. Seminggu di Mesir, saya masih mencari dan mmburu iman, namun Habib Kazeem telah menambah keimannan. Beliau telah mengISLAMkan hamba Allah SWT di UK!!!

Jika lah kami dimatikan dalam tempoh dan detik yang sama, pasti di Mahsyar jarak kami berbeza. Malahan pasti, beliau dulu menghirup air di tangan Rasulullah SAW. Pasti beliau dulu dijemput memasukki Syurga sedasngkan saya akan terpisah jauh dan jauh walaupun di dunia kami menghirup udara yang sama. 

Allahu Akbar, inilah impian saya kini. Mendekatkan jarak pelajar pelajar dengan barisan ulama' di Mahsyar. Bagaimana?
InsyaAllah di dalam kelas saya akan maklumkan. Saya tidak mahu menjadikan ini punca untuk menghasut bakal pelajar baru belajar di Al Mujahid Training. BIAR SESEIAPA YANG MAHU DAN AKAN BELAJAR ADALAH MEREKA YANG TERPILIH DAN DIPILIH ALLAH SWT UNTUK MENGEJAR IMPIAN YANG SATU YAKNI 'HUSNUL KHOTIMAH'.

Insya ALLAH ada kebaikan, baik sukar baik mudah, baik mampu @ tiada. Allah Taala akan mempertemukan di 

KELAS TELEKUNG DAN LANGSIR & KELAS TUDUNG & MINUMAN

( kelas TANPA MESIN JAHIT, BILA BELAJAR MUNGKIN PANDAI MUNGKIN TIDAK)

http://bit.ly/kelaslangsir

Baarakallahulakum













29.4.13

Jika dan kalau

Bismillahirrohmaanirrohim,
Alhamdulillah saat ini Allah SWT memberi sedikit peluang mengisi ruangan yang lompong. Kita masih diberi peluang kedua untuk menambah amal dan membersihkan noda semalam.
Moga moga sesaat yang berbaki akan menjadi asbab kita dapat melintasi Titian Sirat dengan pantas.
Allahu Akbar! 
Berangan untuk melintasi sepantas kilat.
Berangan untuk memasukki Jannah tanpa hisab
dan pelbagai angan2 yang kita sendiri tidak tahu bila akan berhenti.

Pagi ini Allah memuliakan kita dengan zatnya. Allah pinjamkan kita sedikit kudrat. Moga moga anggota luaran dan organ dalaman kita seiring menuju REDHO Allah.
La ilaha illa anta Subhanaka inni kuntu minouzzholiminn. Benarlah kita menzalimi diri sendiri JIKA semalam lebih baik daripada saat ini. Dan pasti esok di depan ALLAh SWT kita akan berkata KALAULAH aku tidak menzalimi diri sendiri.

JIKA dan KALAU sering di bibir kita. Kalam JIKA bilamana kita belum dapat maka kita mengungkapkan. JIKA aku kaya, aku nak bawa semua adik beradik aku pi umrah. Aku nak book satu kapal terbang! Wah! Niat yang baik memang mendapat pahala tetapi kenapa mesti tunggu JIKA KAYA. Kenapa  tidak berniat untuk membawa semua tunaikan Umrah tanpa menunggu KAYA. 
Ish, merapu ustazah Sahida ni. Mana boleh jika tidak kaya mahu membawa semua pi Umrah. Nak pi la ni pun hanya boleh berangan. Entah menjadi entah tidak.

Soalan saya, Apakah kalian pasti kalian bisa menunaikan janji yakni tidak mencapatikan janji?

Maka sekadar pandangan, mulai saat ini kita hentikanlah janji JIKA sebab kita sendiri pun selalu menzalimi diri sendiri dengan janji sendiri JIKA itu Jika ini.
Cukuplah kita berdoa, berusaha dan tawakal. Eh! Kena berusaha dulu, baru berdoa. Oh Tidak! Kena berdoa dulu baru berusaha. 

Saya sendiri mengamalkan berdoa dulu kemudian berusaha dan sambung berdoa dan berdoa dan berdoa dan tawakkal. Sebelum memasang niat, berdoalah minta yang terbaik. Berdoalah agar dimudahkan. Berdoalah agar tidak salah berusaha. Berdoalah agar usaha yang bakal dilakukan adalah suatu usaha yang diredhoi Allah Azzawajalla. Dan yakinlah Allah memang MAHA MENDENGAR.

Allah ya Allah..
beruntungnya kami menjadi hambaMu. Sifat Mu yang mulia mendamaikan kami. Kewujudan Mu Ya Allah menemani kami.
Ya Allah Jangan Engkau biarkan kami dalam kejahilan. 
Jangan Engkau biarkan kami melakukan kezaliman ke atas diri kami sendiri.
Ya Allah padaMu kami bersyukur.
PadaMu kami bersujud

Laa ilaha ILLAALLAH

KALAUlah kita tidak dipilih Allah sebagai umat Muhammad SAW. Di manakah kita saat ini. Mungkin kita sedang menzalimi diri kita dengan menonton cerita karut marut di TV, panggung wayang. Sedang menzalimi telinga kta dengan mendengar lagu nostalgia. Lagu bicara cinta. Mungkin sedang menayangkan dada kita untut tatapan jantan. Mungkin sedang melenggangkan peha, punggung dan segala kecantikan kita untuk ribuan mata dan mengundang perzinaaan. Dan mungkin segalanya mungkin.

KALAUlah ALlah cabut nikmat IMAN? Allah Allah Allah...

4.4.12

Kursus Hiasan Dalaman

اللهم صلي على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم

Ya Allah ku bermohon kepada Mu agar apa yang ditulis keranaMu dan yang membaca keranaMu...

Atas permintaan beberapa pelajar saya DIPAKSA dan TERPAKSA memberi keputusan tentang Kursus Hiasan Dalaman. Saya meminta ruang kepada mereka untuk bermunajat kepada Allah SWT apakah yang sebaiknya wajar saya lakukan untuk terusan membantu agama terhebat. Dalam Hijr Ismail saya bermunajat dan berikut jawapannya:

Dengan ini jawapan istikhorah saya adalah
1; Menulis tips umrah.
2; Menganjurkan kursus hiasan dalaman dan langsir bila free jer..

Alhamdulillah..selepas ni saya akan terus berkarya walau karya tu dah dimulakan sejak 2 tahun lalu..bukan apa lagi lama lagi umph...bila diperap.

Tentang hiasan dalaman pula sebelum ni saya bercadang untuk mengajar keseluruhan ilmu di dada tetapi kos antara RM8-10k...walau ada yang sudah bersedia malahan x sabar tetapi ianya melanggar etika saya selama ini yakni mereka terpaksa berhutang pinjaman peribadi..yang saya paling takuti jika pinjaman membabitkan riba...maka ini keputusan saya:

Kursus akan dijalankan berperingkat terbahagi beberapa sesi:

Pakej A ; 12 paten( jika bijak& kreatif..banyak lagi paten) RM480

Pakej B ; 8 paten ( roman blind, simply blind,hiding blind, smocking pleat..Y n X, pencil pleat, tab, eyelet, sweet puff ) RM600 tetapi jika ambil 2 pakej...disc tinggal RM320 jer..


Pakej C ; Royal Scallop, Cross Swag, Free Scallop( pagi) : RM800


Pakej D : Tie Scallop, Pelmet, Soft Pelmet ( ptg) : RM800

{Pakej C dan D RM1500, pagi ptg.}

Pakej E : 10 paten Love Boat Scallop RM1500 ...panjang n besar..

Pakej F : Box Pleat, Double Box, Diamond, Skies, Multy layer box, RM500

Pakej Cadar, comforter dan kusyen RM1200 


Bagi yang berminat sila PM saya dan harga bagi yang mahu melompat pakej yakni x mahu ambil dari pakej A...tambahan RM200.


Seperti ayat mula2 di atas..kos yang ditaip adalah ilham daripadaNya. Jika rasa mahal jangan daftar kerana kos ini memang mahal..


Pelajar lama yang nak sambung kursus boleh pm saya nama n tempat pilihan..tarikh saya akan dahulukan pelajar yang penuh kouta dulu.


Di kesempatan ini saya memohon maaf kepada bekas pelajar yang cuba menjahanamkan saya. InsyaAllah kalian boleh teruskan taktik kotor kalian...saya sedar dan dapat maklumat tentang kalian daripada Allah..bukankah saya selalu merujuk Allah maka Allah memberi ilham. 
Kalian boleh berjaya dengan usaha sendiri...contoh taktik jahat..mudah saja pelajar lain tahu..bukankah malu tu kalian yang dapat. X payah berpura menjadi rakan fb @ link blog...Allah ada bersama saya.Saya x mahu mendedahkan kalian kepada umum..cukuplah dulu dah pernah tegur.

Pelajar baru pula jika merasakan kos ini mahal...duduk dan berfikir sejenak..jk runsing solat istikharah...bangun tahajud dan memohon kepadaNya...Kita sama saja yakni hamba yang berdosa maka banyakkanlah menyebut
لا حو ل و لا قوة الا بالله
tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah.

Kalian hairankan kenapa kelas saya mahal? Biarlah Dia yang tahu..x buat amal jariah? Asyik mencekik darah je...lintah darat.. Katalah apa saja kerana cercaan itu x melukakan saya...nak lukakan saya senang saja...kalian belajar jahit langsir kemudian wang itu kalian leburkan bukan ke jalan Allah..


Pelajarku..mari saya berkongsi kisah benar yang berlaku kepada insan yang paling saya sayangi..
Kisahnya bermula dari berbelas tahun lalu..beliau yang namanya...dari mula nak menjahit langsir telah menanam tekad untuk membantu agama...dalam rezeqi yang dapat beliau akan fikirkan untuk membantu suami walau kadang2 angin timur laut menerpa dia hangin dengan suaminya..biasalah..perempuan.
Dari nilai sekecil RM2 dia suka menderma...pernah dia tunggu dengan baby d tepi pagar untuk sedeqah kepada pakcik yang kutip derma untuk masjid..tetapi pakcik tu buat dekkk je..punyalah sedih sebab hari tu dia dah x dapat pahala sedeqah...
Jika nak ikut tempahan langsir yang di terima...x banyak rumah tetapi sesebuah rumah tu menjangkau ribuan ringgit. Konsep dia ..rezeqi kena bersambung...hinggalah baru2 ni dia berazam untuk simpan harta duit ringgit dia untuk diri sendiri..tetapi bukan dengan simpanan tetap...tetapi dia membeli Gold Bar @ jongkong emas dan memberikan kepada guruNYa untuk simpanan..Saya ingat lagi kata2nya kepada Ustaz Amin...
"Ustaz..ambil gold bar ni d opis Public Gold then utz simpan untuk dijual bila nak bina madrasah, yang dinar emas tu ustaz simpan kat ustaz tapi nilainya RM670, tiap kali ustaz p masjid tolong sedeqah RM1...agar tiap hari saya mendapat pahala sedeqah dan doa Malaikat yang menjaga orang bersedeqah."


Apakah yang kalian fikir tentangnya? Saya rasa biasa aja, ramai lagi orang bersedeqah..Namun anugerah terindah yang beliau terima adalah dalam mimpi beliau solat berjemaah di belakang Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW memegang ubun2nya sambil bersabda tetapi beliau hanya faham satu perkataan aje, Barakallah...Ketika itu menurut beliau haruman badan RAsulullah SAW terlalu harum dan haruman itu hanya pernah beliau hidu ketika di Masjid Nabawi 3 tahun lalu...


Ya Allah anugerah terhebat memandang dan disentuh Baginda SAW...apakah ada lagi peluang sebegitu untuk kita pula? Ayuh pelajarku semua..kita cari rezeqi untuk infak ke jalan Allah..kita pun nak Rasulullah SAW kenal kerana nanti kita nak berbaris minum air Telaga Kautsar...
maka bersedeqahlah..jika kalian rasa rugi belajar dengan saya jangan lupa cari guru murshid yang lain ..apa yang penting kalian mendapat syafaat Rasullah SAW..
Barakallahufikum












23.1.12

Satu matlamat

Alhamdulillah...selesai kelas dlangsir almujahid d Jb ...moga Allah memaqbulkan doa kami semua untuk menyambung sunnah SAW yakni berniaga dan dapat membantu agama dengan rezeqi yang diperolehi.

Ya Allah Engkau Tuhan Penguasa Alam..limpahkan rahmatMu...ampuni kami dan bantulah kami dalam menegakkan agama Mu.

28.10.09

Jadual Kursus Langsir dan masakan

Solawat dan salam buat Rasulullah SAW dan ahlul bait...
Moga para pelajar masih menikmati hidup dalam IMAN...
Sesungguhnya...
kita sentiasa sedar waktu kian cepat berlalu tapi kita masih macam dulu , tetap sama dan tiada perubahan kearah kebaikan ...
InsyaAllah bagi memenuhi sekali lagi permintaan pelajar, saya akan mengajar langsir di pejabat TTDI Jaya Shah Alam .
Istimewanya kali ini syarikat saya akan menganjurkan kursus masakan untuk menambah ilmu para pelajar...masakan simple pada orang lain tapi berbeza kick...insyaAllah ada petua tersembunyi...Istimewanya Chef graduan UITM dan teruna lagi...tapi tunangan orang...
Kelas masakan pada 7NOV
Kelas Langsir 15Nov

sila tel untuk booking tempat..
0124586938

3.7.09

sibuknya cikguuuuu

Ramai mengeluh bila saya dipanggil untuk mengajar langsir tapi jadual dah penuh. Maaflah...bukan x nak mengajar ketika dijemput tapi kena jemput awal ( ish ish kalut cam YB)

Jadual hidup saya x sibuk Alhamdulillah, cuma jadual mengajar langsir sentiasa penuh.
Sekarang ramai pelajar dari Jb, KL dan serata Msia selalu datang ke kelas Individu di Ipoh.
Memang nampak kalut tapi masih boleh di uruskan. So bagi pelajar2 lain, jika nak tunggu saya ke tempat kalian lambat lagi, jemput datang ke Ipoh sekejap je, penginapan disediakan, makan minum tersedia tapi kat restoran le.

Jika nak datang pun x sempat, belajar gaya pos je. Yang penting pandai. Well kpd para pelajar saya, ambil le tempahan setakat mampu & jika x sempat urus dapur berselerak, pakat2 le ode bibik indon..he he

Manfaatkan kehidupan sebaik mungkin selagi ada kesempatan mencari secubit pahala..Banyakkan membaca alQuran, jangan biarkan detik berlalu tanpa mengingati MATI

16.6.09

Double Goblet Pleat Ber Ribbon!!

Langsir buat ibu mertua....hasil kerja anak didik akak, Ilarazali.

Mmm nak komen tang mana.... as asifu sy tau kat mana malasnya Ila ( he he..) tapi cantik...siapa kata malas...silap besar, coz ingat sonang ko nak jahit reben kecil miut tu. bukan satu... berpoloh kotiak Ila...
So sesape yang speseis membeli kain rajin, menjahit malas, call je Ila 0123982250, tompah je. jika ada yg sekufu Ila, ala menantu melayu terakhir, upahle tuk ibu mertua tersayang...Sojuk perut abang....