Showing posts with label jerawat. Show all posts
Showing posts with label jerawat. Show all posts

28.12.17

KENALI JENIS JERAGAT

1) EPIDERMAL
Jenis ini hanya melibatkan kawasan kulit luar. Ia boleh diatasi dengan produk penjagaan kulit wajah yang semulajadi. Jenis ini juga menunjukkan jeragat yuang berwarna coklat cair dan kelihatan gelap di bawah lampu.
2) DERMAL
Jeragat jenis ini terjadi di bawah lapisan kulit. Bagi mereka yang mengalami masalah jeragat jenis ini perlu perhatian lebih dari aspek pemakanan dan penjagaan kulit wajah. Ia kelihatan seperti warna perang dan tidak kelihatan gelap di bawah cahay lampu.
3) CAMPURAN
Maksudnya, wajah memiliki kedua-dua jenis jeragat iaitu dermal dan epidermal. Jenis ini memerlukan penjagaan rapi bagi mengelakkan ia terus merebak ke seluruh wajah dan menyebabkan kulit menjadi kusam.
Antara punca MASALAH KULIT SEPERTI JERAGAT, JERAWAT, WHITE HEAD, BLACK HEAD adalah salah penggunaan produk .
Kita telah lama didedahkan dengan produk ada kimia. Kita terlalu suka jenis sabun, foam, gel @ krim.
Ingat tak dulu pakat suka PAIR & LUBLI . Dari remaja dah guna. Alhamdulillah sekali pun saya tak pernah guna sebab saya sedar saya sampai mati tak boleh Fair.
Kemudian kita didedahkan bahawa kena pakai produk ada SPF. Juga ramai yang guna. Masalahnya guna tanpa nasihat pakar kulit.
Saya pernah buat pemeriksaan kulit dengan seorang doktor perempuan berbangsa Cina.
Sebaik dia SCAN kulit wajah saya , dia terkejut dan berkata
" Wow! Muka kamu bersih. Hanya ada kesan di kawasan mata. Apa kamu guna?"
Saya tersenyum dan tunjukkan sehelai niqab pakaian sunnah.
Then she said " wonder lah kulit u bersih "
Tapi kenapa ramai wanita berpurdah yang KULIT WAJAHNYA KUSAM, BERJERAGAT, BERMINYAK MALAH BERJERAWAT?
Hanya kerana mereka juga memakai produk2 kimia yang MEROSAKKAN kulit.
Ada pengguna bertanya
KENAPA PRODUK BEAUTY KD AL MUJAHID BUKAN BENTUK SABUN?
Sepanjang saya mengkaji dan bertanya pakar berkaitan pembuatan produk. Jika nak kekalkan KEASLIAN produk, TIADA CARA LAIN MELAINKAN KEKAL SERBUK DAUN.
JIKA DIJADIKAN SABUN TETAP ADA KIMIA YANG PERLU DICAMPUR. NAK BAGI KERAS JIKA TIADA CAMPURAN KIMIA , berbulan bulan tak keras keras.
Saya akan cuba kekalkan produk BEAUTY KD dalam bentuk alami 100%. Agar pengguna mempunyai kulit yang sihat dan dijauhkan kanser.
Saya menjual untuk membina masjid dan madrasah. Saya tidak mahu ada sebesar zarah pun hasil yang boleh memudaratkan sesiapa khasnya umat Islam.
KEBERKATAN LEBIH UTAMA.
WALLAHU A'LAM .
Siapa nak kulit awet muda ?
Wasap HQ AL MUJAHID ya

Baca testimoni berkaitan jeragat di SINI



















27.12.17

BUAT ISTERI YANG ADA MAK MERTUA

JIKA BENAR MENYINTAI SUAMI MU, INGATLAH ADA IBU YANG REDHO NYA AKAN MEMASUKKAN SUAMI MU KE SYURGA @ NERAKA.
BUAT MERTUA YANG BERMENANTU LELAKI, INGAT MENANTU MU ITU ADA IBU YANG MENDIDIKNYA MENJADI SUAMI SOLEH.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kisah Pemuda Alim Yang Menderita Sakaratul Maut Kerana Mengutamakan Isteri Lebih Dari Ibunya
Di zaman RASULLULLAH s.a.w. ada seorang pemuda yang bernama Alqomah. Dia rajin beribadat.
Suatu hari tiba-tiba dia jatuh sakit yang sangat kuat, maka isterinya menyuruh orang memanggil RASULLULLAH saw dan mengatakan suaminya sakit kuat, dan dalam nazak sakaratul maut.
Apabila berita ini sampai pada RASULLULLAH saw , maka RASULLULLAH saw menyuruh BiIal.r.a., AIi.r.a, Salama.r.a. dan Ammar.r.a supaya pergi melihat keadaan Alqomah.
Apabila mereka sampai di rumah Alqomah, sambil membantunya membacakan kalimah لا إله إلا الله tetapi Iidah Alqomah tidak dapat menyebutnya.
Ketika para sahabat mendapati bahawa Alqomah pasti akan mati, maka mereka menyuruh BiIaI.r.a supaya memberitahu RASULLULLAH saw tentang Alqomah.
Apabila Bilal sampai di rumah RASULLULLAH saw , maka Bilal menceritakan segala hal yang berlaku di rumah Alqomah.
LaIu Rasullullah bertanya kepada Bilal,
"Wahai Bilal apakah ayah Alqomah masih hidup?"
jawab BiIaI.r.a.; "Tidak, ayahnya sudah meninggal, tetapi ibunya masih hidup dan sangat tua usianya".
Kemudian RASULLULLAH s.a.w berkata kepada Bilal;
"Pergilah kamu kepada ibunya dan sampaikan salamku, dan katakan padanya kalau dia dapat berjalan, suruh dia datang berjumpaku, kalau dia tidak dapat berjalan katakan aku akan ke rumahnya".
Maka apabila Bilal sampai di rumah Ibu Alqomah, IaIu ia berkata seperti yang Rasullullah kata kepadanya, maka berkata Ibu Alqomah; "Aku Iebih patut berjumpa RASULLULLAH saw ".
LaIu ibu Alqomah mengambil tongkat dan terus berjalan menuju ke rumah RASULLULLAH saw , sampal di rumah RASULLULLAH saw, laIu dia memberi salam dan terus masuk dan duduk di hadapan RASULLULLAH saw .
Maka bertanya NABI s.a.w. kepada ibu Alqomah,
"Terangkan kepadaku perkara yang sebenar tentang Alqomah, jika kamu berdusta nescaya akan turun wahyu kepadaku".
Berkata NABI SAW lagi:
"Bagaimana keadaan Alqomah?"
jawab ibunya:
"Alqomah sangat rajin beribadat, sembahyang, berpuasa dan sangat suka bersedekah sebanyak-banyaknya sehingga tidak diketahui banyaknya".
Bertanya RASULLULLAH saw
"Bagaimana hubungan kamu dengan dia?"
jawab ibunya,
"aku murka kepadanya"
IaIu Rasullullah bertanya:
"Mengapa"
jawab ibunya:
"Kerana ia Iebih mengutamakan isterinya dari aku dan menurut kata-kata isterinya sehingga dia menentangku".
Maka berkata RASULLULLAH saw :
"Murka kamu itulah yang telah mengunci Iidahnya dari mengucap لا إله إلا الله
kemudian NABI s.a.w. menyuruh Bilal mencari kayu api utuk membakar Alqomah. Apabila ibu Alqomah mendengar perintah Rasullullah lalu ia bertanya:
"Wahai Rasullullah kamu hendak membakar putraku di depan mataku? Bagaimana hatiku dapat menerimanya".
Kemudian berkata RASULLULLAH s.a.w.:
"Wahai ibu Alqomah, siksa ALLAH itu lebih berat dan kekal, oleh itu jika kamu mahu ALLAH ampunkan dosa anakmu itu, maka hendaklah kamu mengampuninya, demi ALLAH yang jiwaku di tangannya, tidak akan berguna sembahyangnya, sedekahnya, selagi kamu murka kepadanya".
Maka berkata ibu Alqomah sambil mengangkat kedua tangannya; "Ya RASULLULLAH, aku persaksikan kepada ALLAH di langit dan kau ya RASULLULLAH dan mereka-mereka yang hadir di sini bahawa aku redha pada anakku Alqomah".
Maka RASULLULLAH saw mengarahkan Bilal pergi melihat Alqomah sambil berkata:
"Pergilah kamu wahai Bilal, lihat sama ada Alqomah dapat mengucap لآ إله إلا الله atau tidak".
Berkata RASULLULLAH saw lagi kepada Bilal:
"Aku khuatir, kalau-kalau ibu Alqomah mengucapkan itu semata-mata kerana pada aku dan bukan dan hatinya".
Maka apabila Bilal sampai di rumah Alqomah tiba-tiba terdengar suara Alqomah menyebut; "لآ إله إلا الله .
Lalu Bilal masuk sambil berkata:
"Wahai semua orang yang berada di sini, ketahuilah sesungguhnya murka ibunya telah menghalang Alqomah dan dapat mengucapkan kalimah لآ إله إلا الله , kerana redha ibunyalah maka Alqomah dapat menyebut kalimah syahadat".
Maka matilah Alqomah pada waktu sebaik sahaja dia mengucap.
Maka RASULLULLAH s.a.w. pun sampal di rumah Alqomah sambil berkata:
"Segeralah mandi dan kafankan lalu disembahyangkan oleh NABI s.a.w. dan sesudah dikuburkan maka berkata NABI s.a.w. sambil berdiri dekat kubur:
"Hai sahabat Muhajirin dan Ansar, barangsiapa yang mengutamakan isterinya daripada ibunya maka Ia adalah dilaknat oleh ALLAH s.w.t., dan tidak diterima daripadanya ibadat fardu dan sunatnya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sesungguhnya KESILAPAN seorang ibu adalah menuruti kehendak anaknya memilih jodoh sendiri.
Ibu lebih rela anaknya bahagia dengan pasangannya. Lalu bila pasangan itu tidak menepati ciri selayaknya pun ibu akan terima demi kebahagiaan anaknya.
Inilah kesilapan terbesar seorang ibu. Semasa kecil ibu menyediakan semua yang terbaik untuk anak nya namun bila soal pasangan hidup ibu sanggup menerima sesiapa saja demi kebahagiaan anaknya.
Akibatnya ibu akan dibuang dari kamus ketaatan seorang anak.
Moga moga ibu2 yang mendapat menantu yang menguasai anak akan tetap MEREDHOI anak mereka. Ingatlah anak itu kita didik kerana nak dia masuk Syurga
REDHO lah duhai ibu.
Oops jangan menantu STRESS ya. Sekadar berkongsi kisah menantu dan besan sahabat saya.
Jangan marah ya. Nanti stress keluar JERAWAT. Tapi jika muka selalu ada jerawat nak nak masa uzur, pakai je SKIN WASH.. 100% ASLI ...DAUN HERBA YANG DIADUN UNTUK MENGURANGKAN JERAWAT.
Biar kekal cantik di mata suami..
Produk yang tiada setitik darah pun bahan kimia