Showing posts with label products KD. Show all posts
Showing posts with label products KD. Show all posts

20.1.17

MENDIDIK ANAK SOLAT TANPA DISURUH - BAB 1

Bagaimana MENDIDIK anak SOLAT dengan IKHLAS

Bab 1.

بسم الله الرحمن الرحيم 
اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه اجمعين

InsyaAllah saya akan cuba berkongsi cara saya mendidik anak2 untuk SOLAT DENGAN IKHLAS.
Pengalaman mendidik 5 orang anak sejak 21 tahun lalu , menyedarkan saya bahawa ada yang saya SALAH KAEDAH dan ada yang MUDAH dilakukan.

Sebelum kita mempraktikkan SOLAT kepada anak2. Kita WAJIB MENYEMAK diri sendiri.
1. Adakah kita SOLAT
2. Adakah kita MENYINTAI SOLAT
3. Adakah pasangan kita SOLAT.

Kita huraikan satu persatu.

Adakah kita SOLAT? 
Jika kita kadang solat kadang tidak @ bersikap nanti qadho @ banyak Solat Qadho daripada Solat Fardhu, maka????
Ramai di kalangan kita TIDAK MEMBERATKAN SOLAT. Jika berjalan bersama anak2, solat itu lebuh!!!
Ibubapa sebegini mahu anak solat???

2. ADAKAH KITA MENYINTAI SOLAT???

Bagaimana kita mahu anak kita dengan sendiri akan solat tanpa disuruh sedangkan kita pun LIAT untuk SOLAT AWAL WAKTU.
Kita TIDAK MENYINTAI SOLAT. Kita TIDAK BERSEDIA untuk BERTEMU ALLAH SWT.

Bukti kita tiada cinta, kita hanya teringat untuk solat di akhir waktu!!! Sedangkan sang kekasih jika ada pertemuan pasti bersedia bila bila masa untuk solat.

Sang kekasih akan MENANTI pertemuan demi pertemuan.
Sang kekasih akan MENGHARAP ada lagi pertemuan.
Sang kekasih akan MENANGIS kala bertemu.
Sang kekasih akan MERINDUI saat pertemuan.
Sang kekasih akan BERHIAS kala bertemu.
Sang kekasih akan BERWANGIAN di waktu bersua.
Sang kekasih akan MERAYU untuk bertemu lagi.
Sang kekasih akan MENGADU dan mengadu

Adakah kita sebegitu???
Adakah kita CINTA DENGAN SOLAT FARDHU DAN SUNAT???
Adakah kita MENIKMATI SOLAT ITU?

3. Adakah pasangan kita SOLAT?

Sesungguhnya lelaki yang baik untuk wanita yang baik. Jika kita dijodohkan dengan pasangan yang tidak SOLAT, maka ianya MEMBERIKAN CONTOH NEGATIF kepada anak anak.
Bab ini kita wajib bertegas dengan suami @ isteri. Kita perlu BERUSAHA MENGAJAK SOLAT dan BERDOA kepada ALLAH SWT.
Mahu tak mahu wajib berusaha tanpa JEMU.
***
PERHATIAN
SILA SHARE SETELAH BACA . DILARANG COPY @ TAG saya.
Saya juga tidak mahu ada sebarang pm @ whatsaap mendengar curahan masalah.
Saya telah sediakan banyak platform majlis ilmu namun antum sendiri tidak mahu hadir.
21 & 22 hb Jan Majlis Ilmu bab berkaitan di HQ ALMUJAHID TRADING Sek 13 S Alam
Jemput hadir.

20.7.16

ANAK BERMASALAH KE???

Kuasa Allah mengatasi segalanya. Tiada yang Maha Menyembuhkan selain Allah SWT. Produk KD Al Mujahid Trading hanya perantara. Manakala keikhlasan pengguna juga penyebab Allah SWT mengizinkan produk KD SPEECHLESS SCENT dan AURA KD berjaya menyelesaikan dan membantu pelbagai masalah seperti anak meragam, x mahu ke sekolah, degil, baran, tantrum dan lain lain. 

Boleh membaca pelbagai perkongsian ikhlas di http://bit.ly/testimonikd


jika ada kebaikan boleh whatsapp ke HQ AL MUJAHID TRADING

+60134400212

















11.5.16

Alhamdulillah a'la kulli nikmat

Sesungguhnya Allah SWT Maha Penyayang. Diberikan peluang untuk hamba hambaNya berkasih sayang. 

Barkah kasih sayang Sesama pelajar, kini mereka saling bantu membantu. Alhamdulillah kini 80% pelajar Kelas Telekung & Langsir AlMujahid bekerjasama menerima dan menjahit langsir. 

Mereka berjawatan tinggi di pejabat tetapi berkumpul bersama saya untuk mempraktikkan jahitan Langsir. 

Seronok melihat mereka berpuas hati setelah menjahit. Dan lucu juga dengan telatah mereka.
Mata kuyu tapi semangat nak menjahit tahap gaban!

Alhamdulillah 
Haza min fadli Robbi 


***
Jika ingin mengikuti Kelas Langsir dan Telekung Al Mujahid Trading sama ada secara hadir @ online, klik http://bit.ly/kelaslangsir

21.6.11

Harapan pelajar

Alhamdulillah tanggal 19 Jun lalu, di Intekma Resort & Convention Centre telah berlangsung Kelas Langsir dari jam 9-1pm dan 2-6pm. 


Sebenarnya jauh di sudut hati saya, sewaktu mendaftar pelajar terselit suatu rasa dan suatu harapan yakni agar pelajar saya lebih berjaya daripada saya. Melihat sinar mata pelajar tergambar suatu harapan, menggenggam jemari mereka saya dapat rasakan suatu harapan ingin kejayaan seperti saya.


InsyaAllah dalam setiap kelas langsir Mam Smart Ent menjadi kewajipan kepada saya untuk memberi sedikit tazkirah kerana hingga saat ini saya hanya percaya dan yakin dengana amalan saya.
Amalan harian kena istiqamah malah jika boleh ditambah lagi amalan sunat. 


Salah seorang peserta kelas langsir ini adalah seorang lelaki. Saya tabik kesungguhannya untuk mencuba walaupun hakikatnya beliau tiada mesin jahit dan TIDAK TAHU MENJAHIT. Namun kesungguhannya insyaAllah akan membuahkan hasil.
Ya Allah Ya Rohim..Engkau permudahkanlah rezeqi para pelajar kelas langsirku agar mereka beroleh keberkatan dan berkesempatan menunaikan umrah dan haji melalui rezeqi jahitan langsir yang ku ajarkan...Aamiiinnn