Showing posts with label products KD by Al Mujahid Trading.. Show all posts
Showing posts with label products KD by Al Mujahid Trading.. Show all posts

24.2.17

Kehebatan Bersedeqah

Allahummoussolli a'la Saiyidaina Muhammad wa a"la aalihi wa sohbihi ajmainn.

Abu Hurairah r.an meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Allah berfirman kepada manusia, "Wahai anak cucu Adam! Berinfaklah niscaya Aku akan memberi ganti untuk mu".
( HR Muslim)

"Tidaklah suatu hari di mana seorang hamba berada di hari itu kecuali ada dua malaikat turun, salah satunya berdoa: 'Ya Allah, berilah ganti orang yang berinfak,' dan satu lagi berdoa: 'Ya Allah, berilah kerugian kepada orang yang kikir.'
(HR Bukhori)

Alhamdulillah Syawal masih ada dan telah menjadi tradisi sekarang 'Open House' merata2. Open House boleh mendapat pahala dan boleh menambah noda. Bergantung kepada pemahaman ilmu, iman  dan taqwa seseorang.
Keistimewaan 'Open House" adalah menjamu pelbagai juadah lazat. Ianya dikira bersedeqah jika Tuan Rumah memang berniat begitu tanpa merujuk kepada nak berlagak mewah dan sebgainya.



Bagaimana ianya menjadi suatu kebajikan dan mendapat rahmat bermula dari niat kita sebagai tuan rumah sewaktu menjemput tetamu. Jika niat kita ingin menambah eratkan silaturrohim @ menjalin hubungan yang terputus, maka ianya suatu jemputan yang mulia.

 Namun bagaimana majlis itu dimuliakan malaikat rahmat bergantung cara perlaksanaan majlis itu. Kadang2 kemuliaan itu dicemari dengan pergaulan bebas. Pergaulan bebas tidak terbatas setakat orang luar @ kawan2 sahaja tetapi merangkumi ipar duai. Kebiasaannya kita sering melihat kemesraan antara ipar duai @ biras hingga kemesraan itu melebihi had yang dibenarkan Allah. 

Saya faham dalam perhubungan sesama ahli keluarga kita selalunya saling bantu membantu apatah lagi menyediakan juadah untuk tetamu perlu dibantu. Sering kita alpa adalah bab aurat sesama ipar, sering dilupakan batasan bersentuhan kulit, langsung x ambil berat kala bersilatur. Ketawa mengekek bersama walau ketika itu tiada mahram bersama mengekek. Bagi sesetengah orang ianya biasa tetapi dalam Islam ianya tetap sumbang. Batasan tetap ada walau seakrab mana dan sekasih mana sebagai adik beradik.







30.6.16

Antara paten yang dipelajari

Alhamdulillah, diam x diam, dah 15 tahun ++ lebih saya mendidik ribuan pelajar langsir. Dan Alhamdulillah ramai yang belajar dan terus mengambil tempahan. Dan kini mereka telah berjaya menjana puluhan ribuan RM setiap bulan dan ada yang melonjak ketika tempahan Aidilfitri.

baru baru ni, saya berbicara dengan pelajar saya. Dia begitu seronok berjumpa semula kerana lama dia mencari saya. No telefon saya bertukar dan dia menjejaki saya beberapa tahun namun hampa hingga mendengar saya bersiaran di radio ikim.

Saya sendiri tidak menyangka, begitu besar keinginannya mahu bertemu saya. Alasannya, saya lah yang mengubah persepsinya dalam kehidupan. Dan dia berkali kali mengucapkan Terima Kasih atas ilmu langsir yang saya ajarkannya.

"ustazah, saya ingin peluk ustazah. Setelah belajar saya cuba buat dan akhirnay saya menerima banyak tempahahn. Saya nak belanja utzh. Dan saya nak sambung belajar jahit cadar dan sarung kerusi pula"

itu antara ingatan pelajar2 yang tahu menghargai guru, dan memang wajar mereka berjaya. manakala ramai juga yang mencemuh dan melupakan guru terus. Itulah realiti kehidupan. yang penting saya sebagai guru meredhoi ilmu diberikan. insyaAllah mereka akan berjaya.

Di bawah adalah antara paten yang diajar dalam modul 1. Ianya bukan semudah ditiru tanpa ilmu. Perlu kiraan khas dan teknik menjahit. oleh itu guru wajib memberikan formula dan skil jahitan cepat.insyaAllah pelajar2 akan berjaya menyiapkan langsir dengan cepat dan kemas.

baarakAllahulakum.


MODUL YANG DITAWARKAN :

MODUL 1

KELAS TELEKUNG TANPA PRATIKAL MENJAHIT

KELAS LANGSIR TANPA PRATIKAL MENJAHIT

--------------------------------------------------------------------------

KELAS TELEKUNG DENGAN LATIHAN PRATIKAL MENJAHIT

----------------------------------------------------------------------------------------------

MODUL 2

KELAS LANGSIR DENGAN LATIHAN PRATIKAL MENJAHIT

----------------------------------------------------------------------------------------------

MODUL 3

KELAS TELEKUNG & LANGSIR DENGAN LATIHAN PRAKTIKAL MENJAHIT.
TERHAD 6 ORANG SAHAJA SATU KELAS.





















21.6.16

Dana Ribath Annur Hami Hadramawt Yaman

🔊🔊 DANA RIBATH ANNUR HAMI 🕪🕪🕪

Alhamdulillah, Ramadhan ni sekali lagi Allah SWT memberikan peluang kepada para pengguna setia products KD by Al Mujahid Trading.

Saya memang tergerak hati nak bertanya kepada Habib Ahmad Hussain Aideed kot2 ada keperluan yang Al Mujahid boleh bantu ramadhan ni. Dan untuk kos lain seperti perbelanjaan kos pengajian memang dah ada dana khas, cuma nak XTRA RAMADHAN.

Saya suka para pengguna juga menikmati saham akhirat disamping mendapat kebaikan produk. Alhamdulillah kedua pihak mendapat kebaikan dunia akhirat insyaAllah.

Oleh itu saya dengan ini memberikan Harga RUNTUH untuk produk2 sehingga dana mencukupi.

PERCUMA DENGAN PEMBELIAN😍😍😍  

☆ 5 BOTOL AL KAUTHAR FREE 1 BOTOL 
RM400 JIMAT RM80 

☆ 5 BOTOL MANJA KD  FREE 1 BOTOL 
RM400 JIMAT RM80

☆ 5 BOTOL AURA KD  FREE 1 KD SCENT 
RM450 JIMAT RM100

☆ 5 TIUB KD SPEECHLESS SCENT  FREE 2 BOTOL AURA KD 
RM500 JIMAT  RM180

☆ 5 BOTOL MINYAK ZB3 30ML  FREE 1 BOTOL
RM400 JIMAT RM80

☆ 2 BOTOL HAIR TONIC FREE 1 BOTOL HAIR TONIC 
RM240 JIMAT RM120

☆ 2 BOTOL SKIN OIL  FREE 1 BOTOL SKIN OIL 
RM220 JIMAT RM110

☆ 1 SET KD BEAUTY  ( 1 BOTOL SKIN OIL, 1 BOTOL HAIR TONIC DAN 1 BOTOL KD SCRUB)
RM280 JIMAT RM40

PERHATIAN!!!

HQ ALMUJAHID TRADING TIDAK MEMINTA DERMA .

Jika berminat mendapat set2 Offer sila WHATSAPP ke HQ AlMujahid. 

📣📣📣

+60134400212
+60134400212

Offer TERHAD KEPADA STOK SEMASA. 

Boleh baca apa kata pengguna di http://bit.ly/testimonikd http://bit.ly/testimonialmujahid,  

BaarakAllahulakum

18.4.16

Pelbagai modul langsir

Kelas jahitan Al Mujahid Trading menawarkan beberapa modul pilihan untuk pelajar yang mahir dan tiada kemahiran langsung.

Berdasarkan pengalaman saya selama 30++ tahun dalam bidang jahitan,  ada pelajar yang tiada ilmu langsung tetap berjaya malahan lebih berjaya daripada mereka yang telah mahir menjahit.

Oleh itu, saya memberikan peluang kepada pelajar yang tidak pernah menjahit memilih modul 1, yakni belajar mengira, mengukur, menggunting dan menjahit TANPA MENGGUNAKAN MESIN JAHIT.

Mereka bebas memilih mahu menjadi tukang jahit  @ usahawan selepas belajar modul 1.

Dan saya memberikan peluang kepada mereka yang tidak pernah menjahit mengikuti kelas praktikal jahitan. Mereka perlu menjahit paten dipelajari pada hari pertama dan kedua. Mereka perlu berkampung 2 hari di kelas. 

Dan kebiasaannya mereka lebih berkeyakinan untuk mengambil tempahan. Namun kelas 2 hari adalah pilihan pelajar. Ada mahu memahirkan jahitan di rumah dan ada yang mahu di kelas.

Modul 1 merangkumi Kelas Langsir. Peserta kursus jahitan langsir Al Mujahid Trading akan belajar 20 paten langsir moden. Paten yang menjadi kegilaan pelanggan sekarang.

Belajar formula yang tepat, menggunting yang betul , cara menjahit yang cepat. Semuanya melalui sidang video. Tanpa praktikal. Insya Allah boleh tahu dan memulakan bisnes langsir. Kos yuran RM800 dan dari jam 10.30 am - 2pm.

Modul 2 bermula selepas solat Zohor hingga 6.30pm. Dan sambung keesokan hari hingga jam 6pm.
Kos modul 2 merangkumi semua modul 1 dan praktikal menjahit sample. Kain disediakan. Kos yuran RM1300.

Modul 3 adalah pilihan ramai.
Belajar modul 1 &a 2 serta menjahit telekung sepasang telekung. 
Kos yuran RM1700.
Kain disediakan juga.

Kelas modul 2 & 3, pelajar terhad kepada 6 orang saja. Kecuali ada yang membawa mesin jahit sendiri. Dan semua pelajar ada kerja rumah wajib disiapkan.  Ianya agar pelajar tahu di mana kekuatan dan kelemahan masing masing. 

Insya Allah 
Jika beribu pelajar telah berjaya menjadi usahawan,  takkanlah mahu mengikut beberapa pelajar yang kurang berusaha. 

Kita tahu setiap yang berusaha tetap akan berjaya. Dan dengan formula dan teknik diajar hanya memerlukan sifat rajin untuk berjaya seperti saya dan lain lain.

Insya Allah 
Sesungguhnya Allah SWT sebaik baik tempat memohon.  Maka berdoa kepada Tuhan yang Maha Mengetahui untuk mendapat keberkatan ilmu jahitan langsir. 

BaarakAllahulakum.



MODUL YANG DITAWARKAN :

MODUL 1

KELAS TELEKUNG TANPA PRATIKAL MENJAHIT

KELAS LANGSIR TANPA PRATIKAL MENJAHIT

--------------------------------------------------------------------------

KELAS TELEKUNG DENGAN LATIHAN PRATIKAL MENJAHIT

----------------------------------------------------------------------------------------------

MODUL 2

KELAS LANGSIR DENGAN LATIHAN PRATIKAL MENJAHIT

----------------------------------------------------------------------------------------------

MODUL 3

KELAS TELEKUNG & LANGSIR DENGAN LATIHAN PRAKTIKAL MENJAHIT.
TERHAD 6 ORANG SAHAJA SATU KELAS.








27.2.15

Menangani anak MENANGIS

                                                               السلام عليكم ورحمة الله وبركاته   


Moga moga hari ini, puan puan semua dalam rahmatNya dan dalam penuh ketenangan. Dan moga moga anak anak puan juga dalam mood yang tenang dan gembira. Suatu kenikmatan yang bukan semua keluarga menikmatinya adalah KEBAHAGIAAN. 


Kebahagiaan ini adalah suatu nikmatNya. Kita akan merasa ingin segera pulang dan bersama anak anak. Kita akan ternanti nanti masa untuk bersama anak anak. Kita ingin segera mendakap anak anak. 


Akan tetapi, tuntutan kerjaya telah menghilangkan nikmat itu secara tidak disedari. Kita sibuk dengan kerjaya . Sibuk dengan bisnes dan sibuk mengejar cita cita. Dan kita lupa betapa KEBAHAGIAAN iut mulai pergi meninggalkan rumah tangga kita.


Saya melihat banyak kepincangan dalam rumahtangga bermula daripada kesilapan semasa anak anak berumur 2 ke 6 tahun. Dan kita sering mengambil mudah tentang PERASAAN ANAK ANAK.  Saya sendiri juga banyak melakukan kesilapan lalu sewaktu membesarkan anak anak. Alhamdulillah, mereka dipeliharaNya, diberikan hidayah berterusan untuk menjadi anak anak yang menyejukkan hati. Namun cabaran masa depan, belum diketahui pengakhirannya dan moga moga hidayah ALLAH SWT berterusan buat saya sekeluarga dan semua keluarga. AAmeen


Suatu yang kita lupakan adalah anak anak juga mempunyai perasaan. Ada ketika mereka juga tertekan. Mereka tertekan emosi bilamana kita seolah olah membiarkan mereka dan terlalu sibuk dengan urusan kerja. Bila di rumah , kita sibuk dengan kerja di dapur. Sibuk dengan urusan pakaian dan lain2. 

Saya tidak nafikan, keluarga yang beranak kecil ramai, dan tiada pembantu rumah akan STRESS dengan urusan rumahtangga. Tambahan jika ibu bekerja di luar @ di rumah pun akan ada bebanan kerja. Jika ada pula menjaga ibubapa @ anak anak yang sakit, kesemuanya akan STRESS dan sukar untuk melayan perasaan anak anak kecil.

Lalu, anak anak akan mengamuk untuk menarik perhatian dan sayangnya amukan mereka , kita kan balas dengan herdikan @ cubitan @ mungkin kita mengurungkan mereka. Suasana tegang dalam rumah akan mempengaruhi jiwa semua ahli keluarga. Dan sesuatu yang kita lupa adalah SYAITAN bersorak dengan situasi itu.

Mahu tidak mahu, sebagai ibubapa, salah seorang wajib memberikan perhatian kepada  anak anak yang mengamuk. Kena didekati dan dipujuk dengan kelembutan. Kena dibelai dan oles wajah dan tubuh mereka. Kena mendakap mereka. 


Anak anak kecil suka berdampingan dengan kita disebabkan ketiadaan keyakinan diri. Mereka akan mulai menanggis walaupun kita hanya ke tandas. Cara untuk menangganinya, puan puan boleh membiasakan main Aci Menyorok dengan mereka. Biasakan selalu menyorok dan mereka mencari dan lama kelamaan mereka akan biasa ditinggalkan sebentar. Ini akan melatih mereka untuk bermain sendirian.

Biasakan melihat anak anak melalak bila mak mereka ke tandas..dan ada juga yang terpaksa main cak cak sewatu dalam tandas. Dan kes paling sadis terpaksa membawa anak masuk ke tandas sekali. Semuanya gara gara si kecil melalak bagai dunia nak kiamat. 

Kisah membesarkan anak anak bukan kisah biasa biasa. Kesan didikan sekarang mmepengaruhi akhlak anak anak ketika besar. Elakkan menengking anak @ sengaja membiarkan anak menanggis tanpa di pujuk.

Banyakkan berdoa dan solat hajat khusus untuk anak anak. Lazimi membaca alQuran dan zikiruLLAH. banyakkan solat di depan mereka. Sediakan sejadah buat mereka. Ajari adab adab solat dan lain lain. 

Beri pujian kepada mereka sebaik saja mereka menyebut nama Allah dan kebesaranNya. Sebut dan ulangi tentang Saiyiduna RASULULLAH SAW. Biar anak mengenali penghulu alam sebelum mengenali hal yang lain. 

 Biasakan juga meminta maaf kepada  anak walaupun mereka masih kecil. InsyaAllah nanti mereka akan biasa menyebut
"Maafkan adik!!" Dan puan puan akan merasai apa itu BAHAGIA MEMILIKKI ANUGERAH ANAK.



Saya masih beranak kecil berumur 4 tahun ++. Alhamdulillah dipinjamkan ALLAH SWT suatu anugerah untuk saya BERSABAR DAN TENANG MENANGANI AMUKAN ANAK KECIL. Alhamdulillah HARUMAN KD SPEECHLESS SCENT membantu saya untuk menenangkan diri dan anak.

Demi Allah, saya sendiri TIADA KATA KATA untuk diucapkan bilamana sebaik dicalet KD di nadi anak ketika dia menanggis , tidak sampai beberapa minit, dia kan COOL. MasyaAllah TabarakALLAH. Hanya dengan caletan sambil solawat, tanggisan nya berhenti.

Teringat dulu semasa membesarkan abang abangnya, saya kadang kadang terpaksa menggunakan sehabis mungkin VOCAL HIGH PITCHING. Kalah rockers Amy Search menjerit. Buktinya dinding rumah saya merekah akibat gegaran suara seorang ibu yang cuba mendiamkan anak anak menanggis dan bergaduh.

Dan saya nampak perubahan nyata. Bila anak saya cepat diam dan tenang, saya dengan mudah juga merasa TENANG DAN BAHAGIA. Bahagia kerana tidak mencalari jiwa anak kecil yang belum tahu makna Ummi sibuk banyak kerja. Ayah juga sibuk. 

Alhamdulillah a'la kulli hal. 

10.10.14

Pelbagai Paten langsir dalam sehari.

Antara paten paten dipelajari dalam Kelas Langsir.


SOALAN BIASA


BOLEHKAH PANDAI DALAM 1 HARI SAJA.

~JAWAPANNYA
TIDAK KECUALI ALLAH SWT MEMBERIKAN KEBARKATAN ILMU.


JIKA TIDAK BOLEH PANDAI, KENAPA MASIH MENGAJAR?

~SEBAB RAMAI YANG PANDAI SETELAH BERUSAHA MEMAHIRKAN DIRI. PERGILAH BELAJAR PULUHAN TAHUN TETAPI JIKA PEMALAS, IANYA TIADA GUNA.


PELIKLAH MENGAJAR TANPA MESIN JAHIT!

~YUP MEMANG PELIK. MACAM SEKARANGLAH, DENGAN FB BOLEH MENGATA SATU DUNIA..TAK PERLU BERDEPAN, SIAP BOLEH KEJI DAN PUJI.

BOLEH BERJAYA KE DAN BERBALOIKE?

~MUNGKIN YA MUNGKIN TIDAK.
JAWAPAN TERBAIK, SOLAT ISTIKHARAH DAN BERDOALAH. ADA KEBAIKAN AKAN BERTEMU..
YANG BAGI PANDAI HANYA ALLAH SWT, SESIAPA TIDAK BOLEH MEMASTIKAN SIAPA AKAN BERJAYA..

BELAJAR MUNGKIN MENGUNTUNGKAN @ MERUGIKAN...NAMUN YANG BELAJAR PASTI BERILMU JIKA IKHLAS KERANA ALLAH SWT.