1.2.18

Ayam Masak Kicap Sedap Al Mujahid

Semalam, saya masak lewat. Pukul 2 lebih baru nak masak. Hari ni saya nak masak Ayam Masak Kicap Al Mujahid. Petang nanti suami saya balik sekolah, isterinya dah siap masak. Saya tak makan lagi dari selepas sarapan pagi. Saya masih belum lunch sebab pagi tadi saya dah sapu KD SLIM. Memang tak rasa lapar.


Cara Masak.
Tumis bawang merah, bawang besar, bawang putih dan halia yang sudah dikisar. Masukkan juga kayu manis. Dah naik bau. Masukkan cili giling. Masak hingga pecah minyak. Masukkan sos tiram (kena banyak, tak perlu garam).  Masukkan kicap. Masukkan air (ikut kepekatan yang dikehendaki). Masukkan ayam yang sudah digoreng sebentar. Masukkan asam keping atau buah tomato. Biarkan mendidih. Kemudian masukkan bawang besar yang dihiris, cili merah dan daun sup. Kemudian, gaulkan dan siap.

Lepas ni, saya masak ikan tenggiri masam.  Ingat ya, kita tidak boleh makan ikan masin tenggiri ke, terubuk ke ada perut yang lebarnya besar lebih daripada 2 jari. Perutnya kena buang dulu sebelum dijadikan ikan masin.

Selamat Mencuba.

No comments:

Post a Comment