22.11.17

TAHUKAH KALIAN DIMANAKAH AIR MANDIAN JASAD RASULULLAH ﷺ ?


TAHUKAH KALIAN DIMANAKAH AIR MANDIAN JASAD RASULULLAH ﷺ ?

Adakah para sahabat r.anhum menyimpannya? @ dibuang seperti air mandian kita?

Bacalah kisah ini.
Pada sekitar tahun 90-an, dalam sebuah Muktamar Tingkat Dunia yang diselenggarakan di Mesir, berkumpul para ulama'.

Lalu Syeikh Mutawwali Asy-Sya'rawi yakni ulama' yang memiliki karomah bertanya kepada para perwakilan tentang kemanakah perginya air bekas memandikan jasad RASULULLAH ﷺ ?

Semua peserta Muktamar yang merupakan para ulama perwakilan dari berbagai negara itu tidak ada yang mampu menjawab.
Disebabkan pertanyaan tersebut menarik dan belum pernah dibahas dalam sejarah Islam sebelumnya, maka Ketua perwakilan Muktamar meminta waktu untuk mencari jawaban tersebut.

Beliau berkata bahwa esok beliau akan memberikan jawabannya. Sebaik balik dari Muktamar, beliau terus masuk ke perpustakaan dan membuka seluruh kitab yang ada untuk mencari jawaban dari pertanyaan tersebut.

Namun setelah semua kitab dibuka, tiada satupun kalimat yang membahas pertanyaan tersebut. Beliau keletihan dan akhirnya beliau tertidur.
Ketika tidur itulah beliau bermimpi bertemu dengan RASULULLAH ﷺ yang sedang bersama seorang pembawa pelita.

Bak pucuk dicinta ulam pun mendatang, beliau menggunakan kesempatan tersebut untuk meminta jawaban yang dicarinya terus kepada RASULULLAH ﷺ .

RASULULLAH ﷺ memberi isyarat agar beliau bertanya kepada pemegang pelita di sisi Baginda ﷺ
"Tanyalah kepada Shohibul Qindil (pelita)."

Shohibul Qindil menjawab,
"Air tersebut naik ke #langit dan #turun kembali ke #bumi bersama #hujan.
Setiap #tanah yang #dijatuhi #air tersebut, maka di kemudian hari akan #didirikan sebuah #masjid."

Keesokan harinya, berdirilah Ketua Muktamar untuk memberikan jawaban tentang perginya air bekas memandikan jasad ﷺ. Semua yang hadir amat mengaguminya.

Syeikh Mutawwali yang mengajukan pertanyaan tersebut, bertanya lagi, "Darimana engkau mengetahuinya?"
Ketua Muktamar itu menjawab,
"Dari seseorang yang saat itu sedang bersama ﷺ dalam mimpiku semalam".
"Syeikh Mutawwali bertanya lagi,
"Adakah dia membawa Qindil?"
"Bagaimana engkau tahu?" Tanya balik ketua muktamar.
"Kerana akulah Shohibul Qindil tersebut." Jawab Syeikh Mutawwali.


Kisah ini amat masyhur di kalangan ulama, terlebih di Mesir. Sekalipun banyak saksi mata yang menyaksikan langsung peristiwa ini, namun ulama-ulama dari kelompok Wahabi yang kala itu hadir juga, sedikitpun tidak mempercayai kisah ini, kecuali Syeikh Umar Abdul Kafi.

Beliau mengatakan bahwa dirinya telah banyak melihat berbagai karamah dalam diri Syeikh Mutawwali Asy-Sya'rawi, namun beliau enggan mengakuinya karena keyakinan yang dianutnya (faham Wahabi) menolak adanya karamah.

Tapi untuk kali ini, ALLAH SWT telah menumbuhkan keyakinan dalam dadanya, sehingga beliau termasuk orang yang mempercayai kisah ini. Beliau kemudian keluar dari Wahabi dan masuk ke dalam faham Ahlussunnah Wal Jama'ah.

********************
Kisah ini amat menyentuh hati saya. Mana disangka air mandian RASULULLAH ﷺ jatuh di sebelah rumah saya.
Kini tanah sebelah ini telah didirikan MASJID ( MUSOLLA ASSA'ADAH) walaupun kecil namun ianya tapak yang dimuliakan ALLAH TAALA asbab jatuhnya air mandian jasad RASULULLAH ﷺ
Sabtu minggu depan Masjid akan memuliakan Maulidur Rasul. INSYAALLAH
Jemput hadir ya
JAZAKALLAHU KHEIR ATAS USAHA DAN SOKONGAN

No comments:

Post a Comment