Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

24.2.17

Kehebatan Bersedeqah

Allahummoussolli a'la Saiyidaina Muhammad wa a"la aalihi wa sohbihi ajmainn.

Abu Hurairah r.an meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Allah berfirman kepada manusia, "Wahai anak cucu Adam! Berinfaklah niscaya Aku akan memberi ganti untuk mu".
( HR Muslim)

"Tidaklah suatu hari di mana seorang hamba berada di hari itu kecuali ada dua malaikat turun, salah satunya berdoa: 'Ya Allah, berilah ganti orang yang berinfak,' dan satu lagi berdoa: 'Ya Allah, berilah kerugian kepada orang yang kikir.'
(HR Bukhori)

Alhamdulillah Syawal masih ada dan telah menjadi tradisi sekarang 'Open House' merata2. Open House boleh mendapat pahala dan boleh menambah noda. Bergantung kepada pemahaman ilmu, iman  dan taqwa seseorang.
Keistimewaan 'Open House" adalah menjamu pelbagai juadah lazat. Ianya dikira bersedeqah jika Tuan Rumah memang berniat begitu tanpa merujuk kepada nak berlagak mewah dan sebgainya.



Bagaimana ianya menjadi suatu kebajikan dan mendapat rahmat bermula dari niat kita sebagai tuan rumah sewaktu menjemput tetamu. Jika niat kita ingin menambah eratkan silaturrohim @ menjalin hubungan yang terputus, maka ianya suatu jemputan yang mulia.

 Namun bagaimana majlis itu dimuliakan malaikat rahmat bergantung cara perlaksanaan majlis itu. Kadang2 kemuliaan itu dicemari dengan pergaulan bebas. Pergaulan bebas tidak terbatas setakat orang luar @ kawan2 sahaja tetapi merangkumi ipar duai. Kebiasaannya kita sering melihat kemesraan antara ipar duai @ biras hingga kemesraan itu melebihi had yang dibenarkan Allah. 

Saya faham dalam perhubungan sesama ahli keluarga kita selalunya saling bantu membantu apatah lagi menyediakan juadah untuk tetamu perlu dibantu. Sering kita alpa adalah bab aurat sesama ipar, sering dilupakan batasan bersentuhan kulit, langsung x ambil berat kala bersilatur. Ketawa mengekek bersama walau ketika itu tiada mahram bersama mengekek. Bagi sesetengah orang ianya biasa tetapi dalam Islam ianya tetap sumbang. Batasan tetap ada walau seakrab mana dan sekasih mana sebagai adik beradik.







6.1.16

KD SPEECHLESS SCENT

Apa itu KD?

๐ŸŒธKd Speechless Scent adalah sejenis pati haruman yang menenangkan.

๐ŸŒธDiperbuat daripada ekstrak bunga dan tumbuhan.

๐ŸŒธKd Speechless membantu:

✔meredakan tangisan bayi
✔mengawal emosi
✔memudahkan tidur lena 
✔anak lasak untuk tenang
✔meredakan batuk
✔mengurangkan selesema
✔meredakan demam

Pn/tn boleh membaca lebih banyak testimoni di http://bit.ly/testimonikd.

BERMINAT?
Whatsapp ke +60134400212 


26.11.15

Apa kah PATI TITISAN B3???


Ianya adalah pati herba.

Diminum malam hanya 3 titik sahaja dalam susu tanpa gula

Dikatakan boleh MEMBANTU:

✔Sakit sendi, gout atau sakit lutut
✔Melegakan asma
✔Eczema atau kegatalan
✔Mengurangkan kahak dan batuk
✔Melegakan kesakitan (pengganti pain killer)
✔Mengecutkan Buasir
✔Membantu masalah mandul dan kesuburan
✔Lumpuh





Siapa yang kata?
Pengguna yang memberitahu setelah menggunakannya. Boleh baca di http://bit.ly/testimonialmujahid
BERMINAT???
WHATSAPP KE +60134400212

OFFER!!!


Berkuatkuasa sekarang!!!

๐Ÿ’–SET MULTAZAM ๐Ÿ’–
=>>RM 500
✔2 TIUB KD 4ML
✔3 AURA KD 30ML+-
✔1 MANJA KD 35 KAPSUL
✔1 ZB3 30ML+-




๐Ÿ’– SET RAWDAH ๐Ÿ’–
=>>RM 330
✔2 TIUB KD 4ML
✔2 AURA KD 30ML+-
✔1 MINI ZB3 5+-



๐Ÿ’–MANJA SUPERB๐Ÿ’–
=>>RM 190
✔3 MANJA KD (35 KAPSUL)
✔1 MINI AURA KD

==>>RM140
✔2 MANJA KD
✔1 MINI AURA KD



๐Ÿ’–SET ZB3๐Ÿ’–
==>>RM140
✔ 2 BOTOL ZB3 30ML+-



BERMINAT!!!
Whatsapp ke +60134400212

SUKA KEK, NAK MAKAN Kk tapi menggemokkan?


cuba menikmati KEK QUERUS!!!
Manis seperti kek biasa namun tiada gula!!
Pemanis tanpa kalori..
Sesuai yg ingin menjaga berat badan.. baik kanak2 hinggalah yang dewasa hatta pengidap diabetes boleh mencubanya..
in shaa Allah selamat

Semudah-mudah bahan yang perlu dicampurkan kedalam sepeket tepung premix(300gm) ;~
~2 biji telur saiz B
~100gm minyak masak/margarine cair
~100gm air suhu bilik
Hanya perlu sebatikan semua bahan tersebut dengan menggunakan pemukul telur(wire whisk)..
**~ untuk menghasilkan kek KURANG KALORI;~
gunakan minyak sayuran/lite oil seperti minyak zaitun, jagung, sunflower oil, soya oil, grape seed oil..
kalau guna margarine cair gunalh light table margarine..
telur omega..
nak rasa lemak sikit gantikan separuh dari bahagian air itu dgn low fat milk.. susu cair pun boleh
untuk rasa yg lebih ummph, khasiat tambahan dan menghasilkn kesan pembuangan yg lebih boleh campurkn dgn buah prune..
cara2nya;~
7 biji buah prune + 300gm air direbus/ microwave hingga lembut.. air rebusan guna ganti air.. boleh masuk susu juga.. buah prune di gunting kecil2 dan taburkan di atas bancuhan yg telah dituangkan ke dalam acuan
boleh d bakar / kukus

MUDAH SANGAT!!!
BERKHASIAT
TAK DE KALORI JIKA BETUL2 IKUT ARAHAN.
WHATSAPP ODER QUERUS KE STAFF KEK +60125069587
SE PEKET 300GM.
SETIAP ODER ADA 3 PEKET (900GM+-) HANYA RM40 FREE POS.
ADA 36 PAKET SAJA...LAMBAT KENA QUE YER..




APA ITU AURA KD?


Aura KD Spray adalah semburan yang digunakan untuk memberi aura positif pada diri dan kawasan sekitar.

Digunakan ketika

✔mood negatif
✔demam panas
✔baran
✔gugup
✔stress
✔ketakutan dll






Klik ke http://bit.ly/testimonikd untuk lihat dan baca sendiri testimoni pengguna kami.
BERMINAT???
WHATSAPP KE +60134400212

17.11.15

KD SPEECHLESS SCENT


Bukti tersembunyi.
DJ Yati batuk dan selepas di calet KD SCENT di lehernya. ..bahagian kedua dia dah ok.
Alhamdulillah.

18.4.13

Andai umur bisa dipanjangkan

Allahummoussolli a'la Saiyidina Muhammad wa a'la aalihi wa sohbihi ajma'in

Catatan ini khusus untuk Uncle Aminnuddin yang dihormati

Uncle,

Hidup kita pasti indah jika kita kaya, pasti lebih indah jika kita mampu memilikki semua yang makhluk lain ingin kita milikki dari segi dunia dan akhirat.
Namun, benarkah Uncle segala yang kita impikan dan hajati itu akan memberi keindahan kepada kita? 
Benarkah kekayaan dunia akan meletakkan kita hebat di mata dunia.
Benarkah nikmat semua yang kita minta itu apabila dimaqbulkan adalah tanda Allah menyintai kita?
Benarkah ya Uncle?

Uncle,
mengenali diri mu dari jauh, mendengar cerita mu dari jauh mengajar saya erti suatu nilai terindah yakni mensyukuri nikmat sihat.
Uncle Allah amat menyayangi Uncle kerana diberi ujian kesakitan 
Allah anugerahkan Uncle kesakitan dan sedikit kesulitan kewangan.
Allah anugerahkan Uncle secebis ujian yang dinilaikan nanti di hadapan Allah SWT adalah lipatan pahala apabila Uncle redho dengan ujianNya.
Betapa beruntungnya Uncle dibandingkan saya kerana Uncle terpilih diuji kesakitan.
Asbab kesakitan itu Uncle mampu beristiqfar, mampu bertahlil mampu bersolawat, sedangkan saya yang sihat selalu sahaja terlupa untuk Istiqfar, Tahlil dan Solawat. Bertuah uncle kerana banyaknya pahala sedang dihimpunkan.

Uncle,
Saya tahu Uncle sedang gusar dengan detik kematian yang bakal menjemput. Kanser Uncle merebak seiring denyutan jantung Uncle, seiring zikir Uncle.
Ayuh Uncle, jangan membiarkan sesaat masa berlalu tanpa mengalunkan zikir..masa kian suntuk untuk menambah dana Akhirat.Alunkan zikir ya Uncle.

Uncle, 
peluang terakhir Uncle untuk memanjangkan umur adalah dengan memartabatkan ilmu. Jika Uncle tidak mampu untuk mengajarkan ilmu, jadilah pendengar ilmu, jadilah orang yang mengusahakan tempat ilmu dan PENCINTA ILMU.

Nanti bila ALLAH SWT mengarahkan kita berbaris di Mahsyar pasti orang lain kehairanan bagaimana Uncle yang hidup pendek di bumi bisa ada amalan ratusan tahun malahn ribuan tahun..
Rebutlah Uncle sisa masa yang ada untuk mengejar keberkatan Ilmu agar rezeqi menjadi berkat, kesihatan diberkati dan segalanya berkat.
Hanya yang berILMU diangkat statusnya di sisi Allah.

Moga moga, kalam ini bisa menjadikan Uncle sebagai umat Muhammad SAW yang Rasulullah SAW berbangga di depan Allah Azzawajalla.
Ameen Allahumma Ameen

Uncle,
hidup dan mati lilahirobbil aa'laminn

12.2.12

Jemputan Ilahi

Alhamdulillah...
Langkah pertama...ikhlas ikuti kursus langsir almujahid.

Langkah kedua...mempraktikkan ilmu.


Langkah ketiga...doa d dua pertiga malam untuk menjadi tetamu Allah.

Langkah terkini...sudah menerima tawaran umrah sponsor by almuhahid travel & tours...


Langkah bermula sekarang...banyakkan solawat n salam kpd Rasulullah SAW

Barakallahufikum

2.2.12

Siapakah calon terpilih...antara ribuan

ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ู…ุญู…ุฏ ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู….ุฑุถูŠู†ุง ุจุงู„ู„ู‡ ุฑุจุง ูˆุจุงู„ุงุณู„ุงู… ุฏูŠู†ุง ูˆุจู…ุญู…ุฏ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ู†ุจูŠุง ูˆุฑุณูˆู„ุง.ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุตู„ุงุฉ ูƒุงู…ู„ุฉ, ูˆุณู„ู… ุณู„ุงู…ุง ุชุงู…ุง, ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ุงู„ุฐูŠ ุชู†ุญู„ ุจู‡ ุงู„ุนู‚ุฏ, ูˆุชู†ูุฑุฌ ุจู‡ ุงู„ูƒุฑุจ, ูˆุชู‚ุถู‰ ุจู‡ ุงู„ุญูˆุงุกุฌ, ูˆุชู†ุงู„ ุจู‡ ุงู„ุฑุบุงุกุจ, ูˆุญุณู† ุงู„ุฎูˆุงุชู…, ูˆูŠุณุชุณู‚ู‰ ุงู„ุบู…ุงู… ุจูˆุฌู‡ู‡ ุงู„ูƒุฑูŠู…, ูˆุนู„ู‰ ุงู„ู‡ ูˆุตุญุจู‡ ูู‰ ูƒู„ ู„ู…ุญุฉ ูˆู†ูุณ ุจุนุฏุฏ ูƒู„ ู…ุนู„ูˆู… ู„ูƒ.

Alhamdulillah...hari ini masih menyintai Rasulullah SAW...masih merindui Baginda dan masih terasa nikmat iman. Ya Allah Engkau tingkatkan darjat Rasulullah SAW dan ahli keluarganya serta para pejuang agamaMu. 
Engkau terimalah juga kami sebagai pejuang agamaMu Ya Allah...kami juga ingin syahid jalanMu. pilihlah kami...Aminn

Alhamdulillah wahai para pelajar kelas langsir alMujahid. Dengan izinNya..saat ini bermula pemilihan calon terakhir untuk menunaikan umrah PERCUMA. Calonnya telah ada cuma pelajar2 kursus langsir almujahid...berdoalah agar kalian terpilih. Siapakah yang bakal terpilih..suspen gak..saya dah minta juri memilih & ketua juri akan mebuat keputusan. Jangan x tau...pemilihan ini telus...

Saya akan menghantar nama yang top 5 dan Yang Dihormati Ustaz Aminuddin Abd Rahim akan memilih berdasarkan istikharah. Semua pelajar tahu bagaimana sikap dan pendirian saya maka tentulah yang nak sertai serta mendapat jemputanNya yang sesuai dengan pendirian saya.

Maka nantikanlah panggilan hangat saya..ingat bukan panggilan hangit tau...Mungkin juga ada yang dapat umrah percuma dan ada yang saya kongsi separuh. Niat saya satu je..jika yang terpilih boleh membawa kebaikan untuk agama...maka beliaulah yang mendapat panggilan saya...nantikan ya...jemputan umrah almujahid travel.


Di kesempatan ini juga saya mengharapkan pelajar semua mencuri masa untuk menghadiri majlis di masjid2 untuk bersolawat dan salam kepada Rasulullah SAW. Yakinlah bahawa  baginda pernah hidup..yakinlah bahawa Baginda pernah di baling batu di Thoif kerana Agama Islam..dan yakinlah Baginda SAW menyintai kita..umatnya....Wahai pelajar langsirku...jangan berhenti bersolawat dan salam kepada Baginda SAW...Semoga kita mati sebagai umat Muhammad SAW

23.1.12

Satu matlamat

Alhamdulillah...selesai kelas dlangsir almujahid d Jb ...moga Allah memaqbulkan doa kami semua untuk menyambung sunnah SAW yakni berniaga dan dapat membantu agama dengan rezeqi yang diperolehi.

Ya Allah Engkau Tuhan Penguasa Alam..limpahkan rahmatMu...ampuni kami dan bantulah kami dalam menegakkan agama Mu.

21.1.12

Apakah Bisnes Hebat Luar Biasa

ู„ุง ุงู„ู‡ ุงู„ุง ุงู†ุช ุณุจุญุงู†ูƒ ุงู†ู‰ ูƒู†ุช ู…ู† ุงู„ุธุงู„ู…ูŠู†

Alhamdulillah masih diberi nikmat terhebat yakni nikmat Iman...andai semalam dicabut nikmat Iman..Ya Robb tidak dapat dibayangkan betapa hancur luluh jiwa ini. Iman menyebabkan kita bisa sujud kepadaNYa..Malikinnass....Iman menyebabkan kita takut melakukan mungkar dan Iman menghalang kita dari kufur dan syirik.

Sabda Rasulullah SAW:" Sekiranya kamu mengetahui apa yang kamu ketahui, nescaya kamu akan sedikit ketawa dan banyak menanggis". Para sahabat pun menutupi muka mereka lalu menanggis keharuan.
( Riwayat al-Bukhari no 4621 dan Muslim no 134)

Wahai pelaajar Kelas langsir alMujahid... sesaat ini fikirkan betapa banyak kita menanggis kerana Takut Azab Sakratul maut. tidak perlu berfikir tentang azab lain.fikirkan azab yang bakal tiba@ datang...entah selepas ini@ sebentar lagi...


kali ni saya ingin menyentuh tentang perkataan "kehebatan luar biasa"..ada yang bertanya "bagaimana ingin menjadikan perniagaan jahitan langsir yang luar biasa hebat"...mesti pelajar pernah dengar @ dah terlalu biasa dengan "luar biasa hebat". Saya tidak mahu menyebut @ menyentuh individu terbabit...dan jauh sekali untuk menyanjungi keluarbiasaannya. maaf.


Saya terlalu faham betapa kalian sama ada bekas @ bakal pelajar Kursus Langsir almujahid terlalu ingin berjaya. Paling tidak berjaya sikit daripada saya. Sinar mata kalian sewaktu dalam kelas telah membuktikan sangkaan itu. Cuma segelintir bekas peserta tarikh lahir pula ingin menjadi luar biasa hebat...itu juga dapat dilihat dari sinar mata dan kata-kata. Ingin menguasai bisnes dan luar biasa hebat.

Berbalik kepada topik hari ni..ingin saya menyentuh berdasarkan ilmu yang cetek. Saya bukan ilmuan @ pemikir maka jawapan saya juga jawapan yang kurang ilmu @ JAHIL. 
Sebagai hambaAllah yang dianugerahkan sesuatu ilmu...kita x boleh merasa hebat. Apakah kehebatan yang ingin dibanggakan? Sebagai hamba Allah yang telah mencemburi jahitan langsir selama berbelas tahun adakah saya telah merasai kehebatan itu? Ya saya telah menikmati kehebatan itu...adakah luar biasa hebat...Ya luar biasa hebat. Manakah buktinya? Jawapannya ada dalam diri saya dan keluarga...


Wahai pelajar..Apakah kalian fikir kekayaan itu lambang kehebatan  dan kejayaan itu lambang kehebatan luarbiasa? Maaf sehingga hari ini belum ada manusia yang memiliki kehebatan luar biasa kecuali Para Rasul , Nabi dan sahabat Rasulullah SAW serta mereka yang mengorbankan segalanya untuk ISLAM AGAMA YANG LUAR BIASA HEBAT.


Maaf..saya tidak pernah takjub kepada manusia yang di lahirkan dari setitis mani. Membesar dan dewasa kemudian menakluki dunia itu hebat. Tiada dalam kamus @ minda untuk mengenali @ menjadikan mereka idola dalam hidup. Apa hebatnya mereka jika bisnes yang gah itu diranapkan Allah SWT dalam masa sekelip mata? Apa hebatnya mereka jika dalam sesaat jatuh rebah dan terbaring lunyai hatta hendak tersenyum pun x boleh akibat kesakitan yang x terhingga. Tetapi para anbiya' dan sahabat dan pejuang agama Allah hingga syahid merekalah manusia hebat .


Bagaimana pula saya mengatakan bisnes langsir saya itu luar biasa hebat? Itu biarlah rahsia saya kerana cukuplah sahabat saya mengetahui dan tidak perlu dicanangkan kerana jika dicanangkan saya akan menjadi MUFLIS...di akhirat. Cukuplah Allah sebagai TuhanKU.. 


Wahai pelajar,
Singkirkan dalam pemikiran kalian ingin menjadi kaya dunia...singkirkan impian tentang rumah besar, kereta besar dan segala yang kalian rasakan hebat. Memang apabila menerima tender berpuluh ribu untuk tempahan langsir ..kita rasa happppppppppppyyy...tapi akan lebih bahagia andai setengahnya kita nafkah ke sabilillah.


Allah SWT berfirman: 

"Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertaqwa (mengerjakan suruhan Allah) dan bertaqwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya) serta dia membenarkan adanya pahala yang terbaik(syurga), maka sesungguhnya kami akan menyediakan baginya jalan yang mudah(syurga).

Surah alLail 92: 5-7


saya suka sangat dengan firman ini dan masih belum dapat target untuk seperti ayat ini...aim bertahun pun belum dapa ..yakni


Firman Allah SWT:


"Kamu tidak sekali-kali sampai kepada kebajikan (yang sempurna) sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai dan apa pun yang kamu  infakkan, tentang hal itu, sungguh Allah MAha Mengetahui"


( surah alimran 3: 92)


Maka apabila kita balik kepada ayat-ayat Allah adakah kita tegar membiarkan begitu saja demi menampakkan kita luar biasa hebat? Ingat wahai pelajar segalanya milik DIA, kereta besar akan rosak..rumah akan runtuh..tiada yang kekal. Kita tahu dan sedar tapi masih cintakan dunia. 


Bagi yang bertanya soalan untuk menjadikan jahitan langsir luar biasa hebat...saya sukar menafsirkan soalan kerana kehebatan itu belum saya ketemu pada kekayaan dunia. Kehebatan itu saya nampak apabila sanggup menghambakan diri kepada Robb Tuhan Penguasa Alam..sanggup berjuang demiNya sanggup menyintai Rasulullah SAW melebihi diri sendiri. Jadikan sirah Sahabat dan Sohabiah sebagai aim untuk mendapat luar biasa hebat. Apa lah hebatnya jadi businessman jika akhirnya masuk NERAKA. 


Seperkara saya nak sentuh janganlah percaya kepada teknik tarikh lahir dan penomboran. Tidak perlulah mengikuti kursus saya kerana percaya boleh berjaya dengan jahitan dan x perlu SYIRIK dengan melihat tarikh yang sesuai untuk melakukan sesuatu tetapi hadirilah kursus @ kelas langsir almujahid dan membuka perniagaan setelah SOLAT ISTIKHARAH.


Sabda Rasulullah SAW:


Perbandingan antara dunia dan akhirat tidak lain hanyalah seperti seseorang daripada kamu yang mencelupkan jarinya ke dalam laut. Cubalah dia melihat seberapa banyak air yang masih ada di jarinya saat dia mengeluarkannya dari laut."


( Muslim no 2858)

11.10.11

Usia bukan penghalang



Allahummoussolli a'la Saiyidina Muhammad wa a'la aalihi wa sohbihi ajmainn...

Alhamdulillah...kelas langsir alMujahid @ kursus langsir Mam Smart Ent di A Star 8 Okt 11, berjaya dan dirahmatiNya. Walau bermula jam 9.30am namun jam 12.30 tengahari kesemua 12 pleated berjaya dipelajari.
Uniknya kelaskali ini beberapa warga emas menghadiri kelas.

Salah seorang peserta yang saya panggil Mak Tok..dah berusia 63 tahun. Datang belajar di kelas saya kerana "hatinya meronta2"...itu yang beliau beritahu pelajar semua.." kerana ilmu " antara ungkapannya. Alhamdulillah beliau dapat memahami dan x banyak soal. Mudah sungguh dan saya percaya dan yakin yang memudahkan kesemua 28 pelajar dapat memahami bukan kerana saya ni bijak tetapi keberkatan ilmu itu sendiri.

Bercakap tentang keberkatan ilmu, bagi yang x pernah yakin tentang keberkatan ilmu maka mereka x akan percaya tetapi bagi yang memahami nilai keberkatan mereka juga memahami. Alhamdulillah walau tanpa paksaan pelajar datang dengan rela hati. Bukan mereka x tahu yang yuran kelas langsir saya ini mahal tetapi mereka pula memberi komen " asalkan berbaloi..cikgu"..Alhamdulillah.

Moga ilmu yang saya turunkan para pelajar dapat praktikkan dan rajin menjaga amal. Dari dulu hingga kini saya yakin hanya mereka yang menjaga amal akan berjaya mendapat arRohim. Seperkara lagi, wahai para pelajar jangan sesekali kalian melampau batas apabila menerima tempahan. Sentiasa beringat..ada masa untuk diri sendiri agar kalian x menyesal andai tiba suatu saat nafas akan terhenti. Namun lebihkan masa untuk menambah amal kebajikan. Hasil pendapatan infakkan ke jalan Allah. Belajar2 lah menabung untuk akhirat. Bantulah yang memerlukan dan bagi para isteri jangan kedekut dengan suami. Bantulah suami sebab kalian tetap dapat pahala jihad fi sabilillah...dan berazamlah ada rezeqi ikut saya menunaikan umrah Mac ini bersama alMujahid Travel & Tours Sdn Bhd.

InsyaAllah salah seorang peserta akan terpilih menunaikan umrah percuma bersama alMujahid Travel..Siapakah beliau hanya Allah mengetahui...Jaga dan tingkatkan amal..agar kalian semua terpilih sama ada secara percuma @ sebagai tetamu Allah...Bukan senang nak jadi tetamu Allah walau ada duit tapi tiada jemputan maka tiada jemputan...

Barakllahulakum

5.10.11

Alhamdulillah berkat rahmatNya, berjaya saya mendidik peserta langsir d Dynasty Hotel KL 2 Okt lalu. Moga usaha mereka datang dari dekat dan jauh berbaloi. Si kumbang kali ni di datangkan khas dari Teluk Intan..mai nak kursus langsir alMujahid sebab teruja mak beliau menempah langsir hingga RM16k. Maka berazamlah sang putera ingin meneroka jahitan langsir dan sang putera berazam untuk menjahit langsir setelah mengikuti kelas langsir almujahid.
Jika sang putera dah yakin boleh..amatlah koman jika sang puteri buat dek je. InsyaAllah jika berkat ilmu yang saya turunkan kalian akan berjaya. Nasihat saya dari dulu dan kini "'Innamal agmallu binniat"...dan rezeqi yang ada infakkan ke jalan Allah.

Sesungguhnya kita akan mati dan x de siapa yang mahu hidup sorang diri jika semua dah mati..x pun jika kita dah terlantar..apalah ada dunia ni..bila lidah dah pahit menelan air liur sendiri pasti kita pun akan merayu untuk mati. Cuma bersediakah untuk mati..
Wahai anak didikku...
Tiada madah untuk diberikan cuma harapan 'jadilah kalian umat Muhammad SAW yang berbangga menjadi umatnya.'
Bagi peserta yang bakal berjumpa...betulkan niat nak datang ke kelas saya agar doa kita bersatu di Luh Mahfuz..Amin


1.10.11

Peserta lelaki tunjuk taring





Alhamdulillah..kelas langsir alMujahid (mam smart ) masih berjaya menurunkan ilmu jahitan langsir kaedah mudah dan tepat. .Dalam kelas kali ini peserta lelaki lagi cepat memahami dan bijak serta kreatif..kaum lelaki dah tunjuk taring beb! 
Selain tu ada yang dah mula dapat tempahan.ALHAMDULILLAH.
.Sebagai contoh, salah seorang peserta langsir di Shah Alam 17 Sept lalu, sanggup datang dari pendalaman Pahang( maaf terlupa nama dan tempat sebab ramai sangat)....singgah sebentar ke rumah saudara di Kajang dan memberitahu saya akan mengikuti kursus lanjutan sebab sudah menerima tempahan. Alhamdulillah...berkat ketaqwaan dan keyakinan serta keikhlasannya belajar dengan saya..wang pelaburan kelas RM480 berjaya diperolehi...
Moga yang lain juga akan berjaya seperti mana doa kita bersama dan amalan yang saya dah turunkan. Pelajar tinggal mengamalkan dan istiqamah dengan apa saja petua dan amalan saya. Jika saya boleh berjaya kenapa kalian tidak..Moga ada yang bakal terpilih mengikuti umrrah percuma bersama alMujahid Travel..ikut hati nak bawa semua ...

Barakallahulakum

18.8.11

Kursus Sebelum Raya dan menang Umrah

Alhamdulillah...Ramadhan masih sempat dinikmati, masih dapat dibelai masih dapat dihayati. 
ALHAMDULILLAH BULAN PENUH RAHMAT SEMPAT TERISI
Alhamdulillah dunia tidak dapat menipu...

Para pelajar yang dirahmati Allah,
Belajarlah mensyukuri nikmat Ramadhan.
Belajarlah memenuhi ruang yang kian sedikit.
Belajarlah menambah amalan yang terkurang...apatah lagi kita ni wanita...alangkah rugi andai amalan x terisi dan haid menghalang...maka tiada amalan yang Allah kira berterusan.

Saya faham dan amat arif betapa Ramadhan bulan paling sibuk..x percaya tunggu lepas berbuka...perut punyalah letih kerja keras..Hairan sungguh kenapalah kita ni macam kebulur bila nak berbuka? Nak itu ini, siap rancang nak juadah apa... Namun hasil selidik saya secara rawak..orang yang kurang beribadat memang otaknya fikir nak masak apa, nak makan apa dan bla..bla..Memanglah dapat pahala menjamu tetapi jika si jamu tu pun asyik fikir makan , banyak manalah sangat pahala yang kita kongsi...

InsyaAllah,

bagi memenuhi permintaan pelajar, pada 20 hb  Ogos saya ngajar di Ipoh dan 21 hb Ogos d Kuala Lumpur. Moga ilmu ini dpt membantu peserta kursus langsir saya menjana pendapatan selepas raya. Manalah tau, ada rezeqi boleh memenangi umrah percuma bersama alMujahid Travel.
Alhamdulillah, sebagai pengarah alMujahid Travel Sdn Bhd saya ingin membawa pelajar kelas langsir Mam Smart Ent untuk turut serta. Buat permulaan saya bagi peluang kepada peserta yang layak dulu. Kriteria kelayakan Umrah Percuma..biarlah menjadi rahsia. SO YANG MANA LAYAK BIAR SOLAT ISTIKHARAH SAYA MENENTUKAN.

InsyaAllah selepas kelas langsir d Kuala Lumpur 21Ogos, saya sekeluarga kan terbang ke Makkah untuk meraikan LailatulQadr...di kesempatan ini saya memohon segala kemaafan kepada semua yang terlibat @ x terlibat dengan saya. Moga Semua kita akan dapat seribu rahmat di LailatulQadr..Amiinn.

Pesanan terakhir...infaqkanlah rezeqi yang ada untuk insan lain. Biar akaun dunia susut tapi akaun Akhirat mengembang.. 

26.6.11

perlukah di ajar semua?

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู…

Alhamdulillah, hari ini kita diberi kesempatan untuk menghirup udara..suatu nikmat yang kita jarang menghargai. Sememangnya kita memang jarang menghargai dan hanya menghargai apabila ianya telah berlalu.

Menyentuh bab menghargai, sekeliling kita adalah manusia yang susah untuk menghargai.Hatta diri kita sendiri kadang2 tidak menghargai diri sendiri, suami, anak2, jiran dan semua yang mengenali. Sebagai guru pula, saya kadang2 terkesan dengan sikap pelajar. Dari ribuan pelajar kelas langsir yang saya ajar, adalah sekadar beberapa puluh yang menghargai ilmu yang di ajar di kelas langsir. Ianya akan jelas dan nyata bilamana musim perayaan, maka mereka akan mengirim salam terima kasih atas ilmu di kelas langsir yang saya uruskan.

Teringat juga betapa ada segelintir bekas pelajar kelas langsir saya yang begitu takut mengaku saya adalah guru langsir mereka. Kadang2 gelihati juga bilamana tidak mengaku saya guru langsir @ pernah mengenali saya tetapi teknik dan kaedah pengajaran sewaktu kelas langsir saya, mereka akan praktikkan. Alhamdulillah, penafian Naiz@ Azlina, Pn Omm, Pn Noraini, Cik Siti dan beberapa nama lagi, semakin membuktikan betapa gerunnya mereka dengan guru mereka. Terfikir juga betapa dangkalnya ilmu usahawan mereka ( saya sedar mereka membaca coretan ini) takut dengan bayang2 sendiri. 


Mengapa saya mengatakan begitu? Sebagai seorang pelajar, sewajarnya kita berterima kasih dengan ilmu yang diterima. Orang yang mendoakan gurunya akan dirahmatiNya. Saya sendiri secara peribadi amat menghargai dan selalu mendoakan guru tadika dan tok guru yang mengajar saya mengenal Al Quran. Walau sekarang ilmu saya dan tahap pencapaian saya lebih  sedikit daripada mereka, namun merekalah yang wajar menerima doa daripada saya. Moga doa buat mereka akan menambahkan lagi rahmatNya buat saya.


Di setiap kelas @ kursus langsir saya, mahu @ tidak, pelajar terpaksa mendengar omelan saya dan pastinya ianya bukan kerana wang. Saya hendak semua pelajar kelas langsir saya bukan menghadiri kursus langsir semata-mata kerana mahu kekayaan. 
Perbezaan yang jelas antara saya dan guru2 kelas langsir adalah, saya satu2nya guru yang pakar jahitan langsir tetapi tidak mengambil tempahan langsir. Kebiasaanya guru jahitan langsir pasti ada kedai langsir, menjual kain langsir dan lain2 tetapi Alhamdulillah saya tidak perlu berbuat demikian. Ianya kerana, dulu sewaktu sambil mengajar jahitan , dalam hati terpaksa berlawan antara nafsu. Nafsu memaksa jangan diturunkan semua ilmu di dada, akal menghalang dan hati mengingatkan tentang keberkatan. Saat berlawan sambil mengajar aadalah memeritkan. Mungkin bagi guru lain akan mengatakan , ada yang perlu disimpan kerana jika mengajar semua lingkuplah bisnes. Di sebaliknya, jika sebagai guru, kena mengajar semua agar pelajar berjaya. Apakah nilai yang paling bernilai bagi insan bergelar guru selain daripada kejayaan pelajar. 
Hari ini, saya mampu mengunjungi kedai2 langsir pelajar saya, kadang2 menjadi rakan sembang di blog mereka malah ada yang seakrab saudara...Alhamdulillah berdirinya saya sebagai guru jahitan langsir telah mampu mendidik ramai wanita menjadi usahawan walaupun mereka belum ada lagi yang dapat mengatasi saya namun pasti suatu hari mereka akan berjaya.

Apa pun semoga pelajar2 kelas jahitan langsir saya tidak memfokuskan wang adalah segalannya.Tidak dinafikan wang adalah segalanya namun ianya bagi mereka yang kurang beramal dengan alQuran dan sunnah. Bagi saya , wang hanya suatu dari keperluan namun tanpa wang tidak bermakna hidup musnah dan adanya tidak semestinya semua boleh dapat. Memang kita perlu mencari wang dan setiap hari berlingkar dengan wang, tetapi hakikat kehidupan tidak semestinya tanpa wang kita tidak bahagia.


Sesungguhnya nikmat Iman adalah nikmat terhebat, andainya kalian yang membaca ini dalah bekas @ bakal pelajar kelas jahitan langsir saya, ingatlah pesanan saya,  hargailah nikmat Iman. Berimanlah kepada Allah dengan sebenar2 Iman. Jangan sekadar menghafaz rukun Iman. Belajarlah menghargai nikmat Iman..


21.6.11

Harapan pelajar

Alhamdulillah tanggal 19 Jun lalu, di Intekma Resort & Convention Centre telah berlangsung Kelas Langsir dari jam 9-1pm dan 2-6pm. 


Sebenarnya jauh di sudut hati saya, sewaktu mendaftar pelajar terselit suatu rasa dan suatu harapan yakni agar pelajar saya lebih berjaya daripada saya. Melihat sinar mata pelajar tergambar suatu harapan, menggenggam jemari mereka saya dapat rasakan suatu harapan ingin kejayaan seperti saya.


InsyaAllah dalam setiap kelas langsir Mam Smart Ent menjadi kewajipan kepada saya untuk memberi sedikit tazkirah kerana hingga saat ini saya hanya percaya dan yakin dengana amalan saya.
Amalan harian kena istiqamah malah jika boleh ditambah lagi amalan sunat. 


Salah seorang peserta kelas langsir ini adalah seorang lelaki. Saya tabik kesungguhannya untuk mencuba walaupun hakikatnya beliau tiada mesin jahit dan TIDAK TAHU MENJAHIT. Namun kesungguhannya insyaAllah akan membuahkan hasil.
Ya Allah Ya Rohim..Engkau permudahkanlah rezeqi para pelajar kelas langsirku agar mereka beroleh keberkatan dan berkesempatan menunaikan umrah dan haji melalui rezeqi jahitan langsir yang ku ajarkan...Aamiiinnn