بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحب
وسلم
Hari ni saya seronok
melihat gambar seorang bayi iaitu anak sahabat saya di tahnikkan oleh ulamak Sheikh
Nuruddin Marbu Al Banjari dan Al Habib Ahmad Hussein Aideed. Moga-moga Ahmad
Aideed bakal wali Allah. Aameen.
Subhanallah... Maha
Suci Allah , di mana apabila kita memandang bayi, tak kira bayi itu berbangsa
apa sekalipun, berkulit apa sekalipun, berwajah apa sekalipun, pasti kita yang
ada sifat RAHMAH di dalam diri, akan menyukai bayi itu.
Kita juga akan
merasa seronok melayan bayi tidak kiralah berbangsa India, Cina, orang putih
atau orang hitam, kita akan tetap seronok melihat wajah bayi. Dan bayi-bayi
yang dilahirkan walaupun berbangsa apa sahaja, walaupun beragama apa sahaja,
tetap adalah Ahli Syurga sehinggalah mereka baligh.
Dan bila kita
melihat bayi, seperti saya seorang ibu yang anak-anak telah besar, pasti rasa
teringin. Ingin semula untuk ada bayi, ingin semula menyusukan bayi, ingin
semula mendodoikan bayi, dan ingin semula melakukan segala-galanya bersama
dengan bayi.
Saya teringat kisah
saya dengan kelima-lima anak saya di mana ada satu sindrom iaitu bayi yang
masih di dalam pantang. Mereka menangis setiap malam. Saya sendiri tidak
tahu mengapa, ketika dalam tempoh berpantang pada setiap jam 10.00 malam,
mereka akan mula menangis. Dan yang peliknya, mereka menangis bukan seperti
biasa-biasa. Tetapi mereka menangis seperti dalam keadaan sedang dalam
kesakitan, seperti sedang dicubit-cubit, sedang dikeronyok badan mereka. Bayangkan setiap
malam, tepat jam 10 anak saya akan mula menangis melalak.
Biasanya suami akan
membacakan ayat-ayat Al Quran dan melaungkan azan, menyapu minyak urut dan
sebagainya, namun bayi kami tetap akan menangis. Sindrom menangis
malam bagi bayi saya dulu, biasanya berlaku setelah mereka berusia 20 hari dan
ke atas. Keadaan ini menyebabkan saya menjadi fobia menanti detik 10.00 malam. Setelah diazankan
mereka akan berhenti menangis seketika tetapi kemudian akan terus menangis dan
yang peliknya setelah jam menunjukkan pukul 2.00 pagi,mereka akan berhenti
menangis.
Setiap malam berlaku
perkara yang sama menyebabkan saya menjadi seorang ibu yang stress ketika di
dalam tempoh berpantang. Yang rasa ingin menangis dan menjerit bersama-sama
dengan bayi itu ketika mereka menangis bersungguh-sungguh. Dan kita dalam
keadaan berpantang tidak dapat duduk lama untuk mendodoikan, untuk menyusukan
dan sebagainya, menyebabkan kita turut sama hendak menangis seperti bayi yang
sedang menangis.
Sewaktu anak saya
masih kecil, saya pernah berdoa kepada Allah SWT, "Ya Allah Ya Tuhanku,
apakah yang perlu aku lakukan Ya Allah setiap malam mereka menangis. Berikanlah
ilham kepadaku, bagaimanakah harus aku lakukan untuk merawat anakku.."
MasyaAllah
Tabarakallah. Rupa-rupanya maqbul doa saya itu. Bukan untuk anak-anak saya
tetapi untuk anak-anak orang lain.
Alhamdulillah.
Allah telah
pinjamkan KD Speechless Scent di mana apabila menggunakan KD Speechless Scent
keluaran Al Mujahid Trading, ianya telah dapat membantu mengurangkan kes
sindrom bayi menangis malam.
Ramai ibu-ibu di
dalam pantang telah mengucapkan rasa terima kasih mereka kepada Al Mujahid
Trading kerana telah mengeluarkan produk haruman KD Speechless Scent yang dapat
membantu mereka untuk memastikan bayi mereka tidur lena setiap malam.
Alhamdulillah.
Beberapa testimoni
berikut menunjukkan anak-anak yang sukar tidur malam, setelah dicalet KD
Speechless Scent di kening mereka, mereka akan cepat tidur lena dan tidur yang
berkualiti.
Juga jika haruman KD
Speechless Scent dititikkan di dalam air dan dijadikan bilasan mandian bayi
itu, dia akan merasa tenang kemudian dibedung dan ditidurkan. Subhanallah bayi
itu akan tidur dengan nyenyak.
الحمدالله على كل
نعمة
****************************************************************
Apa itu KD
Speechless Scent?
KD Speechless Scent
adalah sejenis haruman yang berasal daripada ekstrak tumbuh-tumbuhan alam yang
mana ia secara dasarnya sekadar haruman biasa dan bukan ubat.
Produk haruman ini
pada asalnya telah diberikan nama "Haruman KD" namun setelah mendapat
maklumbalas daripada pengguna, namanya telah ditukarkan kepada KD Speechless
Scent.
KD Speechless Scent
mendapat namanya "Speechless" daripada para pengguna setianya yang
menggambarkan ianya satu produk haruman unik yang lain daripada lain.
"Speechless"
adalah perkataan daripada Bahasa Inggeris yang membawa maksud; Kelu, Bungkam,
Tiada kata-kata yang dapat digambarkab. Itulah respon awal yang diterima
daripada setiap orang yang pernah dicalet haruman KD Speechless Scent ini.
Ianya berbau harum semerbak tetapi lembut dan tidak menyengat, memberikan rasa
kedamaian dan ketenangan kepada pemakainya malah fungsinya melebihi daripada
sekadar haruman biasa. Hebat anugerah Allah ini.
KD Speechless Scent
adalah krim pekat berwarna putih yang harum dan berbeza dengan haruman-haruman
lain yang berada di pasaran yang kebiasaannya bersifat cecair.
KD Speechless Scent
adalah haruman yang dapat membantu dan menangani masalah seperti berikut :
1. Menangani masalah
bayi atau kanak-kanak sukar tidur.
2. Menenangkan bayi
atau kanak-kanak yang menangis.
3. Membantu
anak-anak mudah lena dan mendapatkan tidur yang berkualiti.
Bagaimana ramai
pengguna menyakini KD Speechless Scent?
Jawapan terbaik
adalah...
"Hanya yang
mencalet mengetahui kelebihannya"







Apa ingredients kat dlm produk ni
ReplyDelete