Jikalau awal Muharam tidak memberikan kesan untuk meninggalkan maksiat. Moga-moga Tahun Baru ini memulakan hari dengan kebaikan demi kebaikan.
Andai tahun lalu masih LALAI SOLAT, GAGAL MENGKHATAMKAN AL QURAN, ZIKIR ISTIGFAR HANYA BILA ADA HAJAT, INFAQ HANYA UNTUK MENJEMPUT REZEQI, moga-moga tahun ini dalam azam baru mahu berubah ke arah kebaikan.
Semua pernah mendengar firman ALLAH TAALA yang bermaksud sesungguhnya kamu yang merubah diri kamu sendiri tetapi mengapa bila diberi nikmat demi nikmat kehidupan kamu lupa ayat bermaksud sesungguhnya apabila kamu bersyukur maka aku tambahkan nikmatku.
Lupakah kita segala nikmat ini perlu disyukuri? Bersyukur bukan sekadar menyebut di lidah ALHAMDULILLAH.
ALHAMDULILLAH itu jika benar-benar disebut akan bisa menggetarkan hati yang menyebut dan mendengarnya. Lalu berat satu sebutan ALHAMDULILLAH itu diberi nikmat ganjaran seberat timbangan antara bumi dan arasy.
Bangunlah wahai hati hati yang lalai. Mungkin Tahun Baru ini kita akan dimatikan. Bersedialah untuk membawa sebanyak mungkin bekal menuju akhirat yang kian hampir.
استغفر الله ليل مؤمنين والمؤمنات ٢٧
No comments:
Post a Comment