8.1.18

TIP PERTAMA UNTUK MUDAH BAYAR HUTANG.

Hampir 90% mereka yang bekerjaya atau bisnes memiliki hutang. Walaupun mereka billionaire!

Sindrom suka berhutang ini bagaikan gula putih dalam makanan dan minuman. Walaupun DIABETIS tetap nak manis. Walaupun akan hilang kaki tetap lidah nak rasa manis.

Dulu seseorang itu mulai berhutang semasa nak kahwin. Jika tentera ambil hutang koperasi bayar bulan-bulan hingga beberapa anak. Alasan nak meminang duit tak ada tapi hati ingin kawen. Maka bertahun tahun dijerut hutang malah bercerai kerana hutang kawen. Pelik tapi benar.

Kini hampir 90% pelajar ada diploma semua nama terpahat indah dalam senarai PTPTN. Belum tentu masa depan mampu kerja atau tidak tetapi sudah berhutang.

Lagi unik bila MAK BAPA MERELAKAN. Alasan itu memang keperluan. Tiada lagi istilah mak bapa bergolok gadai anak belajar di menara gading.

Lagi menyedihkan bila anak-anak belanja sakan seolah-olah DUIT itu mereka dapat FREE. Mak bapa pula tidak menasihatkan malah boleh kata " biarlah itu duit mereka".

Tapi panjang jika hurai bab hutang cuma saya nak bagi tips untuk CEPAT MEMBAYAR HUTANG.

Mulakan dengan BERSOLAWAT 1000x sehari. Ikhlas solawat kerana cinta kepada ALLAH dan RASULULLAH SAW.

Mudah mudahan akan longgar ikatan HUTANG.

SOLAWAT PALING RASULULLAH SAW suka SOLAWAT IBRAHIMIYYAH. So sebutlah 1000x. Jika ni pun rasa payah..tak perlu tunggu saya bagi tip kedua!

اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آلسيدنا محمد بعدد رحمة الله

No comments:

Post a Comment