8.3.17



MULAKAN HARI ANDA DENGAN MEMBERUS SECARA KERING UNTUK MENGURANGKAN SELULIT DAN TOKSIN




Dapatkan anda bayangkan, rutin harian anda hanya mengambil masa selama 5 minit, ia mempunyai manfaat kesihatan yang menakjubkan dan boleh dikatakan percuma, ia membuatkan kulit anda berseri dan terasa begitu baik. Memberus secara kering telah wujud pada masa yang lama, tetapi rutin penjagaan kulit muka ini mudah untuk dilakukan tetapi malangnya tidak ramai yang mengamalkan penggunaan ini pada hari ini. 

Memberus secara kering ini membantu dalam mengurangkan penyumbatan pada liang-liang dan mengeluarkan toksin yang terperangkap di dalam kulit anda. Adakah anda tahu, kulit adalah salah satu daripada organ badan anda? Kulit merupakan antara organ yang terbesar dalam badan manusia. 1/3 daripada toksin dalam badan anda akan dibuang melalui kulit, jadi organ badan yang terbesar ini memerlukan penjagaan dan perhatian setiap hari.

Dalam individu yang normal, kulit merangkumi jumlah keluasan kira-kira 20 kaki persegi. Kulit anda amat penting daripada apa yang anda sedari. Organ terbesar ini adalah daripada saraf yang menghantar mesej kepada otak untuk anda mengharungi kehidupan sepanjang hari  dalam membantu menglindungi anda. Kulit juga mengandungi kelenjar dan lapisan sel-sel yang bertujuan untuk berkhidmat sebagai perlindungan daripada mikrob dan beberapa unsur yang tidak diperlukan. Ia juga membantu mengawalkan suhu badan dan membenarkan sensasi pada sentuhan, panas dan sejuk.

Kulit juga bertugas dalam menghasilkan antibakteria untuk menglindungi anda daripada jangkitan dan bila kulit anda terdedah kepada cahaya matahari, ia membantu badan anda menghasilkan vitamin yang diperlukan iaitu vitamin D.

Beberapa negara telah menggunakan penjagaan ini seperti Scandinavia dan Rusia. Lebih daripada 30 tahun, seorang doctor daripada Finnish bernama Paalo Airola memberi teknik ini kepada pesakitnya untuk menyahtoksin, mengelupas dan merangsang kulit. 

Semoga fakta ini dapat memberi manfaat kepada semua pengguna produk Al-Mujahid Trading terutama sekali produk KDSLIM :) 

No comments:

Post a Comment