23.2.17

Kehebatan Bersedeqah

Allahummoussolli a'la Saiyidaina Muhammad wa a"la aalihi wa sohbihi ajmainn.

Abu Hurairah r.an meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Allah berfirman kepada manusia, "Wahai anak cucu Adam! Berinfaklah niscaya Aku akan memberi ganti untuk mu".
( HR Muslim)

"Tidaklah suatu hari di mana seorang hamba berada di hari itu kecuali ada dua malaikat turun, salah satunya berdoa: 'Ya Allah, berilah ganti orang yang berinfak,' dan satu lagi berdoa: 'Ya Allah, berilah kerugian kepada orang yang kikir.'
(HR Bukhori)

Alhamdulillah Syawal masih ada dan telah menjadi tradisi sekarang 'Open House' merata2. Open House boleh mendapat pahala dan boleh menambah noda. Bergantung kepada pemahaman ilmu, iman  dan taqwa seseorang.
Keistimewaan 'Open House" adalah menjamu pelbagai juadah lazat. Ianya dikira bersedeqah jika Tuan Rumah memang berniat begitu tanpa merujuk kepada nak berlagak mewah dan sebgainya.



Bagaimana ianya menjadi suatu kebajikan dan mendapat rahmat bermula dari niat kita sebagai tuan rumah sewaktu menjemput tetamu. Jika niat kita ingin menambah eratkan silaturrohim @ menjalin hubungan yang terputus, maka ianya suatu jemputan yang mulia.

 Namun bagaimana majlis itu dimuliakan malaikat rahmat bergantung cara perlaksanaan majlis itu. Kadang2 kemuliaan itu dicemari dengan pergaulan bebas. Pergaulan bebas tidak terbatas setakat orang luar @ kawan2 sahaja tetapi merangkumi ipar duai. Kebiasaannya kita sering melihat kemesraan antara ipar duai @ biras hingga kemesraan itu melebihi had yang dibenarkan Allah. 

Saya faham dalam perhubungan sesama ahli keluarga kita selalunya saling bantu membantu apatah lagi menyediakan juadah untuk tetamu perlu dibantu. Sering kita alpa adalah bab aurat sesama ipar, sering dilupakan batasan bersentuhan kulit, langsung x ambil berat kala bersilatur. Ketawa mengekek bersama walau ketika itu tiada mahram bersama mengekek. Bagi sesetengah orang ianya biasa tetapi dalam Islam ianya tetap sumbang. Batasan tetap ada walau seakrab mana dan sekasih mana sebagai adik beradik.







No comments:

Post a Comment