19.1.17

MENDIDIK ANAK SOLAT TANPA DISURUH - BAB 1

Bagaimana MENDIDIK anak SOLAT dengan IKHLAS

Bab 1.

بسم الله الرحمن الرحيم 
اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه اجمعين

InsyaAllah saya akan cuba berkongsi cara saya mendidik anak2 untuk SOLAT DENGAN IKHLAS.
Pengalaman mendidik 5 orang anak sejak 21 tahun lalu , menyedarkan saya bahawa ada yang saya SALAH KAEDAH dan ada yang MUDAH dilakukan.

Sebelum kita mempraktikkan SOLAT kepada anak2. Kita WAJIB MENYEMAK diri sendiri.
1. Adakah kita SOLAT
2. Adakah kita MENYINTAI SOLAT
3. Adakah pasangan kita SOLAT.

Kita huraikan satu persatu.

Adakah kita SOLAT? 
Jika kita kadang solat kadang tidak @ bersikap nanti qadho @ banyak Solat Qadho daripada Solat Fardhu, maka????
Ramai di kalangan kita TIDAK MEMBERATKAN SOLAT. Jika berjalan bersama anak2, solat itu lebuh!!!
Ibubapa sebegini mahu anak solat???

2. ADAKAH KITA MENYINTAI SOLAT???

Bagaimana kita mahu anak kita dengan sendiri akan solat tanpa disuruh sedangkan kita pun LIAT untuk SOLAT AWAL WAKTU.
Kita TIDAK MENYINTAI SOLAT. Kita TIDAK BERSEDIA untuk BERTEMU ALLAH SWT.

Bukti kita tiada cinta, kita hanya teringat untuk solat di akhir waktu!!! Sedangkan sang kekasih jika ada pertemuan pasti bersedia bila bila masa untuk solat.

Sang kekasih akan MENANTI pertemuan demi pertemuan.
Sang kekasih akan MENGHARAP ada lagi pertemuan.
Sang kekasih akan MENANGIS kala bertemu.
Sang kekasih akan MERINDUI saat pertemuan.
Sang kekasih akan BERHIAS kala bertemu.
Sang kekasih akan BERWANGIAN di waktu bersua.
Sang kekasih akan MERAYU untuk bertemu lagi.
Sang kekasih akan MENGADU dan mengadu

Adakah kita sebegitu???
Adakah kita CINTA DENGAN SOLAT FARDHU DAN SUNAT???
Adakah kita MENIKMATI SOLAT ITU?

3. Adakah pasangan kita SOLAT?

Sesungguhnya lelaki yang baik untuk wanita yang baik. Jika kita dijodohkan dengan pasangan yang tidak SOLAT, maka ianya MEMBERIKAN CONTOH NEGATIF kepada anak anak.
Bab ini kita wajib bertegas dengan suami @ isteri. Kita perlu BERUSAHA MENGAJAK SOLAT dan BERDOA kepada ALLAH SWT.
Mahu tak mahu wajib berusaha tanpa JEMU.
***
PERHATIAN
SILA SHARE SETELAH BACA . DILARANG COPY @ TAG saya.
Saya juga tidak mahu ada sebarang pm @ whatsaap mendengar curahan masalah.
Saya telah sediakan banyak platform majlis ilmu namun antum sendiri tidak mahu hadir.
21 & 22 hb Jan Majlis Ilmu bab berkaitan di HQ ALMUJAHID TRADING Sek 13 S Alam
Jemput hadir.

No comments:

Post a Comment