19.7.16

Kepakaran saya adalah.....

ALHAMDULILLAH
ALHAMDULILLAH
ALHAMDULILLAH

Sesungguhnya saya sendiri tidak pernah menduga, tidak pernah terfikir bahawa kasih sayang antara guru dan pelajar itu saya miliki. kasih sayang yang terjalin bukan kerana RM. kasih sayang yang Allah SWT berikan kepada kami.

Bermula dengan belajar langsir dan telekung dan kini akrab bagaikan saudara malah melebihi saudara mara. Bermula isteri yang belajar namun suami iku akrab hingga seluruh keluarga menjadi mesra hatta mak ayah di kampung pun kenal.

SubhanAllah.
Barkahnya pertemuan antara kami. Dan uniknya mereka bermula zero dalam bidang jahitan dan kini mereka antara tukang jahit yang berkualiti.

Hebatnya pelajar pelajar saya adalah mereka mahu mendengar nasihat. Mereka mengejar yang orang lain abaikan. Yakni mereka memburu Ramadhan. Mereka tidak fokus kepada jahitan tetapi fokus kepada ibadat.

Tempahan2 awal telah disiapkan dan menolak sebarang tempahan sebelum raya. Dan mereka boleh ikut majlis2 ilmu dan Qiyamullail. Dan benarlah bilamana seseorang itu menyibukkan dirinya dengan Allah SWT maka didatangkan makhluk lain untuk menyibukkan diri mereka kepadanya.

Allah SWT menghantar penempah2 langsir dan telekung yang setia menanti selepas raya baru beroperasi. Dan berderet sanggup menanti giliran , silap harbulan penuh tempahan hingga Deepavali, hehe..

okay, bagaimana pelajar lain yang sibuk menjahit semasa Ramadhan? Saya juga bertemu mereka. Ada senyuman manis iaitu rezeqi bertambah. Tak habis2 dok ulang Terima Kasih Ustazah sanggup bagi peluang. Sanggup mengajar betul2.

Mereka seronok sebab kain mereka ngam2 tiada pembaziran dan ukuran siap cantik terletak. Tiada kecacatan dan pelanggan berpuas hati. itulah sebab masa belajar kena fokus dan Ikhlas. Bila ikhlas kerana Allah SWT dan fokus, semua yang saya ajar walaupun tiada mesin akan terpampang semasa mengira, menggunting dan menjahit. Bila siap gantung memang superb!!!

Adakah saya yang pakar @ bijak???
Sama sekali tidak. Saya hanya mengajar mengikut ilmu yang dipinjamkan Allah SWT. Teknik cepat mengira pun Allah SWT yang ilhamkan. Saya bukan pensyarah @ guru mathematik. Saya pelajar yang GAGAL mathematik...hehe.

Yang ilhamkan formula demi formula adalah Allah SWT. yang bagi cekap menjahit juga Allah SWT. Yang hantar pelanggan juga Allah SWT.

lalu buat apa mendabik dada mengatakan PAKAR sedangkan tiada langsung ilmu yang dicipta sendiri melainkan ilham daripadaNya ...

BaarakAllahulakum

ustazah Sahida Said tiada kelebihan walaupun sebesar zarah. 

No comments:

Post a Comment