29.6.16

pintu boarding sedang mulai ditutup

Allahu Robbi,

Singkatnya masa, kini menjelang saat perpisahan. Setahun menanti dan kini wajib melepaskan pergi,tanpa boleh ditambah sehari lagi.

Ramadhan.
beruntungnya kita menjalani 25 hari kehidupan dalam bulan ini. Dan malangnya kita membiarkan 25 hari tanpa terisi dengan TAUBAT.

Kita menipu diri kita kerana persiapan raya itu memang kita dah rangka. Kita susun cantik jadual bbalik kampung dan lain2 tanpa sedar kita melupakan Ramadhan ini hingga berkecil hati.

Adakah perasaan nak raya itu sama dengan perasaan  sewaktu nak sambut Ramadhan???
Sedangkan dari bulan rabi'ul akhir kita dah menempah pakaian raya. Benarkah kita ada hati dengan Ramadhan???

Ramadhan hanya ada dalam hati yang menyintainya. mungkin sebab itu kita dilalaikan menikmati Ramadhan kerana hati kita bukan 100% untuk Ramadhan.

Alangkah ruginya jasad dan roh yang bertuankan kita. Kita tidak mahu memberikan kesempatan kepada roh dan jasad unuk menikmati Syurga dengan kehadiran Ramadhan..alangkah ruginya.

Alangkah ruginya telinga, mata, lidah, kaki tangan dan lain2 kerana kita tidak memberikan peluang kepada anggota itu untuk menemui Allah SWT dengan cahaya kilauan Ramadhan.

Allahu Akbar
masa bersisa. tinggalkan bab Raya tapi kejarlah akhir Ramadhan. Wajib mengejar kerana kita sudah jauh ketinggalan...seperti mengejar PESAWAT YANG SUDAH DIHIDUPKAN ENJIN DAN PINTU BOARDING MULAI DITUTUP.

YA ALLAH
YA ALLAH
YA ALLAH

mohonlah PENGAMPUNANNYA..MOHONLAH SAMBIL MENANGIS. MENANGISLAH MENANGISLAH MENANGISLAH..kulit yang disntuh airmata TAKUT KEPADA ALLAH SWT TIDAK AKAN DISENTUH API NERAKA.

dan ingatlah BAHANG API NERAKA ITU SAJA BISA MENCAIRKAN segalanya. apa lagi jilatan api neraka..ya Allah ya Allah ya Allah






No comments:

Post a Comment