5.5.16

Ayam Masak Lemon

Untuk yang Stress fikir menu apa nak berbuka...
Jom Masak Ayam Lemon.




RESEPI AYAM MASAK LEMON

------- BAHAN-BAHAN A --------
➜ 4 keping dada ayam _ belah bahagian yang tebal tapi jangan putus
➜ 1 tbsp sos lada hitam 
➜ 1 tbsp sos tiram
➜ 1/2 tbsp gula
➜ 1 biji kuning telur
➜ 1/2 biji parutan kulit lemon
➜ 2 tbsp tepung kastard
➜ 1 1/2 tbsp tepung ubi kayu
➜ 1/2 tsp minyak bijan
➜ 1/2 tsp perencah pati ayam 
➜ Garam 

------- BAHAN-BAHAN B --------
* Boleh Digandakan adunan ini
➜ 1/2 cawan tepung jagung
➜ 1/2 cawan tepung gandum
➜ 1/2 cawan tepung beras
➜ 1 1/2 tsp biji bijan

------- BAHAN-BAHAN C --------
➜ 6 ulas bawang putih _ dicincang
➜ 4 ulas bawang merah _ dicincang
➜ 1 inci halia _ dicincang
➜ 4 - 4 1/2 tbsp jus lemon _ boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa masing²
➜ 2 tbsp sos tiram 
➜ 1 1/2 cawan air
➜ Gula 
➜ Garam secukup rasa

------- BAHAN-BAHAN LAIN --------
➜ Sedikit tepung jagung + sedikit air untuk pemekat
➜ 1/2 biji lemon _ dihiris nipis
➜ Minyak

------- CARA MASAK --------
➜ Campurkan kesemua bahan-bahan A dan perap selama 30 minit - 1 jam.
➜ Kemudian saluti ayam dengan bahan-bahan B dan goreng ayam sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
➜ Sementara itu bolehlah sediakan sosnya.. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
➜ Masukkan bahan-bahan sos selebihnya dan biarkan hingga ianya mendidih.
➜ Tambahkan bancuhan tepung jagung, gula dan garam secukup rasa.
➜ Didihkan seketika dan bolehlah ditutupkan api.
➜ Tuangkan di atas ayam goreng tadi yang telah dipotong dan disusun di atas pinggan bersama hirisan lemon.

SELAMAT MENCUBA...!

No comments:

Post a Comment