15.4.16

WAKTU YANG AULA
ZIKIR : ALLAH…ALLAH
Oleh: Sheikh Abdullah Al-Jahaf

Daripada Para Ulama, Barangsiapa Yang Bangun 30 Minit Sebelum Subuh Atau Mereka Yang Menghidupkan Malamnya, Maka Allah Ta'ala Menghidupkan Hatinya Di Akhirat Kelak. Walaupun Kamu Bangun Itu Sekadar Sebut Nama Allah Atau Zikir Yang Pendek Di Atas Katil Kamu."

Maka Allah Ta'ala Akan Menulis Nama Kamu Sama Dengan Mereka Yang Bangun Malam. Allah Berfirman Dalam Hadis Qudsi, Pada Waktu Tengah Malam Itu Allah Memanggil Semua Manusia, Sesiapa Yang Perlu Hajat, Aku Menunaikan Hajatnya, Sesiapa Yang Memohon Keampunan, Akan Aku Ampunkan Dosanya.

Sepertimana Saidina Bilal, Ketika Bangun Sebelum Subuh, Setelah Saidina Bilal Selesai Melakukan Solat Dua Rakaat , Beliau Terus Angkat Kedua Tangannya Dan Berdoa, Ana Yaa Allah, Ana Ya Allah, Ana Ya Allah."

Sehingga Satu Hari, Ada Seorang Masuk Masjid Nampak Saidina Bilal Dengan Doanya Ana Ana Ana Ya Allah. Wahai Yaa Bilal, Doa Apakah Ini ? Saya Tak Pernah Dengar Doa Seperti Doa Bilal, Jawab Bilal, Bukankah Allah Ta'ala Berfirman Dalam Hadis Qudsi, Sesiapa Yang Memohon Keampunan Akan Aku Ampunkan Dosanya. Jadi Saya Jawab Ana Yaaallah. Lagi Allah Berfirman Dalam Hadis Qudsi.

Barangsiapa Yang Mohon Sesuatu Hajat, Aku Tunaikan Hajatnya. Saya Jawab Ana Ya Allah, Saya Ada Hajat Dunia Akhirat, Hajat Zuriat Soleh Dan Solehah, Hajat Anak Berjaya Dunia Akhirat. Allah Juga Berfirman , Allah Memanggil Semua Manusia, Sesiapa Yang Nak Ke'afiatan, Keampunan, Kaya Dan Sebagainya, Aku Tunaikan Semuanya.

Saya Jawab Ana Ya Allah, Ana Ya Allah, Ana Ya Allah. Saya Hanya Teringat Apa Yang Allah Berfirman Sahaja Dan Allah Tahu. Allah Tahu Segala Isi Hati Kamu, Mintalah Kepada Allah Khususnya Sebelum Subuh.

No comments:

Post a Comment