18.4.16

Pelbagai modul langsir

Kelas jahitan Al Mujahid Trading menawarkan beberapa modul pilihan untuk pelajar yang mahir dan tiada kemahiran langsung.

Berdasarkan pengalaman saya selama 30++ tahun dalam bidang jahitan,  ada pelajar yang tiada ilmu langsung tetap berjaya malahan lebih berjaya daripada mereka yang telah mahir menjahit.

Oleh itu, saya memberikan peluang kepada pelajar yang tidak pernah menjahit memilih modul 1, yakni belajar mengira, mengukur, menggunting dan menjahit TANPA MENGGUNAKAN MESIN JAHIT.

Mereka bebas memilih mahu menjadi tukang jahit  @ usahawan selepas belajar modul 1.

Dan saya memberikan peluang kepada mereka yang tidak pernah menjahit mengikuti kelas praktikal jahitan. Mereka perlu menjahit paten dipelajari pada hari pertama dan kedua. Mereka perlu berkampung 2 hari di kelas. 

Dan kebiasaannya mereka lebih berkeyakinan untuk mengambil tempahan. Namun kelas 2 hari adalah pilihan pelajar. Ada mahu memahirkan jahitan di rumah dan ada yang mahu di kelas.

Modul 1 merangkumi Kelas Langsir. Peserta kursus jahitan langsir Al Mujahid Trading akan belajar 20 paten langsir moden. Paten yang menjadi kegilaan pelanggan sekarang.

Belajar formula yang tepat, menggunting yang betul , cara menjahit yang cepat. Semuanya melalui sidang video. Tanpa praktikal. Insya Allah boleh tahu dan memulakan bisnes langsir. Kos yuran RM800 dan dari jam 10.30 am - 2pm.

Modul 2 bermula selepas solat Zohor hingga 6.30pm. Dan sambung keesokan hari hingga jam 6pm.
Kos modul 2 merangkumi semua modul 1 dan praktikal menjahit sample. Kain disediakan. Kos yuran RM1300.

Modul 3 adalah pilihan ramai.
Belajar modul 1 &a 2 serta menjahit telekung sepasang telekung. 
Kos yuran RM1700.
Kain disediakan juga.

Kelas modul 2 & 3, pelajar terhad kepada 6 orang saja. Kecuali ada yang membawa mesin jahit sendiri. Dan semua pelajar ada kerja rumah wajib disiapkan.  Ianya agar pelajar tahu di mana kekuatan dan kelemahan masing masing. 

Insya Allah 
Jika beribu pelajar telah berjaya menjadi usahawan,  takkanlah mahu mengikut beberapa pelajar yang kurang berusaha. 

Kita tahu setiap yang berusaha tetap akan berjaya. Dan dengan formula dan teknik diajar hanya memerlukan sifat rajin untuk berjaya seperti saya dan lain lain.

Insya Allah 
Sesungguhnya Allah SWT sebaik baik tempat memohon.  Maka berdoa kepada Tuhan yang Maha Mengetahui untuk mendapat keberkatan ilmu jahitan langsir. 

BaarakAllahulakum.



MODUL YANG DITAWARKAN :

MODUL 1

KELAS TELEKUNG TANPA PRATIKAL MENJAHIT

KELAS LANGSIR TANPA PRATIKAL MENJAHIT

--------------------------------------------------------------------------

KELAS TELEKUNG DENGAN LATIHAN PRATIKAL MENJAHIT

----------------------------------------------------------------------------------------------

MODUL 2

KELAS LANGSIR DENGAN LATIHAN PRATIKAL MENJAHIT

----------------------------------------------------------------------------------------------

MODUL 3

KELAS TELEKUNG & LANGSIR DENGAN LATIHAN PRAKTIKAL MENJAHIT.
TERHAD 6 ORANG SAHAJA SATU KELAS.








No comments:

Post a Comment