16.4.16

Kelas mendidik jiwa

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمد لله على كل حال 

Dengan rahmat dan izinNya , hari ini kita bersua kembali. Dan mungkin ini pertemuan pertama kita @ pertemuan berulang dan mungkin pertemuan terakhir. 

Sesungguhnya hidup kita singkat dan alangkah ruginya hidup kita yang singkat dihabiskan untuk dunia semata-mata!  Kita sibuk mengejar dunia sama ada kita sedar atau tidak.  Yang nyata kita semua memang menzalimi diri sendiri dengan apa yang telah kita lakukan. 

Sedar tak sedar, lama dah saya mengajar menjahit. Dulu semasa muda bertenaga pelbagai ilmu saya ajari. Dari pakaian lelaki mahupun wanita. Mengajar kelas kraf, kelas jahitan langsir dan telekung.

Saya ada terfikir untuk berehat daripada dunia pengajaran kelas langsir dan telekung, tetapi saya sedar saya akan membiarkan pelajar lain hanyut dalam bisnes semata mata.

Menjadi guru jahitan langsir dan telekung bukanlah suatu bisnes semata-mata.  Menjadi guru adalah mendidik.  Bukan sekadar mendidik menjahit langsir dan telekung tetapi menjahit jiwa yang kosong . 

Betapa ramai pelajar saya yang kini mulai kembali ke pangkal jalan.  Secara logik aqal,  mereka datang menjahit tetapi kuasa Allah SWT  yang Maha Penyayang,  kini mereka adalah rakan sepengajian. Sama-sama duduk dengan para ulama'. Sama-sama menangis memohon pengampunan Nya. 

SubhanAllah Tuhan yang maha pengampun. Kasih sayang kami meliputi keseluruhan keluarga. Baik suami dan anak anak mereka juga saling duduk dalam majlis ilmu.

Oleh itu, saya akan cuba terus mengajar dan mendidik bakal pelajar menjadi usahawan bertakwa! . Biar mereka berjaya di akhirat kerana dunia pasti menghambakan dirinya.

****
Cek jadual modul 1 & 2.

Kelas sehari @ 2hari.
Menjahit @ belajar sahaja

WhatsApp ke HQ Almujahid Trading

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡
+60194301212
♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

No comments:

Post a Comment