21.4.16

Isteri itu ladang suami walaupun sedang uzur

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kali ni saya nak tulis bab tugas kita sebagai ladang suami. 
Secara ringkas apabila kita bernikah tanpa ilmu,  maka kita banyak tak tahu hak suami ke atas isteri. 

Kita mengambil ilmu daripada mak, nenek dan kawan kawan.  Sedangkan ilmu itu jauh daripada hukum hakam Islam. Dan menyebabkan kerukunan rumahtangga terjejas.

Maaf . Ini bukan bicara lucah tetapi bicara agama yang wajib semua isteri tahu dan mentaatinya.  Ia bukan bicara haram bab suami isteri.

Umumnya kita bila HAID DAN NIFAS , layanan MESRA akan dijauhi, dengan alasan bimbang berlaku hubungan suami isteri. Malah sengaja tidak berhias untuk suami. Jika ketika berpantang,  bau badan dan bilik tidur hanya bau minyak angin!

Dilarang bersolek , dilarang berwangian kecuali haruman rempah ratus. Suami dilarang rapat.  Takut sangat suami tak tahan.

Tahukah puan, 
Kita wajib melayani nafsu suami walaupun sedang uzur.  Larangan hanya MEMASUKKAN ***** KE DAERAH TERPENCIL. BUKAN LARANGAN BERMAIN DAN BERLARI KELILING TAMAN.

Mazhab Syafe'ei mengharamkan permainan tanpa lapik di pintu masuk. Tapi bermain lah sepuas hati jika dilapisi walaupun kain nipis.

Mazhab lain boleh bermain gesel2, tanpa lapik asalkan tidak menceroboh taman terindah itu. 

Oleh itu wahai isteri, dengan peha mu, dengan bukit mu, dengan tangan mu,  puaskan nafsu suami mu. Gunakan skil picit memicit. Dan picit lah hingga si dia terkulai kepuasan.

Maaf, sila baca dengan pandangan ilmu bukan lucah!

Suami itu nafsunya satu. Berapa lama mampu menahan kegetiran.  Haram lelaki membuang money dengan tangan tapi pahala bagi isteri melepaskan money suaminya melalui tangannya. 

Oleh itu tiada isu 
Islam itu kejam ketika isteri uzur. Tiada juga isu berpantang 100 hari dan lain lain.

Maaf terpaksa menulis untuk memahamkan. Haram sesiapa yang membayangkan perhubungan suami isteri lain. Dan haram sesiapa bercerita teknik dan skil bersama pasangan.

****
Catatan berdasarkan pengajian bersama Buya Yahaya di Masjid alFalah USJ

Wallahu a'lam


1 comment: