19.4.16

APA yang penting kerjasama

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 
Alhamdulillah. Walaupun dulu isteri yang belajar Telekung dan Langsir, namun kini suami juga belajar bersama. 
Kini sama sama mengukur, mengira, menggunting kain.

Sama sama menjahit dan sama-sama menggantung hasil jahitan. 

Alhamdulillah. Sang isteri yang Tangan Kayu kini dah semakin cekap menjahit langsir. Dulu sewaktu berkursus sehari, Pn Sazaliza memang buta jahit. Tahu bawa gunting dan jarum sahaja. Kini bukan saja jarum, tapak jahit pun dah kenal. SubhanAllah.  

Kuasa Allah.  Maha Kaya Maha Penyayang.  Bermula kelas sehari , kini mereka mengikuti kelas lanjutan jahitan Langsir.

Kini mereka mengorak langkah menuju usahawan langsir yang bertaqwa. InsyaAllah mereka akan menjadi usahawan yang mencari keredhoan Nya bukan kekayaan  dan kejayaan semata-mata. 

Lihat jadual terkini di http://bit.ly/kelaslangsir






No comments:

Post a Comment