2.2.16

Ebook sebagai ladang pahala.


Alhamdulillah dengan izinNya, akhirnya sedikit daripada impian sekian lama telah berjaya di realisasikan. InsyaAllah moga moga impian seterusnya untuk menghasilkan paten paten langsir untuk pelajar akan berjaya.

Sejak tahun 2011 telah bermunajat kepada Allah SWT agar menunjukkan  jalan @ memberikan ilham yang baik untuk penghasilan paten langsir. Saya mahu pelanggan pelajar2 langsir ada konfiden sewaktu menempah. Saya tahu bagaimana situasi pelajar sewaktu berdepan dengan pelanggan yang kadang kadang cerewet .

Dan Alhamdulillah pada tahun 2011 saya transit sebentar ke Dubai. keesokannya kami yang seramai 9 orang akan ke yaman untuk menziarahi para ulama'. Dan sewaktu dalam bilik hotel, jam 12.30am pintu bilik diketuk dan seorang lelaki dari bahagian housekeeping memberikan sebuah buku tebal.

SubhanAllah, bila dibuka rupanya ianya BUKU LANGSIR yang penuh gambar sepertimana gambaran dalam kepala saya yang belum dicetak. MasyaAllah memang saya dan suami terkejut. Dan jenuh memikirkan kenapa dan siapa menghantar buku itu. Hotel yang kami singgah beberapa jam pun, kami tak tahu namanya sebelum sampai. masakan ada yang tahu kedatangan kami dan apa keistimewaan saya hingga dihadiahkan buku langsir.

Disebabkan keletihan perjalanan jauh dan dah larut malam, saya tidur tanpa membelek buku itu keseluruhannya dan tidak lama dalam 30min, sekali lagi lelaki itu muncul dan meminta semula buku langsir itu dan mengatakan Sorry wrong room!!!

la haw la wa la quuwata illa biLLAH!!!
siapakah dia??? Misteri hingga kini.

Maka sejak itu saya yakin, ilham yang dipinjamkan Allah SWT ke dalam kepala saya mesti direalisasikan. Moga moga membantu pelajar Kelas langsir AlMujahid menerima tempahan. memang banyak di pasaran tetapi ianya ciptaan saya dan saya yakin LELAKI ITU TIDAK SALAH HANTAR sebab keesokannya bila saya bertanya kaunter Hotel, Tiada siapa mengenali @ mengetahui hal buku langsir!!!

Oleh itu, jika kalian merasakan buku ini boleh membantu kalian mendapat tempahan, kalian boleh Whatsapp ke HQ Al Mujahid di talian 0194301212 @ 0134400212

insyaAllah dijual ebook dulu supaya senang berjumpa pelanggan di mana saja just buka hp. Buku bercetak akan menyusul insyaAllah

Sama juga Ebook RAHSIA KEBERKATAN JUALAN.

Alhamdulillah melaluinya saya mendidik bagaimana dan apa saya lakukan hingga berpuluh tahun saya bisnes sehingga ke hari ini BELUM SEKALI KERUGIAN. Dan ada sedikit perkongsian bagaimana saya HIDUP TANPA HUTANG. 

Harapan saya, pembaca yang ikhlas akan mengikuti amalan saya walaupun hanya 0.001% saja. At least ilmu disampaikan dan dipelajari akan memberikan manfaatnya.

Sesungguhnya hidup ini mudah apabila kita memandang segalanya mudah dan memecahkan kebuntuan yang bersarang. Yang menyebabkan kegagalan adalah diri sendiri. bila kita memandang dunia ini penuh penderitaan maka pengakhirannya kita kecewa. namun bilamana kita memandang dunia ini ladang pahala, kita menghitung hitung pahala yang masih banyak kita cicirkan.

Alhamdulillah Ebook Rahsia Keberkatan Jualan telah menjadi ladang pembelinya. Telah pun menjadi tanah yang ditambak untuk  Masjid Nurul Hidayah yang sedang dalam proses pembinaan di Guar Chempedak Kedah.

Alhamdulillah moga moga bermanfaat buat semua.
BaarakAllahulakum

No comments:

Post a Comment