2.2.16

Berani ke takut??

Alhamdulillah dengan nikmatNya yang terlalu banyak. Tidak mampu terhitung setiap saat pelbagai nikmat.

nikmat Sihat
nikmat Bernafas tanpa racun
nikmat tak panas tak sejuk
nikmat ada makan minum hingga membazir
MasyaAllah TabarakAllah, tak mampu nak hurai dan hitung.

AllahuAkbar!!!

Antara salah satu nikmat adalah nikmat berani dan nikmat takut. Kedua duanya perlu ada. Sayangnya tersilap letak arah kenikmatan itu.

Contohnya, 
Kita ingin menikmati kekayaan melalui perniagaan Langsir. mendengar cerita ramai yang berjaya. Tapi kita TAKUT melabur mencari ilmu tetapi BERANI pulak mengambil tempahan. DISEBABKAN KETAKUTAN KERUGIAN BELAJAR MAKA KITA MENGHADAPAI RISIKO KEHILANGAN PELAJAR SELAMANYA.



contoh kedua;

Kita ingin kejayaan dalam hidup. Memperolehi pelbagai kekayaan tetapi kita BERANI MELAKUKAN PERKARA SYUBHAH DAN HARAM. Kita BERANI MENEMPAH NERAKA!!! Dan kita lebih takut kerugian daripada amaran NERAKA. 

Berapa ramai yang sebegini?? 
Belajar jahit langsir dan buat pelamin walaupun tahu pasangan pengantin bersanding untuk tabaruj dan riyak. malahan kita tumpang hias agar lebih menyerlah sifat jelik itu.

Jika jahit Telekung, kita sanggup menjahit menggunakan kain LYCRA walaupun kita tahu dan telah diberitahu HARAM MEMAKAI TELEKUNG LYCRA DI DEPAN LELAKI BUKAN AJNABI.  Sedikit pun tiada ketakutan kepada ancaman Neraka.


Ketakutan dan Keberanian sesuatu perkara itu biar bertempat. Moga moga kalian menjadi hamba yang BERANI KERANA BENAR. BERKATA BENARLAH  WALAUPUN PAHIT.





No comments:

Post a Comment