29.9.15

Usahawan @ bos aka kuli?

Assalamualaikum wrb

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

Walaupun udara Msia berjerebu namun jangan sesekali hati kita turut berjerebu. Kita sebagai hambaAllah SWT wajib muhasabh diri kenapa sesuatu musibah itu berlaku dengan iznNya dan bukan sekadar mengeluh dan menundng jari.

ya benar akibat kebakaran di Sumatera tapi jangan lupa sebesar mana pun kbakaran itu, Allah SWT yang mengarahkan dan mengizinkn angin membawanya ke sini. Tanpa suatu pun berupaya menghalang angin membawa asap tercemar.

Alhamdulillah a'la kullu nikmat. Walaupun berjerebu, tetap udara itu belum beracun. bayangkan jika diiznkanNya udara itu beracun walaupun kebakaran di Amerika. Adakah kita bisa menghalang?

Kehidupan adalah suatu yang kita perlu hadapai. Kita wajar mengorak langkah menuju ke hadapan bukan ke belakang. Saya sendiri mengorak langkah menentang arus semasa anak2 masih kecil.

Sewaktu saya memulakan karier sebagai tukang jahit langsir dan telekung, saya masih terikat dengan tugasan mendidik anak2 kecil membaca alQuran, terikat dengan tugasan rumahtangga dll. 

Saya menongkah arus belajar jauh. Dari Kedah ke KL. Menaiki bas 5 beranak. Menumpang tidur di rumah kawan. Menyewa hotel terdekat kelas walaupun mahal, ianya semata mata mencari ILMU.

Dan saya juga belajar tanpa menggunakan mesin jahit walaupun mesin jahit ada!!! ianya kerana mahu menjimatkan masa. Alhamdulillah hingga hari ini ilmu masih melekat di kepala walaupun nota ntah di mana.

Kegembiraan dan kebahagiaan sebagai guru bukanlah semasa menerima yuran pelajar, tetapi ianya terasa berbaloi apabila pelajar itu menyiapkan latihan dan mengambil tempahan. Dan ianya amat bernilai bila seseorang itu sewaktu datang ke kelas memang zero ilmu jahitan. Tiada pengalaman langsung tetapi dia balik dan buat latihan.

Bahagia itu muncul bilamana pelajar yang zero ilmu menerima tempahan lngsir @ telekung!!! Terasa bagaikan saya yang menerima tempahan itu. Suatu nikmat menjadi guru kepada yang zero ilmu!!!

Alhamdulillah ribuan pelajar saya yang berjaya ada bertebaran di bumi ini. Hajat saya melahirkan usahawan telah Allah SWT maqbulkan. Saya mahu mereka berubah menjadi usahawan walaupun hanya di dalam rumah.

Saya berbangga dengan pelajar yang menjadi usahawan tanpa hutang membuka kedai. Biarpun di rumah, kecilan saja tetapi baik dia @ pelanggannya tetap TUNAI. Saya mahu pelajar2 seperti saya, ada bisnes dan lain lain tanpa hutang juga.

InsyaAllah dalam kelas langsir nanti kita borak lagi ya, bagaimana bisnes tanpa hutang..bolehke maju???:

Saya juga mahu pelajar menjadi USAHAWAN tetapi jika bol;eh elaklah menjadi bos aka kuli. Dia lah mengukur, dia lah membeli kain, menjahit dan menggantung langsir.
nak tahu ke? kan dalam kelas selalu saya jelaskan dah.

baarakAllahulakum

No comments:

Post a Comment