20.8.15

Penipuan rel.





Sebagai usahawan langsir, kita kena bijak mencadangkan kepada pelanggan paten yang sesuai menghiasi tingkap kediaman mereka.

Dan ada kediaman yang tingkapnya hanya sebuah di ruang tamu. Kebanyakan rumah teres lot tengah @ pangsapuri, hanya bertingkap selebar 8kaki @ pintu gelungsur yang tidak digunakan.
maka saya akan mencadangkan paten Simply Blind dan Eyelet. Paten ini juga sesuai jika digayakan di bilik bertingkap kecil. Ianya akan menipu pandangan kerana ukuran rel dilebarkan walaupun tingkap hanya selebar 4 kaki.



Kedua dua paten ini juga, upah membuatnya melebihi RM20 perkaki sedangkan paten ini begitu mudah dijahit. Namun ramai yang GAGAL menjahit dengan ketepatan ukuran kerana TIADA ILMU.
Jarak antara ring dan formula Eyelet wajib tepat agar lipatan tersusun kemas. Sayangnya ramai menebuk lubang ring tanpa ILMU.

Manakala Simply Blind pula, adalah teknik yang menjimatkan kain dan juga masa penjahit. Dalam 30 min saja , akan siap sehelai Simply Blind dengan upah melebihi RM200++..mudah sungguh jika tahu teknik TEPAT DAN CEPAT.

Alhamdulillah ramai pelajar Kelas langsir AL MUJAHID mengetahuinya.



No comments:

Post a Comment