27.2.15

Menangani anak MENANGIS

                                                               السلام عليكم ورحمة الله وبركاته   


Moga moga hari ini, puan puan semua dalam rahmatNya dan dalam penuh ketenangan. Dan moga moga anak anak puan juga dalam mood yang tenang dan gembira. Suatu kenikmatan yang bukan semua keluarga menikmatinya adalah KEBAHAGIAAN. 


Kebahagiaan ini adalah suatu nikmatNya. Kita akan merasa ingin segera pulang dan bersama anak anak. Kita akan ternanti nanti masa untuk bersama anak anak. Kita ingin segera mendakap anak anak. 


Akan tetapi, tuntutan kerjaya telah menghilangkan nikmat itu secara tidak disedari. Kita sibuk dengan kerjaya . Sibuk dengan bisnes dan sibuk mengejar cita cita. Dan kita lupa betapa KEBAHAGIAAN iut mulai pergi meninggalkan rumah tangga kita.


Saya melihat banyak kepincangan dalam rumahtangga bermula daripada kesilapan semasa anak anak berumur 2 ke 6 tahun. Dan kita sering mengambil mudah tentang PERASAAN ANAK ANAK.  Saya sendiri juga banyak melakukan kesilapan lalu sewaktu membesarkan anak anak. Alhamdulillah, mereka dipeliharaNya, diberikan hidayah berterusan untuk menjadi anak anak yang menyejukkan hati. Namun cabaran masa depan, belum diketahui pengakhirannya dan moga moga hidayah ALLAH SWT berterusan buat saya sekeluarga dan semua keluarga. AAmeen


Suatu yang kita lupakan adalah anak anak juga mempunyai perasaan. Ada ketika mereka juga tertekan. Mereka tertekan emosi bilamana kita seolah olah membiarkan mereka dan terlalu sibuk dengan urusan kerja. Bila di rumah , kita sibuk dengan kerja di dapur. Sibuk dengan urusan pakaian dan lain2. 

Saya tidak nafikan, keluarga yang beranak kecil ramai, dan tiada pembantu rumah akan STRESS dengan urusan rumahtangga. Tambahan jika ibu bekerja di luar @ di rumah pun akan ada bebanan kerja. Jika ada pula menjaga ibubapa @ anak anak yang sakit, kesemuanya akan STRESS dan sukar untuk melayan perasaan anak anak kecil.

Lalu, anak anak akan mengamuk untuk menarik perhatian dan sayangnya amukan mereka , kita kan balas dengan herdikan @ cubitan @ mungkin kita mengurungkan mereka. Suasana tegang dalam rumah akan mempengaruhi jiwa semua ahli keluarga. Dan sesuatu yang kita lupa adalah SYAITAN bersorak dengan situasi itu.

Mahu tidak mahu, sebagai ibubapa, salah seorang wajib memberikan perhatian kepada  anak anak yang mengamuk. Kena didekati dan dipujuk dengan kelembutan. Kena dibelai dan oles wajah dan tubuh mereka. Kena mendakap mereka. 


Anak anak kecil suka berdampingan dengan kita disebabkan ketiadaan keyakinan diri. Mereka akan mulai menanggis walaupun kita hanya ke tandas. Cara untuk menangganinya, puan puan boleh membiasakan main Aci Menyorok dengan mereka. Biasakan selalu menyorok dan mereka mencari dan lama kelamaan mereka akan biasa ditinggalkan sebentar. Ini akan melatih mereka untuk bermain sendirian.

Biasakan melihat anak anak melalak bila mak mereka ke tandas..dan ada juga yang terpaksa main cak cak sewatu dalam tandas. Dan kes paling sadis terpaksa membawa anak masuk ke tandas sekali. Semuanya gara gara si kecil melalak bagai dunia nak kiamat. 

Kisah membesarkan anak anak bukan kisah biasa biasa. Kesan didikan sekarang mmepengaruhi akhlak anak anak ketika besar. Elakkan menengking anak @ sengaja membiarkan anak menanggis tanpa di pujuk.

Banyakkan berdoa dan solat hajat khusus untuk anak anak. Lazimi membaca alQuran dan zikiruLLAH. banyakkan solat di depan mereka. Sediakan sejadah buat mereka. Ajari adab adab solat dan lain lain. 

Beri pujian kepada mereka sebaik saja mereka menyebut nama Allah dan kebesaranNya. Sebut dan ulangi tentang Saiyiduna RASULULLAH SAW. Biar anak mengenali penghulu alam sebelum mengenali hal yang lain. 

 Biasakan juga meminta maaf kepada  anak walaupun mereka masih kecil. InsyaAllah nanti mereka akan biasa menyebut
"Maafkan adik!!" Dan puan puan akan merasai apa itu BAHAGIA MEMILIKKI ANUGERAH ANAK.



Saya masih beranak kecil berumur 4 tahun ++. Alhamdulillah dipinjamkan ALLAH SWT suatu anugerah untuk saya BERSABAR DAN TENANG MENANGANI AMUKAN ANAK KECIL. Alhamdulillah HARUMAN KD SPEECHLESS SCENT membantu saya untuk menenangkan diri dan anak.

Demi Allah, saya sendiri TIADA KATA KATA untuk diucapkan bilamana sebaik dicalet KD di nadi anak ketika dia menanggis , tidak sampai beberapa minit, dia kan COOL. MasyaAllah TabarakALLAH. Hanya dengan caletan sambil solawat, tanggisan nya berhenti.

Teringat dulu semasa membesarkan abang abangnya, saya kadang kadang terpaksa menggunakan sehabis mungkin VOCAL HIGH PITCHING. Kalah rockers Amy Search menjerit. Buktinya dinding rumah saya merekah akibat gegaran suara seorang ibu yang cuba mendiamkan anak anak menanggis dan bergaduh.

Dan saya nampak perubahan nyata. Bila anak saya cepat diam dan tenang, saya dengan mudah juga merasa TENANG DAN BAHAGIA. Bahagia kerana tidak mencalari jiwa anak kecil yang belum tahu makna Ummi sibuk banyak kerja. Ayah juga sibuk. 

Alhamdulillah a'la kulli hal. 

No comments:

Post a Comment