27.8.14

IMPIAN YANG SATU

Alhamdulillah dengan rahmatNya. Dan kita wajib bersyukur dengan segalaNya. Sesungguhnya apabila kita bersyukur Allah SWT berjanji akan menambahkan nikmatNya buat kita, bukan satu malahan berlipat kali ganjaran.

Sebagai manusia  BIASA  kita mempunyai pelbagai impain. Cuma impian kita berbeza dan ada yang telah dicapai dan ada yang masih di ruang impian. Dan impian kita tidak akan berhenti sehingga kita mati!!!

Oleh itu, sewajarnya kita MEMASANG IMPIAN YANG AKAN MEMBAWA KITA KE SYURGA!!! BUKAN IMPIAN SEKADAR DI DUNIA SAHAJA!!!

Saya sering bersama dan rapat dengan beberapa orang ulama' dan mereka secara langsung @ tidak, telah mendidik saya untuk membina impian indah. Impian yang sukar dilihat mata kasar namun dinikmati di mata hati. 

Maka saya kini sedang mencuba memanjangkan impian di kalangan para pelajar Kelas Langsir & Telekung Al Mujahid. impian mendaulatkan Islam di muka bumi. Impian meyambung perjuangan Rasulullah SAW dalam menyampaikan keindahan Islam. Impian agar asbab belajar untuk dunia namun sahamnya di akhirat.

Hari ini saya bangun dengan satu impian, yakni mahu meneruskan dakwah melalui ulama' Habib Kazeem Asseggaf. Seorang insan berakhlak mulia dan berilmu tinggi. Seorang umat yang sering bermimpi Rasulullah SAW dan memilikki jiwa pejuang.

Pada Nov 2011, saya dan beliau dalam pesawat Yemenia dari Seiyun ke Sana'a Yaman. kami berpisah ke haluan berbeza. Saya ke mesir dan Habib Kazeem ke UK. Dengan impian berbeza dan tujuan berbeza. 

Saya meneruskan impian menziarahi ulama' yang hidup dan telah tiada, manaala Habib kazeem ingin menyebarkan Islam. Seminggu di Mesir, saya masih mencari dan mmburu iman, namun Habib Kazeem telah menambah keimannan. Beliau telah mengISLAMkan hamba Allah SWT di UK!!!

Jika lah kami dimatikan dalam tempoh dan detik yang sama, pasti di Mahsyar jarak kami berbeza. Malahan pasti, beliau dulu menghirup air di tangan Rasulullah SAW. Pasti beliau dulu dijemput memasukki Syurga sedasngkan saya akan terpisah jauh dan jauh walaupun di dunia kami menghirup udara yang sama. 

Allahu Akbar, inilah impian saya kini. Mendekatkan jarak pelajar pelajar dengan barisan ulama' di Mahsyar. Bagaimana?
InsyaAllah di dalam kelas saya akan maklumkan. Saya tidak mahu menjadikan ini punca untuk menghasut bakal pelajar baru belajar di Al Mujahid Training. BIAR SESEIAPA YANG MAHU DAN AKAN BELAJAR ADALAH MEREKA YANG TERPILIH DAN DIPILIH ALLAH SWT UNTUK MENGEJAR IMPIAN YANG SATU YAKNI 'HUSNUL KHOTIMAH'.

Insya ALLAH ada kebaikan, baik sukar baik mudah, baik mampu @ tiada. Allah Taala akan mempertemukan di 

KELAS TELEKUNG DAN LANGSIR & KELAS TUDUNG & MINUMAN

( kelas TANPA MESIN JAHIT, BILA BELAJAR MUNGKIN PANDAI MUNGKIN TIDAK)

http://bit.ly/kelaslangsir

Baarakallahulakum













No comments:

Post a Comment