25.6.14

KESABARAN RAMADHAN

Assalamualaikum wrb,

Alhamdulillah dengan rahmatNYA kita menuju Ramadhan , suatu bulan yang diraikan Allah Taala. Bulan yang dimeriahkan Allah Taala dengan ganjaran demi ganjaran. Ganjaran yang Malaikat sendiri tidak tahu berapa nilaiannya.

Kenapakah Allah SWT meraikan Ramadhan buat hambaNya? 
Ianya kerana Allah SWT ingin kita, hamba hambaNya berjaya memasukki Syurga yang dijadikan untuk kita. Dengan amal ibadah harian kita dan ditolak dengan dosa dan kemungkaran kita, agak sukar kita berjaya memasukki Syurga. Lalu dengan sifat arRohim maka diberikan kita peluang menambah pahala dengan ganjaran pahala.

Allah SWT berfirman dalam hadis Qudsi:
Puasa itu untukKU. 

Menurut ulama PUASA itu akan muncul tanpa kecacatan di akhirat nanti. Ianya tidak dapat diusik ganjaran di akhirat. Walaupun oleh sesiapa. Berbanding ibadah lain yang boleh di ambil oleh orang yang dizalimi @ dihutangi.

Maka puasa Ramadhan ini bukan sekadar menahan lapar dahaga. Puasa ini adalah KESABARAN. Puasa itu separuh daripada kesabaran. Maka puasa itu separuh daripada IMAN. Jika kita berhajat kepada kesabaran maka kita akan mendapatinya melalui PUASA.

SESEORANG YANG BERSABAR DENGAN PUASA maka dia akan mendapat hakikat puasa apabila meninggalkan nafsu maksiat.


4 peringkat KESABARAN:

1.KESABARAN MENTAATI PERINTAHNYA.

2.KESABARAN dari MELAKUKAN MAKSIAT.

3. KESABARAN DENGAN UJIAN MUSIBAH SEPERTI KESAKITAN, KESUSAHAN DLL.

4. KESABARAN DARI GANGGUAN MANUSIA SEPERTI KELUARGA, JIRAN DAN SEUMPAMANYA.

MOGA MOGA RAMADHAN INI KITA BERJAYA MENDAPAT KESABARAN DAN GANJARAN YANG TIDAK TERNILAI DARIPADA ALLAH TAALA.

SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA.
BAARAKALLAHULAKUM

No comments:

Post a Comment