19.2.14

Lelaki ini membahagiakan ku

 اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسم

Lama saya tidak update blog Kelas Langtsir Almujahid. Bukan melupakan cuma setiap hari saya banyak menulis di fb saya Al Mujahid.

Alhamdulillah setelah berbelas tahun mengajar langsir, saya kini melihat kejayaan demi kejayaan pelajar pelajar saya. Allah SWT telah memaqbulkan doa saya agar para pelajar Kelas Langsir Almujahid berjaya sebagai hamba Allah SWT yang tidak menjadikan bisnes sebagai suatu yang melalaikan mereka dari mengingati ALLAH.

Ramai keliru bagaimana saya bisa mengajar menjahit TANPA MENGGUNAKAN MESIN JAHIT. Ramai yang meragui keberkesanan ilmu saya. Namun Alhamdulillah, saya berjaya mengajar spesis Tangan Kayu hingga akhirnya mereka berjaya mengambil tempahan.

Pergilah serata dunia, pasti tiada guru jahit seperti saya, yang mengajar tanpa menggunakan mesin jahit walaupun menjual mesin jahit. Muslihat apakah yang saya guna hingga ramai masih mengikuti kelas saya.
Allahu Robbi, Tiada upaya melainkan dengan izinNya. Barkah suatu ilmu itu hanya Dia Maha Mengetahui.

Sehebat mana pun saya dalam jahitan langsir, saya tetap manusia yang jahil. Buktinya, hasil jahitan di bawah adalah hasil kerja seorang lelaki. En Mohamad Zaki Gering, pemilik Adanis Chantek Curtain di Sg Ramal Kajang. 

Beliau dulu tidak tahu menjahit dan terpaksa menjahit langsir asbab isterinya, bekas pelajar saya alahan hamil. Mahu tidak mahu beliau mencuba menjahit langsir dan kemudian belajar paten2 Scallop dengan saya dan kini Beliau Lebih Hebat daripada saya.

Bayangkan, semasa kecil, beliau tidak pernah menjangka bahwa beliau akan menjadi usahawan Langsir. Sebagai Jurutera beliau tidak menemui kepuasan hidup. Namun asbab langsir, beliau kini mengenali matlamat hidup.

Sebelum saya berangkat ke Makkah 3 Feb lalu, beliau membantu memasang rel di kedai saya. Sebagai guru, saya terharu dan melihat wajahnya yang berlainan dulu, dengan janggut mulai panjang dan sinar ilmu di wajah, SAYA MENJADI BAHAGIA. Bahagia kerana dia menemui jlan yang lurus yang diajar para Nabi.

Moga moga semua pelajar kursus langsir , telekung dan tudung saya, akan berjaya meraih hakikat sebenar kehidupan. Menikmati rahmat Allah SWt sebagai hamba Allah yang bertaqwa.
Ameen Allahumma Ameen

Baarakallhulakum.

Dan dengan lafaz Basmallah, saya menghadiahkan En Zaki, umrah bersama saya dan Utz Aminuddin . InsyaAllah





3 comments:

  1. Tahniah pada Pelajar tersebut dan tak lupa juga kepada Puan Guru beliau yg telah mencurahkan ilmu yg bermanfaat .... dan juga memberi hadiah kpdnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah saya nak blja dgn cikgu

      Delete
  2. Sangat indah....saya sedang mendengar kata kata ustazah...terima kasih ustazah dengan perkongsian ilmu ini.Saya sudah menempah langsir dengan kedai dimana tauke berbangsa cina..di Melawati...Saya tak tahu nak mencari kedai kedai ustazah atau pelajar ustazah...dengan tulisan Blog ustazah saya dapat membuat rujukan.Entah hari ini baru hati tergerak mengunjungi blog ustazah

    ReplyDelete