11.8.13

Perlunya ISTIKHORAH

Alhamdulillah selesai ibadah Ramadhan.  Moga2 Allah terima taubat dan menerima amaln kita semua. Ameen Allahumma Ameen.

Atas permintaan saya ulangi menulis bab kepentingan Solat Istikhorah. Kenapa kita perlu Istikhorah. Dan apa yang istimewa kelas langsir almujahid hingga perlu istikhorah.

Sebagai umat Muhammad SAW kita beruntung kerana  ditinggalkan 2 perkara. Yakni alQuran dan Sunnah. Sebagai panduan hidup kita. Sebagai penunjuk jalan dari kegelapan.
Sabda Rasulullah SAW mafhumnya:
"Tidak akan rugi orang yang musyawarah dan istikhorah".
Malah baginda SAW sendiri sentiasa istikhorah.  Hatta untuk menunaikan umrah juga sunat istikhorah.  Cuma bukan istikhorah sesuai pergi @ tidak tetapi istikhorah bila waktu terbaik untuk pergi mengerjakannya.

Bagaimana solat istikhorah itu?
Ianya seperti solat sunat lain. 2 rakaat 1 salam .
Jika mampu membaca doa khusus dan jika tidak berbicaralah dengan Allah semaunya.
Jawapannya pula dalam pelbagai bentuk. Ada melalui mimpi indah @ buruk. Ada tanpa mimpi tapi melalui gerak hati. Ada yang dihalang @ dimudahkan. Dalam doa istikhorah, kita minta jika ianya terbaik untukku & agamaku maka mudahkanlah..jika ianya membawa keburukan,  Engkau halanglah ia berlaku.
Mudahkan?

Bab kenapa menghadiri kelas langsir almujahid kena istikhorah?
Sebabnya lebih baik merujuk Allah dari mempercayai saya sepenuhnya. Saya kan manusia biasa juga. Mungkin saya menipu. Menyembunyikan.  Me...macam2. Maka bila istikhorah hati menjadi tenang.

Ramai pelajar saya 0 sewaktu belajar dan 0 selepas belahar tetapi MasyaAllah ada yang lebih baik selepas berjumpa saya. Apakah kelebihan saya? Saya tiada kelebihan.  Yang ada kelemahan adalah saya tapi yang berkelebihan hanya Dia..Tuhan Maha Kuasa.

 Jika berani nak mempelajari teknik betul tentang langsir dan telekung @ sulaman..istikhorah dulu. .
Baarakallahulakum

2 comments:

  1. informasi yang sangat menarik terima kasi banyak atas informasi yang sudah disampaikan salam kena aja yupz gan ^___^
    Obat Anemia Herbal
    Obat Kanker Kelenjar Getah Bening
    Obat Herbal Penyempitan Pembuluh Darah

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum ustazah.terima kasih atas perkongsian dan ilmu d atas...ustazah ade x kursus jahit d KL dan bile?ade x utk bulan november 2013..terima kasih

    ReplyDelete