3.7.13

Rasulullah SAW tidak pernah kenyang

Dengan rahmatNya saya mampu dan diberi kelapangan menulis sedikit catatan. Tulisan khusus untuk Uncle Aminuddin yang tidak pernah jemu mendoakan saya.
Catatan Umrah demi umrah dan bakal dicatat lagi jika ada jemputanNya.
Uncle,
Kali ini saya mahu berkongsi dengan Uncle kisah di Madinah Munawwar. Kebetulan saya uzur di sana dan terpaksa rela berkurung dalam bilik hotel. Hotel kami tidak jauh dari Masjid Nabawi tetapi disebabkan CEO Almujahid ada angin kus2 maka sukar bagi saya untuk melepak sambil memandang kubah KekasihNya dan kekasih kita ..Habibi Muhammad SAW .
Sewaktu solat Jumaat agak sukar untuk mendengar jelas khutbah jumaat dan saya merasa terlalu sedih sebab saya ingin menatap Masjid Nabawi walaupun uzur. Maka saya bermusyawarah dengan anak dan suami, lalu mengambil keputusan untuk bertukar hotel di depan masjid. Dan pastinya semalam di hotel itu agak tinggi. Saya bermunajat kepadaNya agar diletakkan saya di sebaik2 bilik agar hati saya menjadi tenang merindui Baginda SAW.
Akhirnya setelah mengira baki wang yang ada, saya nekad ke hotel 5* kerana rindu ini terlalu mendalam. Alhamdulillah Uncle saya di tempatkan di bilik yang saya boleh memandang Kubahnya Muhammad SAW. Bisa nampak kala membuka dan memejamkan mata. Allahummous solli 'ala Saiyidina Muhammad wa 'ala aalihi wa sohbihi wasallam taslima.

Episod seterusnya yang menyedihkan saya adalah kala saya ingin bersarapan. Di hotel 5* pasti makanannya mewah dan banyak. Saya tidak boleh menelan dengan puas Uncle. Tidak boleh menikmati makanan itu Uncle..tidak boleh merasai lazatnya makanan itu kerana saya teringat kata2 Sahabat Baginda SAW yakni ahli syurga Abdur Rahman ibn Auf, "Rasulullah SAW tidak pernah kenyang..Allah..
Bolehkah kita kenyang Uncle sedangkan di depan saya sedang berbaring adalah Muhammad SAW. .yang tidak pernah kenyang dan sering mengikat perut dengan batu..Alahu Akbar..sayalah umatnya yang menzholimi diri sendiri..Adakah hari ini uncle kenyang?
Maaf Uncle..saya x mampu menulis lagi..Saya malu menjadi umatnya..
Ya Rasulullah Isyfaglana..



3 comments:

  1. Ustazah berada dalam situasi yg penuh dilemma, masyaAllah. Saya mungkin lebih liberal sikit - boleh menikmati/makan, asalkan jangan sampai terlalu kenyang sehingga lambat/malas nak beribadat ... Namun tujuan/niat asal tlh di capai -- yakni utk mampu melihat Kubah Baginda dari tingkap!

    Kalau ada lebihan makanan & tidak sesuai di simpan utk esoknya, maka kami pakat2 habiskan - elakkan dari terbuang ...

    Dalam usia lingkungan warga emas, biasanya tak timbul lagi isu makan sampai kenyang ... apatah lagi mengambil share/hak orang lain - na'uzubillah minzalik.

    ReplyDelete
  2. Jika kita pernah mendengar sahaja nama seseorang kita ingin mengenali..bagaimana jika dalam hati kita terpahat namanya..rindu menguasai diri.
    Rindu kita mungkin berbeza dan pasti mimpi kita x sama...

    ReplyDelete
  3. Dalam konteks bertukar2 fikiran, perspektif, pengalaman hidup, dsb., memang benar tahap rindu kepada Junjungan kita mungkin berbeda2 ... tahap iman pun begitu juga - sayugia Syurga/neraka pun ada aras nya. Pepatah Inggeris "no two heads are the same" mengesahkan mimpi kita x sama, termasuk antara suami-isteri pun, wallahualam.

    Sekadar ingin berseloroh - jika Nabi kita tak tidur dengan bantal dan tilam yang empok2, macam mana kita agaknya? Air-cond lagi ... masyaAllah.

    ReplyDelete