17.7.13

PROGRAM NURUN 'ALA NUR

Ramadhan Kareem duhai semua pelajar Kelas Langsir Almujahid. Moga2 barkah Ramadhan ini kalian menghargainya sebaik mungkin. Pasti ramai yang sedang membilang tempahan dan di bahagikan dengan jumlah bilangan hari Ramadhan yang bersisa. Dan kalian juga pasti sudah membilang angka keuntungan asbab Ramadhan.
MasyaAllah Tabarakallah...

Ramadhan sudah seminggu dan hanya berbaki 3 minggu. Jika dihitung semula sepanjang minggu ini, ada saat kita bertambah amal dan banyak saat kita mula terleka beramal. Kita leka menonton TV dengan drama2 penginsafan. Leka membaca FB, Twitter dan lain2. Dan ada yang kita beroleh pahala, ada yang beroleh dosa dan ada yang hanya sekadar sia2 tidak menambah sebesar zarah pahala @ dosa. Sekadar mengelamun dan berangan2.

Para pelajar sekalian,
Ada kisah yang ingin saya kongsikan.
2 minggu lalu, saya menerima tempahan Madu A+ dari seorang isteri. Namun beberapa hari lalu POSLAJU memulangkan semula MADU A+ kerana tidak dituntut. Jenuh saya mendail tetapi tidak di jawab hinggalah 2 hari lalu, anaknya menjawab.

"Ya Ustazah, benar bapa saya order madu sidr Uztazah tetapi JUMAAT lepas ayah saya telah meninggal dunia"

Masya ALLah, walau ianya khabar duka tetapi saya amat mencemburui Allayarham.Meninggal dunia pada pagi Jumaat. Allahu Akbar..tiada siapa bisa menetapkan. Dan bertuahnya yang terpilih.

"Dik! Apakah amalan ayah yang menyebabkan beliau terpilih pada hari Jumaat?

" Ayah saya semasa hidup membela nasib Mualaf dan anak2 yatim."

Laa ilaha Illa anta Subhanaka inni kuntu minouzzholiminn..

Menurut kitab yang saya lupa namanya, ada beberapa tanda ahli Syurga jika semasa hidupnya dalam kebaikan.

1. Mati selepas mengucap kalimah Syahadah.
2. Mati pada hari Jumaat.
3. Mati pada Bulan Ramadhan.
4. Mati di HAramain.
dan beberapa lagi tanda.

Menurut Habib Ali alJUfri:
JIka ingin berjumpa RAsulullah SAW di dalam jaga @ tidur, kena ada fikir untuk umat Muhammad SAW...siapakah umat MUhammad SAW? Seluruh manusia yang ada. Dan kita bertanggung jawab menjaga kebajikan sesama umat.

JIka ingin bermimpi juga kena ada sifat pendakwah. Kena aktif berdakwah dan mengajak umat yang lalai..yang tiada arah dan hilang tujuan.

Tidakkah kalian rindu kepada Rasulullah SAW? Yang wajahnya bagai purnama mengambang. Tidakkah kalian rindu menatap susuk tegap sasa tubuhnya Muhammad SAW?
Tidakkah kalian cemburu dengan mereka yang selalu di dampingi Rasulullah SAW?
TIdakkah kalian kerugian kerana tidak pernah berbicara dengan nya?
Andai..
Andai kalian rindu, cemburu dan ingin keberuntungan syafaat BAginda Ya MAulana Ya Habiballah...
rebutlah peluang untuk berkhidmat untuk umat SAW dan berdakwah sehabis mampu.

INginkah kalian membeli barang dagangan yang HEBAT tetapi tidak semua layak membelinya. Malahan ramai yang gagal membelinya walau di bayar seisi dunia dari awal hingga kiamat.

DAGANGAN YANG HANYA SULIT DIGAPAI SI PEMALAS
DAGANGAN YANG HANYA MAMPU DIMILIKKI SATU DALAM BERJUTA.
DAGANGAN YANG TIADA CARA PANTAS MENGGAPAINYA.
DAGANGAN YANG HANYA DIBAYAR DENGAN KETAQWAAN DAN KEIMANAN.

TAHUKAH KALIAN?
DAGANGAN INI TIDAK LAKU DI JUAL KEPADA ORANG2 YANG HINA DAN ROSAK AKHLAKNYA.

MAKA BARANG DAGANGAN ALLAH SWT, SIAPAKAH LAYAK MEMBELIMU?
SEDANGKAN ENGKAU TELAH DITAWARKAN DENGAN HARGA YANG MURAH?
DUHAI BARANG DAGANGAN ALLAH SWT, 
ADAKAH YANG BERMINAT MEMBELIMU SEBAGAIMANA MINATNYA MEREKA PADA HARTA LAIN?
ADAKAH MEREKA SANGGUP MEMINANG MU DAN MENYEDIAKAN MAHARMU WAHAI BARANG DAGANGAN ALLAH SWT?
SEDANGKAN MEREKA TAHU DAN JELAS BAHAWA MAHARMU PERLU DI BAYAR SEKARANG..BUKAN ESOK @ LUSA TETAPI SAAT INI!

TETAPI
MASIH ADA YANG INGIN MEMINANGMU DAN TELAH DAN MASIH MENYEDIAKAN MAHARMU MALAHAN MENIMBUN TINGGI HANYA
 UNTUK MEMINANGMU..
INGIN MELIHATMU
INGIN BERSAMAMU

DAN PASTI JIKA DIRIMU TIDAK DISELIMUTI KEINDAHAN DAN KESERONOKKAN DUNIA PASTI AKU JUGA MENGEJARMU AGAR MENERIMA PINANGAN KU..

DAN ENGKAULAH " SYURGA " YANG MENJADI BARANG DAGANGAN ALLAH SWT..

Akhir kalam,
Ramadhan kian berlalu walau baru seminggu. Lakukanlah sebanyak mungkin kebaikan dan berusahalah menambah baik mana yang terkurang dan rosak.
Saya menjemput kalian untuk meraikan dan membantu para Mualaf di program berbuka puasa dan terawih bersama Mualaf Selangor di Intekma Resort S Alam pada 28 JUl 2013.
Jika ingin menyumbang dan sebagainya sila hubungi Cik Aisha Azra di talian 0192570688. Para mualaf kita sering terlupa kewujudan mereka hingga ada yang murtad. Sedangkan kita masih leka dan terus leka dengan juadah Ramadhan dan persiapan Eidul Fitri tetapi mereka kehausan mencari Ilmu, Taqwa dan Iman.
Program ini dinamakan NURUN 'ala NUR kerana kita Melayu Islam yang masih dalam kegelapan walaupun cahaya itu telah lama ada sedari lahir. Sedangkan mereka para mualaf telah nampak CAHAYA ATAS CAHAYA.
Moga2 kita dapat menyediakan sesuatu untuk kita jika selepas ini kita telah dijemputNya sebagai AJK KUBUR

Baarakallahulakum




3 comments:

  1. Assalamualaikum Ustazah... Maaf ya saya tumpang bertanya. Apa Haramain ? (Tanda2 Ahli Syurga - Mati di Haramain..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Ustazah..boleh share Facebook page : Jom Jihad..? Tak jumpa lagi.. :-(

    ReplyDelete
  3. waalaikumussalam,

    cari page JOM JIHAD.

    Haramain adalah Makkah dan Madinah

    ReplyDelete