3.7.13

Bagai menanti dinikahkan.

Alhamdulillah masih bersisa umur untuk mensyukuri nikmatNya. Nikmat Iman, nikmat kesihatan, kebahagiaan dan tidak mampu ditulis jutaan nikmat nikmatNya yang dipinjamkanNya. Maka amatlah hina andai sebesar zarah nikmat kita belum mengakui. Alhamdulillah Ya Rohim..

Ramadhan kian menghampiri dan menunjukkan kita semakin hampir untuk pulang. Mungkinkah ini Ramadhan terakhir @ inikah Ramadhan paling hebat kita nikmati. Ianya bergantung bagaimana kita menanti kedatangannya. Bagaimana perasaan kita saat menantikannya. Apakah persiapan kita dalam penantian ini. 

Jika kita bakal menjadi Raja Sehari pasti kita menghitung detik bagaikan tidak sabar apatah lagi dengan pujaan hati. Pasti terasa malam dan siang begitu lambat. Pasti menyediakan pakaian terindah untuk menanti saat itu. Badan pula dipastikan bertenaga. dan saat itu di kira detik demi detik dengan pelbagai azam ingin menjadi suami @ isteri yang menyejukkan mata..

Andai perasaan itu yang ada saat ini, berbahagialah kalian kerana pasti Ramadhan juga menanti kalian. Dan pasti hadiah teristimewa yakni Lailatul Qadr bakal menjadi saksi. Namun jika saat ini kalian hanya mengira Syawal..menanti Syawal dan Ramadhan bagai tetamu yang biasa2 seumpama driver kereta pengantin, maka pasti kalian lah manusia paling rugi Ramadhan tahun ini.

Allah yang bersifat arRahman Dan arRohim, menghadiahkan kita bulan teristimewa...laksana bernikah dengan pengantin di raja...hargailah dan raikanlah cinta bersama Ramadhan.

InsyaAllah ada rezeqi saya akan berangkat menunaikan Umrah Awal Ramadhan maka segala jadual Kelas Langsir Dan Telekung alMujahid bakal direhatkan kerana tiada Cinta yang bakal dizahirkan selain meraikan Ramadhan. 

Moga2 ilmu telekung yang diajar akan memberikan jutaan rahmat kepada penjahit dan pemakainya. Moga2 juga ilmu langsir almujahid dapat dimanfaatkan kebaikannya untuk agama. Kita hidup bukan untuk dunia tetapi kita hidup agar Akhirat kita rerjamin. DUNIA penuh tipu daya dan menyusahkan namun jika dunia kita sekadar mengutip bekalan pasti kita akan berbahagia di Akhirat yang dijanjikan penuh keindahan dan tawa ria. Moga2 kita dapat berkumpul bersama keluarga di Akhirat yang mem
bahagiakan.  Doa saya buat semua pelajar Kelas Langsir alMujahid yang ikhlas mencari ilmu kerana Allah SWT, Ramadhan ini kalian bisa memanfaatkannya sebaik mungkin..
Baarakallahulakum.

14 comments:

  1. Assalamualaikum ustazah....
    Ptg td sy mendgr lunak suara ustazah di radio ikim. Sy sgt pasti setiap pendengar radio ikim pasti terharu dgn pelbagai nasihat dn motivasi yg diberikn oleh ustazah berkenaan perkongsian ilmu menjahit langsir dn telekung serta pelbagai ilmu mengejar akhirat. Cuma ada beberapa perkar yg bermain difikiran sy sejak ptg tadi ialah berkenaan dgn yuran rm800.00 yg dikenekn tidakkah terlalu mahal? Bg yg tidak berkemampuan jumlah itu sgt membebankn. Klu btul ustazah berniat utk membntu dn berkongsi ilmu yg bermanfaat sesama manusia knp tidak ia dikurangkn spt kata ustazah "jika dunia sekadar mengutip bekalan pasti kita akn berbahagia di akhirat" jadi dimana kebenaran kata2 ustazah tu...wallahualam

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wrb,
      Terima Kasih atas komen..bolehkah puan jelaskan di manakah MAHALnya kelas langsir saya? Dengan ilmu yang boleh digunakan sebagai pendapatan sampingan @ tetap adakah nilai RM800 itu terlalu besar @ nilai ilmu itu dinilai dengan RM.
      Maka sebab itu saya menyarankan ssolat istikhorah agar keputusannya dilorong oleh Allah SWT dan bukan terpengaruh dengan kata2 saya.
      Saya pernah bertanya kepada guru saya Yang mulia Sheikh Nuruddin alMakki tentang mahalkah yuran kelas langsir saya dan Sheikh telah memberikan jawapan yang sesuai untuk saya ikuti.
      Soal orang lain susah dan sebagainya,membantu orang lain @ tidak, soalan saya adakah puan mengenali saya dan hidup dengan saya? Jika belum, cukuplah Allah menjadi saksi.
      Ada perkara yang boleh diceritakan dan ada yang wajib disembunyikan.
      Baarakallahufiik

      Delete
  2. Sy igin perjelaskn disini bhw, bagi saya nilai rm800.00 itu menjadi mahal apabila ustazah sebelum ini seringkali bercakap tntg saham akhirat, sedekah jariah dan yg bersangkut paut dgn kebaikan duniawi setiap kali ke udara di stesyen2 radio spt mn yg saya pernah dengarkn sebelum ini. Akan TETAPI seandainya dlm setiap kemunculan ustazah hanya berkempen untuk kelas jahitan semata2 tanpa membicarakn ttg saham akhirat jumlah rm800 itu mnjadi tidaklah semahal mana dan berpatutan kerana ia berdifat bisnes.

    Penjelasan yg kedua berkenaan dgn guru Yg mulia sheikh nuruddin yg ustazah rujuk berkenaan dgn harga rm800 itu sama ada mahal atau pun tidak dan persoalanya kan lebih baik soalan itu diajukn kpd ibu2 tunggal yg tidak berkemampuan dan sy sgt pasti jawapnya adalah MAHAL.

    Penjelasan yg ketiga sy mmng tidak pernah mengenali keperibadian ustazah apatah lg mengetahui cara hidup serta kebaikn ustazah spt mn yg dikatakn cukuplah Allah yg mengetahui tetapi sy yakin ustazah lebih budiman jika dibandingkn dgn sy dan pastinya ustazah akn memikirkan sejenak pendapat sy ini. Waullahualam

    ReplyDelete
  3. Saya hanya minta satu kepada pn, malam ini bangun qiamullail dan bertanya kepada Allah SWT adakah yang saya buat ini salah. Jika salah mohonlah kepada Allah SWT agar saya berubah.
    Maaf ya. Hanya yang tahu nilaian ilmu akan faham. Mahal bagi orang yang merasakan ianya mahal. Satu paten rm40 mahal bagi pn. Pn mahu berapa harga yang sesuai untuk ilmu ini.
    Saya dulu belajar 2 hari mengeluarkan RM3000 dan asbab itu ianya barkah. Saya tidak berminat bersoal jawab dengan bijak pandai spt pn.
    Maaf ya, ada pelajar minta disampaikan kepada pn, mohon pn menyumbang sedikit RM untuk membantu ibu2 tunggal menghadiri kelas langsir saya.
    Apa pun saya tidak akan mendengar nasihat puan kerana di sekeliling saya ada para utz yang memantau..pastinya mereka lebih bijak dalam menasihati.
    Wallahu ' alam

    ReplyDelete
  4. Saya hanya minta satu kepada pn, malam ini bangun qiamullail dan bertanya kepada Allah SWT adakah yang saya buat ini salah. Jika salah mohonlah kepada Allah SWT agar saya berubah.
    Maaf ya. Hanya yang tahu nilaian ilmu akan faham. Mahal bagi orang yang merasakan ianya mahal. Satu paten rm40 mahal bagi pn. Pn mahu berapa harga yang sesuai untuk ilmu ini.
    Saya dulu belajar 2 hari mengeluarkan RM3000 dan asbab itu ianya barkah. Saya tidak berminat bersoal jawab dengan bijak pandai spt pn.
    Maaf ya, ada pelajar minta disampaikan kepada pn, mohon pn menyumbang sedikit RM untuk membantu ibu2 tunggal menghadiri kelas langsir saya.
    Apa pun saya tidak akan mendengar nasihat puan kerana di sekeliling saya ada para utz yang memantau..pastinya mereka lebih bijak dalam menasihati.
    Wallahu ' alam

    ReplyDelete
  5. Sya nk kels lgsir 1 paten je ... plzzzz ... rm40 kn?

    ReplyDelete
  6. Utz2..menyampuk rajin tapi jahit x siap2..

    ReplyDelete
  7. Dan utz sila sediakan sewa dewan hotel, makan minum , tambang saya, kos hotel, jika jauh flight saya, dan jangan lupa RM5k setiap kali saya bersiaran di Ikimfm.
    Ater nak murah.
    Kemudian bila orang menempah langsir dengan Utz pula Utz jahit le sekaki Rm0.50sen je..x kan nak ambil mahal kot.
    Belajar di sek ren pun beribu RM belum tentu tahu membaca . Di uni lagi berpuluh ribu RM hingga hutang PTPTN dan belum tentu ada kerja.
    Alhamdulillah dalam kutukan masih ramai yang menyokong walaupun ibu tunggal. Dan ibu tunggal yang benar2 susah bukan kerana kemiskinan tetapi kerana tidurnya tanpa memikirkan tahajudnya, qurannya, zikirnya..
    Apabila dalam hati hanya ada Allah maka dilorongkan jalan yang mudah kerana itu janjiNya.

    ReplyDelete
  8. Cik Fizza, saya saran cik datang kursus dulu. Nanti baru cik akan memahami kenapa ustazah meletakkan yuran semedikian.Bak yang ustazah cakap, ada benda yang wajib disembunyikan. wallahu'alam.

    ReplyDelete
  9. Saya bersetuju (dgn Fizza dan mungkin ramai lagi pendengar) bahawasanya suara Ustazah memang lunak di dengar - salah satu anugerah Allah SWT.

    (2) Tentang "Allah yg bersifat arRahman dan arRohim, menghadiahkan kita bulan teristimewa...laksana bernikah dgn pengantin di raja...hargailah dan raikanlah cinta bersama Ramadhan."

    Soalan candid saya: Adakah ini bermakna kalau lah suami Ustazah seorang anak raja, yang kaya raya, dsb., pasti Ustazah akan LEBIH bahagia? Sekadar ingin mencuit hati Ustazah ... jangan marah ye? Maaf jika saya ketelanjuran.


    ReplyDelete
  10. Sy tidak pernah sama skali berniat utk mengutuk atau merendah2kn usaha ustazah dn al mujahid dlm memperkembangkn ilmu menjahit langsir tetapi sekadar berkongsi pendapat dan apa yg saya rasakn sepatutnya dilaksanakn merujuk kpd motivasi yg disampaikn oleh pihak tuan khususnya ustazah sendiri yg menjurus kpd sedekah dn jariah mnjadi bekalan akhirat.

    Sy juga ingin mencadangkn disini utk mengurangkn kos apa kata proses pemblajaran dibuat di balai2 raya dimana pelajar2nya terdiri drpd masyarakat kg itu sendiri dan yg sememangnya tidak memerlukn kos sewaan berbanding dgn hotel atau dewan justeru kos rm800 dpt dikurangkn ditambah pula dgn pahala dr ilmu yg mendtgkn manfaat kpd org lain utk si pengajarnya. Akn tetapi itu mungkin bukn standard al mujahid kot...

    Tentang soalan salah seorang pelajar ustazah yg memohon bantuan RM dari sy tolong sampaikan padanya MAAF sy tidak dpt membantu kerana usaha sy utk mengurangkn kos yuran agar dia mndapat manfaatnya yang saya ajukn kpd ustazah shida tidak juga berhasil sebaliknya menemui jln buntu.

    Akhir skali...sy ingin memohon maaf di atas sgala ketelanjuran kata2 sy kerana tiada niat lain selain dr berkogsi pendapat dan menyuarakn pndangan yg saya rasakn patut.
    Sekian...

    ReplyDelete
  11. Apabila kita berkata ianya ada dosa dan pahala. Kedua apa yg kita lakukan tidak perlu kita hebahkan kerana Allah Maha Melihat.
    Jika benar kita TAKUT kepada Allah SWT kita x akan berani berkata, tidak berani mendedahkan aurat, tidak berani menempah Neraka. Kita akan selalu merasa takut kepada hari kebangkitan yang belum tentu kita dilepaskan @ dilemparkan.
    Saya tidak mendustai kata2 saya dan saya bersyukur bisa berkata2 kerana Rasulullah SAW bersabda " sampaikan walau satu ayat.
    Tadabbur alQuran dan berdampinglah dengan ulama' , agar Fieza tahu erti menyampaikan.
    Saya ingin menyampaikan kpd Fieza bahawa Allah SWT memerintahkan wanita menutup aurat dalam surah anNur dan alAhzab. Tutuplah aurat.
    Soal saya tidak menderma, membantu org susah, ibu tunggal dll biarlah kerana ianya bukan dosa jika x dilakukan..cukuplah Allah menjadi saksi.
    Tetapi mendedahkan aurat ramai boleh menjadi saksi dan saya akan dipanggil menjadi saksi malahan srluruh pembaca blog ini akan menjadi saksi. Bertaubat sementara ada kesempatan.

    Uncle Ben,
    Kebahagian bukan dinilai dengan kahwin anak raja. Apatah lagi Raja Gopal. Kebahagian akan dinikmati bila kita di anugerah rasa takut kepada Allah SWT.
    Kebahagian x mampu dijual dan dibeli. Hak mutlak Allah SWT. .
    Adakah uncle bahagia?

    ReplyDelete
  12. Ermmmmm...pandai ustazah tuka topik ea...sy seakan sudah menjangka yg persoalan ini akn dibangkitkan. Terima kasih di atas teguran dn nasihat yg diberikan. Sy percaya dan stuju sikap saling tegur menegur dan nasihat menasihati adalah tanggungjwab sesama islam dan tahniah kpd ustazah yg brani melaksanakanya.

    Alhamdulilah....sy sudah mula blaja menutup aurat setahun yg lalu dan telah berjaya mengekalkanya hingga kini dan adalah mnjadi harapan agar hidayah yg diberikan olehNya setelah kembali dr menunaikan umrah tahun lepas akan sy pertahankan sampai bila2. Apa yg ustazah saksikan dan nmpak adalah gambar sy yg masih belum sempat di removekan kerana sy menghadapi sedikit masalah teknikal utk tujuan tersebut. Sy masih dlm usaha untuk berbuat demikian dalam wkt terdekat ini.

    Walaubagaimanapun....sy masih mahu meneruskan usaha dan misi sy memujuk ustazah memikirkan sejenak cadangan sy agar yuran pemblajaran dpt dikurangkan pd masa akn dtg. Sy juga tidak mahu mempertikaikan ttg kebaikan atau pahala yg tlh dilakukan oleh ustazah sebelum ni kerana siapalah sy utk menilai semua ni kerana Allah lebih berhak justeru sebagai hambaNya selain brdoa kepadaNya usaha yg mampu sy lakukan adalah berbicara terus kpd tuan empunyanya. Alangkah seronoknya klu selepas ni ke udara di radio ikim ustazah dgn rela hatinya mengurangkan kos....syukur akhamdulilah.

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah jk dah mnutup aurat. Dan sebenar2 taubat adalah taubatan nasuha. Mustahil bg yg bijak x tahu nk remove gambar haram. Bertindaklah cepat agar lelaki yg memandang x mendapat dosa asbab kita.
    Soal yuran Fieza x perlu menyusahkan diri kerana saya tidak menyusahkan sesiapa. Fieza usahakanlah menyimpan RM untuk membantu sesiapa sahaja dan tidak perlu memujuk orang lain membantu sedangkan Fieza sendiri x membantu.
    Fieza nak ilmu percuma, sila kumpulkan sesiapa sahaja yang mahu saya bantu dan saya akan mengajar percuma ilmu yang membawa kebaikan. Fieza sendiri percuma. Syaratnya kumpulkan 100 orang dan saya dan panel lain akan pergi ke tempat yang sesuai. Secara percuma.
    Fieza hanya sediakan tempat dan kos makan minum. Jangan meminta dana dr sesiapa nanti Fieza kerugian pahala.
    Ilmu alquran ada, bab solat, haid dll semuanya saya akan ajar percuma. Kos panel lain saya akan tanggung. Ilmu ini yang benar2 mbawa ke syurga. Yang x boleh dinilai dengan RM.
    Boleh kumpulkan min 100 orang. Bw alquran utk sama2 mengaji. Bw kitab Riyadatuss solihin. Kita talaqqi.
    Ilmu langsir saya belajar untuk dunia dan ajar untuk kaya dunia. Ilmu alquran dll ilmu yang dipelajari utk dunia akhirat.
    Pelajar2 saya yang lain juga boleh hubungi Fieza utk pendaftaran.
    Saya tunggu program anjuran Fieza. Saya akan ajar secara percuma. Kos lain tanggungan Fieza.
    Bg maklumat ya bila nk di adakan.

    ReplyDelete