10.7.13

Akhlak umpama garam

Bismillahirrohmanirrohim.
Ramadhan Kareem wahai para pelajar Kelas Langsir alMujahid.
Alhamdulillah kita diberi peluang oleh Allah Azzawajalla untuk mendapat rahmat dan pengampunanNya. Banyak yang boleh kita raih dengan hadirnya Ramadhan alMubarak..MasyaAllah.

Namun baik saya @ orang lain sering hilang kesabaran walaupun berpuasa. Kita menjadi lalai asbab kita terlupa tujuan utama diperintahkan berpuasa. Kita mengikut nafsu amarah yang gagal kita kawal.


Kadang kala asbab benda remeh kita mulai marah. Mulai meninggikan suara dan mulai lupa yang kita sedang berpuasa. Peringatan ini untuk saya sendiri yang selalu juga gagal dalam menjaga kata kata.



Rasullullah SAW bersabda :" Sesiapa yang tidak meninggalkan ucapan @ perbuatan yang tidak senonoh (saat berpuasa), maka Allah SAMA SEKALI TIDAK AKAN MEMPEDULIKAN PUASANYA"
Riwayat Bukhari wa Muslim.


Astagfirullahal azhim,
andai Allah Yang Maha Pengampun tidak memperdulikan puasa kita, di manakah rahmat dan pengampunanNYa kita akan perolehi? 
Bagaimanakah kita kelak di Mahsyar, di saat semua orang mengira2 pahala dan keampunan asbab Puasa Ramadhan.
Maka kita akan dihumbankan ke neraka bersama dengan mereka yang sehaluan dengan kita..yakni yang semasa hidupnya sering memaki hamun, sering menyakiti orang lain dengan lidahnya, sering komplen sana sini. Maka saat itu tiada kata2 yang dapat menyelamatkan kita lagi.

La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minouzzholiminn.
Benarlah kita sering menzalimi diri sendiri. Kita menzalimi dengan akhlak buruk kita.

Imam Malik rah.a berkata kepada Imam asSyafei rah.a,

perumpamaan ilmu dan akhlak bagai Garam dan Tepung.  Dalam setiap adunan kuih @ roti mahupun masakan lain GARAM amat penting namun Garam hanya secubit. Tiada resepi enak yang garamnya melebihi secubit.

Garam itu adalah ilmu dan tepung itu adalah Akhlak. Orang yang banyak ILMU tetapi jika akhlaknya buruk maka sia sia sahaja ilmunya. Jika kita bijak dan hebat dalam Ilmu tetapi kita menyakiti orang lain akibat kejahilan, kekurangan, kesengsaraan dan sebagainya, maka ianya merosakkan Ilmu yang kita ada. Maka berazamlah dengan datangnya Ramadhan kita semakin membaiki akhlak selari dengan ilmu dan amalan kita.


Allahu Robbi,

Bagaimanakah akhlak itu dapat dibentuk.?
Akhlak itu akan lahir jika kita ingin Allah melayan kita. Allah hanya melayan mereka yang berakhlak mulia.
Akhlak itu juga lahir bilamana kita mahu diri kita dilayan secara berakhlak. Kita tidak mahu orang lain menghina kita, maka janganlah kita menghina. Kerana Allah pasti membalas setimpal dengan apa yang kita lakukan.
Kita ingin Allah memberi kepada kita, maka kita berakhlak membantu yang memerlukan. Pasti Allah melipat ganjaran buat kita. Jika ingin orang lain memuliakan kita, maka belajarlah memuliakan hak orang lain.

sepertimana pesanan suami saya kepada saya
" JIka tidak mahu orang lain mengata kita maka janganlah kita mengata orang lain."

Astagfirullah lil mukminin wal mukminat.

Moga2 kita akan berbaris bersama dengan Ruh Rasulullah SAW. Dan moga2 asbab akhlak kita, kita bakal bermimpi Rasullullah SAW di malam2 Ramadhan ini.

Syarat untuk bermimpi Rasulullah SAW seperti dinukilkan alHabib Umar ben hafez...


1: Jangan melihat yang HARAM

2: Jangan melihat orang lain dengan PANDANGAN HINA.
3. Jangan melihat aurat Muslim..

Moga2 tulisan ini bakal  menghalang api neraka yang bahan bakarnya daripada manusia dan batu.


Selamat menuai pahala.

Ramadhan Kareem.

2 comments:

  1. Berbanyak terima kasih kpd Ustazah yg sudi berkongsi ilmu.

    Selamat meneruskan ibadah puasa.

    ReplyDelete
  2. bersabar dalam menjalani kehidupan, semua itu dugaan.

    ReplyDelete