29.4.13

JADILAH PENGENDALI BUKAN PEMILIK

Antara produk Kelas Langsir alMujahid & Umrah alMujahid Travel

 Mesin Jahit sesuai untuk langsir , baju dan lain2. Di pasaran banyak yang klon tetapi saya hanya menyediakan yang original. Harga original RM2200 ke RM2300 dan untuk pelajar Kelas Langsir alMujahid RM1900. Yang klon RM1600 ke bawah.
 Kitab Pendinding diri yang diijazahkan Habib Hussin alHaddad sewaktu saya disihir. Alhamdulillah kitab ini berjaya membantu menyingkirkan sihir, menambahkan rezeqi kesihatan dan lain2. RM30 dan hasil kutipan untuk hadiah semula kepada Habib Hussin. Beliau keturunan Rasulullah SAW dan tidak layak menerima sedeqah. 
Mengandungi semua ayat2 alQuran yang sesuai berkaitan sihir dan rezeqi. Sesungguhnya alQuran adalah mukjizat. Yang memudahkan segalanya HANYA ALLAH AZZAWAJALLA.
 Mesin Sulaman khusus untuk mereka yang indin serius dalam biz sulaman. Sesiapa yang ingin menceburi bidang ini akan diberikan kursus percuma untuk software design dan berkaitan. Sesuai untuk  bisnes dalam rumah. Amat praktikal. Menjana pendapatan lumayan. Sebab itu bangsa asing ramai buat duit dalam industri ini.
Menyulam pelbagai bentuk logo, nametag, lencana, tuala, cadar, telekung, baju, tudung dan lain2. Dan menjana wang melalui design.
 antara sulaman di telekung. Saya akan upload gambar telekung yang mendapat sambutan dari pelanggan tetap dan baru. 

Madu Sidrr dari Hadramawt Yaman. Dalam saiz 225+-gm sebotol. 
Ada gred A+ RM200, A1 RM150 & A3 RM130.
Perbezaan gred berdasarkan tapisan dan kualiti. 
Syarikat saya hanya membekalkan madu gred tinggi dan TIDAk membekalkan madu sidrr gred bawahan. Maka harganya tinggi jika dibandingkan di pasaran.
Ramai yang telah membeli dan mereka membeli gred A+ & A1. Hanya yang telah meminumnya akan sedar kelainan dan khasiatnya.
Bagi yang ragu solat istikhorah.



Ramai bertanya kepada saya bagaimana saya boleh berniaga macam2. Bagaimana boleh meniaga tanpa takut kerugian. Bagaimana boleh berjaya dan sebagainya.

Saya tiada rahsia utama cuma untuk dikongsi tentu mengambil masa. Untuk memilikki jiwa sekental saya ianya perlu bersemuka. Perlu dilatih jiwa untuk meredhoi. Yakni untung dan rugi.
Sebut perkataan rugi ianya menunjukkan ada masa kita akan kerugian. Ya benar kita akan kerugian jika kita sendiri memikirkan tentang kerugian. 
Berdasarkan pengalaman saya belum pernah sekalipun saya kerugian walau sesen. Tidak logikkan? Tiada kerugian langsung. Sesungguhnya saya berpegang suatu perkara sahaja, yakni semua yang ada @ bakal ada adalah bukan hak saya. Jika bukan hak saya bagaimana ianya mendatangkan kerugian. Saya tiada rugi langsung.
Sedari saya lahir semuanya adalah hak Allah SWT yang dipinjamkan sebentar untuk saya mengendalikannya. Saya hanya PENGENDALI BUKAN PEMILIK KEKAL. Jadi jika kalian belum ada sifat sebagai PENGENDALI maka belajarlah untuk mengendalikan hak Allah. 
Mulakan dengan mengendalikan masa yang Allah pinjamkan. Kemudian rezeqi kesihatan dan lain2 yang ada tempoh luputnya.Moga moga kalian tidak rugi dari segi masa, rezeqi, kesihatan & kebahagiaan.


4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Ada buat kelas jahit langsir?

    ReplyDelete
  3. Assalam wrb.
    Ya kelas langsir akan disambung selepas raya. Sila lihat jadual yang akan dimaklumkan.
    Ramadhan Kareem

    ReplyDelete
  4. agaknye berapa kg ye berat machine jahit langsir tu?

    ReplyDelete