17.4.13

Andai umur bisa dipanjangkan

Allahummoussolli a'la Saiyidina Muhammad wa a'la aalihi wa sohbihi ajma'in

Catatan ini khusus untuk Uncle Aminnuddin yang dihormati

Uncle,

Hidup kita pasti indah jika kita kaya, pasti lebih indah jika kita mampu memilikki semua yang makhluk lain ingin kita milikki dari segi dunia dan akhirat.
Namun, benarkah Uncle segala yang kita impikan dan hajati itu akan memberi keindahan kepada kita? 
Benarkah kekayaan dunia akan meletakkan kita hebat di mata dunia.
Benarkah nikmat semua yang kita minta itu apabila dimaqbulkan adalah tanda Allah menyintai kita?
Benarkah ya Uncle?

Uncle,
mengenali diri mu dari jauh, mendengar cerita mu dari jauh mengajar saya erti suatu nilai terindah yakni mensyukuri nikmat sihat.
Uncle Allah amat menyayangi Uncle kerana diberi ujian kesakitan 
Allah anugerahkan Uncle kesakitan dan sedikit kesulitan kewangan.
Allah anugerahkan Uncle secebis ujian yang dinilaikan nanti di hadapan Allah SWT adalah lipatan pahala apabila Uncle redho dengan ujianNya.
Betapa beruntungnya Uncle dibandingkan saya kerana Uncle terpilih diuji kesakitan.
Asbab kesakitan itu Uncle mampu beristiqfar, mampu bertahlil mampu bersolawat, sedangkan saya yang sihat selalu sahaja terlupa untuk Istiqfar, Tahlil dan Solawat. Bertuah uncle kerana banyaknya pahala sedang dihimpunkan.

Uncle,
Saya tahu Uncle sedang gusar dengan detik kematian yang bakal menjemput. Kanser Uncle merebak seiring denyutan jantung Uncle, seiring zikir Uncle.
Ayuh Uncle, jangan membiarkan sesaat masa berlalu tanpa mengalunkan zikir..masa kian suntuk untuk menambah dana Akhirat.Alunkan zikir ya Uncle.

Uncle, 
peluang terakhir Uncle untuk memanjangkan umur adalah dengan memartabatkan ilmu. Jika Uncle tidak mampu untuk mengajarkan ilmu, jadilah pendengar ilmu, jadilah orang yang mengusahakan tempat ilmu dan PENCINTA ILMU.

Nanti bila ALLAH SWT mengarahkan kita berbaris di Mahsyar pasti orang lain kehairanan bagaimana Uncle yang hidup pendek di bumi bisa ada amalan ratusan tahun malahn ribuan tahun..
Rebutlah Uncle sisa masa yang ada untuk mengejar keberkatan Ilmu agar rezeqi menjadi berkat, kesihatan diberkati dan segalanya berkat.
Hanya yang berILMU diangkat statusnya di sisi Allah.

Moga moga, kalam ini bisa menjadikan Uncle sebagai umat Muhammad SAW yang Rasulullah SAW berbangga di depan Allah Azzawajalla.
Ameen Allahumma Ameen

Uncle,
hidup dan mati lilahirobbil aa'laminn

1 comment:

  1. Suatu peringatan/nasihat yg berfaedah utk Semua - yg kaya, miskin: yg sehat, yg sakit.
    Syurga Firdaus memang impian setiap Muslim - nikmatnya kekal. Namun keselesaan hidup di dunia ini, walaupun sementara, tidak di nafi/abaikan. Kena cari keseimbangan, jgn sampai rugi kedua2nya.
    Setiap insan memang akan di uji - harta/kekayaan, pangkat, kurang wang, kecantikan, sakit, dll. Kena redha, bahkan ada yang kata: "Syukur kerana telah di uji." Menjadikan seseorang lebih rapat dengan Allah SWT.
    Pengisian ilmu memang tugasan sepanjang hayat. Manakan sama darjat seorg Hamba Allah yg berilmu berbanding yg tiada/kurang ilmu.
    Berbanyak terima kasih atas suntikan semangat. Wallahualam.

    ReplyDelete