22.2.13

Jutawan Dunia

"Ya Allah! Tolonglah daku dalam mengingatiMu, dan supaya daku sentiasa bersyukur kepadaMu dan sentiasa melakukan ibadat yang terbaik."

Doa yang dianjurkan Rasulullah SAW kepada Muaz ibn Jabal r.an. setiap kali usai solat.

Duhai pelajar Kelas Langsir alMujahid,

Alhamdulillah saya selamat pergi dan pulang dari melepaskan sedikit kerinduan kepada Rasulullah SAW. Dan kerinduan itu bertamu kembali. Dan pasti kerinduan ini tidak akan berhenti hingga jasad mampu disemadikan di bumi Madinah..Allah Allah Allah..impian yang mungkin Ya dan mungkin Tidak namun ianya tetap diharapkan seperti dalam doa tika teringat kematian 
" Ya Allah ! Matikan ku di salah satu bumi HARAMAIN."

Kali ini saya tidak menulis bab umrah kerana kisah itu telah saya tulis di blog Konvoi ke taman syurga. Boleh link di sebelah page ni.

Pagi ini saya ingin menukilkan sedikit tentang rahmat Allah Azzawajalla. Sesungguhnya saya sedih, kadang kadang kasihan dan kadang kadang hairan dengan ketaksuban kalian untuk menjadi kaya. Membaca status bekas pelajar Kelas Langsir Almujahid, yang dipaparkan di FB, jelas menunjukkan simptom ingin kaya.
Kalian sering menulis kaya, berjaya, kaya sedeqah, kaya zakat, berani, yakin boleh, mesti kaya dan pelbagai lagi kekayaan cuma tidak menlis makan roti sekaya saja. Yang lain kayaaaaaaaaa dan mimpi kayaaaaaaa. Hanya dengan kaya kalian mampu melakukan segalanya.


Seorang jemaah umrah alMujahid Travel, berdoa di depan Multazam, dalam Hijr Ismail, dalam Raudhah, sewaktu tawaf. Dan doanya khusus untuk kaya. Katanya: " bila kaya Aku tidak berhutang lagi. Aku boleh bantu orang lain . Aku boleh bayar zakat yang banyak , boleh sedeqah banyak, menjana ekonomi, membantu ibu tunggal bla bla bla..

Persoalannya di sini , Benarkah bila kaya mampu buat semua itu?
Hebat seorang hamba Allah yang hina, meminta kepada Allah SWT sesuatu untuk melakukan sesuatu. Lagak seperti anak kecil sewaktu meminta dibelikan mainan.
"Jika Ibu belikan Ultraman nanti Aiman buat kerja sekolah, Aiman basuh kasut sekolah, Aiman bantu Ibu dan bla..bla..bla.."

Bila dah dibelikan, sehari dua sahaja anak mengotakan janjinya dan selepas itu mulai melupakan dan bila mainan itu dah jemu untuk dimainkan maka janji tinggal janji.

Kenapa ianya berlaku? Jawapannya kerana itu bukan sifat semulajadi dan janji itu bukan kerana Allah. Jika segalanya kerana Allah SWT walau belum memiliki segalanya telah menjadi kebiasaan. Tidak perlu mengumpan untuk memiliki yang belum pasti layak @ tidak.

Kalian ingin menjadi jutawan? Baca dulu kisah bekas jutawan ini. Beliau ceritakan sewaktu menghadiri Seminar Hidup Tanpa Hutang Dis lalu.

" Saya dulu seorang jutawan. RM15 juta sebulan. Saya kontraktor kelas A. Dulu sewaktu zaman kegemilangan saya, saya terlupakan Allah SWT. Saya berjalan bagai tak pijak bumi.
Saya sarapan pagi di Singapura, makan tengahari di Dubai dan makan malam di London.

Sewaktu saya jutawan, saya mengabaikan umrah dan haji kerana hati saya mati ke arah itu. Saya memandang orang lain terlalu lekeh, nak pandang sebelah mata pun rasa tidak berselera. Betapa angkuhnya saya seorang jutawan. 

Kawan kawan saya orang hebat dunia. Saya disanjung antara usahawan terbilang. Cakap apa saja saya mampu lakukan.

Hidayat Allah muncul tahun 1999, setelah krisis ekonomi 1998. Saya hilang kekayaaan. Harta jutaan saya mulai hilang. Satu persatu Allah tarik semula. Hingga saya tiada wang langsung. Saya bukan terduduk tapi dah lembik tergolek..
Alhamdulillah semasa saya jutawan, isteri saya tidak berhenti kerja. Allah gantikan kehilangan jutaan ringgit saya dengan kenaikan pangkat isteri.

Setelah itu kami berhijrah ke hulu bandar. Jauh dari orang yang mengenali. Kawan kawan semua hilang. Saya menanggisi kejatuhan saya. Dulu Aku Jutawan..dulu Aku Jutawan. 

Suatu hari , isteri saya mengajak saya pergi umrah sedangkan kami tidak mampu. Saya menanggis kerana RM10k je untuk umrah kami suami isteri tapi saya tidak mampu. Saya tiada wang langsung. Jangan hairan kenapa dulu saya tidak simpan..tidak itu..tidak ini..jangan di hairankan kerana semuanya Allah telah ambil semula.

Dalam tanggisan saya di malam hari, saya sujud kepadaNya, sujud yang sungguh-sungguh. Saya merayu kepadaNya, Saya menyesali keterlanjuran saya. Allahu Allah..Dia Maha Mendengar. Dia Maha Penyayang...Dia menjemput saya suami isteri walau saya fakir.
RM10k yang saya cari Allah bagi melalui seorang saudara miskin yang pernah saya pinjamkan wang kepadanya. Beliau membayar hutangnya di saat saya memerlukan dan saya tidak ingat pun yang beliau pernah berhutang. Allahu Akbar.

Pulang umrah, tahun lepas (2011) sekali lagi isteri saya menyuarakan keinginan untuk melakukan umrah tetapi teringin membawa kesemua 5 orang anak kami. Allah! Di manalah lagi mampu dicari perbelanjaan itu kerana keinginan kami Umrah di bulan Ramadhan.

Tiba tiba,
" Hello Bro! Aku nak masuk tender RM 10juta. Please sembahyang hajat untuk Aku."

Saya melakukan solat hajat untuknya dan tidak mengharapkan balasan langsung. 

Sebulan kemudian

"Bro! Buat pasport semua anak anak. Aku nak hantar Bro sekeluarga umrah awal Ramadhan.  Tender Aku lulus"...

Allah...Allah...Allah.. La ila ha illa anta, subhanaka inni kuntu minouzzholiminnn..siapakah yang menzalimi diri sendiri selama ini...siapa?

Kini...saya tidak mahu kembali kaya. Saya tidak layak memikul UJIAN KEKAYAAN. Alhamdulillah saya dihidayatkan NYa. Jika saya terus hanyut, ke manakah saya layak tinggal di bumi ini? 
Saya selesa dengan sedikit perniagaan kecil kecilan. Yang tidak membebankan saya untuk memikirkan sales, sales, sales. Saya boleh lena tidur kerana tidak ada impian dalam kepala untuk dicapai lagi. Saya tidak ingin lagi semua itu melainkan cinta ROBBI...

Cukuplah hidup dan matiku hanya untuk NYa...

Baarakallahu fiikum


3 comments:

  1. Alhamdulillah...terima kasih ustazah...
    Ingatan..nasihat...semuanya...
    RM1 je sehari..tak yah tunggu kaya kan ustazah..
    ikan masin saya RM3.00 jer..hehehe...

    ReplyDelete
  2. mohon dishare link ini..untuk tatapan rakan2 terima kasih

    ReplyDelete
  3. Camana nak jadi millionaire di dunia dan billionaire di akhirat? MasyaAllah.

    ReplyDelete