1.1.13

Pinjamkan Untuk Allah SWT

La Quu wata Illa BILLAHil a'liyil a'zhiim...
Astagfirullah Astagfirullah Astagfirullah.

Pelajar Kelas LAngsir Almujahid yang dikasihi,

Subuh tadi, satu persatu bayangan wajah kalian saya nampak..ada yang saya ingat namanya dan ramai yang saya terlupa terus namanya. Sesuailah dengan taraf hamba Allah yang mewarisi sifat Lupa, apatah lagi Melayu Mudah Lupa.
Saya merasakan seolah kalian ingin berdamping rapat dengan saya. Saya seolah mendengar rayuan kalian di kelas2 langsir Almujahid.."Ustazah! Doakan saya."

Semalam sewaktu Seminar Hidup Tanpa Hutang, ada yang memeluk saya dengan kejap. Terasa denyutan jantung kalian. Terasa lelehan air mata kalian. Dan saat ini saya ingin membantu kalian agar apa yang kalian impikan menjadi kenyataan. Yakni, hidup, mati dan dibangunkan dalam IMAN.

Kali ini saya ingin menghuraikan serba sedikit hasil ilmu semalam di SEMINAR HIDUP TANPA HUTANG & BOS PRODUK SENDIRI, yang telah di adakan di KOMPLEKS TABUNG HAJI KELANA JAYA.

Antara penceramah jemputan adalah Yang dimuliakan alHabib Ali ZAenal Abideen Alhamid, cicit RASULLAH SAW yang ke 41. Sentuhan alHabib Ali, masyaAllah Tabarakallah, umpama darah yang mengalir hingga ke hati, mengalir penuh kesempurnaan dan akhirnya membasahi hati dengan lautan airmata. Ya, bukan hanya airmata yang mengalir tetapi HATI ini turut banjir airmata.  Benarlah kata2 yang ikhlas kerana Allah akan melunakkan pendengaran, mengkelukan lidah dan melembutkan hati yang keras. Betapa beruntungnya kami diziarahi beliau.

Huraian yang ingin saya kongsikan adalah berkenaan firman Allah SWT yang bermaksud:

" SIAPAKAH ORANGNYA YANG MAHU MEMBERIKAN PINJAMAN KEPADA ALLAH SEBAGAI PINJAMAN YANG BAIK SUPAYA ALLAH MELIPAT GANDAKAN BALASANNYA DENGAN BERGANDA-GANDA BANYAKNYA. 
DAN ALLAH MENYEMPITKAN DAN MELUASKAN (PEMBERIAN REZEQI) DAN KEPADANYALAH KAMU SEMUA DIKEMBALIKAN".

( alBaqarah 245)

Dari pemahaman saya yang jahil, Allah Maha Pemurah, memberikan pelbagai jenis rezeqi, sama ada wang, tenaga, anak2 & harta benda. Namun sifat Maha Penyayang & Maha PengasihNya, diberikan lagi ganjaran kebaikan kepada sesiapa yang sudi MEMINJAMKAN KEPADA ALLAH apa yang dia miliki.
Allah Maha Kaya, tetapi Dia mahu berhutang dengan hambaNYa yang maha hina. Sedangkan Allah tidak langsung memerlukan kita untuk berkuasa. Namun kerana sifat Allah Yang Maha Hebat, Allah membuktikan KEMURAHANNYA dengan memberi kita peluang sekali saja yakni TAWARAN MEMINJAMKAN MILIK KITA KEPADANYA.

Maka tentu kita ketawa, kehairanan @ kebingungan. Apakah Allah itu sebenarnya papa kedana. Hingga TIDAK MALU MEMINJAM. Jika kalian berfikir demikian, kalian belum lagi kuat aqidah kepadaNya. Dengan kekuasaan Allah yang memiliki Arasy Allah SWT TIDAK MEMERLUKAN HAK KITA. Allah sengaja memberikan kita peluang untuk meraih ganjaran berlipat kali ganda di AKHIRAT.

Kita tahu dan sedar DUNIA INI MENIPU , tetapi kita yang sering membiarkan diri kita ditipu. Ditipu untuk menyintai hak kita hingga terlupa bahawa kita tidak pernah memilikki hatta sebesar zarah. Semua yang ada hanya milik Allah. Maka janganlah kita menjadi sehina-hina makhluk dengan membiarkan kita diketawakan penghuni langit kerana perasan hak di dunia yang dipinjamkan Allah adalah hak kita. Ingatlah duhai pelajar-pelajar Kelas Langsir Almujahid, bahawa kita tiada apa..hatta yang di badan adalah pinjaman Allah SWT.

Moga-moga perkongsian ini kalian manfaatkan. Mulailah menjadi manusia yang sanggup MEMINJAMKAN untuk ALLAH AZZAWAJALLA. Jadilah manusia yang sentiasa BERSYUKUR.

BARAKALLAHU FIIK


No comments:

Post a Comment