22.1.13

jangan Mendekati

Allahummoussolli a'la Saiyidina Muhammad wa a'la aalihi wa sohbihi ajma'in. 
Alhamdulillah Rabi'ul awal muncul lagi bersma cinta dan rindu kepada Baginda SAW.
Bulan yang dulu pernah membawa rahmat dan hingga kini masih dirahmatiNya. 
Saat merindui Baginda SAW, bagai terasa Baginda masih bersama, masih mengajar adab, masih merawat duka, masih membantu umatnya dan masih mampu tersenyum di sebalik keperitan hidupnya.
Ya Rasulallah..Walau dikau tiada kini, namun kerinduan ini tidak pernah terpadam.
Walau kini dikau hanya dalam kenangan, namun kenangan itu tetap subur di ingatan.
Ya Rasulallah..Engkau pembuka pintu rahmat..bagaimana bisa daku melupakan mu walau sesaat..kerana asbab engkau Ya Rasulallah..daku kini mendapat rahmat Ilahi.

YA RASULALLAH YA HABIBI
daku akan menziarahi mu sebagaimana sahabatmu Bilal ibn Rabah menziarahi mu. Kerinduan ini bagaikan bisa yang menjalar, pedih menikam hati, bagai belati yang menyembelih jantung. Kini daku menghitung saat untuk pertemuan kita. Namun Ya Rasulallah daku bermohon engkau syafatilah daku sekeluarga dan umatmu yang lain andai pertemuan ini tidak diizinNya..Jangan engkau tinggalkan kami Ya Rasulallah...

----------------------------------------------------------------------------------------------
Wahai pelajar kelas Langsir Almujahid,

Saya akan menziarahi Rasulallah SAW dan Saiyidina Abu Bakr r.an dan Saiyidina Umar r.an, mulai 4 feb - 19 feb. Maka segala pertanyaan boleh diemel @ sms.

Sebelum berangkat malam ini saya ingin berkongsi dengan kalian betapa banyaknya kita menzalimi diri sendiri.
Kezaliman itu terbahagi dua, yakni ;
1. Menzalimi diri sendiri,
2: Menzalimi orang lain dan makhluk Allah yang lain.

Antara kezaliman diri sendiri adalah kita membiarkan diri kita bakal dimusnahkan api neraka. Kita seakan makhluk yang benar- benar BODOH kerana mencari dunia, mengejar dunia dan berkorban untuk dunia tetapi akhirnya kita menzalimi diri sendiri dengan melemparkan diri kita ke Neraka Jahanam yang telah Allah Azzawajalla janjikan PASTI ada.

Allahu Akbar..LA ILA HA ILLA ANTA, SUBHANAKA INNI KUNTU MINOUZZOLIMIN.
Mengapa kita menzalimi dan bagaimanakah kita menzalimi diri sendiri.
Ianya berlaku kerana kita tiada Taufik & hidayahNya dan kita tidak menjaga diri sendiri dari azab neraka.

Contohnya,
Allah melarang kita dengan ayat LARANGAN seperti JUDI, RIBA, ARAK, SYIRIK , ZINA dan lain lain. Namun Kita membiarkan diri kita menghampiri larangan itu. Seperti kita tahu Judi itu haram, kita tiada perasaan benci kepada KEDAI MAGNUM, TOTO, malah kita boleh parkir kereta di depan kedainya tanpa sedikit rasa benci. Kita membiarkan diri kita menghampiri judi tanpa sedar. Kita merasakan kita mampu menjauhi Judi tetapi adakah kita pasti kita mampu?

Kita tidak mahu riba. Namun kita masih memegang kad kredit riba, membiarkan penjual mempromosi barangan dengan bayaran riba seperti membeli TV Plasma, Perabot dan lain - lain dengan bayaran ansuran yang minima dan akhirnya kita terperangkap RIBA. Apatah lagi kerja kita sebagai peguam yang menjadi saksi RIBA.

ARAK! Oh! Kita tidak meminum arak, tetapi kita tidak rasa benci memasukki kedai bebas cukai yang turut mempamerkan arak. Jika di pasaraya, kita seakan redho berbaris di belakang pembeli arak. Kita redho melihat larangan itu kerana kita rasa kita mampu untuk tidak meminumnya. Sebab itu jika menonton drama Korea, Barat , Cina hatta Melayu, kita tidak kisah pun babak meminum arak. 
Kita juga berbangga sebagai Juruterbang, Pramugari, pramugara, Chef, Pelayan dan sebagainya hingga kita tidak kisah menzalimi diri sendiri.

ZINA! Kita bebas zina. Baca di fb, bergurau jantan betina, kadang-kadang gurauan BAB LAKI BINI, kita jadi tukang like & komen, sambil ketawa mengekek. Jika di pejabat pula bergurau bagai adik beradik dan ada yang bagai laki bini. Setakat tumpang sekaki menjadi lumrah. Kadang-kadang bertempuk tampar. Benar kalian tidak berzina TETAPI MENGHAMPIRI ZINA.
Pastikah kalian yang kalian mampu mengelak untuk jatuh cinta @ jatuh dalam pelukan zina?
Kita menonton drama bersiri dengan kusyuk, turut menanggis, ketawa, sakit hati bersama pelakon dan kita meredhoi perbuatan haram mereka sambil menzalimi diri sendiri.

SYIRIK? Mana kita syirik. Benar kita tidak menyembah selain Allah. Tetapi kita sibuk memikirkan hal pesta keagamaan lain. Contohnya, Thaipusam, Chap Goh Mei, Xmas, dan lain-lain. Kita tidak menyembah tetapi kita menjual makanan @ minuman di sepanjang jalan yang bakal di lalui penganut mereka. Kita tahu mereka kehausan dan kelaparan, kemudian kita menjual makanan minuman dan mereka bertenaga kembali untuk meneruskan amalan penyembahan. Sedarkah kalian bahawa kalian telah memudahkan mereka untuk syirik kepada Allah. Jika pemandu teksi pula, bersubahat syirik menghantar mereka untuk menyembah selain Allah. Alasan kita mudah, bukankah ianya tidak haram? Benar ianya tidak Haram tetapi umpama sponsor, tetap dapat bonus.

Banyak kemungkaran yang kita lakukan dalam mengejar dunia. Kita kononya menikmati dunia tetapi KITA MENZALIMI DIRI SENDIRI. Antara kezaliman paling nyata...kita MELEWATKAN SOLAT HANYA KERANA KERJA...alangkah zalimnya kita. Kerana kerja kita menangguhkan mandi hadas, kerana kerja kita menangguhkan untuk berwuduk dan kerana kerja kita menghumbankan diri ke dalam neraka. 

JANGANLAH KALIAN MEMBIARKAN BADAN YANG SIHAT HARI INI , KULIT YANG CANTIK MENJADI BAHAN API NERAKA. KITA AKAN MATI DAN TUBUH KITA TIADA SIAPA YANG HENDAK LAGI KECUALI RUH KITA SENDIRI. SELAGI MAMPU PASTIKAN MATA YANG SEDANG MEMBACA, TANGAN YANG SEDANG MENAIP, KAKI YANG SEDANG BERDIRI, TELINGA , HIDUNG , MULUT DAN SEGALANYA MENJADI SAKSI BAHAWA KITA TIDAK MENZALIMI DIRI SENDIRI.

Setakat ini dulu, andai ada umur panjang kita bertemu lagi di akhir Feb.
Moga moga kalian yang mendoakan saya turut dijemput menziarahi RASULULLAH SAW. Satu pesanan saya,  khusus kepada pelajar KELAS LANGSIR ALMUJAHID, jangan ingat hanya berduit mampu umrah, ingatlah Allah mampu menjemput sesiapa sahaja. Moga kalian terpilih..
Ameen Allahumma Ameen

Baarakallahu fikum

2 comments:

  1. Berbanyak terima kasih Ustazah atas peringatan2 di atas ... sy kena banyak2 istighfar, insyaAllah.

    Selamat menunaikan ibadah Umrah , semoga di permudahkan segala urusan.

    AbAB
    Sect. 7, Shah Alam

    ReplyDelete
  2. terima kasih Ustazah di atas semua peringatan yg diberikan..sy akan cuba yg terbaik supaya sy tidak menzalimi diri sy sndri, org lain serta makhluk Allah yg lain..InsyaAllah..

    Selamat menunaikan ibadah umrah..semoga satu hari nnti, sy juga akan kesana menerima jemputan dari Allah SWT..

    Fahimah
    Puchong

    ReplyDelete