13.12.12

Seminar Boss Tanpa Hutang

Assalamualaikum wrb.
Assalamualaika Ya Rasulullah Ya habibuna..Ishfaglana Ya Habib..

Alhamdulillah dengan rahmatNya saya bisa menulis lagi. Lembut jari mengetik keyboard. Masih bisa duduk bangun tanpa letih @ merungut...Masya Allah Tabarakallah..nikmat yang tak mungkin didustakan..Masya Allah.

Dengan rahmatNya juga saya dapat merancang sekali lagi Seminar Hidup Tanpa Hutang cuma kali ini saya akan berkongsi satu lagi langkah yakni bagaimana menjual produk sendiri  bukan produk orang lain yang di jual tetapi JENAMA SENDIRI.

Dari dulu hingga kini kita sering melihat orang lain mempromosikan produk sendiri dan kita pula sekadar pembeli dan kemudian pengedar. Di syarikat2 jualan langsung MLM pula berderet pengedar Melayu tersenyum bangga di sebelah taukey bukan Islam.

Seorang sahabat saya, bekas guru menjadi jutawan syarikat SUSEN ( jenama pad wanita). Beliau seorang lelaki yang berjaya menjual pad wanita walau belum lagi pernah haid @ nifas hatta istihadoh. Namun beliau berjaya dan pastinya taukeynya lebih berjaya.

Sewaktu beliau berkunjung ke rumah saya dengan kereta besarnya, saya berkata kepadanya:
" Cikgu, jika Cikgu landing depan mata saya dengan pesawat peribadi sekali pun, saya tak akan salute. Kerana kekayaan itu tetap hak orang lain.
Namun jika Cikgu datang ke rumah dengan motor buruk tetapi menjual produk Cikgu sendiri saya akan sambut kedatangan Cikgu dengan penuh bangga. Kerana Cikgu berani memulakan perniagaan sendiri bermula dari bawah."

Setelah setahun, beliau menelefon saya dan berkata, 
"Kak (walau saya muda daripada dia), saya dah ada jenama sendiri.."

Sekarang beliau sedang mengusahakan pelbagai produk walau dulu hanya satu produk dan pastinya yang merasa teramat rugi adalah taukey nya.

Sama juga semua usahawan yang berjaya, semuanya ada produk sendiri. Bermula dari kecilan akhirnya gah membina nama di persada perniagaan. Tiada usahawan yang terus gah kecuali memang anak taukey bank @ taukey tanah emas. Maka kalian juga boleh bermula dari sekarang.

InsyaAllah di seminar itu akan diterangkan bagaimana kalian boleh menjadi boss. Berapakah modal yang perlu ada dan teknik permasaran. Pihak saya menyediakan PAKEJ PERNIAGAAN A 2 Z. Pihak kami akan menyalurkan maklumat yang diperlukan jika ingin nama PRODUK CIK KIAH @ PRODUK QEEYAH muncul di media...tiada yang mustahil untuk kalian juga seperti saya, yang sering muncul di media.

Untuk makluman berikut butiran lanjut:


SEMINAR HIDUP TANPA HUTANG 
RM500. DEPOSIT RM100 acc MAYBANK 558033403267
BAKI RM400, bayar TUNAI @ ANSUR ke tabung MADRASAH NURUL HIDAYAH, GUAR CHEMPEDAK KEDAH.
Setiap sen yang di keluarkan peserta untuk dana membina madrasah yang sedang dalam pembinaan.
Masa 9-1pm.

SEMINAR BOSS PRODUK
Percuma.
Masa 2-4pm.
Jika tidak ikuti sesi pagi, boleh juga datang sesi ini...cuma sedeqah le ikut suka.

Tempat di KOMPLEKS TABUNG HAJI KELANA JAYA pada 1 JAN 2013.

PANEL : YANG MULIA HABIB ALI ZAENAL ABEDEEN AL HAMID
              YANG DIHORMATI UTZ AMINUDDIN B ABDUL RAHIM
              PN SAHIDA SAID

PERTANYAAN tanyalah Ustazah..SAHIDA SAID 0194301212

Saya hanya ingin Masjid & Madrasah di Malaysia subur, moga dengan lahirnya ramai usahawan maka ianya subur mekar di bumi Malaysia. Hanya dengan perniagaan kita mampu membantu kewangan guru2 agama.

Baarakallahu fikum


3 comments:

  1. MasyaAllah bagus seminarnya...Tahniah2x

    ReplyDelete
  2. kat jb ada buat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam,
      maaf seminar hanya di Kl.

      Delete