25.12.12

Dari madrasah untuk madrasah

PRODUK  DARI MADRASAH UNTUK MADRASAH./ MINAL MADRASAH WA LIL MADRASAH

Alhamdulillah Allah telah memudahkan segalanya. Allah telah menyusun atur segala perancangan begitu mudah. Lancar dari mula hingga kini dan semoga Allah merahmati usaha ini.

Bermulanya Muharam 1434 Syarikat saya berkerjasama dengan Maahad Nurul Hidayah Lil Ta'lim wal Tazkiyah yang sedang dalam proses pembinaan di Guar Chempedak Kedah. Maahad ini dipimpin Yang Berbahagia Utz Hj Aminuddin Abd Rahim, Ahli Majlis Fatwa Kedah dan pensyarah Kolej Universiti Insaniah Kedah.

Tujuan maaahad ini ditubuhkan adalah untuk mentelaah kitab secara detail yakni dari kulit ke kulit. Dan kita sedia maklum kos pembinaaan sesebuah madrasah pasti menelan kos ratusan ribu ringgit. Apatah lagi maahad ini nanti jika beroperasi akan cuba untuk tidak mengenakan yuran kepada belajar yang benar2 berminat dan berpotensi untuk menjadi pendakwah.

Maka Allah memilih kami untuk menjana pendapatan bagi pihak madrasah ini khususnya dan madrasah lain amnya. Alhamdulillah  dengan ilhamNya maka pihak madrasah telah berkerjasama dengan pihak madrasah di Yaman untuk memasarkan madu asli dari Hadramawt Yaman.
Oleh sebab itu, projek ini dinamakan PRODUK DARI MADRASAH UNTUK MADRASAH.

PRODUK DARI MADRASAH UNTUK MADRASAH @ MINAL  MADRASAH WA LIL MADRASAH

Kenapa kami memilih madu?
Jawapan ini hanya Allah yang Maha Mengetahui. Ilham ni hadir kerana niat Utz Aminuddin untuk menyambung sunnah Rasulullah SAW tetapi sebagai seorang pendakwah beliau tidak mampu untuk merealisasi impiannya berseorangan. Maka Allah memberi peluang kepada syarikat saya untuk menyumbang tenaga & dana agar Utz Aminuddin dapat melahirkan ulama' di masa depan.

Kita hanya manusia yang jahil serba serbi, maka sewajarnya kita berdamping dengan ulama' untuk bersama menghirup madu syurga di akhirat nanti. Selagi kita ada tenaga dan mampu maka selagi itu kta kena berusaha. Maka kami mengharapkan dengan usaha yang kami rintis ini, para pembeli dan penjual madu dari syarikat kami akan bersama mendapat pahala jariah.

Azam kami hanya satu yakni dapat membantu fi sabilillah sama ada dengan menjual @ meminum madu keluaran syarikat AlMujahid. Dan segala keuntungan syarikat akan di bahagi 3 bahagian. 1/3, sebagai modal pusingan. 1/3 sebagai upah pekerja dan 1/3 dari hasil keuntungan adalah dana madrasah.

Maka kami memohon kepada para pelajar Kelas Langsir Almujahid, para jemaah umrah Almujahid Travel, para peserta Seminar Hidup Tanpa Hutang bantulah kami dengan secebis doa ikhlas. KAmi memohon kalian mendoakan MAAHAD NURUL HIDAYAH LIL TA'LIM WAL TAZKIYAH berjaya dibina dan dapat melahirkan generasi yang dapat menyelamatkan anak2 kita di masa depan.
Ameen Allahumma Ameen.


Membekalkan MADU SIDRR/BUQYAH HADRAMAWT.

Kelebihan Madu Sidrr adalah disebabkan lebah yang menghasilkan madu ini datang dari kawasan Pergunungan Dau'an, Hadramawt Yaman.  Bumi Hadramawt masih terpelihara keasliannya berbanding mukabumi di negara lain. Maka tidak menghairankan lebah di sana juga sihat walafiat lantaran minima pencemaran.

Kedua yang menjadikan Hadramawt istimewa adalah disebabkan ianya adalah bumi ketiga terbaik selepas Makkah & Madinah. Bumi KOTA SEJUTA WALI. Bumi barkah yang didoakan Rasulullah SAW.

Kelebihan @ kebaikan madu :

Ianya menepati seperti mana termaktub dalam alQuran

'Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung -ganang dan di pokok-pokok, dan dari apa yang mereka dirikan .

 Akan keluarlah dari badannya minuman (MADU) yang berlainan warnanya , yang mengandungi PENAWAR bagi manusia. Sesungguhnya yang demikian itu, tanda kekuasaanNya bagi orang yang berfikir.

( An nahl 68-69)

Sabda Rasulullah SAW:
"Ambillah /pergunakanlah olehmu sekalian akan dua penyembuh iaitu MADU & ALQURAN.
(Ibnu Majah)

"Barangsiapa yang ingin memiliki hafalan yang kuat , hendaklah dia meminum madu".

" Allah SWt telah meletakkan berkat di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri dan madu telah didoakan 70 orang nabi",
.
Barangsiapa meminum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat alQuran, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".

Saiyidina Ali Karramahullahu Wajhah r.an berkata
" Madu adalah ubat dari segala penyakit , tiada penyakit di dalamnya , ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati.

Sila google Kebaikan madu untuk info lanjut.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Kami menjual secara borong yakni secara botol besar. Setiap botol mengadungi 6.5++ kg madu dengan harga borong dan dalam botol 250gm untuk yang ingin meminum sendirian.

Jenis & Gred madu:

Madu Sidrr terbahagi kepada beberapa gred. Dari Gred A+++,  A++, A1, A2, A3, A4 & A5. Ianya dihasilkan dari lebah 

Gred A+++  diperolehi dari lebah lebah liar yang menghisap debunga di kawasan pergunungan Dau"an. Gred ini sukar diperolehi kerana kuantiti yang sedikit dan sentiasa di simpan untuk minuman di raja dan pembesar negara. 
Harganya menjangkau ribuan ringgit untuk perkilogram. Ianya suatu rezeqi jika kita dapat meminumnya.

Gred A++
Diperolehi dari Lebah yang menghasilkan madu ketika musim bunga. Madu ini juga agak sukar diperolehi dan ianya mempunyai khasiat asli 100%. Baunya harum wangian bunga Pokok Sidrr (Bidara).


Gred A1 adalah madu saringan pertama.
Asli , harum dan hampir sama keenakan seperti gred A++. Masih berkualiti tinggi dan menjadi rebutan penggemar madu .Khasiat asli 95%.

Gred A2 adalah madu saringan kedua.
Masih  berkualiti dan berkhasiat asli 85%

Gred A3 adalah madu saringan ketiga.
 Keasliannya masih ada dan kualitinya masih kekal asli 65%.

Gred A4 adalah madu saringan keempat.
 Dari kualitinya masih ada cuma dalam bilangan keasliannya menurun ke 50%.

Gred A4 & A5 adalah madu yang tinggal kurang dari 45%.
Ianya murah dan banyak di pasaran. Cuma jika ingin menjadikan madu sebagai ubat @ penyembuh sakit, ianya tidak sesuai. Lebih kepada sekadar penyedap masakan. Kekurangan khasiatnya di umpamakan seperti hampas tebu yang diminum. Masih ada rasa tetapi kurang kualiti. Ianya dikutip dari baki lelehan madu di pokok. Oleh itu kandungannya mula bercaampur dengan benda asing.


Madu gred B pula dinamakan Sumroh @ Samuroh.

Sumroh juga terbahagi kepada beberapa gred seperti di atas.

-----------------------------------------------------------------------------------
HARGA PER BOTOL MENGIKUT GRED ( 1 BOTOL 6.5 KG)

GRED A++   RM 3970
          A1      RM 2990
          A2      RM 2890
          A3      RM 2700

HARGA JUALAN DI PASARAN PER KG

GRED A++   RM 950-1000
          A1      RM 850-900
          A2      RM 650-700
          A3      RM 450-500
          A4      RM 350-400
          A5      RM 250-300

SUMROH A1 RM 300

HARGA JUALAN ALMUJAHID PER KG (MENGIKUT HARGA DELER)

GRED A++   RM 900
           A1     RM 600
           A2     RM 550
           A3     RM 500

JIKA INGIN DALAM BOTOL KECIL, BOLEH JUGA DI PESAN, TETAPI HARGANYA BERBEZA DARI HARGA PER KG.

**JIKA INGIN MENJADI PENGEDAR PESANAN 1 BOTOL (6.5 KG) KE ATAS.

-----------------------------------------------------------------------------------

Pihak kami hanya membekalkan Madu Sidr /Buqyah gred A++, A1, A2, A3. Serta Sumroh gred A1.

Sesiapa yang berminat untuk menjadi pengedar madu sama ada atas nama produk sendiri @ sebaliknya sila tel saya Ustazah Sahida 0194301212.
Juga bagi yang sekadar untuk minuman sendiri juga boleh menelefon saya.
Jika merasa ragu dengan pernyataan di atas @ tentang gred, sila Solat Istikhorah sebelum berurusan.


No comments:

Post a Comment