26.11.12

niqmat barkah

Assalamualaikum wrb.
Masya Allah La quu wata illa bILLAhil a'liyil a'zhiim.
Alhamdulillah...Alhandulillah...Alhamdulillah.

Sesungguhnya setiap sesuatu bermula daripada niat. Selepas niat yang baik adalah melakukan yang terbaik. Selepas niat & perbuatan yang baik, kita akan menuai hasilnya. Hasil yang baik ianya barkah & begitu sebaliknya.

Saya percaya dan yakin semua inginkan keberkatan rezeqi. Rezeqi di sini merangkumi makanan, pakaian, anak2 & harta yang lain. Cuma ramai terlupa memikirkan betapa pentingnya rezeqi yang barkah.

Sebagai contoh..apabila kita bangun pagi dan solat Subuh kita membaca tasyahud akhir tanpa memahami maknanya. Sedangkan dalam tasyahud kita dah mohon barkah sewaktu memberi salam kepada Rasulullah SAW.
Kemudian kita sibuk menyiapkan diri untuk ke tempat kerja dan memandang ahli keluarga tanpa mengucapkan Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh. Kita berlalu pergi tanpa doa mohon barkah untuk keluarga. D sepanjang perjalanan kita x fikirkan untuk mendoakan orang lain keberkatan sebab itu kita berselisih di jalan tanpa ucapan salam. Masuk ke pejabat jarang ucapkan salam tapi terus fikir bebanan kerja.

Bila bekerja di sektor yang melibatkan RIBA, kita juga tidak kisah bab barkah. Alasan utama mencari rezeqi adalah wajib dan RIBA itu darurat. Benar..darurat yang kita sendiri wujudkan. Kita memberi alasan dulu tidak tahu tapi bila dah tahu hutang rumah & kereta serta keluarga x cukup makan jika kita berhenti kerja. Maka sekali lagi kita x kisah bab barkah.

Kadang2 kita sebagai peguam saja. Peguam juga terlibat dengan bab barkah. Jika sanggup membela mereka yang nyata bersalah, maka haramlah rezeqi itu. Jk sebagai peguam perumahan pula, tetap terlibat sebagai saksi dalam pinjaman konvensional.

Ada juga yang meminjam untuk keperluan pendidikan, bab faedah rileks semacam je. Sanggup membiayai pendidikan sendiri @ anak2  dari sumber haram.

Sekarang usahawan kena ada modal besar. Maka pinjaman yang tidak Islamic no hal bagi mereka. Janji boleh memulakan bisnes. Mulai perniagaan dengan modal pinjaman yang wajib ada faedah bulanan @ tahunan. Bila berniaga untung besar tapi x barkah. Ada kes pelajar langsir saya meminjam daripada skim kerajaan tapi x Islamic, membuka kedai langsir, berhenti kerja & fulltime di decor. Sekarang memang ligat menerima tempahan ribuan ringgit tapi setiap kali bersembang dengan saya ayatnya x pernah cukup modal.
Kenapa dia selalu mengeluh x cukup walau ribuan ringgit dia dapat? Ianya berpunca dari hilangnya keberkatan.

Duhai pelajar kelas langsir almujahid,
Jagalah nilai keberkatan sewaktu berurusniaga. Jangan sesekali menganggap pelanggan x akan tahu. Selagi Allah Maha Mengetahui, maka Allah bisa mengkhabarkannya. Bila kalian mengira kain dan upah, kiralah betul2. Ikut formula yang saya dah ajar. Jika yersalah kira, biarlah kalian rugi daripada hilang barkah.
Jika kalian tersilap jahit @ gunting, bersedialah menggantikannya. Jangan merasa rugi dengan kekurangan hari ini.

Banyak lagi nilai2 barkah. Antaranya menghormati guru. Hormatilah guru walau hanya sepatah yang di ajar. Sentiasa ingat bahawa ilmu yang barkah bersama guru. Moga sedikit ingatan ini menambah keberkatan hidup kalian.
Sentiasalah menjaga keberkatan dalam kehidupan.

BaarakALLAHu fiikum

No comments:

Post a Comment