13.10.12

Jujurlah hati

Laa Ila ha Illa anta Subhanaka inni kuntu minouzzholimin..

Astagfirullahal a'zhim wa atubu ilaik.

Pelajar Kelas Langsir alMujahid,

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit rasa..rasa yang kita sering terlupa, rasa yang kita sering lalaikan dan rasa yang kita tidak endahkan. Yakni rasa menjadi ikhlas LIllahi TAala.

Kita memang sering melafazkan di bibir, 'Ya saya ikhlas", "Ish , jangan risau , saya memanggggggg ikhlas" "Saya tak kisah pun, ikhlas!"

Namun benarkah ianya ikhlas. Bagaimana kita menafsirkan kita ikhlas dan bagaimana pula kita mengatakan kita Ikhlas? Keihlasan  sukar ditafsirkan. Ada orang ianya tidak mengenakan sebarang bayaran untuk kerja dan usahanya kerana dia mengatakan ianya Ikhlas. Ada pula mengenakan bayaran dan mengatakan ianya juga Ikhlas. Jadi, di manakah nilai keduanya.

Seringkali pelajar-pelajar Kelas Langsir alMujahid berkata kepada saya, " Saya selepas kelas ni, mahu mengajar orang lain. Dan saya tidak mahu mengenakan sebarang yuran, ikhlas je..bukan bawa mati pun". Ada juga yang menguatkan hujah " Saya tak kesah, berapa mereka nak bayar, sebab saya ikhlas" Sama juga yang mengambil tempahan langsir, "Ala Ustazah, saya ikhlas mahu menolong je, takkan nak ambil upah mahal-mahal." Pelbagai ungkapan dan luahan hati demi menunjukkan ikhlas seikhlasnya.

Sebagai manusia, yang mengakui bahawa adanya hari pembalasan, yang mengakui akan wujudnya Syurga Neraka, sewajarnya memikirkan apa yang dilafazkan itu ikhlas atau sekadar penyedap rasa penyejuk telinga. Bagi yang takut azab Neraka, tidak akan menyebut perkataan "Saya Ikhlas..yakni menceritakan kepada penerima atau orang lain bahawa dia ikhlas. Ikhlas adalah sesuatu yang tidak di ingati dan tidak dirancang awal keikhlasannya.

Ulama' mengumpamakan Ikhlas itu adalah seperti keadaan seseorang selepas Qado hajat. Sebagai manusia waras, kita tidak merancang masa jangkaan sepatutnya "MELABUR DI BANK SIMPANAN RUMAH" kerana seringkali "bila penuh ianya kena dikeluarkan, walau cuba menahan" dan sewaktu "melabur" kita tidak mengira jumlah pelaburan semasa, pelaburan sebelum dan akan datang". Kita tidak akan "edit @ audit". Bilamana urusan "perlaburan selesai", kita tidak pula akan mengingati "jumlah perlaburan" kerana "perlaburan" itu bukan sesuatu yang bernilai. Hatta jika ada yang mahu mengumpulkan dan memberikan kepada kita, kita pasti tidak mahu malah sanggup melarikan diri dan saat itu kita memang benar-benar IKHLAS tidak mahu mengambil tahu jumlah dan laporan terkini.

Itulah IKHLAS yang sebenarnya. Maka, jika kita Ikhlas, kita tidak menyebut, mengingati atau bercerita. Ikhlas itu umpama "perlaburan " tadi. Dan keikhlasan itu hanya Allah SWT yang mengetahui. Kita tidak akan Ikhlas selagi hati kita masih mengingati, maka yang boleh menjawab kita Ikhlas atau tidak adalah HATI, jadi Jujurlah duhai hati, adakah kita Ikhlas.

Jujurlah duhai hati, kerana jika ianya suatu pembohongan, Allah Maha MEngetahui apa yang tersurat mahu pun tersirat. Jujurlah duhai hati, jika Ikhlas itu tiada kerana nanti ALlah akan melemparkan ke muka semula apa yang di bawa Malaikat Rahmat. Jujurlah duhai hati, kerana Ikhlas itu hanya engkau HATI...yang boleh Ikhlas. Ikhlas kah daku saat ini wahai pemilik hati??? Moga-moga selepas ini kita benar-benar IKHlas LIlahi Taala, dan jika masih mengenang maka kita belum Ikhlas...

Wallahu a'lam.


No comments:

Post a Comment