18.9.12

Kayakah kita?

Allahummoussolli a'la Saiyidina Muhammad wa a'la aalihi wa sohbihi wa salam.

Doa Rasulullah SAW

" Ya ALLah ! Kayakanlah aku dengan ilmu & hiasilah aku dengan sifat lemah lembut. 
Muliakanlah aku dengan ketaqwaan serta indahkanlah aku dengan kesihatan"


Wahai pelajar Kelas Langsir alMujahid,

Apakah doa kalian setiap waktu?

Mungkinkah doa sebegitu atau berbeza terutama bab KAYA.

Berapa ramai yang memohon untuk kaya dunia & berapa ramai yang mohon kaya ILMU. 

Saya yakin sewaktu kalian mengikuti Kelas Langsir Almujahid, kalian juga inginkan mengecap kekayaan dalam bidang jahitan langsir. Kalian menyimpan keinginan untuk "kaya" jika tidak seperti saya cukuplah seperti pelajar saya yang berjaya.

Kayakah saya? Jawapan kalian saya kaya..Ya Benar saya kaya dengan harta pinjaman Allah.
Saya kaya dengan nafas...JIka Allah sempitkan artenari saya..pasti saya sudah di IJN. Tapi jika saya ke IJN saya memang boleh kaya, mahu pula di situ ada jutawan yang menunggu PEMINDAHAN JANTUNG. BAGAIMANA..JUAL JANTUNG.

Kayakah saya? Jawapan saya, segala yang ada hanya milikNya, bila2 masa akan dipulangkan sama ada lambat @ cepat. Selagi saya @ kalian masih memegang status HAMBA, maka kalian selamanya tidak mungkin akan kaya. Kita sering memikirkan untuk dunia, setiap doa kita juga untuk dunia. 

Salah satu yang ingin saya huraikan, sikap kita apabila menyekolahkan anak2. Niat kita bila besar, mereka mampu berdikari dengan gaji besar. Kita mengharapkan anak2 lulus cemerlang dalam UPSR, PMR, SPM  malah hingga Phd. Status dunia begitu hebat sebab itu ramai di kalangan kita memohon kepadaNya anak2 yang berjaya. Tetapi kita terlupa bahawa kelulusan Msia @ dunia sekali pun tidak meluluskan kita menjawab Mungkar Nakir. 

Trend sekarang menghantar anak2 ke Maahad Tahfiz yang bersulam pendidikan Malaysia supaya anak2 itu boleh mendokong gelaran Doktor alHafiz, Pilot alHafiz dan sebagainya. Tiada apa yang salah bagi yang berdoa sedemikian namun jangan terlupa, niat dan doa sewaktu menyekolahkan anak2. Walaupun anak2 kita bergelar alHafiz dan berjawatan dunia, ianya juga tidak menjamin  kita bisa menjawab Mungkar Nakir. 

Kenapa? Jawapannya segalanya bergantung niat sewaktu menyekolahkan anak2. Jika kita sekolah kan mereka kerana Allah dan mendoakan mereka berjaya sebagai alHafiz kemudian ada Phd kedoktoran lalu terdetik hanya sesaat rasa bangga dengan kehebatan anak dan kebijaksanaan kita mendidik, maka ianya juga gugur bagai daun kering...sia sia. Hanya yang melakukan sesuau kerana mengharap redho Allah SWT ianya menolong saat di alam Barzakh..Sama juga saya , jika menulis ini supaya ada yang terpengaruh dan tahu saya ni ada ilmu...gugurlah segalanya..

Sesungguhnya marilah kita berdoa seperti Rasulullah SAW berdoa dan mohon perlindungan dengan Allah dari segala yang Baginda SAW pohon perlindungan. Semoga kita KAYA Ilmu dan berlemah lembut dengan keluarga serta dikurniakan nikmat sihat.

Akhir kalam jika ingin mengikuti Kelas Langsir alMujahid, solat istikhorah kerana x akan rugi orang yang Istikhorah. Biar kalian berguru dengan guru yang memimpin kalian ke Syurga dan semoga kalian di ketemukan dengan guru Langsir terbaik setelah Istikhorah..mungkin dia bukan saya.

Barakallahulakum  




No comments:

Post a Comment