29.8.12

Nostalgia terindah

Alhamdulillah dengan rahmatNya dan pengampunanNya, kami warga alMujahid Travel dan Kelas Langsir alMujahid, selamat dan sempurna mengerjakan umrah di bulan Ramadhan yang kullu barkah. Semoga janji Rasulullah SAW sesiapa yang mengerjakan umrah di bulan Ramadhan diganjarkan seperti pahala haji @ umrah bersama Baginda SAW.

SesungguhNya Allah sentiasa ada dan sentiasa dekat. Kadang2 terfikir dan kadang2 terlupa bahawasanya Dia memang Maha Mendengar, Maha Mengetahui & yang selalu dilupakan bahawa Dia itu Hidup dan bersifat arRahman. 
Atas sifat2Nya kita masih berjaya dalam niqmat yang jarang kita hargai yaqni nikmat bernafas. Pujian Alhamdulillah jarang dilafazkan kerana kita elok bernafas. Pujian Alhamdulillah jarang di ucapkan dengan airmata atas niqmat dari sifat arrahman dan arrohimNya..malah jarang kita menyebut Basmalah ketika kita menyedut nafas dan kalam Alhamdulillah selepasnya. 

Maka saat ini mulakan dengan Basmalah dan selesai membaca coretan ini sebutlah Alhamdulillah. Saya sekadar ingin berkongsi sedikit pahala atas keikhlan wahai pelajar Kelas Langsir alMujahid.

Coretan kali ini khas buat tatapan Kak Zaleha Adwin exstudent Kelas Langsir dan jemaah umrah almujahid Mac lalu. 
Kak Zaleha, semoga coretan ini mengubat kerinduan kepada Rasulullah SAW dan Baitullah. Dengan niat memberi manfaat.
Kami bermusafir kali ini bersama cicit ke 41, Rasulullah SAW...alHabib Ali Zaenal Abedeen alHamid. Kesudian Yang dimuliakan Allah alHabib Ali menerima ajakan saya ibarat bertemu dengan para Sahabat r.an. Sesungguhnya Allah memaqbulkan doa saya ingin bersama keturunan Rasulullah SAW menyusuri sirah Baginda. 
Alhamdulillah, alHabib Ali mewarisi akhlak Baginda SAW. Walau mungkin x sehebat akhlak Baginda SAW tetapi kita sedikit pun x ada akhlak sebegitu. Beliau mengajar akhlak Rasulullah SAW melalui bahasa tubuh dan bicaranya yang di akhiri dengan senyumannya. MasyaAllah, mendengar ucapannya membuai rindu kepada Rasulullah SAW. 
Kami mendarat di Madinah melalui penerbangan Saudi Airlines terus dari KLIA. Saat terindah bagi saya apabila alHabib menulis doa di katalog Kelas Langsir alMujahid sebagai perasmian katalog saya. Tulisannya akan kekal sebagai harta milik saya. Terharu saat itu sebab berlatarkan Masjid Nabawi dan cucu Baginda SAW mendoakan saya sekeluarga dan jika saat itu Kak ada bersama, pasti kak juga mengalirkan airmata. 

Kak Zaleha, belum pernah saya berjumpa alim ulama yang saling memberi kembali pemberian di terima mereka. Ianya berlainan dengan alHabib Ali. Saya dikejutkan dengan sedekah ratusan SR daripada beliau untuk jemaah alMujahid. Kemudian wang hadiah pelajar Kelas Langsir alMujahid dihadiahkan kepada Utz Aminuddin Abd Rahim dan merwka saling memberi dan menolak wang itu. Masing2 x mahu menggunakan untuk urusan peribadi. MasyaAlLah TabarakaLlah. Hebat akhlak mereka berdua. Saling mendahulukan antara satu sama lain malahan ada kemusykilan suatu hukum saling mencari jawapan dan mbenarkan. Kak Zaleha, beruntungnya saya dan jemaah dipimpin mereka. 

Suatu hari alHabib Ali mencari2 sof di Masjidil Haram dan ternampak ruangan yang muat2 je untuk beliau. Cuma di sebelahnya Pak Arab dengan begnya. Alhabib mencadangkan beg itu di letakkan di depan beliau tetapi jawab Pak Arab tu " x boleh letak depan kerana nanti Aku x kusyuq solat kecuali beg ku di sebelahku". Alhabib meninjau sof lain dan ternampak ada ruang maka beliau menuju ke sof baru tetapi sebelum berpindah sof beliau memberitahu Pak Arab tu " Aku tinggalkan engkau dengan kekusyukan mu" Lantas Pak Arab tu menjerit memanggil beliau semula tetapi alHabib x peduli. Betapa kata2 nya sudah cukup melunturkan kegoaan manusia. Agak2 kak...kita yang biasa2 ni, sabar x untuk x marah kepada jemaah perangai macam tu.

Alhabib Ali memang benar cicit Baginda SAW, kerinduannya kepada Baginda SAW dizahirkan melalui tindakan. Kami 3 hari di Madinah dan akhir Ramadhan ke Makkah tetapi alHabib di pagi Syawal berangkat semula ke Madinah. Beliau dan isteri belum puas bersama Rasulullah SAW. Kata beliau "kurang ajar" mereka yang x mahu menziarahi Rasulullah SAW dan beliau menegaskan, jangan terus ke Makkah sebelum ke Madinah sebab di Makkah x ada airpot tapi di Madinah ada airpot jadi Rasulullah wajar di kunjungi dulu. Benar Kak, jika kita kata cinta kenapa x mahu bertemu dulu..Jauhnya nilai cinta kita kepada Rasulullah SAW. Selepas ni kena pastikan walau pesawat balik dari Madinah, kena masuk Madinah dulu. 
Sebenarnya kak, ramai ketua2 pakej dan pekerjanya..sekadar mengunjungi Baitullah tetapi x ke Madinah. Kata kenalan saya..x sempat dan selalu dah pi...Moga kita benar2 umat yang menyintai Baginda SAW. 

Cukup dulu coretan untuk kal dan sebelum noktah...antara kuliah alhabib Ali, sebagai hamba yang ingin berjaya, kena ada 2 
perkara.
1: sentiasa memanfaatkan Kesempatan. Orang yang bijak, dia x menangguhkan kerana takut x ada kesempatan di masa lain. Benarkan..jika kita menangguhkan sesuatu, esok lusa ianya dah berlalu. Seperti sekarang, jika x mahu puasa Sunat Syawal, esok lusa dan berakhir.

2:  sentiasa merebut peluang. Orang yang berjaya dia x akan membiarkan peluang itu terlepas kepada orang lain. Mereka yang menanti peluang selalu adalah mereka yang berfikir esok masih ada.

Akhir kalam, Barakallahufikum

1 comment:

  1. Assalamualaikum warahmatullahi wa barokatuh. Pada gambar di atas, ada tak terdapat gambar alHabib Ali? Sayunya hati membaca...terasa rindu, sebak, dan betapa mulianya Rasulullah.

    ReplyDelete